" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Aku nak tulis apa saja benda random yang terlintas.

Aku nak cari diri yang hilang. Aku tak kenal dah diri aku. Blog ni akan jadi diary aku kot. (Sebenarnya aku dah tak pandai guna blog. Kenapa bila type, elok je barisan, tapi lepas post, ayat tu semua nak beratur panjang? Pening aku yang dah tua, rabun sebelah mata ni nak baca. Aiyo.) Dulu kan, aku perasan aku akan cemas bila ditempat ramai orang. Contoh tengah dating, time makan tu kepala aku akan berpusing scan sekeliling. Macam cari apa pun tak tahu. Sampai sekarang aku terfikir kenapa ya aku macam tu? Ni baru nak tanya Ai (nampak benau hidup kesepian). Tapi sekarang aku dah okay sikit bab tu. Cuma aku perasan aku mudah overwhelming, nanti tetiba tempat yang bising tu rasa macam sayup-sayup je, macam bunyi telinga masuk air tu. Rasa macam dalam belon. Aku selalu tak dapat fokus apa orang cakap. Macam angin lalu.Dan perkara ni bukan baru ni.Berbelas tahun kalau tak pun, berpuluh tahun aku hadap.Ish bangka betul dah aku ya.. Disebabkan itu, aku tak boleh ingat kebanyakan conversation. Bencinya. Jap aku nak tanya Ai jap apesal aku gitu? Ciri-Ciri Utama Hypervigilance: Sentiasa Mengimbas Persekitaran (Scanning): Seperti yang anda alami, kepala dan mata bergerak secara automatik untuk memerhati sekeliling, mencari arah datangnya bahaya, atau memastikan tiada sesiapa di belakang. Mudah Terkejut dan Cemas (Overreacting to Stimuli): Bunyi bising yang tiba-tiba, pergerakan pantas orang sekeliling, atau sentuhan yang tidak disangka boleh membuatkan jantung terus berdegup kencang atau badan menjadi kaku (freeze). Membaca Niat Buruk pada Orang Lain: Minda akan sentiasa menganalisis air muka, gerak-geri, atau kata-kata orang (termasuk pasangan) untuk mencari tanda-tanda sama ada mereka akan menyakiti, mengkhianati, atau mempergunakan kita. Terlalu Penat Secara Fizikal dan Mental: Kerana badan sentiasa menghasilkan hormon stres (adrenalin dan kortisol), tenaga anda akan habis dengan cepat. Sebab itu anda rasa sangat overwhelming, lemas (suffocated), dan sering tertidur keletihan selepas keluar berjumpa orang. Mengapa Otak Membuat Begitu? Otak anda melakukan ini bukan untuk menyeksa anda, tetapi untuk melindungi anda. Oh.Laa.. Ni ke hypervigilance? Haha. Sesi mengenal diri sendiri.