" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

SUNGGUHLAH AKU YANG SALAH.

Hakhakhak! 
Dah start dah gempa body 🤣
Rasa macam roh nak tertanggal, nak tak nak gitu 🤣
Kelakar. 
Rasa mental bersedia je. 
Rasa okay okay je. 
Tapi badan kita sebaliknya. 
Takde pun plan nak hiba bersedih ke. 
Baca balik memori sebab nak cari diri. 
Somehow nak cari closure pun iya. 
Dan cuba nak comprehend perkara-perkara yang telah terjadi. 
Kotlah masa tu muda dan tak bijak. 
Kotlah masa tu emosi membuak-buak sampai jadi bodoh. 
Sekarang dah tua, dah meningkat kadar kematangan. 
Bila baca, muhasabah diri. 
Betapa power rangersnya aku dulu. 

Tapi tulah.. 
Rasa macam tabah je ni. 

Tetiba je hujung hujung jari kaki dan tangan rasa sejuk. 
Pastu supppp rasa ngilu kat dada macam nak muntah tu. 
Pastu terus auto terketar dan menangis. 
Ee ngade.
Hahaha!

*

Tapi sudahnya, 
Aku terperasan 1 pattern. 
Dalam blog private aku tuh, ada 2 tahun aku tak tulis apa-apa. 
Aku menulis sebab nak lepaskan perasaan. 
Jarang tulis benda baik. 
Jadinya, aku terfikir. 
Kenapa dalam blog tu, ada 2 tahun aku tak sentuh pun. 
Kenapa juga dalam blog tu, ada seorang ex ni aku tak tulis pun pasal dia. 
Padahal dia paling baik, satu-satunya relationship real (jumpa secara fizikal, bukan takat bercinta disebalik skrin) tapi kenapa aku tak tulis pun pasal dia. 

Aku cuba mencari jawapan. 

Rupanya baru aku sedar, 
Sebab dia satu-satunya ex aku yang tak buat aku gila. 
Tapi aku yang bodoh minta putus sebab aku rasa suffocated, rasa takut melampau. Baru aku tahu aku avoidant. Baru aku tahu kenapa aku rasa suffocated tu. Kenapa aku rasa banyak gumam perkataan dan banyak layan conversation dalam otak (tak terkeluar). Baru aku tahu yang aku dok scan keliling sampai berpusing kepala tu rupanya hypervigilance. Baru aku tahu amenda tu trauma response. Baru aku tahu rupanya aku trauma. Baru aku tahu, kesan hubungan toksik dengan ex yang harini cakap sayang - esok letak gambar first love sebagai profile photo, harini cakap sayang lebih daripada dulu - esok tukar status In Relationship with (nama first love dia), in between aku nak move on, dia cari aku, halang aku, ya Allah.. Rupanya aku terkesan. 

Aku ingat aku kuat. 

Tak weh. 

Bila aku dapat ex baik, aku jadi takut sangat. 
Padahal aku sangatlah tahu dan yakin dia baik dan sungguh sayang aku tapi otak aku merancang sebaliknya. 

Aku rasa dunia aku runtuh bila aku sedar benda ni berbelas tahun kemudian. 
Aku rasa dada aku sakit macam hari kejadian. 
Aku rindu gila dia sama macam hari aku sakit terperuk dalam bilik gelap, rasa desperate nak call dia, nak merayu dia terima aku balik tapi aku tahan diri sebab tak nak hancurkan dia lagi. Sakit sangat sekarang.. 
Gigil-gigil badan aku. Kaki dan tangan aku sejuk. 
Rasa macam patah hati lagi.. 

AKU KENA TULIS LEPASKAN JUGA.

Kelakar kan? 
Setelah belas tahun baru boleh proses semua. 
Baru sedar, tatkala itu aku terlalu muda, dan tengah menggelupur dengan macam-macam masalah (kena fitnah kat tempat kerja, kena boikot sebab manager bocorkan pasal bonus yang kita dapat, parents nak bercerai, keluarga tengah teruk hadap gangguan sihir, isu parents tak cukup duit, kena neglected dengan parents, adik beradik buat macam-macam perangai, asyik kena pukul & bergaduh dengan siblings, haih..manalah tak gila..). 

Masa tu semua rasa overwhelming sangat. 
Macam orang lemas menggelupur cari tempat berpaut. 
Kesian orang-orang yang siang malam jadi tempat mendengar nasib. 
Mesti penat kan.. 

Otak tak dapat fikir jelas. 
Rasa macam duduk 1 belon warna putih susu, kita jadi macam pekak-pekak sikit, cuba fokus tapi tak boleh, sebab tu banyak memori / percakapan kita tak boleh nak ingat (kecuali yang menyakitkan). 
Hypervigilance, kalau dating tu kepala akan berpusing scan keadaan sekeliling.
Rasa suffocated bila pasangan sayang dan peduli, apalagi bila clingy. 
Orang lain punyalah teringin nak dilayan macam puteri. 
Tapi kita rasa menderita ya. 
Dalam otak tu mencari-cari salah. 
Dah lama tak email pepanjang, tapi hari-hari call, tiap minggu sanggup drive rentas beberapa negeri semata nak jumpa kita -- pun kita boleh rasa makan hati "Oh tak lama lagi mesti dia tinggalkan, dia dah start boringlah ni.. "

Otak akan mengumpul² benda² petty yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan komunikasi yang basic. Tapi kita takde capability tu. Kita takut konflik. 
Jadi kita jenis takpe takpe, tak kisah, walhal makan hati atas sebab bodoh macam dia tanya nak air tak? Kita cakap tak nak sebab tak nak dia habiskan duit kat kita. Tapi bila dia beli 1, kita sentap. Kita rasa dia tak tak pandai baca cue, tak betul² prihatin pun.. 

Aku tak sedar it was that bad. 
Aku sejenis akan freeze bila dia cakap/buat sesuatu (yang aku tak jangka. Aku balas dalam otak, cuma tak boleh luah). Contoh dia tiba-tiba cakap "Orang tak pandang rupa tau.. " - otak aku keliru sebab dia selalu cakap aku cantik dan comel (masa tu), dan dia pun selalu ajak aku gerak kalau ada sesiapa puji aku, tapi kenapa ayat dia macam nak cakap sebaliknya? Aku tak terus luahkan, tapi aku bercakap dalam otak je. Luar takde respond apa-apa. 
Lepastu balik rumah, benda tu akan bermain kat otak sampai sekarang. Ya, sampai belas tahun ni masih bermain kat otak sebab rasa macam tak dapat closure pada jawapan (yang aku tak tanya). Padahal dia selalu cakap aku cantik ya. Tapi sebab ayat tak terjangka tu, aku keliru, masuk buku 555 senarai tanda-tanda dia bakal tinggalkan aku. 

Puncak tawar hati (otak bagi signal Mayday! Mayday! Cepat blah sebelum dia tinggalkan) adalah bila tengah meluah tetiba dia cakap aku kuat complaint. Terkedu dan rasa tertusuk dada ni. Pastu dia explain, maksud dia aku complaint pasal kerja (contohnya) tapi aku tetap stay situ. Dia rasa tak berdaya sebab tak dapat buat apa-apa to ease my emotional burden tapi tu lah, pemilihan ayat tu macam bagi tanda Nike besar, SEE, DIA DAH RIMAS DENGAN KAU. Padahal dia selalu ada bertahun-tahun dengar macam² luahan. Aku aware tapi aku tak berapa kisahkan bahawa dia pun ada trauma. Dia pun lalu fasa teruk. Dia pun tengah cuba lawan diri. Yang aku nampak dan dengar, dia AKAN hilang sayang kat aku satu hari nanti. Well, otak aku macam menunggu masa nak membuktikan aku betul, tapi before that, mehlah aku bubuh titik diri untuk protect diri sendiri. 

Sungguh pada waktu tu aku tak sedar, aku seteruk tu. 
Aku tak boleh open up. Aku tak angkat call (aku tak sedar yang aku main tarik tali masa tu, bila dia tegur baru aku perasan. Kalau aku tak nak jawab, aku patutnya bagitahu je aku perlu space, tapi aku tak cakap, aku terus hilang-hilang). 
Bila keluar jalan, aku nak pergi tempat memana, aku tinggalkan je dia, tak bagi dia ikut (sebab aku rasa malu, dia tak boleh tahu apa aku suka / tak). Kesian member terpinga-pinga. 
Sangat susah sebenarnya bila sayang (rasa dijaga, ya memang dijaga pun) tapi diri sendiri yang tak boleh cope dengan rasa kasih membuak tu. 
Bila nak bercakap hal serius, tak boleh nak bercakap. Rasa tersekat kat tekak. Kena berdehem setiap 1 patah perkataan. Ataupun aku akan diam je, sambil melayan conversation dalam otak. 

Aku ingat aku okay je. Seronok bebas dah. 
Seronok takde orang tanya "Awak jom kahwin" untuk ke 13121989 kali. 
Tapi setelah belasan tahun perasaan yang aku tekan kuat-kuat, pijak-pijak tu akhirnya overflow juga. Meletus macam volcano. 
Tak tertahan. 

Sakit sebab sebenarnya sayang. 
Diri yang tak kuat, tak reti menangani battle dalam otak sendiri. 

Belasan tahun, aku ingat takde rasa apa dah. 
Takde sesal. 
Tak. 
Rasa bersalah dan rindu tak terkendali ni buat aku rasa nak gila.

KENAPA AKU SANGGUP CUBA BACA BALIK BLOG NI & BLOG PRIVATE WALAUPUN TAHU KEMUNGKINAN AKU AKAN TRIGGERED?

Sebabnya, aku dah tua. 
Maturity level aku dah tinggi (kot). 
Aku sengaja tempah bala baca balik semua ni walaupun dah beberapa kali sebelum ini (dalam tahun berbeza) aku cuba, dan terus menggigil-gigil badan. Rasa hilang roh. 
Rasa sakit emosi yang sangat tinggi, sampai badan sendiri tak mampu kandung. Rasa macam kejadian ni baru je terjadi. Macam zombie lepastu, menyorong karung badan ni. Kosong. Jangan dijentik je. 
Pranggg, pecah berderailah aku nanti. 

Kali ini, aku cuba lagi. 
Sebabnya.. 
Aku dah tua. 
Kotlah pada masa itu aku overwhelmed. 
Terlalu banyak benda berlaku, macam orang lemas, apa yang boleh bagi aku terus bernyawa, aku paut je lantaklah. 
Kotlah pada masa tu aku terlalu beremosi. 
Tak pandai lagi, naif, tak tahu apa nak buat dengan hidup. Pilih jalan paling mudah janji aku boleh survive hidup. 
Kotlah masa tu aku bodoh, tak reti nak comprehend bebetul. 
Dan aku sebenarnya mencari diri dan juga closure. 
Juga nak tamatkan rasa bersalah yang aku kendong berbelas tahun ni. 
Rindu yang aku senyapkan, membunuh aku. 
Sejujurnya aku tak tahan. Belasan tahun ni dah cukup menjahanamkan aku.

Sebab tu aku baca balik semua ni. 

2026 dah ni, aku baca semua dengan kanta lain. 
Bukan kanta budak mentah lagi. 

Dan sungguhlah, aku rasa bersalah sangat jika ada yang menderita atau terbunuh semata nak pastikan aku hidup. Aku masih lagi menggigil lepas baca blog ni. 
Aku masih hancur. Sampai ibu pun cakap kenapa aku tak lalu makan, diam je? 

Aku tengah pegang keping-keping diri ni bu.. 
Boleh roboh aku kalau terlepas pegangan ni bu.. 

 

TRIGGERED.

Aku rasa aku okay. 
Rasa dah cukup konkrit dah hati ni. 

Tapi kenapa bila aku selak balik blog ni, aku terketar-ketar?
Rasa sakit sangat. 

Aku nak tulis apa saja benda random yang terlintas.

Aku nak cari diri yang hilang. Aku tak kenal dah diri aku. Blog ni akan jadi diary aku kot. (Sebenarnya aku dah tak pandai guna blog. Kenapa bila type, elok je barisan, tapi lepas post, ayat tu semua nak beratur panjang? Pening aku yang dah tua, rabun sebelah mata ni nak baca. Aiyo.) Dulu kan, aku perasan aku akan cemas bila ditempat ramai orang. Contoh tengah dating, time makan tu kepala aku akan berpusing scan sekeliling. Macam cari apa pun tak tahu. Sampai sekarang aku terfikir kenapa ya aku macam tu? Ni baru nak tanya Ai (nampak benau hidup kesepian). Tapi sekarang aku dah okay sikit bab tu. Cuma aku perasan aku mudah overwhelming, nanti tetiba tempat yang bising tu rasa macam sayup-sayup je, macam bunyi telinga masuk air tu. Rasa macam dalam belon. Aku selalu tak dapat fokus apa orang cakap. Macam angin lalu.Dan perkara ni bukan baru ni.Berbelas tahun kalau tak pun, berpuluh tahun aku hadap.Ish bangka betul dah aku ya.. Disebabkan itu, aku tak boleh ingat kebanyakan conversation. Bencinya. Jap aku nak tanya Ai jap apesal aku gitu? Ciri-Ciri Utama Hypervigilance: Sentiasa Mengimbas Persekitaran (Scanning): Seperti yang anda alami, kepala dan mata bergerak secara automatik untuk memerhati sekeliling, mencari arah datangnya bahaya, atau memastikan tiada sesiapa di belakang. Mudah Terkejut dan Cemas (Overreacting to Stimuli): Bunyi bising yang tiba-tiba, pergerakan pantas orang sekeliling, atau sentuhan yang tidak disangka boleh membuatkan jantung terus berdegup kencang atau badan menjadi kaku (freeze). Membaca Niat Buruk pada Orang Lain: Minda akan sentiasa menganalisis air muka, gerak-geri, atau kata-kata orang (termasuk pasangan) untuk mencari tanda-tanda sama ada mereka akan menyakiti, mengkhianati, atau mempergunakan kita. Terlalu Penat Secara Fizikal dan Mental: Kerana badan sentiasa menghasilkan hormon stres (adrenalin dan kortisol), tenaga anda akan habis dengan cepat. Sebab itu anda rasa sangat overwhelming, lemas (suffocated), dan sering tertidur keletihan selepas keluar berjumpa orang. Mengapa Otak Membuat Begitu? Otak anda melakukan ini bukan untuk menyeksa anda, tetapi untuk melindungi anda. Oh.Laa.. Ni ke hypervigilance? Haha. Sesi mengenal diri sendiri.