" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Blog Archive

Lega.

2 hari lepas, Allah dorongkan hati aku.
Kirimkan keberanian untuk sapa dia.

Ya rabb,

Aku ingat dia tak akan respond.
Ataupun sejuk beku dengan aku.
Berbulan aku tenung nama dia.
Ego memegang aku.
Rasa segan mengingatkan aku.
Ego tak ego.
Segan tak segan.
Akhirnya aku kalah jugak dengan permintaan hati.

.
Aku sangka macam yang aku nyatakan diatas tadi - dia tak respond, sejukbeku dengan aku tapi..

Tak.

Dia tak tolak aku.
Atau ignore aku.
Dia balas.
Dia balas weh!

Hampir menangis aku dekat celah orang ramai.
(Aku temankan kawan aku cover story kat 1 majlis negeri ni).
Menggigil aku nak balas.
Sejuk gile tangan dan kaki aku.
Kalau depan aku ni memang aku dah peluk dah rasanya hahaha! Rindu nak mampos tau tak!!!

Tapi aku sedar diri.
Ego pun iya.
Malu pun ada.
Aku pun cuba ringkaskan perbualan.
Padahal dalam hati kalau boleh aku nak perbualan tu berlanjutan.
Hahahaha aku tau aku pelik.

3 kali aku bye.
Akhirnya barulah dia bye bye balik (Tolonglah cakap dia rindu aku).

Allah je yang tahu macam mana lapangnya hati aku bila dapat lepaskan rindu ni. Biarlah dia tak tau pun tak pe.

.

Ya Allah, perasaan pada dia ni tak pernah mati rupanya.
Kenapa eh?
Kenapa dia? Padahal aku dengan dia..tak nak ceritalah. Nanti orang kata aku gila agaknya.

Aku pun tak tau apa penghujung cerita.
Cuma kali ni aku dah jumpa orang yang aku rasa selepas dia, tak ada lain dah. Dan aku pun tak rasa nak cari lain. Entahlah. Lepas dia memang aku dah kunci hati aku siap-siap. Tak taulah aku trauma ke apa..cuma aku rasa takde keinginan pada orang lain dah. Aku nak dia je.

Aku pernah tanya pada kawan-kawan.
Macam mana kau tau tu jodoh ko?
Macam mana kau yakin yang dia terbaik?
Yang buat ko rasa okay dah yang ni last?

Serius aku tak boleh bayang atau fikir.
Kawan-kawan aku jawab mudah je.

1 hari nanti ko akan rasa.

.

Aku rasa, ni kot perasaan tu.
Setahun lebih aku cuba kuburkan.
Aku sangka aku dah okay.

.

Tak.

.

Jadi makin kuat weh.
Kalau aku boleh kurus dengan menangis, aku rasa aku dah anoreksia dah. Peh bila datang rindu tu, rasa macam kena demam kura2. Sakitttttttt! Pagi tadi aku tak boleh bangun, 1 badan sengal dan lemah. Suara serak. (Padahal aku nangis tahan suara tak nak orang dengar. Pelik pergi manalah suara aku ni).

.

Ah gilelah. Aku tak paam apa jadi dalam hidup aku ni.
Rasa macam tak logik.
Entahlah.

.

Doakan aku.
Dia.

.

Aku tunggu dia lagi ni.
Takpe. Aku dah tekad.
Aku ada kat sini bila2 dia mau.

.

Ini ke perasaan yang kawan aku cakapkan tu?

.

Aku harap ya.

.

Tapi kalau dia dah tak pandang aku ni,
Aku harap Allah matikan perasaan ni.
Kesian aku ni haha.

Tak boleh.

Tak boleh tak boleh tak boleh.
Aku kena sedar diri.

Serius aku kena sedar diri.

Arghh malunya! Apalah yang ada dalam fikiran aku ni.

Dahlah. Senyapkan je perasaan ni.
Jangan berharap apa-apa.




Aku boleh hadap semua ni.

Tarik napas...

Surat cinta bisu.

Aku memang macamni.
Bila orang tolak aku, aku akan cuba hormat keputusan orang sebagaimana aku nak orang hormatkan keputusan aku.
Macam mana terdesak pun aku nak, aku akan pegang diri aku kemas-kemas.

.

Kadang-kadang aku seronok tengok orang pertahankan perasaan. Bergaduh macam nak tercabut tekak.
Mesej panjang berjela.
(Adalah effort kan..)
Aku? Macam takde usaha.
Tapi hakikatnya Allah je tau macam mana desperate nya aku nak seseorang.

.

Aku ada isu dalaman.
Rasa rendah diri yang sangat teruk.
Aku selalu hukum diri serba kekurangan sampai aku akan ada-adakan sesuatu supaya merelevankan hubungan tu mati.
Aku tak macam perempuan lain.
Aku gemuk. Hitam. Banyak bulu. Rambut gugur. Badan besar. Flat chest. Suara tak sedap. Pelat pulak tu. Takde kerja. Takde saving (saving aku dah licin). Takde apa-apa.
Aku rasa tak hairan kalau orang boleh let go aku.

Aku nangis type ni.
Korang pernah rasa macam aku tak?
Rasa takut diri tak cukup?
Rasa diri macam tak taulah nak cakap..

.

Aku serius sayang dia.
Aku cuba hormat pendirian dia.
Selama ni kalau aku bersama dengan sape-sape pun, macamni lah aku. Aku tak memaksa. Banyak bertolak ansur. Banyak takpe. Banyak minta maaf. Hampir tak pernah bergaduh, tinggi suara. Bila aku sayangkan seseorang, aku akan rendahkan kemahuan aku. Sampai tahap aku ni orang buat cemana pun aku masih sabar.
Orang perguna pun aku diam.
Sebenarnya aku baca, silap aku sebab sabotaj diri sendiri.
Sampai 1 tahap aku dah tak boleh.
Aku lepaskan.

.

Walaupun aku tak mesej dia.
Sebab aku tak nak semakkan fikiran dia.
Tapi jauh kat sudut hati, aku berharap aku ada kekuatan untuk sapa dia.
Atau lebih baik, dia mulakan dulu.

.

Tapi itulah.
Aku seganlah.
Aku nak tapi malu.
Aku terdesak gila rasa nak dia.
Tapi aku sedar diri.
Tahu tak perasaan tu cemana?
Rasa macam ikat leher dengan tali yang kau dah pakukan pada dinding.
Kau tau kalau kau terus jalan kau akan mati.
Tapi kau nak cuba.
Tapi kau takut.
Kau berundur.
Berulang-ulang.


.

Tak apalah.
Biarlah aku pendam perasaan ni.
Setahun lebih dah berlalu.
Aku boleh.
Ya aku mesti boleh.

.

Sempurnakanlah aku Allah untuk dia.
Sebab aku tak yakin..
Aku boleh.

Rindu gile.

Aku tak tau apa kena dengan aku.
Aku segan sangat2 sampai aku rela diamkan diri.
Padahal kalau aku tegur dia dulu bukan tak boleh.
Aku betul2 berharap pada Allah.
Tolonglah aku..

Sakit gile weh rindu macamni.
Setahun lebih dah.

Setia lagi aku tunggu dia.
Aku pun tak tau kenapa.

Nampaknya hati maukan apa yang hati mau.
Matilah aku..

Kahwin 3.

Ada seorang ni aku 'kenal' dia lamaaaaa sangat.
Perempuan. Cantik.

Aku scroll IG dia harini.
Dia dah kahwin, buat kali ketiga.
(Dan aku kat sini sekali pun belum pernah kahwin haha).

Aku nangis.

Okaylah aku mengaku, aku jeles.
Tapi sikit je.
Selebihnya memang aku sungguh2 happy untuk dia.
Sambil aku scroll tu ayaq mata berderai pastu mulut berdoa - Ya Allah kasihanilah dia, bahagiakanlah dia..

You know. That part kau rasa bersungguh sangat nak seseorang ni rasa bahagia. Sedih woo! Harap Allah makbulkanlah doa aku ni.

.

Selalunya kalau kita dengar orang tu kahwin cerai, kahwin cerai - mesti kita akan fikir ada benda tak kena kot dengan dia? Especially kalau perempuan, confirm macam-macam orang assumed kau weh. Garang lah, tak pandai jaga laki lah, mandul kot etc.
Kesian orang perempuan ni..

.

Tapi kita tak tahu perancangan Allah. Kita tak tahu cerita sebenar seseorang. Tak boleh judge macam tu.

Macam seseorang ni, ex husband dia ya tuhan macam tak percaya. Sedih weh kalau tau sebab selama ni dia sorok semua disebalik muka comel dan perwatakan tenang dia tu. Dia cerita pada orang doesnt make dia perempuan kepoh tak reti jaga aib. Aku taulah apa ada dalam otak korang. Korang expect isteri baik tu macam robot takde perasaan kan? (Saying this, aku teringat jiran aku yang tak pernah cerita bebanan emosi dia pada orang. Allah nak uji dia, dia bunuh diri. Since then aku rasa tak salah pun kalau kau nak bercerita pada orang daripada bottled up kan perasaan tu sorang2. Bercerita pun sebab nak kekuatan).

Jadi penceraian dia mungkin proses untuk Allah nak temukan dengan lelaki yang jauh lebih elok. Menyakitkan I must say, tapi tu lah. Kita manusia, tak tahu apa plan Allah.

.

Berbalik pada isu dia dah kahwin 3 kali sedangkan aku belum, aku dapat simpulkan disini -

Berkahwin isnt an achievement.
Dapat title bini orang tak buat kita berjaya dari orang yang bujang.
Berkahwin bukan lambang kebahagian abadi.
Kadang-kadang boleh jadi a part of liku hidup untuk jadi lebih baik.
Allah boleh uji sape2 je tak kiralah ko bini orang atau andartu macam aku ni.

Selebihnya aku nampak hikmahnya -
Aku tak lalui apa yang dia lalui.
Paling berat pun putus cinta je, which is tak seazab nak mintak cerai dari laki saiko.

Pendek kata -
Ujian manusia ni lain-lain.
Bujang atau bini orang, kalau Allah kata tak bahagia - maka tidaklah.

Dan untuk itu aku bersyukur sebab kalau aku ditempat dia - aku tak rasa aku mampu membayangkannya.

Selamat berbahagia, kita. 

Bila kau tak boleh nak cerita pada manusia dan assume blog ni kawan imaginasi yang akan mendengar tanpa balas balik. This.

Aku tak tahulah kalau hormon perempuan aku sengaja menggelodakkan perasaan. Rasa sedih je weh. Lepastu apa yang terjadi macam pehhh tertikam.

Ada banyak perkara, tapi aku tulis yang betul-buat aku rasa loser lah.

Aku kerja kuat.
Ko taulah kerja macam aku ni bukan macam orang gomen, hujung bulan ada gaji.
Sibuk, ke sana ke mari. Handphone tak lekang dari tangan.
Tidur tak tentu masa. Cemtulah.

Mak macam tak puas hati bila aku terlalu sibuk, aku tak dapat nak buat rutin merumahkan rumah. Masak kadang tak sempat. Cemtulah.

Abang aku tetiba rajin, so aku rasa takde masalah since ada orang take over kerja rumah.

Tapi tak.

Mak aku sound, kalau tak de duit pun bukannya dia suruh aku duduk mengemis mintak duit kat jambatan. Aku macam - what?
Aku tak paam.

Aku cari duit - salah.
Aku dapat duit - tak cukup.
Aku berjaya - dilungkupkan.
Aku terlungkup - disindir.
Aku. Aku tak faham.

Aku tak 100% salahkan mak aku atau nak korang ada persepsi tak baik pada dia. Dia baik, cuma rumit.

Aku rasa orang ingat aku ada superpower.
Aku boleh buat semua serba serbi.
Aku boleh ada kat 2 tempat 1 masa.
Aku boleh puaskan hati semua orang.
When in fact, aku tak.

Aku rasa loser.
Rasa marah tapi tak tau nak marah kat sapa so aku rasa baik marah kat diri sendiri je lah senang.
Kadang2 aku rasa menyirap gila sampai tahap aku nak je maki mak dan cakap - hidup aku takkan jahanam macamni kalau bukan sebab dia, sebab adik beradik dia! Tapi aku tarik napas dan istighfar banyak-banyak. Tu bukannya aku.

Aku tak nak layan emosi.
Aku boleh salahkan semua orang, but in the end, yang susun semua ni Allah. Adakah aku harus marah pada Dia?

Tak, kan?

Aku kena sabar.
Terima je lah.
Mungkin hidup aku ditakdirkan macamni pathetic.
Atau aku sendiri yang silap mewarnakannya.

Akhirnya,
Aku juga yang bersalah.

Kan? 

Tahniah.

Aku nak wish tapi aku takut.
Aku takut kalau dia ada persepsi bukan-bukan.
Jadi aku type sini je.

Tahniah ##.
Akhirnya semua kerja keras berhasil.



Jangan risau, dia takdenya baca.
Aku tulis sebab..

Tulis lagi senang daripada simpan dalam hati.


Redha tapi biasalah naluri keDetectiveConanan ni.

Ni kisah benar.

Alkisahnya si polan ni memang femes.
Maka kita pun eksaited lah bila dia nak nyopping dengan kita.

Aku pun sediakan quotation. Siap tanya "Setuju?"

Dia jawab "Setuju".

Pastu dia senyap. Cemtu je.
Aku tertanya gak, wallaweh tengok post dia macam good good.
Macamni ke karakter sebenar dia?

Aku pun follow up tanya berkenaan payment.
Dia pun jawab dia lupa handphone dia hilang, so sim yang dia guna untuk online banking tak dapat guna.

Sepatah maaf tak ada.

Aku pun sangka baik dan cakap okay aku simpankan dulu blablabla.

Dia diam. Macam kat kawasan perkuburan. Senyap je.

Dalam hati dah terdetik. Peliknya dia ni? Serius tak sama macam karakter dia kat wall. Serius! Dia pun seller so aku rasa unacceptable langsunglah perangai dia ni.


Aku sabar menunggu.

Tup tap tengok dia post sesuatu untuk membeli.
Aku expect oo mesti dah dapat sim lama kot.
Hepilah wei masa tu.

Tapi dia senyap je.

Sampailah semalam dia buat post siapa nak tanya apa2 silakan.
Aku pun tanya dia dalam humor.

Jawapan dia - Lupa. Kenapa tak follow up? Saya dah beli * baru dah ni.

Sesungguhnya aku berharap dia masukkan perkataan 'maaf'. Tapi tak ada. Sorry babe, hilang terus hormat aku pada kau. Serius. Kalau orang lain buat mungkin takde rasa sangat, tapi kau, idola kot!

Aku pertahankan diri dalam humor.
Tetap chillex cakap takpe.
Dan aku harap dia akan reply - Sorry.

Tapi tak. Dia diam je dan berhuha dengan orang lain.

.

Aku tertanya ni.
Kalau ko dah janji dengan orang nak ambil barang, pastu ko lupa, pastu masa ko beli dengan orang lain, sikit pun takde teringat ke?
Serius bohonglah. Mesti teringat punya "Eh eh aku ada order dengan dia lah".

Unless ko takde perasaan bersalah.
Tak. Ko takde perasaan.

.

Aku tulis sebab aku nak ingatkan diri.
Apa yang kita tengok manis-manis ni belum tentu personally dia manis.
Ada je yang aku tengok bahasa macam longkang tapi bila deal ya ampun bagus gile common sense tinggi habis!
Manusia kan? Yang ko nampak baik, yang ko kemaen kagumi, rupa-rupanya...

.

Aku tak kisah kalau dia tak nak proceed.
Mesti ada sebab.
Tapi yang aku kisah, boleh tercabut ke hidung ko kalau minta maaf?


Rebound relationship.

Stress ah gini.
Xander dah start suka Alex. Dorang 'senama'.
Aku pun suka si Alex ni. Lawak, suka buat orang ketawa tapi caring dan penyayang gile wei. Polos. Aku suka gile!

Si Agnes pulak sebenarnya masih sayang kat Xander.
Tapi dia pi eksen sangat haritu.
Adoilah stress aku tengok si J (?) ni.
Dia laki yang baik gile nak mamps tapi tu lah, bak kata Selena Gomez, heart wants what it wants.

Aku tak tahan aa so aku google ending.
Wallaweyhhh nanti Agnes dengan Xander balik.
Kesian gile kat Alex!

Hukhuk.

Aku faham kenapa Xander boleh pilih Alex. Reject Agnes.
Masa tu kita rasa macam letih dah.
Kita nak appreciate orang baru. Start semula.

Tapi bahayanya, bila sebenarnya masih ada rasa sayang pada ex.
Wei aku pernah kena wei!
Aku macam tak percaya bahawa dalam tempoh tu sebenarnya aku dijadikan pampers untuk ego dan duka orang.

Hmmm tapi akhirnya aku faham. Sebab aku pun lepas tu ada buat orang. Rasa macam boleh go, tapi serius tak boleh. Betapa bangangnya hati ini kan? Padahal orang tu belum lagi pernah lukakan kita, punyalah baik.

Ah aku tak faham ah hati ni cemana.

Tapi aku faham perasaan setiap 1 watak tu.

Ish aku tak tau nak post cemana. Berkecamuk sat perasaan tau Alex akan ditinggalkan.

Perkembangan aku.

Ya aku makin kembang.

.

Beberapa minggu ni aku dalam keadaan yang entahlah. 

Aku masuk surgical ward haritu. 
Kemudian,
Aku pergi berubat cara Islam. 

.

..dia serang dari atas dada sampai kepala
... kat muka, kepala
.... bayangkan macam selumbar, dalam tulang, banyak 

.

Aku rasa sihat dah Alhamdulillah. 

.

Benda tu kacau fikiran aku.
Emosi aku. 
Tunggang terbalik dibuatnya. 
Entahlah aku pun tak tahu. 
Aku rasa macam normal je haha. 

Ustaz tu suruh aku kahwin. 
Siap cakap "Jangan risau nanti mood tu datang balik."

Aku tak jawab. Aku malu lah wei. 
Orang kasyaf kot, dia tau benda yang kita sorok. 
Entah-entah aku tulis ni dia tau kot. Malu bongok! Hahahaha! 

.

Aku tak taulah apa maksud dia mood tu. 

Mood nak bercinta ke? 
Mood nak kahwin ke? 
Mood nak fokus niaga/kerja ke?
Mood baik ke? 

.

Aku sepatutnya tanya tapi aku malu nak mampos wei. Senyap, tunduk je. 

.

Kan best kalau aku tak pernah buat dosa. 

.

Ni baru malu dengan manusia. 
Dengan Allah yang Maha Tahu entahlah. 
Ya Allah malunya akuuuuu. 

.

Ex aku cari balik. 
Ex lepas first love aku. 
Aku kesian kat dia. 
Aku boleh faham perasaan dia. 
Dahlah aku ni first love dia.

Tau tak apa yang buat aku tawar hati dengan dia? 

Dadah. 

.

Sepuluh/sebelas (?) tahun berlalu. 
Perasaan aku dah mati. 

.

Yang ada cuma kesian.
Ini ke yang korang rasa wahai dua ex yang berani dump aku bila aku contact korang? 
Haha!

.

Aku pun tak percaya, since aku tinggalkan dia untuk seseorang yang aku rasa worth it, rupanya Allah uji aku gile dahsyat. 

.

Dan selepas dia, aku mula berganti-ganti bf. 
Semua bf aku serius baik. 
Tapi bila dorang buat 1 je silap yang aku tak boleh kompromi, terus hati aku tawar. Dan tawar. Dan tawar. Walaupun aku cuba drag masa untuk cambahkan balik perasaan tu, tetap tak boleh. 
Aku tak tahu kenapa. 

.

Aku takut nak kahwin. 
Aku takut kalau aku tak boleh sayang suami aku setiap hari. 
Macam mana kalau tiba tiba aku tawar hati?
Sebenarnya yang bermasalah bukan ex - ex aku. Tapi aku. 
Dorang caring sangat pun aku rimas. 
Dorang tak peduli aku sentap pulak. 
Ko nak ke bini macam aku? 
Menyesal ko nanti. 

.

Pendek kata, aku tak layak dibuat bini. 
Memang bagus pun aku tinggalkan korang dan korang tinggalkan aku. 

.

So selepas kejadian last ittew, aku dah kunci dah hati aku. 
Dah sedar diri dah pun. 
Sekarang dah gemuk. 
Jerawat banyak.
Hitam. 
Rambut botak. 
Jadi untunglah takde orang dekat hahaha!

.

Jadinya aku dah terbiasa hidup tanpa ada perasaan nak ada laki. 
So sekarang ni aku nak tau, mood yang ustaz tu katakan, mood apa? 

.

Kalau mood nak kahwin, aku nak kurus dululah cemni. 


Macam manalah aku nak maafkan kau.

Aku berubat harini. Berulang ke KL. Balik dah nak Maghrib.
Letih.

.

Ni cerita sama.
Pasal abang aku.

.

Aku tak faham.
Aku tak nak cerita banyak nanti memburukkan dia.
Korang pun dah masak dah balik balik dengar aku membabikan dia.

.

Aku hilang sabar betul tadi.

.

Kenapa nak hina aku?
Nak kata aku macam-macam ?
Kenapa nak rendah-rendahkan aku?
Dengki dan aniaya aku?
Aku tak boleh nak tahan lagi.

.

"KO TAU KENAPA HIDOP KO MACAM NI? KO DENGAR NI, MEMANG AKU YANG DOAKAN KO DAPAT BALASAN MACAMNI! KO DAH BANYAK SANGAT ANIAYA AKU!"

.

Berubah muka dia.

.

Tapi lepastu dia sambung lagi hina dan maki hamun aku.

.

.

.

Macam mana, macam mana aku boleh nak maafkan dia?
Dia buat aku bukan main-main punya tergamak. Orang takkan sangka pun dia macam tu. TAK.A.KAN.

.

Bila dia buat aku melampau, memang aku masuk bilik, menangis dan tadah tangan. Sebab aku tak mampu nak balas sendiri.

.

.

.

Orang yang tak pernah rasa ada abang macam aku, memang akan cakap aku yang lembik, create masalah dan melayan dia.

Tapi itulah. Aku yang rasa.


Benda yang paling aku takut, terjadi harini.

Aku rasa kiterang dah putus sebelas - sepuluh tahun.

Ah sekarang aku stress gile, malas nak cerita. 

Aku ta' paam.

1. Nampak macam bagus gile, kalau tengok post FB ramai gile memuja, peh excited aku nak serve. Sekali...

2. Ni kalau tengok dia ber'kompang' mesti tak sangka perangai dia cemni. Suka hati je nak bayar berapa. Bila. Resit tak bagi. Pastu siap tipu aku lagi kata dah transfer 2 X, duit dalam acc dah kena tolak bagai. Bila aku push dia kaw2 haaa amek ko. Sampai sekarang resit sebenar kau tak bagi. Yang kau bagi tempoh hari tu sms notification yang kau edit. Kantoi sebab 1 ada spacing, 1 takde. Siap ko copy paste perkataan Maybank (Nama aku) lagi. Serius ke aku nampak bongok cemtu? Aku contact orang yang ada bank sama jenis dengan kau dan bandingkan. Wtf buta buta kau bohong aku. Kemaen lagi dalam group riuh meniaga. Macam laris gile tapi dengan kawan sesama stokis ni pun ko boleh menipu. So hanat. Payment ko tak pernah cukup. Gile ke apa suka suka je ko nak bayar berapa.

3. Ko dahlah tak kerja. Malas. Bil lektrik sampai RM800 bapak tanggung. Ko nak membuta ko membuta lah babi. Tu komputer tak reti tutup tu apasal? Ko tak kesian ke orang tua ko? Kemaen lagi gaya macam ulamak. Perangai macam babi. Babi. Babi!

Korang tau tak.
Kadang2 aku takut nak percaya pada apa yang aku nampak.
Sebab bila aku kenal, aku jadi makin tak kenal.
Baiklah jadi orang yang bagi bad impression atau suka tunjukkan pada dunia side dia yang sebenar. Daripada yang acah bagus tapi sebenarnya...

Aku nak mencarut je ni. Dah 4 kali dah aku type.
Nah lagi 1.

Babi.

Pernahkah kau bicara, tapi tak dengar?

Aku rasa bercakap tapi tak diumpama, sangat melukakan.

.

Macam kau tengah stress, pastu kau cite kat mak, pastu mak kau suruh kau diam jangan cakap lagi.

.

Peh, type benda ni aku rasa nak nangis.
Aku teringat.
Macam mana terkedunya aku.
Separuh hati aku nak jerit kat mak.
Separuh hati lagi peluk separuh hati yang nak jerit tu.

Diam.

.

Kadang-kadang aku rasa tak adil.
Bila orang lain luah perasaan, orang mendengar.
Tapi bila aku..

Orang suruh aku diam.
Suruh aku tenang.
Suruh aku kuat.

.

Aku bukan manusia macam korang ke?

.

Aku cuma nak lepaskan je.
Aku cuma..nak pinjam telinga.

.

Nape aku nangis ni.

.

Sakit wei bila didiamkan dalam waktu kau perlu lepaskan benda tu.
Rasa terkedu gile.
Rasa..


Terluka.

.

Tak adil kan?
Aku boleh jadi all ears untuk orang.
Tapi...


.

Sebab tu aku suka menulis.
Takde sape larang.
Takde sape suruh aku diam.
Aku boleh tulis sepanjang-panjangnya.
Dan aku tak harapkan apa-apa pun.

.

Aku cuma nak lepaskan.

.

Itu saja.

.

Bila kau kuat,ini harga yang perlu kau bayar.
Mendengar tapi tidak didengar.

.


Harap 1 hari nanti, aku ada telinga yang takkan jemu mendengar. Bahu yang tak akan menolak.

.

Tempat tumpah.

.

Air mata.

Dah start dah.

Aku dah mula tak boleh tidur malam.

.

Aku adalah orang yang sangat bertoleransi kalau orang tu jujur.

Takde duit cakap takde.
Contohnya.

.

Bila orang menipu (dan kantoi) dan ulang, aku boleh jadi bengang gile!
Seriously.

Naknak kalau sampai tahap memperbangangkan aku, macam -

Okay malam ni bank in.
Ala sorry akak ingat akak dah transfer.
Tak dapat lagi? Akak salah no acc kot?
Akak dah transfer.
Tak dapat? Okay akak transfer jap lagi.

Wei. Sekali aku boleh terima.
Kalau dah 3 kali deal, 3 kali kau bodohkan aku ni, kau expect aku akan buat apa?
Kalau kau ada masalah dan perlukan masa atau nak barang dulu, cakap.
Jangan bodohkan aku.

.

Aku dah tak boleh terima dah orang bodohkan aku.

.

Memang aku jenis takpe-takpe dan banyak pendam.
Tapi aku tak bodoh.

.

Aku tak bodoh.

 

   Aku tak.
 

     Bodoh.

.

Tak. 

NGGAK TAU, PAK.





Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Dengki (Jaki)

Abang aku sekarang ni bertambah jaki dengan aku. Kali ni teruk gile. Tahap -


Eh bunyi tikuslah. Ko lah ni bawak bekas pasir kucing masuk rumah!

(Aku ternganga tergamam masa tu. Apa kaitan pasir kucing dengan tikus? Dan paling penting, apa kaitan dorang dengan aku?)

Apa tak kena semuanya dia akan salahkan aku. Betul-betul benci kat aku weiiii!

Pastu dia akan provok aku kaw2. Aku menggigil je ni wei tahan sabar. Mak aku pun perasan dan pesan suruh jangan meletop.

Kau tau tak perasaan ni -

1. Ko kena tuduh.
2. Ko punca segala hatta tikus masuk rumah pun salah ko.
3. Ko kena sindir hina dan pelbagai cobaan menyakitkan hati.
4. Ko kena sabotaj.
5. Ko kena provok.
6. Ko rasa marah nak mampos.
7. Ko kena sabar.
8. Sabar lagi.
9. Ko sedih.
10. Ko tak boleh nangis.

Sumpah sakit dan menderita gila aku menahan rasa wei!


So hanat!!!

Apa alahan paling bangang korang pernah alami?

Aku?

Aku alah kat spender.
Ya spender, spentot, seluar katok.

Korang jangan gelak, aku serius ni!

Aku rasa mungkin material dia kot, atau pewarna dia. Kalau cotton, okay je.

Aku baru sedar aku alah spender wei.
Sebabnya aku tetiba bangun tidur dan tengok 1 badan aku bintik merah gatal. So aku tak tahulah puncanya spender. Tapi ada satu hari tu, belum sempat bintik merah tu nak merebak 1 badan, aku terperasan. Ye lah dah kat kawasan segitiga Bermuda tu je yang berbintik.

Alahai, tak glemer langsung alah kat spender kannn!




Ketakutan aku.

Salah satu ketakutan aku ialah bila orang start nak rapat.

Macam customer mesej nak berkawan. Aku cuma nak jual barang dan provide servis je. Aku tak nak kawan.

Macam mak cik yang aku cuma niat nak tolong dia sekali tu je, sekali dia angkut aku balik rumah dia, bawak pi pasar, habiskan separuh hari dengan dia dan yang paling aku seram -

Bila dia minta nombor telefon dan dah rancang nak jumpa aku lagi next time.

Beb, aku cuak gila babi beb.

Aku rasa takut luar biasa. Dulu masa aku tak meniaga, orang yang paling susah nak bagi nombor telefon, akulah. Mana yang dapat tu memang terpilihlah tu. Itupun belum tentu aku akan create engagement macam pick up the phone ke, balas mesej ke.. silap silap aku krik krik kan je.

Bukan sombong. Tapi takut kalau hubungan tu berlanjutan.

Bunyinya macam bengong kan?

Aku rasa aku takut komitmen.
Aku tak reti berbual.
Aku tak tahu apa nak dikepohkan.
Aku tak tahu..

Dan aku paling takut kalau aku dah rapat dengan orang tu, nanti orang tu lukakan aku. Atau tinggalkan.

Aku lebih suka hubungan yang stranger -stranger ni. Siapa yang pernah text/email aku bertahun-tahun tapi aku tak pernah tanya kau siapa? Kenal aku dari mana? Kerja apa? Hahaha, korang bukanlah membosankan, tapi aku memang selesa macam tu.

Ada seorang ni, dia selalu wasap aku.
Salam Jumaat, A.

Harini buka apa?

Selamat berbuka, A.

A sihat?

Macam-macam dia tanya.
Tapi aku sikit pun takde rasa nak tanya kau siapa.
Kalau aku terus reply tu, maksudnya aku selesalah tu. Janganlah pulak korang rasa aku terjengkel dengan korang pulak. Aku memang macam tu.

Dulu dulu aku rajin balas email stranger.
Tapi bila ada stranger yang kenal aku start bagitau 'Tadi I nampak you, cantik baju biru.", "Demam ke, I rasa tadi I nampak you batuk." - OHMYGADDD, korang dah buat aku takut. Kalau boleh aku tak nak kenal korang, so tak perlu describe aku.

Dulu tak teruk sangat macam ni.
Ni makin lama aku rasa macam teruk sangat pulak. Ada kakak senior aku, suddenly dia jadi rapat dengan aku. Rajin datang rumah. Bawak mak dia. Aku jadi bingung, jadi takut. Aku tak nak rapat dengan dia. Mak aku cakap baguslah bersosial, kenapa sampai macamni?

Aku pun tak tahu.

Dulu masa bercinta, mak ex aku rajin kirim salam. Aku?
Korang tahu tak, gf adik-adik dan abang aku semua kamceng dengan mak aku. Tanya khabarlah, telefonlah, itu ini. Aku pulak yang naik getik. Aku takde feeling tu wei.

Ni biz partner aku dah start cerita hal keluarga dia. Aku pelik ni, nape korang suka cerita rahsia kat aku? Korang tak takut aku bocorkan ke?
Kenapa korang suka bagitau aku benda yang korang tak cerita kat orang lain?

Aku suka dan sudi mendengar, cuma bila kita getting personal, aku takut. Aku minta maaf bila korang dah start selesa dengan aku, korang ajak jumpalah, jemput aku datang majlis, datang rumahlah. Aku takut kalau hubungan kita melarat. Aku takut kalau kita jadi rapat.

Aku rasa macam sekarang aku dalam belon yang selamat. Dengan orang-orang terpilih. Pastu kau datang nak pecahkan belon selamat aku.

.

Jom kita kekal jadi stranger.
Macam aku dengan ex-ex aku.

.

Yang peliknya, aku treat stranger macam kawan rapat. Tu yang tetiba terbercinta tu.

.

Tapi orang macam aku, tak lama boleh tahan in relationship. Samada aku tinggalkan korang atau..

.

Karma melempang aku sampai berpusing kepala.
Padan muka aku. 

Aku baca, tapi yang ni..


Kau dah kenapa? 
Tak pernah pulak aku buat giveaway nak bagi handphone. 

Yang lain-lain tu, aku memang baca.
Cuma..
Aku tak respond directly. 

Sebab aku tak nak create hubungan (attach).  

Sewel bunyinya, 

Sesewel aku. 


Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

The most vavi evaaa.

Ah aku tak peduli.
Aku nak tulis jugak.

The vavi ni melampau sangatlah.
Tangan kaki dah tak naik tapi dia guna mulut dia.
Very the vavis lah.

Bila dia kena sindir dengan mak, dia pun buat rajin.
Yang lawaknya rajin sehari dua tapi dia mengata orang macam dia paling rajin oi!

Sedap gile mulut cakap aku menyusahkan oranglah, apalah. Tau tak, semua yang dia cakap adalah benda yang orang patut cakap pada dia. Gila kan?
Kalau sekali dua aku diam lagi.
Bila dah banyak kali memang aku menjawablah.

Lagi 1, yang aku tak boleh terima dia ada 1 perangai ni. Rasa diri suci gila maksum pegang tiket VIP fast lane masuk syurga. Bela janggut konon alim pi matilah ko. Perangai macam babi sangat.

Dia punya mengata orang tu, ish macam tak sedar diri.
Ada satu hari tu, aku kejut dia Subuh. Dia tak nak bangun sampai pukul 7. Pastu dia bangun bebel cakap pasal adik beradik aku tak jaga solat itu ini, padahal dia baru pijak sejadah pukul 7 something nak solat Subuh ni!

Hello!

Kau ni gile ni apa?
Punya tak sedar diri.

Aku tak kisah dia nak tegur orang ke apa.
Tapi bila dia perasan diri baik gile, orang lain seteruk-teruk manusia, wei serius aku rasa mendidih gila!

Ni dia baru je provok aku ni.
Aku dah geram aku cakap "Ko ni mental ke, cermin diri tu. Bercakap tak sedar diri. Tak malu ke?"

Ish aku tak boleh imagine wife dan anak-anak dia nanti. Aku yang darah daging duduk serumah ni boleh rasa nak terencat dengan perangai dia. Sesungguhnya aku rasa dia memang ada penyakit mental. Kalau dia takde penyakit mental pun, aku boleh jamin dia ada masalah hati. Serius wei, dia punya tergamak, dia punya sampai hati tu ish tak padan dengan rupa ustaz dia tu.

Tak pasal-pasal aku ter-babi kat sini.
Urgh. 

Menahan rindu.

Kalau kita rindu orang, orang tu tau tak?
Kadang-kadang sampai termimpi-mimpi.
Tak tahulah sebab disini rindu sangat atau disana rasa macam tu.

Tapi tak nak perasan.
Nanti sakit mengharap. 

Sebak pulak tetiba.

Ada seorang kenalan FB sedang mencari 'kawan'.
Kawan aka madu.

Rupanya dia hormatkan permintaan suami nak penuhkan kuota. Sekarang dah ada 2 wifes.

Aku macam..."Penuhkan kuota"?

Sebak wei tetiba. Serius sebak!

Aku perempuan. Orang pinjam baju aku pun aku rasa tak berapa selesa. Inikan nak berkongsi suami. Sejujurnya aku tak kuat. Biar duda asalkan tak perlu berkongsi. Serius aku tak mampu.

Tapi kenalan ni tenang dan bersahaja. Katanya suami bukan milik kita. Suami pinjaman sahaja.

Aku..

Aku..

Panas mata aku. Sedih.



Emosi wei. Serius.
Apakah suami tu tak ada rasa kesian ke pada isteri?
Rasa terkilan kerana berbahagi rasa dan setia?
Korang bukan nabi, korang tak maksum.
Dalam menyatakan niat pun korang tak menjaga perasaan. Pelaksanaannya nanti?

Maaf, aku memang tak mampu terima poligami.
Sebab aku tak kuat.

Kucing aku kalau orang lain panggil dia datang pun aku dah kecik hati, inikan..

Ya Allah berilah mereka syurga.
Bukan sebarang jiwa mampu tabah macam tu. 

Pulang.

Miracle gile wei.
Ada seekor kucing gelandangan ni kami dah anggap macam family. Dia merayau jauh mana pun, time makan mesti akan datang rumah. Tu pun aku dah cukup kagum dah, kuat gile ingatan dia boleh tahu rumah aku yang mana, selang nombor berapa, belah mana, sebab taman aku besar gak.

Pastu lebih 6 bulan cemtu tetiba dia hilang.
Aku saspek dia meninggal sebab last aku jumpa dia memang dia tak berapa sihat. Dah tua weh. Gigi bawah semua luruh dah.

Setiap hari tertanya-tanya gak manalah budak ni pi.
Pastu pujuk hati cakap kucing baik memang takkan mati depan 'tuan' dia.

Tup tap, 2 hari lepas dia mengendap kat dapur.
Ya Allah terkejut gile weiiiii!
Tapi dia kenal aku laaaa! Tak lari pun bila aku panggil.

Peh.

Jadinya aku akan paksa diri untuk jadi sabar.
Miracles happen beb. 

FOREVERMORE.

Mak aku lah ni.
Habis 1 rumah dok layan cerita Filipina ni.
Best dan natural. I likeee.

Tapi bila dah start konflik, aku dah tak fokus dah pun.
Tau kenapa?
Sebab aku rasa.

Mak marah benar kat Kate. Aku pun tak tahu nak sebelahkan siapa.
Xander? Memanglah dia punca, tapi kalau hati dah tak mau, what to do?
Agnes? Dia lagilah takde kena mengena.

Si Kate?
Nak marahkan dia pun tak boleh.
Xander tinggalkan dia macam tu je.
Takde sorry atau apa-apa perkataan.
Tak heranlah kalau si Kate tu kena gangguan emosi sampai nak bunuh diri.

Aku dah rasa.
Serius weh, rasa macam nak gila.
Rasa macam a part of kau cuba nak ambil hati + berbaik + redha tapi dalam masa sama rasa macam melemaskan diri sendiri dan cuma beri peluang kau bernafas tiap 10 minit untuk 3 saat.

Sakit. Rasa nak mati.
Serius aku tak bohong.
Aku ni boleh tahan positif dan kuat orangnya, tapi personally aku berani cakap, aku memang kalah at some point of life (masa putus). Aku tak sangka aku boleh menangis macam budak kecik. Mengongoi tau tak. Kejap-kejap menangis. Menangis, menangis. Semua kawan-kawan pun terkejut gile bila tengok aku breakdown macam tu.

Aku sendiri pun.
Sampai sekarang aku appreciate gile orang-orang yang bagi aku sokongan moral.

Cerita aku dengan Kate ada persamaan. Cuba move and buat-buat tak ada apa. Teruskan berkorban sebab dah memang sayang kan.

Aku tak heran si Kate boleh decide nak bunuh diri. Atau jadi mental kejap. Memang bukan diada-adakan perasaan tu. Ah aku tak berani nak perkecilkan.

Cuma aku bersyukur aku ada Allah. Berdoa tak putus sampailah aku boleh recover. Allah pulak hantar orang elok-elok bantu aku. Bertahun wei aku sakit dalam diam, Allah je yang tahu apa hati aku rasa.

So aku rasa Kate bukan sengaja pun. Dia sendiri berusaha nak memahami si Xander. Bagilah dia masa untuk pulihkan diri.

.

Selagi Kate tak pulih aku rasa menyampah pulak tengok cerita ni. Menyampah sebab aku teringat semuanya. Yang orang buat kat aku. Yang aku tergamak buat kat orang.

Sesungguhnya kalau aku boleh pusing balik waktu, aku tak mau melukakan dan dilukakan.

.

Satu masa nanti si Kate mesti rasa macam aku.
Rasa macam takde apa-apa.
Rasa macam tak punya hati.
Kosong dan begitulah.

See u in court.

Malam tadi mak dapat wasap. Ingatkan dah settle kes tu tapi ada perbezaan tarikh kejadian pulak. Mak pun tak pasti siapa yang silap.

So esok kena pergi mahkamah. Muka mak yang berseri terus bertukar monyok. Ayah pulak macam takde perasaan padahal..
Memang mak stress gile. Budak tu pun satu, yang ko pi aniaya orang tua tak sihat ni kenapalah..

Mak mintak aku teman. Aku iyakan je sebab kes ni mak aku sorokkan dari abang aku. Abang aku tu panas baran, nanti masalah bertambah-tambah.

Aku rasa sedih sangat sebab aku takde daya nak tolong orang tua aku. Selalu aku berangan aku hidup atas longgokkan duit, so bila waktu kecemasan macamni aku boleh gunakan harta untuk dapatkan keadilan. Jadi aku cuma mampu bagi sokongan moral kat mak aku.

Doa banyak-banyak.
Kalau betul kita teraniaya dan Allah kesian kat kita, Allah akan tunjuk jalan.
Jangan gaduh dengan ayah ye.

Mak diam je.

Kalau aku jadi mak, aku mesti dah menjerit dan nangis bengang kena aniaya. Tapi mak tabah.
Aku pulak tak kuat tengok dia macam tu.

Wei budak, aku tahu ko takkan baca pun benda ni, tapi aku harap Allah hantar pada kau macam mana kesal dan sedihnya aku rasa sebab ko berani aniaya 2 orang tua aku. Aku nak Allah simpan perasaan kesal tu dalam hati kau sampai kau tak boleh tido mengenangkannya. Zalim sangat ko membodohkan orang tua aku. Cakap A sekali kau tikam mereka. Orang yang terlibat dengan kau pun sama. Kemiskinan, kesusahan, sakit takkan sama dengan rasa tak tenang. Selagi kau tak minta maaf dengan orang tua aku, aku takkan henti doakan untuk kau.

Parent aku memang tak jahat.

Tapi aku,




Aku jahat.

Samalah macam kau. 

Pemaaf.

Raya ni lain dari tahun lepas. Tahun lepas paling hambar sebab ada perselisihan faham sesama ahli keluarga.

Tahun ni Alhamdulillah. Yang buat naya tu pun dah minta maaf. Mak cik C aku pun datang. Aku buat as if takde apa berlaku. Layan elok-elok. Memang aku control gile emosi aku supaya aku tak tercakap sesuatu isu sensitif (macam hal niaga sebab aku tak nak mak cik aku serba salah). Bila ada orang tercakap, aku cepat2 tukar topik. Aku cuba layan seeloknya sebab aku memang baik.

Aku puji diri aku sendiri bersebab.

Kadang-kadang memang tak boleh elak untuk rasa bukan-bukan, dan akan ada bisikan syaitan suruh ko buat sesuatu yang menyakitkan orang.

So aku akan cakap kat diri, aku buat baik pada orang bukan sebab aku nak berlagak baik, tapi aku memang baik orangnya.

Mak cik pun rasa selesa dah nak gurau dengan aku. Haritu aku tahu dia rasa awkward, so aku yang usik-usik dia. Mak cik C sampai je aku terus salam dan tanya khabar. Saja duduk dekat2 dan tanya hal hidup dia, dengar dia meluah rasa.

Aku pernah jadi kasar pada kedua-dua mak cik ni, itupun bersebab. Ala sedangkan abang aku yang macam hantu tu pun aku masih boleh layan dia baik lepas dia dah sudah jadi hantu, inikan mak cik aku.

Memang aku tak mampu lupakan, tapi untuk aku balas semula memang aku tak mau. Lagipun keputusa  ni buat aku rasa tenang sebab bila kau berdendam kau memang tak akan rasa tenang pun. Dendam akan paksa kau sakitkan orang, dan dendam tak pernah merasa cukup.

Jadi aku pilih untuk jadi pemaaf. Lagipun aku selalu duduk muhasabah diri, aku pun tentu banyak silap dan aku tak mau orang terus menghukum aku.

Bercakap pasal maaf, seseorang hantar mesej ringkas pada hari puasa terakhir. Terkejut aku sebab dah lama dah dia tak pedulikan aku.

Aku maknakan maaf zahir batin tu walaupun aku rasa luka batin aku masih berdarah lagi. Sesungguhnya aku bersyukur dia nak minta maaf walaupun tu ayat biasa masa raya dan masih teringat nak ucapkan pada aku. Okaylah tu kan. Bahagia sikit perasaan aku Syawal kali ni.

Hopefully korang semua pun bahagia. Aku minta maaf zahir batin ya.

Ralat sikit.

Sebelum mula, aku beli sample 2 biji. 1 tu kering dan rasa macam ada tak kena. Yang lagi 1 okay. Aku pun complaint.

Lepastu aku saja order pada masa rambang, untuk tujuan sampling jugaklah. 

Then aku order lagi 4 biji sebab aku nak tahu dalam 4 biji tu semuanya konsisten tak.

Modal aku untuk sampling je lebih RM250, sedangkan keuntungan per biji cumalah RM5. Bab makanan aku memang takut, sungguh biarlah untung sendu asalkan customer puas hati tu perangai aku. Sebab aku cerewet sungguh tu lah selalu bertekak dengan mak masa meniaga haha! 

Bila aku betul confident, baru aku start jual dan iklankan. Hati aku memang dah terdetik sesuatu tapi aku rasa macam nak tolong si pembuat ni untuk kembangkan jenama dia (niat asal aku, that's why aku tak kisah untung RM5 je pun). 

Tapi aku frust. 

Sebab batch untuk Raya ni... aku ada beli 2 untuk rumah, dan aku baru buka 1. 

Rasa ada kureng sikit. Tak lembab. Tekstur kasar. 
Huuuuuuuu kesiannya customer yang beli! Sambil tu aku rasa ralat sebab aku guna platform page official bisnes aku....

Ni dah masuk tahun ke 3 (kot, malas nak calculate) K masih ada peminat tersendiri. Even sampai sekarang customer lama masih banyak yang text tanya untuk tempahan, masa beraya je dah beberapa orang minta kami meniaga semula dan malam tu kami dapat tempahan rumah terbuka 100 orang. Paling tak boleh belah bila ada rival (kawan mak aku, aku tak kenal pun dia) dok mengadu kat mak dia kata aku jual itu ini (ketara sangat stalk FB aku). Pendek kata, aku tak sepatutnya gunakan K untuk jual produk orang. Bahaya. Serius bahaya. 

Sebab tu jugak aku tak ambil tukang masak lain. 
Kita ada signature air tangan sendiri, bukan boleh sebarangan gamble nasib. My bad...

Walaupun aku dah usahakan buat random sampling dan sebagainya, tapi benda nak jadi. Mungkin dia kejar terlalu banyak tempahan sampaikan dia tak terbuat dengan baik. Memang aku ralat sangat2. Benda nak buat jamah Raya, nak hadiahkan kat orang, kau imajinlah macam mana hampanya aku masa aku potong kek tu. Mak aku pulak macam biasa - 'Takdelah, okay je ni, sama je' hahaha aku memang tak percayalah dia cuma nak sedapkan hati. 

Setakat ni tak ada yang complaint lagi, tapi bila takde customer (yang dapat masa Batch Raya) bagi apa2 feedback, ko boleh agak kan kenapa? 

Aku doa sangat supaya yang aku punya je ni yang tak elok. Orang lain punya dapat terbaik macam selalu. Malam ni aku tak boleh tido memikirkannya. 

Ohmak...

Pintu tak berkunci.

Bencinya!

Kontraktor tukar pintu rumah termasuklah pintu bilik aku, beberapa tahun lepas. Yang aku bengkek tu, bila tutup, pintu tu tak boleh rapat. Ada gap yang menyebabkan tombol pintu tu tak berfungsi pun.

Bilik tido kan tempat privacy. Tu ler tempat ko nak berseksi meksi. Aku selalu selit dengan sesuatu supaya pintu ketat, tapi bila orang tolak kuat kuat dari luar confirm terbukak.

Orang rumah aku pulak, kalau nak kejut, ketuk je dahlah. Ni memang saja ditolaknya pintu.

Ko bayangkanlah kadang tido kain tersingkap, takpun malam tu panas sangat so ko pun berHollywood dalam bilik, tengah syok pejam mata pintu terbukak. So hanat weh. Terkial2 aku tarik selimut.

Dah nampak orang seksi bukan nak blah. Tu lagilah aku hangin. Kengkadang aku bukak mata tengok orang dah berdiri depan pintu sengih tengok aku. Bengong, ko dah kenapa.

Pagi-pagi bangun dah menyumpah dah. Jangan sesiapa coba dekati aku. Mood aku sekarang rasa nak tikam orang je. 

Bukan malaikat.

Terbawa-bawa.
Hanya melihat dari sisi sebelah aku je.

(Bengong je. Time aku type ni aku tengah baring mengiring peluk patung katak. Belakang aku ada patung Domokun. Aku rasa ngantuk dah tadi, dalam mamai sikit tu terasa patung kat belakang tolak aku 2 kali. Aku tak tahu lah patut ke aku type ni sekarang. Haha! Memang ketara weh aku rasa. Macam orang tolak. Terus segar mata aku. Hahahaha sepatutnya post ni melankolik tapi dah jadi seram wakakaka!)

Gigi aku tengah sakit sangat ni. Gigi bongsu bawah tumbuh. Telan air liur pun terasa berdenyut oi.

Ah sudah.

Nantilah kita sambung episod lain. 

Pertama; aku malas nak fikir dan tulis. So aku copy paste je. Kedua; ya aku selfish.

Make me believe in love again.

To the one I'll end up with,

Love is not easy. It never will be. So I hope that you can find your love for me in your heart, for when the time comes that your mind couldn't process your love for me, I know that your heart will.

Love is just not about happiness. It is also about sacrifice, compromise, and a lot of other unpleasant things. So let's make a very firm foundation of love, trust, and respect so that when the going gets tough, we will give it a good fight.

I hope that you won't give up on me. I do not wake up at the right side of the bed all the time. Believe me, I have mood swings and it will drive you crazy. The good side that you see often is only half of who I am. I hope that you'd stay when you get to see the other half of me and believe me, it is not pleasant at all. I hope that you'd understand my insecurities and assure me that you are mine. I tend to get jealous; not that I don't trust you, it's just that I am afraid to lose you, I am afraid of losing someone that I love, I am afraid of getting hurt. I am afraid of a lot of things and I hope you'd banish that fear. I cannot say all of the bad things about me, I guess, it is for you to find out and I hope that when you do, you'd still think that I am worth the stay.

Make me believe, please. Understand that someone broke my heart into tiny pieces and although I took my time putting myself all together, the scar will be there. Mend that scar. Make me believe in love again because, honestly, right now, I don't. Make me believe in love, make me want to love all over again. Make me believe that we could last a lifetime, because someone fucked up the meaning of "forever" for me. Give me a reason to wake up and look forward to each day, because right now, I don't even know why I need to wake up anymore.

I loved someone so much and I thought that person is my greatest love. Surpass that. Be the one who is even greater than the greatest love that I had.

I hope that when God lets you in my life, I am ready. I want you to come at the right time because I don't want to give you the burden of healing me. Trust me, I am trying to heal myself right now and I am not just trying, I am trying very hard.

And if ever you are meant for me, I hope you are meant to stay. I am already in the stage of life where all I want is something serious and something that would last.

And if ever you turn out to be the person who shattered my heart into pieces, my greatest love, I hope this time you already know my worth. I hope this time you are meant to stay.

Sebak.

Rasa macam nak type lagi.
Tapi mungkin cacamarba lah.
Takpe kan?

.

Pernah tak korang berada pada tahap paling lowest dalam hidup? Masa tu ko rasa macam fah takde sebarang pengharapan. Rasa macam redha je dengan hidup. Rasa macam dah tak mau nak bangkit. Apa jadi masa tu, jadilah.

.

Pernah tak korang rasa macam tak layak untuk apa pun? Aku rasa confident level aku teruk gile. Kadang2 orang nampak aku macam okay tapi sebenarnya dalaman aku struggle gile.

.

Pernah tak korang rasa macam korang memang layak dapat bad treatment dan perkara seumpamanya macam tu? Macam sedar diri ah memang padanlah dengan diri.
Aku rasa macam tu. Walaupun kengkadang aku duduk senyap-senyap fikir, hujungnya aku tetap akan cakap - Ah padan muka aku.

.

Hidup ni banyak pilihan, dan yang sentiasa buat pilihan yang salah - tetap aku.

.

Korang pernah tak rasa macam menyalahkan diri sendiri atas setiap yang berlaku?
Aku terpaksa. Kalau tak aku rasa tak tenang memikirkan kenapa orang buat macam tu. Menyalahkan diri lebih mudah. Ko rasa macam tu tak?

.

Korang pernah tak duduk muhasabah diri dan akhirnya korang rasa benci sangat kat diri?

.

Masa muda dulu, aku mesti akan fikir nak mati.
Nak bunuh diri.
Nak lari.
Haha macam bangang je kann.

.

Sekarang ni aku tak rasa nak mati.

.

Aku cuma rasa tak sabar je.

.

Sebab aku nak sangat tahu, ada ke tempat lain yang lagi membahagiakan? Boleh ke kita make a wish nak hidup sekian-sekian. Kalau kita merasa sakit masa hidup, ada ke peluang di alam lain untuk kita hilangkan kesakitan tu?

.

Dalam masa sama aku takut.

.

Entahlah.

.

Korang pernah rasa perasaan macam aku ni?

Sorry mak.



Ni masuk hari ketiga aku tak bercakap dengan mak. Mak ada jenguk bilik aku malam-malam. Ada gak cuba bergurau dengan aku. Ajak makan. Tapi entahlah.

Bohong kalau kata aku tak terguris.

Aku tak cuba nak memangsakan diri aku ya. Aku tahu aku tak sempurna. Bukan orang dambaan. Aku rasa kalau mak aku boleh pilih anak orang lain, dia takkan pilih aku pun.

Aku memang tak guna. Kalau aku berguna, orang takkan kata macam-macam pada aku. Sekali sekala je aku mendatangkan manfaat. Sempatlah juga rasa sekejap dihargai.

Kalau letak aku dengan orang lain, orang takkan pilih aku. Mak aku sendiri pilih adik beradik dia daripada aku. Mak aku sendiri sayang anak orang dan kagumi anak orang daripada aku.

Tapi make sense lah. Aku apa je ada?
Cuma melukut tepi gantang.

Bapak aku yang tak biasa cakap menghiris kalbu pun dah selalu sindir aku. Aku rasa kalau kau tak berduit memang orang buat macam tu kot? Tapi padanlah dengan aku kan.
Dah aku tak mendatangkan hasil. Tak tolong bayar bil, sediakan barang makan bulan-bulan. Bila nak minta duit asyik tak ada je. Mak bapak mana yang suka.

Masa ada duit, belanja makan rumah, bil apa bagai semua aku tanggung pun masih tak cukup. Entahlah. Aku sensitif sangat ke? Aku sengaja cipta rasa tersinggung ke? Entahlah. Iyalah tu agaknya.

Bila aku ada duit, walaupun RM10, aku tak berkira pun. Mak bapak aku akui tu. Tapi bila terjadi sesuatu dorang macam lupa lah. Faktor usia kot. Ataupun memang sebab pengorbanan aku tak signifikan mana pun. Manalah boleh nak ingat.

Aku duduk kenang diri.
Aku memang tak sempurna.
Aku akui. Aku tahu betapa banyak kelemahan aku. Kadang-kadang aku terpaksa telan yang aku memang layak ditolak macamni.
Disindir macamlah aku takde perasaan.
Kadang-kadang aku rasa mak bapak aku pilih orang. Ko perasan tak, kadang-kadang dengan orang lain, orang layan elok. Marah belakang-belakang tapi dengan kau jadikan tempat lepas.

Mak kata dia buat macam tu sebab dia tahu aku macam mana. Tapi tak adil kan lepaskan perasaan pada aku je? Aku memang nampak tegap. Memang aku berani melawan pertahankan diri, sebab aku..

Aku takde sape nak pertahankan.

Kadang-kadang kelakar jugak.
Bila orang lain kena marah, sindir perli, aku tetap akan backup cakap sudahlah tak elok macam tu walaupun orang yang kena tu orang yang aku benci. Setidak-tidaknya aku akan diamkan diri tak akan tambah api.

Tapi orang lain tak buat macam tu.
Orang lain api-apikan aku dan ambil kesempatan.

Aku tak rasa aku mangsa.
Aku yang memangsakan diri aku.
Mak ayah aku tak salah.
Aku yang salah sebab jadi anak dorang yang tak berguna.

Aku tak tahu nak cerita pada siapa.
Aku type kat sini takpe kan.

Aku sedih.
Padan muka aku. 

Panjang ni.

Lama tak curhat. Sibuk sikit. Tapi aku nak tulis juga buat ingat-ingatan. 

Aku dah berbaik dengan mak cik aku. 

Seperais kan? Lama weh tak bercakap dengan dia. Aku block no dia, FB dia etc. Mulanya aku tekad gak macam nak buat lupakan je apa dia buat masa ada family gathering pasal harta pusaka. Tapi bila aku berdiri nak salam dia, dia boleh pusing dan buat-buat tak nampak aku, memang aku mencarut dalam hati gak masa tu.
Sejak tu aku lupakan dah aku ada mak cik. 

Tup tap dia mesej mak. Katanya boleh tak terima dia macam dulu. Dia nak datang rumah. Penerimaan aku? 

Sejujurnya aku rasa aku tak boleh nak pandang muka dia. Apa yang dia buat, macam mana dia tergamak tinggalkan family business. Ish..

Tapi masa mak tanya, aku just diam je. 
Aku tak nak mak aku serba salah. Mak aku pun rindu kat adik dia. Mak cik ni dulu orang yang paling rapat dengan family aku. Memang aku rasa dikhianati sangat bila dia tergamak tu tapi..

Entahlah. Aku cuba ajar diri aku jangan hukum orang. 

Masa dia sampai rumah, aku tak turun. Aku tak tahu nak respond apa. Dah petang tu baru aku cuba. Tengah suap makanan, tetiba dia masuk. Terus senyum kat aku, and aku pun terus bangun salam dia. 

Tapi aku masih tak boleh nak bercakap atau pandang dia. Aku cuba. 

Sengaja aku berat2kan bontot aku supaya jangan bangun dari kerusi. Lepak dengar dia bercerita. Cuba buang semua benda lama. 

Lagipun bagi aku, kalau orang tu minta maaf, bukan senang. Susah weh nak ketepikan ego dan rasa malu. So aku kenalah hargai. 

Masa nak balik dia salam aku. Aku nak tarik tangan, tapi dia pegang lama. Depan2 sedara mara and family aku dia cakap "Sorry."

Sebak pulak weh. Aku memang kalah kalau benda2 sentimental ni. Huwaaaa rapuhnya hati aku. So basically aku dah baik dengan dia. Cuma aku tak boleh bercakap sangat dengan dia macam dulu. 

Bukan sebab dia pernah lukakan aku, tapi bila aku muhasabah diri, aku pun mesti ada silapnya. Macamnilah aku. Pusing2 aku tetap akan salahkan diri aku sendiri. Tapi takpelah, tak penting pun kan, yang pentingnya kami dah perbetulkan kesilapan lalu. 

Lapar pulak. Nanti aku sambung.

Mak tak tahu.

Aku tak tahu kenapa aku tetap nak tanya mak aku bilamana aku dah tahu jawapan dia tak boleh pakai (pada sesetengah soalan). Contohnya, aku notice ada perubahan ukuran pada stok baru. Pastu aku boleh tanya mak aku dan mak aku jawab "Sama je tu."

Obviously tak sama.
Dan obviously mak aku tak tahu pun ukura  sebelum ni macam mana.
Tak pasal-pasal boleh menyirap dengan mak.
Mak dahlah #MakCakapSemuaBetul.
Akhirnya aku mendiamkan diri menyesali perbuatan.

Aku tak nak tanya mak lagi.
Tapi percayalah aku akan tanya jugak nanti.






Arghhhh apasal entah!

3 pagi dan aku menggigil.

Aku kat luar rumah. Tengah sejukkan hati.
Menggigil bukan sebab sejuk.

Tapi marah.

.

Abang aku tak berubah perangai.
Sekali sekala dia baik, bertanggungjawab.
Aku tak nafikan dan aku sangat hargai.

.

Ni dia dah berhenti kerja.
Abang aku ni bukan macam lelaki lain yang ada rasa tanggungjawab, malu kalau tak bekerja.
Dia tak peduli tu.
Dia kerja haritu pun sebab terpaksa.
Nak selamatkan air muka dia je sebenarnya.
Panjang cerita. Malas nak tulis.

.

Dia masih suka provok.
Kau tau tak, provok ni memang kita boleh buat pekak telinga. Tapi kalau dah beribu kali?
Babi pun kalau kena provok reti menyondol.
Inikan aku yang bukan babi.

.

Dia masih rasa diri bagus.
Aku tak tahu nak describe macam mana.
Kalau tengok pegangan agama dia, peh macam pak lebai. Tapi perangai..

.

Dia akan provok orang tanpa sebab (aku syak dia ni ada penyakit mental).
Lepastu dia akan cuba buat kau marah.
Bila kau meletup je, dia akan pusing buat seolah-olah tak relevan kau nak meletup.
Dia akan buat kau rasa kau yang tak betul.
Aku paling tak boleh blah bila dia buat muka bengis. Dan ancam nak tendang or pukul aku.
Menggigil aku mengingatkan ni.

.

Dia suka ancam aku.
Kadang-kadang dia tak ancam.
Tapi dia pukul terus.

.

Kau tahu tak betapa lama aku tahan perasaan aku?

.

Sejak aku kecik.
Sejak dia lempang aku sampai pekak kejap.
Sejak dia tumbuk muka aku sampai bawah mata aku biru.
Sejak dia tumbuk kepala aku sampai aku muntah pening.
Sejak dia terajang aku.
Sejak dia tinju aku.
Sejak dia ketuk aku dengan objek.

.

Kau ingat aku boleh lupa?

.

Dia abuse aku mental, fizikal dan emosi.

.

Memang aku nampak normal.
Tapi dalaman aku..
Persepsi aku pada lelaki?
Benci aku yang boleh datang tiba-tiba?
Hari-hari yang aku lalui dengan kendong rasa marah pada dia? Pada lelaki?

.

Dia dah dapat banyak balasan.
Gf kena kahwin paksa dengan orang lain.
Tak dapat kerja mewah (belagak nak mampos oi dengan aku masa dia praktikal dengan o&g company.)
Sakit tuan tak semena-mena (sebenarnya masa tu bulan puasa. Dia ada buat sesuatu yang menyebabkan mak aku memang tadah tangan doa sungguh-sungguh untuk dia. Beberapa hari sebelum tu dia tinju aku.)

Dia menyesal dan minta maaf masa dia sakit tu.
Tapi sekejap je dia jadi baik.
Sekejap je.

.

Sekarang dia angkuh gile.
Kalau cakap pasal silap dan balasan dia, dia akan pusing dan cakap macam-macam pasal kau.
Seolah-olah peristiwa dia minta maaf nangis-nangis tu lakonan je.

.

Baguslah.
Sebab aku pun sebenarnya tak pernah maafkan dia.
Aku cuma pegang diri aku untuk cuba terima dan berbaik dengan kau.
Seolah-olah kau tak pernah apa-apakan aku.
Kalau turut rasa hati aku..

.


Aku takkan berhenti berdoa Allah ranapkan hidup kau satu persatu. Sampai kau mati dalam sesal.

.

Tapi aku tak tergamak.
Ya aku marah.

.

Tapi aku tak tergamak.
Kalau itu masih membuatkan korang terfikir aku ni sekian-sekian (aku tahu apa persepsi orang pada orang yang luah perasaan macam aku ni. Korang rasa kenapa aku tak do something. Kenapa aku layan dia provok. Kau akan buat as if aku sengaja memangsakan diri. Aku faham kalau kau tak faham. Aku faham kalau kau anggap aku mengada-adakan cerita.) - terserah.

.

Aku tulis bukan nak minta simpati.
Atau nak orang hukum abang aku.
.

Aku cuma nak lepaskan apa terbuku.
.

Lebih baik aku menulis daripada aku bertukar jadi sama macam dia.

.

Betul tak?

.

Retorik je. Aku tak kisah pun kalau kau tak mahu mengiyakan.


.

Korang kalau marah sangat, ada tak rasa nak menangis?
Rasa sedih sebab biarkan orang sakitkan korang?
Ada tak?

.

Aku tengah tengok langit.
Gelap. Oren-oren.
Nanti nak dekat pagi, makin cerah.
Lama-lama padam dah gelap ni.

.

Aku harap nasib aku berubah.
Bangun pagi rasa happy.
Peluk orang tersayang.
Pandang dia dengan rasa bersyukur.
Rasa disayangi.
Rasa selamat.

.

Mujur aku ada kucing.
Tapi sejak kucing bayang-bayang aku mati, aku dah tak berani nak sayang lebih-lebih.

.

Selain daripada dipukul, diprovok,
Aku rasa kehilangan pun cukup mengerikan.

.

Sedikit sebanyak aku pun sama hilang.
Yang tinggal hanyalah kelongsong kosong yang nampak tegap.

.

Esok aku kena survive 1 lagi hari.

.

Aku tak mau mati lagi.

.

Kalau aku termati, doakan aku masuk syurga.

.

Dia kata - Masuk syurga boleh minta apa je.

.

Aku ada banyak nak minta.

.

Kalaulah ini sebabkan Allah tak mau bagi didunia, doakan aku jadi orang yang sangat penyabar.

.

Aku bukan tak boleh sabar.


.


Aku letih.



.



Letih sangat.

Warkah Untukku

Senang betul orang buat lagu sekarang.
Ulang.
Ulang.
Ulang.
Dah jadi 1 lagu.

Aku suka gila lagu si Ara ni. Lain dari yang lain.
Ada feel. Tapi tu lah, dia punya ulang chorus tu aku rasa dalam 5 kali kot. Mungkin dia nak cakap yang dia sungguh-sungguh nak?

Mulanya aku tak perasan yang lirik lagu ni berulang-ulang. Mungkin sedap sangat kot pada telinga aku ni, maka aku tak kritikal sangat. Dok layan je lah bila keluar radio. Bila aku search lirik baru aku perasan mak oi serius kah sebanyak ini pengulangan liriknya?

Serius tak yah jawab. 

Lelaki intelek memang sexy.

Aku dah obses dengan BJ Habibie. Hari-hari mesti nak baca atau tengok video wawancara. Genius tu satu hal yang cukup mengujakan, tapi sikap dia. Weh, dengan otak macam tu, dia boleh hidup berbuaian emas weh.
Tapi dia pilih untuk bagi manfaat pada orang lain.
Hidup dia kat German tu dah cukup selesa dah.
Tapi dia balik Indonesia.
Sayangnya Indonesia tak macam German.

Lepastu aku suka sifat dia yang tak kaki perempuan.
Yang tak mudah dikelabukan oleh harta.

Sekarang ni bila aku tengok Tun M, aku rasa kesiannya jadi orang cerdik dalam golongan yang tak berapa cerdik dan mabuk duit. Padahal dengan kepala macamni pandai dan pemikiran jauh kedepan, hidup kita semua mungkin bukan macam ni pada harini.

Alahai.

*

Aku ada soft spot untuk lelaki intelek. Lelaki ada ilmu dan tak buat-buat pandai.
Pada aku, lelaki macamni seronok untuk dikenali.
Aku ni makhluk curious, aku suka dengar fakta, idea, dan pendapat (bukan tunjuk pandai).
Contoh ada sorang kawan aku ni, dalam lawak-lawak dia ada jugak point dia yang aku rasa hanya orang yang teliti dan boleh pandang perkara dari pelbagai sudut je yang boleh nampak. Kiterang sembang pasal Uber. Pasal berapa maksimum boleh untung sebulan. Iyalah mesti excited kalau cerita pasal untung kan? (Selama ni aku sembang dengan orang, orang mengiyakan je cakap sisi baik-baik tentang Uber. So aku bayangkan pelangi dan unicorn je lah.)
Lepastu dia pun cakap tu yang dia untung, yang tak? Maintenance dia? Risiko dia?

Weh aku suka conversation macamni. Conversation yang buat kita berfikir. Bukan yang jenis mengiyakan sebarangan tanpa tengok pros and cons. (Kalau asyik negatif je pun aku menyampah. Aku suka orang optimist dan relevan. Idea yang praktikal. Ada basis, bukan harapkan instinct dan nasib je).
Lepastu lelaki yang ada common sense, yang boleh terima pendapat orang dan hormat pendirian orang. Berpandangan jauh, pastu dalam bijak tu, masih ada emosi. Seksi gile oi laki macam ni. Mujurlah kawan aku ni dah jadi laki orang haha!!

Lelaki yang ada sesuatu untuk ditawarkan, tapi dia tak jual diri dia pada perempuan / duit.
Susah nak cari lelaki yang ada self control. Ada iman. Banyak yang lupa diri, seronok diulit berjuta perempuan / duit. Kalau dapat jumpa yang macamni, memang aku respect gile-gile.

Aku suka orang yang open, yang tak misteri sangat (sampai aku tanpa sengaja terbuat macam-macam spekulasi). Pastu, aku suka sangat lelaki yang berminat nak buat kerja-kerja sendiri. Maksud aku macam kalau mentol terbakar, dia boleh ganti (percayalah ada lelaki yang tak reti), kalau sink tersumbat dia tau nak buat apa. Kalau aku ajak dia buat projek DIY (aku jenis suka buat sendiri daripada beli), dia on je. Sama-sama menggergaji, sama-sama bagi idea. Oh seronoknya berangan.

Apalagi eh yang ada pada lelaki seksi?

Hah, macam ayah aku kan, dia tak reti marah. Maksud aku dia tak reti memukul, tak reti maki hamun. Dan tanpa kekerasan pun aku jadi hormat dan sayang kat dia. Kalau aku terlepas marah, aku akan rasa bersalah sangat-sangat dan cuba untuk jangan buat lagi. Bila mak aku bebel-bebel marah, dia diam. Dia tak menjawab (cuma dia susah cakap maaf). Ayah aku tak pandai mengumpat. Bagus gile kan? Aku dengan mak aku mengumpat, dia diam je atau kata "Tak baik cakap macam tu.." HAHAHA KRIK KRIK TERUS.

Macam dalam cerita Rudy Habibie, aku suka tengok parent si Rudy ni. Jaga solat, solat berjemaah, pastu layankan je anak-anak tanya itu ini. Aku harap kalau aku sempat jadi parent, aku nak jadi yang boleh bantu anak-anak aku survive. Macam mak ayah aku, dorang bagi sokongan, dorang tak kongkong aku, bagi aku peluang untuk rasa diri dihargai (macam bila aku nak cuba buat sesuatu, mak ayah aku bagi. Sesetengah mak bapak, dorang terlalu protect anak sampai anak tak boleh buat itu ini).


Bermula daripada lagu, aku cari filem. Lepastu aku jadi curious, aku pun search biografi. Ni aku nak cuba cari buku.
Daripada lagu, aku jumpa filem ni. Aku tengok dan jadi terbuka. Aku nampak apa yang aku suka. Aku nampak apa yang aku nak. Apa aku nak jadi.

Kalau orang kata pelakon, penyanyi, dan pemain industri hiburan tak main peranan pada seseorang / masyarakat, orang tu silap.

Educate people bukan tugas cikgu je.





HABIBIE & AINUN

Sebenarnya aku letih dan tak sihat. 
Tapi aku curious sangat nak tahu pasal life BJ Habibie ni.
Iyalah dia orang genius.
Boleh ke orang-orang sedang-sedang atau yang tidak-tidak mengenderai impian yang sama?
Tengok Tun M je lah. Aku rasa orang cerdik ni memang banyak dugaannya.
Paling besar nak mencerdikkan orang yang tak mau.


Awal cerita agak slow. Tak padan dengan rasa membuak nak tahu aku. So aku lajukan beberapa minit.
Lepastu..
Air mata aku mencurangi aku.
Meleleh je tak mau berhenti.

Rasa kesian sangat-sangat dengan Habibie.
Rasa macam tak layak dia kena macam tu.
Tapi orang baik, mana pernah laluan dia smooth je.

Masa dia menangis pegang pesawat tu aku dah tak tahan dah.

Sedihnya.

Kita pandang seseorang dan selalu terfikir.
Macam mana dia buat?
Macam mana dia lalu semua tu?
Macam mana dia move on dengan rasa kesal?
Rasa sedih dan kehilangan?
Rasa sia-sia?
Rasa tertolak, rasa diperkecil, rasa..

Hu tak boleh berhenti pulak menangis.
Moga damai jiwanya.

RUDY HABIBIE

2 jam something aku dok hadap cerita ni. Boleh tengok kat sini TONTON ONLINE .
Puas aku google nak tengok cerita ni. Dapat jugak, line pulak elok takde tersekat-sekat.

PEH.

Aku rasa sebak gile, sebak yang tak boleh nak nangis sebab sakit sangat rasa.

Betul. Kalau dalam 1 hubungan tu, salah seorang ada kecintaan pada sesuatu yang lain, sesuatu yang lebih besar, sesuatu yang dia paling inginkan, sesuatu yang dia tak mahu berkompromi, sesuatu yang lebih bagi manfaat, maka pihak sebelah cuma sekadar mampu tawarkan kecintaan pada dia, akan dianggap sia-sia sahaja.

Contohnya, ko nak ke berkompromi dengan pekerjaan ko, hanya sebab rasa sayang pada seorang manusia? Manusia yang belum tentu bagi benefit kat ko. Sekadar memenuhi rongga emosi je. Ko tetap nak kena makan. Ko tetap ada bil beratur nak bayar setiap bulan. Ko ada keperluan lain. Ko tak boleh hidup hanya dengan rasa sayang pada seorang.

Ada orang sanggup tinggalkan semua sebab cinta pada manusia.

Ada yang tak.
Didorongi waras dan keinginan kuat pada matlamat, cinta manusia cuma sekadar terowong yang perlu dilalui seketika. Bukan untuk dijadikan tempat berhenti. Apatahlagi untuk didiami.
Bukan sekarang. Bukan hari ini. Apatahlagi semalam.

Orang kata kalau diduakan dengan orang memang sakit.
Tapi kalau diduakan dengan impian, ko takkan boleh menang punya.

Hidup begitulah.
Semuanya setiap satu mandiri dalam ruang keinginan sendiri.
Kadang love life ko hebat, tapi kerja ko tak best.
Kadang kerja bagus, tapi sunyi.
Kadang pintar, tapi tak difahami.
Kadang kacak, tapi hati tak temukan lagi yang serasi.
Kadang semuanya ada, tapi ko ada penyakit pulak.
Ah.
Kita takkan boleh menang kesemuanya.

Kutip apa yang paling bermakna.
Paling penting.
Tak perlu tamak kejar habis.

Memang sakit jika yang tertolak, yang dikompromi, yang diduatigakan itu kita.
Perasaan kita.
Selfless kita yang diberi percuma.
Mentah-mentah ditepis.
Mentah-mentah juga tidak dikendong seiring.
Seperti tidak bermakna.
Ditunggul-tunggulkan.
Ketap gigi saja mampu menahan rasa.
Tidurlah berdodoikan air mata.

Perit. Memang perit.

Tapi kecintaan itu memerlukan pengorbanan.
Berkorban atau terkorban.
Mana-mana pun sama peritnya.
Tak ada 1 manusia pun yang mahu memilih untuk melukakan orang lain.
Tambah-tambah orang yang kita sudah izin masuk ke lubuk hati. Ruang paling intim yang bukan sebarang-sebarang boleh dikuis.

Tapi kalau kita sungguh sayang, biar tidak disayang pun kita rela.








Manusia dan syiling.

Weh, apa ko rasa kalau tetiba orang yang ko kenali di alam sebenar, yang ko nampak, kemudian ko discover sifat dia yang lain? Macam, dia ada 2 karakter berbeza. Macam, karakter dia yang lagi 1 itu tak sepadan dengan apa yang ko nampak.

Aku rasa manusia ni memang interesting. Kena kenal, kena letak dia dalam pelbagai suasana, kena trigger dan korek korek sifat dia yang jarang-jarang dia persembahkan.

Aku pun macam tu. Aku harap sesiapa yang kenal aku luar dan dalam taklah serik kenal aku. Ala kalau ko serik pun aku peduli apa. Aku akan memburu ko dalam mimpi. Memenuhi ruang ingatan ko. Sampai kau jadi takut nak tarik nafas. Sampai kau..


Eh tak jadilah nak jadi saiko. Hahaha!

Weh korang nak tau tak. Selama aku berblogging ni aku banyak dapat email. Kengkadang rasa macam pelik gile bila orang cari ko dan open up. Kengkadang rasa macam baiknya orang peduli sungguh kat hidup aku rajin hantar email. Kengkadang rasa seram. Kengkadang rasa macam ego booster pun ada gak.

Aku ni jenis jarang delete conversation/email. Pada suatu hari...pendek cerita aku match kan email orang dengan tuan empunya. Sumpah surprise gile wehhh!

Orang yang pernah email aku sembang-sembang tu, adalah classmate aku! Classmate yang aku tak pernah tegur! Bapak ah. Tergamam kejap sambil tangan aku putar balik filem lama geduk..geduk..geduk *bunyi* sambil tengok wayang tanpa bunyi tu. Tak tau apa rasa waktu tu.

Lainnya dia dengan apa yang aku nampak secara fizikal ni.
Lain sangat,sangat!
And apa yang membuatkan dia terasa nak reach aku personally?
Mak oi aku tak tau apa perasaan aku.

Tapi sejak itu, aku selalu set kat diri, kalau orang tu hensem tak semestinya perangai dia pun hensem. Kalau orang tu muka dia keras, macam takde perasaan, tak semestinya dia takde perasaan. Entah-entah dia manusia paling loving dan sangat sweet. Sebetulnya, aku pelik jugak bila orang mudah open up perihal/sisi gelap diri dorang dengan aku. Macam sembang rahsia atau cakap benda yang dia tak boleh nak cakap pada orang lain. Aku bukan jenis yang suka paksa orang, atau dorong orang untuk cerita. Tetiba je orang rasa nak bagitau kat aku. Seram gaklah weh sebab bila orang percaya kat ko, ko kena jaga kepercayaan orang. Ala tak susah pun cuma kena ada self control yang kuat je. But still, aku seram.

Bila orang cerita rahsia dekat aku, aku macam.. okay ko nampak sekian sekian, tapi ko rupanya cemni. Okay life ko nampak sekian sekian, tapi sebenarnya..
Bila kita kenal orang tu luar dalam, apa ketakutan dia, apa kesedihan dia, apa benda yang dia suka, aku rasa macam comelnya manusia ni.

Cuma aku terfikir, kenapa kita kena hidup seperti syiling. Kenapa kita tak boleh lepaskan apa sahaja yang ada dalam hati kita. Kenapa kita tak boleh kongsikan dengan semua orang apa kita rasa. Kenapa kita ada side yang sesetengah orang je dapat nampak.

Tapi kalau kita sepolos tu, macam tak menariklah pulak kan?
So apa sebenarnya tujuan aku tulis ni?

Mencari cinta sejati.


  1.  Aku ada habit suka celup biskut dengan air kosong sejuk. Rasa macam sedap gile bila biskut tu lembik luar, dalam keras sikit. Perkara kecik-kecik macamni pun aku boleh nikmati haha.
  2. Aku suka eksperimen, buat benda baru, cuba itu ini. Contoh bancuh maggi dengan sup cendawan segera tu. Atau tapau air teh 50% campur dengan kopi 50%. Buat baju lain daripada baju sedia ada. Gunting sana sini pastu jadilah. Selalu jadi dokte sendiri, kejap dokte orang, kejap dokte hewan. Kengkawan dan family aku anggap aku ni macam google bergerak dorang. Orang yang suka bereksperimen ni banyak dah hadap kegagalan, dan kengkadang jumpa penemuan yang un-sangka-rable. Aku assume orang banyak refer kat aku sebab nak elakkan rasa 'gagal'. Aku ni makhluk yang tak reti serik. Okay tipu, adalah jugak retinya. Tapi kalau ko tak cuba, mana ko tau kan? Contoh macam cuba bercinta. Bila dah cuba baru ko tau betapa eksperimen ni paling bahaya di alam semesta. Ko boleh mati dalam sedang hidup. Ah aku rela lagi buat eksperimen sains pastu meletup dan terus mati. Lalala.
  3. Aku akan type/cakap lalala bila aku perasan cool (padahal tak). Kengkadang aku tengah sembang membahan kawan, tapi sebab dia lagi terer membahan aku, maka aku buat serangan balas dan lalalalala sampai dia gelak. Okay 1-0 lalala.
  4. Masa aku sekolah menengah, aku mendapati aku mudah tertarik dengan lelaki ada lengan/tangan berurat. Bila bercakap dengan lelaki tersebut aku akan lebih berminat nak tengok tangan dia daripada muka. Keobsesan aku ini menyebabkan aku pernah workout gile untuk dapatkan tangan berurat. Aku rasa macam seksi gila ada urat timbul-timbul tu weh. Pastu mak aku sound kata buruk orang perempuan ada urat timbul. Kamus seksi kita berbeza, so..whatever.
  5. Aku nampak kasar, tapi sebenarnya aku tak suka kat diri aku. Kawan-kawan aku ada rupa cute, badan kecil macam makhluk paling  delicate di galaksi ini, tapi dorang lagi keras dan tegas daripada aku. Kengkadang kawan-kawan aku yang selamatkan aku sebab sifat aku yang lembik dan senang kesian ini. 
  6. Aku tengah belajar jadi keras. Belajar cakap tak, belajar menolak. Penat oi menipu sebab nak jaga perasaan orang lain. 
  7. Tajuk post ni sebenarnya tajuk lagu yang aku dah ulang dengar lebih 13121989 kali.
  8. Ya takde kena mengena.
  9. Cuma kalau berminat kat aku, aku nak cakap aku takde perasaan, tak layak disayangi, tak reti menyayangi. 
  10. Tak payahlah kau stalk hidup aku dan guna account fake untuk mendekati aku. Tak payah nak send email sebab aku memang tak akan balas. Aku bukan jual mahal. Cuma aku....aku dah tak ada apa nak ditawarkan. Lalala.

Nangis tanpa sebab.

Lama gak tak nangis.
Tetiba harini ternangis. 
Aku nangis bukan sebab sedih. 
Dia macam tiba-tiba je ko rasa nak nangis.
Tetiba je. 

Tak tau pasal apa.

Lepas nangis rasa lega.

Pelik kan? 



Tetiba Tiada Duka Yang Abadi -Opick pulak dok autoplay kat Youtube ni. 

Adakah aku tak faham diri sendiri? 

Ah lantaklah. Aku nak sambung membaca pasal bisnes ni. Bai.

Cellulitis.

Weh. Kalau tetiba ko gatal-gatal, rasa macam tak normal je, berderas ler ko pergi berkampung di klinik. 

Ayah aku ni..sakit tak reti nak bagitau. 
Pepandailah kena pegang dahi dia ke, tanya dia baru dia nak cerita. 
Adoilah. Aku busy, memang tak perasan. 

Tetiba mak aku report suruh tengok kaki ayah. 
Mak oi.
Aku ingatkan eczema. 
Tapi ni macam dahsyat sangat je ni. 
Besar pulak tu.
Besar separuh tapak tangan kat area depan berjiran dengan betis tu. 
Awat tak bagitau awal-awal ni. Pe lagi aku pun dok study lah keadaan bapak aku. 

Mula-mula aku bagi dia krim (aku ada eczema, so memang ada simpan krim kecemasan tu hehe). Dia pun sapu and Alhamdulillah start kering. 

Tetiba dia pandai-pandai sental, cuci dengan Dettol lah, gonyoh kuat-kuat oh ayahanda ni bukan baju kotor nak sental cenggitu oiii.

Tengah shopping ayah aku boleh angkat seluar dan menggaru. 
Ayah aku ni kan macam budak kecik. So aku ingat sekadar gatal biasa. 

Pastu, tengah lepak ayah tunjuk kaki. 
Weh bengkak weh! Aku dah cuak dah. Tak pernah pulak aku eczema sampai bengkak kaki. Bukan bengkak pada luka tapi pada pergelangan buku lali. Lain macam dah ni. Pastu aku ajak pi klinik ayah aku tak mau. Hmmm. 

Pagi tu mak aku bagitau ayah demam. 
Pastu aku cakap jomlah pi klinik, mak aku pun bongkar rahsia ayah kata takde cash. Mak aku dok pujuk kata aku ada duit pun dia tak mau.
Aku macam..

Aku kan ada? 
Adohai ayahhhh.

Berbekalkan kuasa anak perempuan yang pandai memujuk, aku terus naik atas dan tegur ayah aku yang tengah baca Yassin tu. 

Ayah berhenti baca (biasanya dia bolayan kalau dia tengah mengaji. Ni mesti sakit ni) dan terus tutup Yassin. Ayah tunjukkan kaki. 

"Ayah siaplah. Jom pergi klinik. Jangan risau duit adik ada ni. Dah jom pi klinik."

Aku terus keluar bilik. 
Tak sampai 5 minit ayah keluar dah siap salin baju elok dah. 
Oi. Bapak aku ni sejenis aku gak. Susah gile nak pergi mengadap doktor. So aku assumed ni memang sakit gile nak mati lah ni. Jauh kat sudut hati, aku rasa marah kat diri sebab semalam tak insist nak ke klinik. Patutnya aku paksa je. 

Aku tak mandi lagi, so mak aku temankan ayah. Tak maulah tunggu lagi lama kan. 
Balik tu aku pun dengarlah cerita dorang. 

Mak aku kata ni bukan eczema. Ni tis tis apa tah. Dah infection dah pun. Doktor tegur ayah jangan guna Dettol untuk cuci luka. Aku dah pesan dah pun, ye lah even kucing luka pun ko tak boleh tonyoh Dettol tau tak. Dettol tu kuat sangat. Kalau nak buat lap lantai ke, mandi ke bolehlah. Tapi cuci luka tak boleh. 

Aku pun google lah apa jadah tis tis yang mak aku cakap ni. Google punya google aku pun jumpa. CELLULITIS. 

Ayah aku degil tak mau makan ubat. Pandai2 dia adjust nak makan apa dan sapu apa. Adoilah. Maka bermulalah tanggungjawab aku jadi nurse. 

Set jam. Tolong cuci luka. Sapu ubat. Bandage. Tengok apa yang bagus untuk accelerate penyembuhan. Etc. Etc. 

Ayah pun dengarlah cakap aku tapi memang kena saiko takut takutkan macam budak kecik. Kalau tak habis digentel kaki tu. 

Kengkadang aku terfikir, ada sebab Allah tak bagi aku duduk jauh. Ada sebab aku bujang lagi. Sebab both parents aku memerlukan aku. 

Aku tolak tepi kerja, fokus dulu kat dorang berdua. Jaga orang sakit memang penat. Tapi masa aku kecik dulu dorang jaga aku. Ni masa aku pulak jaga dorang kan? 

Cellulitis ni serangan bakteria. 
Bahaya wehhh.
Malaslah aku nak cerita.
Ko google, pastu kalau nampak orang tua ko tergaru-garu jangan fikir panjang, bawa pi klinik tau.

Ni kaki ayah aku kat bahagian bengkak tu macam melepuh. Ada blister. Panik gak takut ubat tak serasi. Tapi masa awal2 ambil antibiotik mungkin ada reaction sikit so kena perhati dua hari lagi. Kalau tak nampak surut, kena pi klinik lagi. 

Doakan mak ayah aku sihat.



Lipat hujung.

http://thoughtcatalog.com/kirsten-corley/2017/02/this-is-why-you-should-date-a-girl-who-waits-for-you/



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Kompleks.

Judge orang ni kengkadang tak boleh dielakkan.
Tetibe hati berbisik pastu ada 1 suara tokok tambah pastu fikiran pulak start banding dan remind perkara berkaitan.

Cumanya, kita tergamak zahirkan ataupun berahsia dengan diri kite je.

Aku kenal orang yang mudah sangat zahirkan anggapan dia pada orang lain. Macam tengok pelakon bawa watak jahat, then simply je dia came out dengan conclusion yang pelakon tu di belakang tabir memang jahat.

Aiseh. Kalau dah nama pelakon, yang lemah gemalai pun boleh ada-adakan perangai baran. Berlakon kannn.

Kengkadang bila orang judge orang lain ni, aku terpesona jugak. Terpesona bila tengok macam mana orang boleh jadi seseorang yang hanya boleh nampak benda 2D. Dia tak nampak dari sudut lain. Macam..naive gile.

Mungkin bila kita bergaul dengan banyak orang, atau ada habit perhati perilaku orang, atau suka baca kisah hidup orang (sambil match kan dengan apa yang dia nampak) - baru kita akan sedar yang manusia ni kompleks.

Aku jumpa banyak sangat manusia.
Ada yang nampak soleh ada ilmu agama tapi panas baran nak mampos.
Ada yang duduk Tahfiz tapi hisap ganja.
Ada yang nampak normal tapi kat belakang wow wild gile.
Ada yang lemah lembut macam obor-obor tapi hati keras cam batu nisan.
Ada yang suka kasar nak mampos tapi sangat understanding semua orang suka menempel mengadu nasib.
Ada yang nampak sombong tapi sebenarnya tak.
Ada yang nampak pandai tapi bimbo.
Ada yang nampak macam baik tapi keturunan Firaun.
Ada yang ko tengok macam biasa biasa je tapi ilmu agama dia wallaweyh..
Ah tak tertaip.

Banyak sangat tak boleh nak stereotaip kan manusia ni sekian-sekian.

Seronok perhatikan. Seronok berkenalan.
Orang-orang yang tak padan dengan apa yang kita lihat ni lah yang jadikan kita wiser.

Macam takde perasaan je aku taip post ni.
Bye ah.


Watch "Ernie ft Syamel nyanyi lagu paling mencabar penonton terGAMAM" on YouTube

https://youtu.be/VV9lNI6zF4M




Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Watch "DUO STAR AKHIR | SYAMEL & ERNIE | KAU LUPA PADA JANJI" on YouTube

https://youtu.be/fg-_nUVK0ck




Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Tak tahu nak jawab apa.

Sebelum terlelap (aku cuti hoorayyy!) ni, aku dok layan perasaan ditemani lampu kelip-kelip dan haruman bilik Little Trees sambil meniarap peluk patung katak kesayangan aku ni hah.

Aku munasabah diri balik. Fikir nikmat-nikmat Allah.

Weh. Aku ni luaran memang nampak macam angkuh. Tapi dalaman aku..aku rapuh.

Aku rasa diri tak berguna. Rasa tercicir. Rasa menyedihkan. Rasa menjengkelkan. Hari-hari kena pujuk dan motivate diri jangan terbawa-bawa oleh perasaan.

Sejak gemuk (ala masa kurus pun sama), aku selalu rasa diri tak cukup. Sungguh weh. Aku pernah obses nak putihkan badan sampai aku tonyoh Bleaching Soap hari-hari. Padahal aku ni takdelah gelap mana pun. Part yang gelap tu pun sebab aku budak sukan tak reti pakai sunblock. Roomate aku yang paling putih dalam bilik dok terkejut masa aku nak salin seluar (Aku pemalu. Tak reti berkemban. Nak salin baju aku salin kat tandas atau dalam bilik sorok-sorok belakang pintu almari). Tetiba roomate aku boleh ternampak some parts pastu jerit wei putihnya (nama aku). Aku macam terkesima dalam malu-malu kambing tu. "Putih?"
Apapun dorang cakap aku tetap rasa aku hitam. Aku pernah nangis-nangis dalam shower tiap kali mandi sebab rasa rendah diri. Entahlah, rasa macam mental pun iya. Bahaya kan bila kita start perkecilkan diri? Sampai benda tak ada pun, kita akan ada-adakan pastu tersedih cengeng sendiri-sendiri dibuli perasaan sendiri. Alohai perempuan, ko pehal.

Pastu ko tau tak. Sejak habis belajar 2012, aku dah tak jumpa roomate aku walaupun dorang banyak kali nak jumpa aku. Aku takut.
Aku rasa rendah diri sangat sebab semua dah kerja bagus, jadi engineer sedangkan aku? Padahal aku paling banyak dan paling senang mohon kerja dan dapat. Tapi aku tak fikir positif masa tu. Aku tak value pun diri aku. Aku tetap anggap aku malang dan bodoh. Jadi perasaan rendah diri tu termendap dan buat aku menjauhkan diri daripada orang. Even nak angkat phone pun susah weh. Ko boleh bayang tak macam mana bersabarnya kawan-kawan aku? (Ada yang dah blah. But its okay aku faham. ) Sampailah 2017 ni, akhirnya terpaksa juga jumpa seorang kawan ni sebab dia beli something daripada aku. Aku nervous. Aku rasa diri tak lawa (padahal nak jumpa perempuan haha). Aku rasa gemuk, hodoh, buruk dan sangat rendah diri weh. Tapi ko tau tak apa kawan aku cakap lepas jumpa tu?

Dia cakap "Kite tengok awak cantiknya! Serius cantik. Dahlah cantik, baik pulak tu. Awak memang idola kite. Kite memang kagum sangat dengan awak jaga parent."

Aku rasa macam telinga aku kena geletek.
Dia nak ambil hati aku ke?
Banyak kali dia ulang.

Aku ketawa je mampu. Nak rasa kembang tu tak sebab  kan aku kata.. aku tak rasa diri aku macam tu. Walaupun ko nampak aku macam narsistik suka selfie, suka make up dan tak pedulikan  dunia tapi dalaman aku..entahlah.

Mungkin aku letak benchmark yang tinggi dan aku suka compare diri dengan perempuan lain kot? Tu pasal aku tak rasa diri cukup. Entahlah. Aku pun tak faham dan cuba nak fahamkan. Aku tak suka weh perasaan perkecilkan diri ni. Boleh rasa benci sangat kat diri dan rasa nak menangis sebab ko tak boleh nak ubah.

Pastu aku kerap dalam mesej, orang cakap aku inspired dia. Aku bagi orang kekuatanlah. Apalah. Aku macam...


Aku buat apa eh?
Aku pun sama terkangkang kot, tergolek, berguling hadap bukannya aku berjaya tempuh hidup ni gracefully ala-ala malaikat turun dari langit.

Kadang2 aku rasa macam orang sindir sebenarnya tapi tak baguskan sangka buruk pada orang.

Hah tu lah yang aku tak suka.
Bila kita perkecilkan diri, memang ko akan sangka orang cakap apapun sebenarnya perli ko. Aku tak suka rasa macam tu.

Aaaaaaaa!


Aku nak jadi orang yang positif.
Orang yang tak rasa hina oleh kelemahan dan kekurangan diri. Kalau aku boleh terima kekurangan orang, kenapa aku nak torture mental sendiri dengan exxagerate kelemahan aku?


Weh. Aku lupa ke aku ni manusia?
Manusia tak ada yang sempurna.
Aku lupa atau aku pilih kasih pada diri sendiri?


Dahlah aku tak nak soal lagi.
Aku nak pujuk diri dan iyakan apa orang kata.
Ya aku cantik. Aku baik. Aku bagi inspirasi kat orang.


Ye ke? 

Hidup segan mati tak mau.

Aku pernah obses lagu ni. Almaklumlah aku ni sejenis makhluk yang 'setia'. Kalau aku suka 1 lagu tu, aku akan ulang lagu tu biar berbulan-bulan sekalipun.

Lagu ni Gamma1 nyanyi.

Aku layan lagu yang kena dengan jiwa. Kengkadang hati aku tergerak nak main lagu ni, pastu aku akan dok fikir kenapa. (Kalau ko baru first time baca blog aku, aku bagitau yang aku ni jenis instinct kuat. Aku selalu dapat petunjuk awal tapi aku bodo tak tau nak tafsir. Benda dah jadi baru aku terngadah.)

Aku ada cerita kelakar.
Masa aku belasan, aku bercinta separuh nyawa.
Being so bongok, aku pi sayang kat makhluk ni gile-gile padahal relationship tu toxic. Aku rebound relationship dia je pun. Punyalah buta mata dan hati ohmyyy.

Memang aku dapat banyak petunjuk. Aku mimpi naik bas sama dengan dia. Aku eksaited gile tapi muka dia monyok sangat. Aku cuba happykan dia tapi dia tetap monyok. Hati aku toksah cakaplah, memang banyak terlintas macam-macam. Aku fully aware apa dia buat, tapi aku yang pilih untuk redha. Akulah yang bodoh, bukan dia yang jahat.

Allah hantar lagi hint. Aku boleh pakai ringtone Now You're Gone (Basshunter) untuk dia. Everytime dia call aku, lagu tu keluar. As if macam nak tunjuk yang aku dah gone dah. Aku pun pelik kenapa aku pilih lagu tu.

Pastu, bf kawan aku boleh 'baca' orang. Terus dia warning aku yang dia ni 'jahat' 'ada niat tak baik'. Aku tak terkejut pun masa dia bagitau. Sebab aku tahu. Tapi cinta membutakan mata weh. Bongoknya aku....

Masa seminggu ex aku abaikan aku (dia diam tak cari aku), aku pulak jenis kalau laki tak mesej aku akan redhooo. Sabar tunggu. Tak nak ganggu. Aku memang jenis macam tu. Aku tak suka terhegeh-hegeh. Aku respect ruang orang. Aku tak busybody nak check handphone ke, apa. Aku tak kacau kalau dia tengah huha with friends atau perempuan lain dekat social media. Aku chill je. Perhati je. Takde nak sound setepek ke apa.
Aku bukan tak terluka dan cemburu tapi aku suka simpan sebab aku tak nak buat partner aku rasa tak happy. Cuba tak jadi selfish. Give, give, give. Dia nak ruang, bagi. Dia nak teman berbual, sampai tak sahur aku, aku layankan. Dia minta tolong buatkan assignment, aku tengah shopping kat luar terus balik buat padahal aku mengantuk dan letih gile. Aku tak ungkit, aku cuma nak cerita je macam mana aku sebenarnya boleh sayang orang sepenuh hati, bukan sayang setengah-setengah hinggakan sekarang aku rasa aku dah tak capable lagi nak bercinta dan takut nak percaya laki. Ala rasanya semua orang akan buat benda sama kalau dia sayang kan?
Panjang pulak ulasan aku. Berbalik pada tempoh didiamkan, aku tetiba dapat hobi baru. Menjahit felt crafting tu. Ala yang jahit buat rupa ikanlah, sotonglah, dalam tu sumbat kapas tu. Yes, aku pun beli 2 set felt crafting kit.

Aku tak ingat sangat tapi aku yakin aku ada tulis sesuatu seperti "Belajar menjahit, nanti hati terkoyak senang nak jahit". Aku post kat Tagged dengan gambar hasil felt crafting aku. Felt tu sejenis kain. Kesian pulak ko nak google.

Tetibe je weh. Aku pun pelik kenapa aku tulis benda tu.

Hah pastu ko tau, aku pernah forward lirik lagu Hush Hush - Pussy Cat Dolls pada ex aku? Aku suka dengar lagu tu, tetiba je sembang-sembang dengan dia aku pun bagi lagu tu. Rupanya..badan aku dah bertindak dulu.
Hati aku je masih gagal.

Dalam kesabaran aku menunggu, (aku install Meebo kot, kita boleh invisible orang tak tahu kita stalk status YM orang) aku sebenarnya stalk status YM ex aku. Aku tengok dia online. Berkali-kali. Hati aku remuk toksah cakap. Tapi aku pujuk kata kat diri, kalau dia perlukan aku, dia akan cari. Takpelah bagi dia ruang. Jangan paksa. Jangan paksa.

Ko tau tak betapa susahnya nak pujuk hati? (Masa tu aku dengan dia in relationship. Tapi dalam post ni aku bahasakan dia ex je lah). Berkat ego kot tu yang aku berjaya chill.

Sampailah tetiba dia tukar gambar profile YM dengan gambar perempuan. Aku rasa macam ada orang angkat aku tinggi-tinggi, pastu lepaskan aku.

Terhempas.

Tapi tak mati.


Masa tu aku ada habit dokumenkan semua benda (screenshot conversation, status etc) dan post ke private blog aku. Aku ni pelupa. So aku simpan semua supaya aku ingat. (Aku tak boleh buka blog tu. Nanti bila aku baca, aku boleh jadi trauma dan sedih sangat-sangat walaupun aku dah move on dan maafkan dia. Mungkin aku masih tak boleh maafkan kebodohan diri sendiri. Ex-ex aku tak jahat. Aku yang bodoh. Kalau aku tulis tentang dorang, please bear in mind, aku sebenarnya tengah hukum diri sendiri for being so gullible.)

Lepastu automatik aku dapat lagu-lagu baru.
Sejak dari tu aku perasan, kalau tetiba aku terminat kat satu lagu tu, baik aku perhatikan bait-bait makna lagu tu. Lagu yang aku minat mesti ada kaitan dengan apa hati aku akan rasa.
Allah bagi petunjuk awal. Tapi aku yang tak pandai atau terlalu sombong nak terima hakikat.

Next next ex aku, tiba-tiba aku kerap dapat petunjuk aku kena break dengan dia. Mulut aku boleh suddenly sebut aku putus dengan dia. Tersebut dia ex lah. Banyak kali sampai aku cuak gila Ya Allah tolonglah aku dah serius dah kot dengan dia. Doa punya doa, mintak yang terbaik untuk kami berdua, Allah start jarakkan kiterang. Aku pindah. Jarang jumpa. Pastu dapat kerja yang sumpah sibuk. Family aku teruk gile time tu. Aku jadi perempuan yang sedih, suka complaint (aku perasan tetiba aku banyak bercakap berbanding dia.) Sampailah last-last Allah tarik rasa sayang aku kat dia. Jadi kosong weh. Benda yang jadi bertimpa-timpa kat aku tu buat aku tak boleh nak sayang orang. Aku sibuk nak chase kegembiraan sendiri dan betulkan masalah-masalah yang Allah tuang tak henti-henti lepas satu-satu.

Banyak hint Allah suruh putus. Termenung gaklah bila kenang kenapa dapat hint macam tu.
Tapi aku adalah orang yang akan ikut gerak hati so..

Memang sedih sebab ni relationship paling jauh pernah aku pi. Paling aku cuba nak hilangkan takut aku, takut nak percaya lelaki, takut nak kahwin, belajar share cerita personal, belajar open up tapi tetiba entahlah..yakin je lah Allah dah rancang yang baik buat kami. Mak dan arwah nenek hampa gak. Semua terkejut. Adik beradik aku boleh kata aku perempuan jahat.
Aku takde serius relationship lepastu. Orang yang aku suka anggap aku main-main. Bila dia serius, aku dah takde feeling. Orang yang aku suka tetiba kahwin. Aku terkejut tapi chill je walaupun dia kerap contact aku as a friend. Aku terima dorang bukan jodoh. Orang suka aku, tapi aku dah friendzoned. Aku dah tak boleh.
Dah tak capable dah.
Aku pun tobat dan bersara dari arena ni, tutup hati.

Sampailah..
.

Lirik lagu ni best kan?

Takpe aku anggap Allah ada perancangan baik buat aku dan ex-ex / crush aku. Semoga kami semua bahagia (aku maknakan walaupun aku selalu buat dorang modal menulis haha)