" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Ketakutan aku.

Salah satu ketakutan aku ialah bila orang start nak rapat.

Macam customer mesej nak berkawan. Aku cuma nak jual barang dan provide servis je. Aku tak nak kawan.

Macam mak cik yang aku cuma niat nak tolong dia sekali tu je, sekali dia angkut aku balik rumah dia, bawak pi pasar, habiskan separuh hari dengan dia dan yang paling aku seram -

Bila dia minta nombor telefon dan dah rancang nak jumpa aku lagi next time.

Beb, aku cuak gila babi beb.

Aku rasa takut luar biasa. Dulu masa aku tak meniaga, orang yang paling susah nak bagi nombor telefon, akulah. Mana yang dapat tu memang terpilihlah tu. Itupun belum tentu aku akan create engagement macam pick up the phone ke, balas mesej ke.. silap silap aku krik krik kan je.

Bukan sombong. Tapi takut kalau hubungan tu berlanjutan.

Bunyinya macam bengong kan?

Aku rasa aku takut komitmen.
Aku tak reti berbual.
Aku tak tahu apa nak dikepohkan.
Aku tak tahu..

Dan aku paling takut kalau aku dah rapat dengan orang tu, nanti orang tu lukakan aku. Atau tinggalkan.

Aku lebih suka hubungan yang stranger -stranger ni. Siapa yang pernah text/email aku bertahun-tahun tapi aku tak pernah tanya kau siapa? Kenal aku dari mana? Kerja apa? Hahaha, korang bukanlah membosankan, tapi aku memang selesa macam tu.

Ada seorang ni, dia selalu wasap aku.
Salam Jumaat, A.

Harini buka apa?

Selamat berbuka, A.

A sihat?

Macam-macam dia tanya.
Tapi aku sikit pun takde rasa nak tanya kau siapa.
Kalau aku terus reply tu, maksudnya aku selesalah tu. Janganlah pulak korang rasa aku terjengkel dengan korang pulak. Aku memang macam tu.

Dulu dulu aku rajin balas email stranger.
Tapi bila ada stranger yang kenal aku start bagitau 'Tadi I nampak you, cantik baju biru.", "Demam ke, I rasa tadi I nampak you batuk." - OHMYGADDD, korang dah buat aku takut. Kalau boleh aku tak nak kenal korang, so tak perlu describe aku.

Dulu tak teruk sangat macam ni.
Ni makin lama aku rasa macam teruk sangat pulak. Ada kakak senior aku, suddenly dia jadi rapat dengan aku. Rajin datang rumah. Bawak mak dia. Aku jadi bingung, jadi takut. Aku tak nak rapat dengan dia. Mak aku cakap baguslah bersosial, kenapa sampai macamni?

Aku pun tak tahu.

Dulu masa bercinta, mak ex aku rajin kirim salam. Aku?
Korang tahu tak, gf adik-adik dan abang aku semua kamceng dengan mak aku. Tanya khabarlah, telefonlah, itu ini. Aku pulak yang naik getik. Aku takde feeling tu wei.

Ni biz partner aku dah start cerita hal keluarga dia. Aku pelik ni, nape korang suka cerita rahsia kat aku? Korang tak takut aku bocorkan ke?
Kenapa korang suka bagitau aku benda yang korang tak cerita kat orang lain?

Aku suka dan sudi mendengar, cuma bila kita getting personal, aku takut. Aku minta maaf bila korang dah start selesa dengan aku, korang ajak jumpalah, jemput aku datang majlis, datang rumahlah. Aku takut kalau hubungan kita melarat. Aku takut kalau kita jadi rapat.

Aku rasa macam sekarang aku dalam belon yang selamat. Dengan orang-orang terpilih. Pastu kau datang nak pecahkan belon selamat aku.

.

Jom kita kekal jadi stranger.
Macam aku dengan ex-ex aku.

.

Yang peliknya, aku treat stranger macam kawan rapat. Tu yang tetiba terbercinta tu.

.

Tapi orang macam aku, tak lama boleh tahan in relationship. Samada aku tinggalkan korang atau..

.

Karma melempang aku sampai berpusing kepala.
Padan muka aku.