" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

AKU KENA TULIS LEPASKAN JUGA.

Kelakar kan? 
Setelah belas tahun baru boleh proses semua. 
Baru sedar, tatkala itu aku terlalu muda, dan tengah menggelupur dengan macam-macam masalah (kena fitnah kat tempat kerja, kena boikot sebab manager bocorkan pasal bonus yang kita dapat, parents nak bercerai, keluarga tengah teruk hadap gangguan sihir, isu parents tak cukup duit, kena neglected dengan parents, adik beradik buat macam-macam perangai, asyik kena pukul & bergaduh dengan siblings, haih..manalah tak gila..). 

Masa tu semua rasa overwhelming sangat. 
Macam orang lemas menggelupur cari tempat berpaut. 
Kesian orang-orang yang siang malam jadi tempat mendengar nasib. 
Mesti penat kan.. 

Otak tak dapat fikir jelas. 
Rasa macam duduk 1 belon warna putih susu, kita jadi macam pekak-pekak sikit, cuba fokus tapi tak boleh, sebab tu banyak memori / percakapan kita tak boleh nak ingat (kecuali yang menyakitkan). 
Hypervigilance, kalau dating tu kepala akan berpusing scan keadaan sekeliling.
Rasa suffocated bila pasangan sayang dan peduli, apalagi bila clingy. 
Orang lain punyalah teringin nak dilayan macam puteri. 
Tapi kita rasa menderita ya. 
Dalam otak tu mencari-cari salah. 
Dah lama tak email pepanjang, tapi hari-hari call, tiap minggu sanggup drive rentas beberapa negeri semata nak jumpa kita -- pun kita boleh rasa makan hati "Oh tak lama lagi mesti dia tinggalkan, dia dah start boringlah ni.. "

Otak akan mengumpul² benda² petty yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan komunikasi yang basic. Tapi kita takde capability tu. Kita takut konflik. 
Jadi kita jenis takpe takpe, tak kisah, walhal makan hati atas sebab bodoh macam dia tanya nak air tak? Kita cakap tak nak sebab tak nak dia habiskan duit kat kita. Tapi bila dia beli 1, kita sentap. Kita rasa dia tak tak pandai baca cue, tak betul² prihatin pun.. 

Aku tak sedar it was that bad. 
Aku sejenis akan freeze bila dia cakap/buat sesuatu (yang aku tak jangka. Aku balas dalam otak, cuma tak boleh luah). Contoh dia tiba-tiba cakap "Orang tak pandang rupa tau.. " - otak aku keliru sebab dia selalu cakap aku cantik dan comel (masa tu), dan dia pun selalu ajak aku gerak kalau ada sesiapa puji aku, tapi kenapa ayat dia macam nak cakap sebaliknya? Aku tak terus luahkan, tapi aku bercakap dalam otak je. Luar takde respond apa-apa. 
Lepastu balik rumah, benda tu akan bermain kat otak sampai sekarang. Ya, sampai belas tahun ni masih bermain kat otak sebab rasa macam tak dapat closure pada jawapan (yang aku tak tanya). Padahal dia selalu cakap aku cantik ya. Tapi sebab ayat tak terjangka tu, aku keliru, masuk buku 555 senarai tanda-tanda dia bakal tinggalkan aku. 

Puncak tawar hati (otak bagi signal Mayday! Mayday! Cepat blah sebelum dia tinggalkan) adalah bila tengah meluah tetiba dia cakap aku kuat complaint. Terkedu dan rasa tertusuk dada ni. Pastu dia explain, maksud dia aku complaint pasal kerja (contohnya) tapi aku tetap stay situ. Dia rasa tak berdaya sebab tak dapat buat apa-apa to ease my emotional burden tapi tu lah, pemilihan ayat tu macam bagi tanda Nike besar, SEE, DIA DAH RIMAS DENGAN KAU. Padahal dia selalu ada bertahun-tahun dengar macam² luahan. Aku aware tapi aku tak berapa kisahkan bahawa dia pun ada trauma. Dia pun lalu fasa teruk. Dia pun tengah cuba lawan diri. Yang aku nampak dan dengar, dia AKAN hilang sayang kat aku satu hari nanti. Well, otak aku macam menunggu masa nak membuktikan aku betul, tapi before that, mehlah aku bubuh titik diri untuk protect diri sendiri. 

Sungguh pada waktu tu aku tak sedar, aku seteruk tu. 
Aku tak boleh open up. Aku tak angkat call (aku tak sedar yang aku main tarik tali masa tu, bila dia tegur baru aku perasan. Kalau aku tak nak jawab, aku patutnya bagitahu je aku perlu space, tapi aku tak cakap, aku terus hilang-hilang). 
Bila keluar jalan, aku nak pergi tempat memana, aku tinggalkan je dia, tak bagi dia ikut (sebab aku rasa malu, dia tak boleh tahu apa aku suka / tak). Kesian member terpinga-pinga. 
Sangat susah sebenarnya bila sayang (rasa dijaga, ya memang dijaga pun) tapi diri sendiri yang tak boleh cope dengan rasa kasih membuak tu. 
Bila nak bercakap hal serius, tak boleh nak bercakap. Rasa tersekat kat tekak. Kena berdehem setiap 1 patah perkataan. Ataupun aku akan diam je, sambil melayan conversation dalam otak. 

Aku ingat aku okay je. Seronok bebas dah. 
Seronok takde orang tanya "Awak jom kahwin" untuk ke 13121989 kali. 
Tapi setelah belasan tahun perasaan yang aku tekan kuat-kuat, pijak-pijak tu akhirnya overflow juga. Meletus macam volcano. 
Tak tertahan. 

Sakit sebab sebenarnya sayang. 
Diri yang tak kuat, tak reti menangani battle dalam otak sendiri. 

Belasan tahun, aku ingat takde rasa apa dah. 
Takde sesal. 
Tak. 
Rasa bersalah dan rindu tak terkendali ni buat aku rasa nak gila.