" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Warkah Untukku

Senang betul orang buat lagu sekarang.
Ulang.
Ulang.
Ulang.
Dah jadi 1 lagu.

Aku suka gila lagu si Ara ni. Lain dari yang lain.
Ada feel. Tapi tu lah, dia punya ulang chorus tu aku rasa dalam 5 kali kot. Mungkin dia nak cakap yang dia sungguh-sungguh nak?

Mulanya aku tak perasan yang lirik lagu ni berulang-ulang. Mungkin sedap sangat kot pada telinga aku ni, maka aku tak kritikal sangat. Dok layan je lah bila keluar radio. Bila aku search lirik baru aku perasan mak oi serius kah sebanyak ini pengulangan liriknya?

Serius tak yah jawab. 

Lelaki intelek memang sexy.

Aku dah obses dengan BJ Habibie. Hari-hari mesti nak baca atau tengok video wawancara. Genius tu satu hal yang cukup mengujakan, tapi sikap dia. Weh, dengan otak macam tu, dia boleh hidup berbuaian emas weh.
Tapi dia pilih untuk bagi manfaat pada orang lain.
Hidup dia kat German tu dah cukup selesa dah.
Tapi dia balik Indonesia.
Sayangnya Indonesia tak macam German.

Lepastu aku suka sifat dia yang tak kaki perempuan.
Yang tak mudah dikelabukan oleh harta.

Sekarang ni bila aku tengok Tun M, aku rasa kesiannya jadi orang cerdik dalam golongan yang tak berapa cerdik dan mabuk duit. Padahal dengan kepala macamni pandai dan pemikiran jauh kedepan, hidup kita semua mungkin bukan macam ni pada harini.

Alahai.

*

Aku ada soft spot untuk lelaki intelek. Lelaki ada ilmu dan tak buat-buat pandai.
Pada aku, lelaki macamni seronok untuk dikenali.
Aku ni makhluk curious, aku suka dengar fakta, idea, dan pendapat (bukan tunjuk pandai).
Contoh ada sorang kawan aku ni, dalam lawak-lawak dia ada jugak point dia yang aku rasa hanya orang yang teliti dan boleh pandang perkara dari pelbagai sudut je yang boleh nampak. Kiterang sembang pasal Uber. Pasal berapa maksimum boleh untung sebulan. Iyalah mesti excited kalau cerita pasal untung kan? (Selama ni aku sembang dengan orang, orang mengiyakan je cakap sisi baik-baik tentang Uber. So aku bayangkan pelangi dan unicorn je lah.)
Lepastu dia pun cakap tu yang dia untung, yang tak? Maintenance dia? Risiko dia?

Weh aku suka conversation macamni. Conversation yang buat kita berfikir. Bukan yang jenis mengiyakan sebarangan tanpa tengok pros and cons. (Kalau asyik negatif je pun aku menyampah. Aku suka orang optimist dan relevan. Idea yang praktikal. Ada basis, bukan harapkan instinct dan nasib je).
Lepastu lelaki yang ada common sense, yang boleh terima pendapat orang dan hormat pendirian orang. Berpandangan jauh, pastu dalam bijak tu, masih ada emosi. Seksi gile oi laki macam ni. Mujurlah kawan aku ni dah jadi laki orang haha!!

Lelaki yang ada sesuatu untuk ditawarkan, tapi dia tak jual diri dia pada perempuan / duit.
Susah nak cari lelaki yang ada self control. Ada iman. Banyak yang lupa diri, seronok diulit berjuta perempuan / duit. Kalau dapat jumpa yang macamni, memang aku respect gile-gile.

Aku suka orang yang open, yang tak misteri sangat (sampai aku tanpa sengaja terbuat macam-macam spekulasi). Pastu, aku suka sangat lelaki yang berminat nak buat kerja-kerja sendiri. Maksud aku macam kalau mentol terbakar, dia boleh ganti (percayalah ada lelaki yang tak reti), kalau sink tersumbat dia tau nak buat apa. Kalau aku ajak dia buat projek DIY (aku jenis suka buat sendiri daripada beli), dia on je. Sama-sama menggergaji, sama-sama bagi idea. Oh seronoknya berangan.

Apalagi eh yang ada pada lelaki seksi?

Hah, macam ayah aku kan, dia tak reti marah. Maksud aku dia tak reti memukul, tak reti maki hamun. Dan tanpa kekerasan pun aku jadi hormat dan sayang kat dia. Kalau aku terlepas marah, aku akan rasa bersalah sangat-sangat dan cuba untuk jangan buat lagi. Bila mak aku bebel-bebel marah, dia diam. Dia tak menjawab (cuma dia susah cakap maaf). Ayah aku tak pandai mengumpat. Bagus gile kan? Aku dengan mak aku mengumpat, dia diam je atau kata "Tak baik cakap macam tu.." HAHAHA KRIK KRIK TERUS.

Macam dalam cerita Rudy Habibie, aku suka tengok parent si Rudy ni. Jaga solat, solat berjemaah, pastu layankan je anak-anak tanya itu ini. Aku harap kalau aku sempat jadi parent, aku nak jadi yang boleh bantu anak-anak aku survive. Macam mak ayah aku, dorang bagi sokongan, dorang tak kongkong aku, bagi aku peluang untuk rasa diri dihargai (macam bila aku nak cuba buat sesuatu, mak ayah aku bagi. Sesetengah mak bapak, dorang terlalu protect anak sampai anak tak boleh buat itu ini).


Bermula daripada lagu, aku cari filem. Lepastu aku jadi curious, aku pun search biografi. Ni aku nak cuba cari buku.
Daripada lagu, aku jumpa filem ni. Aku tengok dan jadi terbuka. Aku nampak apa yang aku suka. Aku nampak apa yang aku nak. Apa aku nak jadi.

Kalau orang kata pelakon, penyanyi, dan pemain industri hiburan tak main peranan pada seseorang / masyarakat, orang tu silap.

Educate people bukan tugas cikgu je.





HABIBIE & AINUN

Sebenarnya aku letih dan tak sihat. 
Tapi aku curious sangat nak tahu pasal life BJ Habibie ni.
Iyalah dia orang genius.
Boleh ke orang-orang sedang-sedang atau yang tidak-tidak mengenderai impian yang sama?
Tengok Tun M je lah. Aku rasa orang cerdik ni memang banyak dugaannya.
Paling besar nak mencerdikkan orang yang tak mau.


Awal cerita agak slow. Tak padan dengan rasa membuak nak tahu aku. So aku lajukan beberapa minit.
Lepastu..
Air mata aku mencurangi aku.
Meleleh je tak mau berhenti.

Rasa kesian sangat-sangat dengan Habibie.
Rasa macam tak layak dia kena macam tu.
Tapi orang baik, mana pernah laluan dia smooth je.

Masa dia menangis pegang pesawat tu aku dah tak tahan dah.

Sedihnya.

Kita pandang seseorang dan selalu terfikir.
Macam mana dia buat?
Macam mana dia lalu semua tu?
Macam mana dia move on dengan rasa kesal?
Rasa sedih dan kehilangan?
Rasa sia-sia?
Rasa tertolak, rasa diperkecil, rasa..

Hu tak boleh berhenti pulak menangis.
Moga damai jiwanya.

RUDY HABIBIE

2 jam something aku dok hadap cerita ni. Boleh tengok kat sini TONTON ONLINE .
Puas aku google nak tengok cerita ni. Dapat jugak, line pulak elok takde tersekat-sekat.

PEH.

Aku rasa sebak gile, sebak yang tak boleh nak nangis sebab sakit sangat rasa.

Betul. Kalau dalam 1 hubungan tu, salah seorang ada kecintaan pada sesuatu yang lain, sesuatu yang lebih besar, sesuatu yang dia paling inginkan, sesuatu yang dia tak mahu berkompromi, sesuatu yang lebih bagi manfaat, maka pihak sebelah cuma sekadar mampu tawarkan kecintaan pada dia, akan dianggap sia-sia sahaja.

Contohnya, ko nak ke berkompromi dengan pekerjaan ko, hanya sebab rasa sayang pada seorang manusia? Manusia yang belum tentu bagi benefit kat ko. Sekadar memenuhi rongga emosi je. Ko tetap nak kena makan. Ko tetap ada bil beratur nak bayar setiap bulan. Ko ada keperluan lain. Ko tak boleh hidup hanya dengan rasa sayang pada seorang.

Ada orang sanggup tinggalkan semua sebab cinta pada manusia.

Ada yang tak.
Didorongi waras dan keinginan kuat pada matlamat, cinta manusia cuma sekadar terowong yang perlu dilalui seketika. Bukan untuk dijadikan tempat berhenti. Apatahlagi untuk didiami.
Bukan sekarang. Bukan hari ini. Apatahlagi semalam.

Orang kata kalau diduakan dengan orang memang sakit.
Tapi kalau diduakan dengan impian, ko takkan boleh menang punya.

Hidup begitulah.
Semuanya setiap satu mandiri dalam ruang keinginan sendiri.
Kadang love life ko hebat, tapi kerja ko tak best.
Kadang kerja bagus, tapi sunyi.
Kadang pintar, tapi tak difahami.
Kadang kacak, tapi hati tak temukan lagi yang serasi.
Kadang semuanya ada, tapi ko ada penyakit pulak.
Ah.
Kita takkan boleh menang kesemuanya.

Kutip apa yang paling bermakna.
Paling penting.
Tak perlu tamak kejar habis.

Memang sakit jika yang tertolak, yang dikompromi, yang diduatigakan itu kita.
Perasaan kita.
Selfless kita yang diberi percuma.
Mentah-mentah ditepis.
Mentah-mentah juga tidak dikendong seiring.
Seperti tidak bermakna.
Ditunggul-tunggulkan.
Ketap gigi saja mampu menahan rasa.
Tidurlah berdodoikan air mata.

Perit. Memang perit.

Tapi kecintaan itu memerlukan pengorbanan.
Berkorban atau terkorban.
Mana-mana pun sama peritnya.
Tak ada 1 manusia pun yang mahu memilih untuk melukakan orang lain.
Tambah-tambah orang yang kita sudah izin masuk ke lubuk hati. Ruang paling intim yang bukan sebarang-sebarang boleh dikuis.

Tapi kalau kita sungguh sayang, biar tidak disayang pun kita rela.








Manusia dan syiling.

Weh, apa ko rasa kalau tetiba orang yang ko kenali di alam sebenar, yang ko nampak, kemudian ko discover sifat dia yang lain? Macam, dia ada 2 karakter berbeza. Macam, karakter dia yang lagi 1 itu tak sepadan dengan apa yang ko nampak.

Aku rasa manusia ni memang interesting. Kena kenal, kena letak dia dalam pelbagai suasana, kena trigger dan korek korek sifat dia yang jarang-jarang dia persembahkan.

Aku pun macam tu. Aku harap sesiapa yang kenal aku luar dan dalam taklah serik kenal aku. Ala kalau ko serik pun aku peduli apa. Aku akan memburu ko dalam mimpi. Memenuhi ruang ingatan ko. Sampai kau jadi takut nak tarik nafas. Sampai kau..


Eh tak jadilah nak jadi saiko. Hahaha!

Weh korang nak tau tak. Selama aku berblogging ni aku banyak dapat email. Kengkadang rasa macam pelik gile bila orang cari ko dan open up. Kengkadang rasa macam baiknya orang peduli sungguh kat hidup aku rajin hantar email. Kengkadang rasa seram. Kengkadang rasa macam ego booster pun ada gak.

Aku ni jenis jarang delete conversation/email. Pada suatu hari...pendek cerita aku match kan email orang dengan tuan empunya. Sumpah surprise gile wehhh!

Orang yang pernah email aku sembang-sembang tu, adalah classmate aku! Classmate yang aku tak pernah tegur! Bapak ah. Tergamam kejap sambil tangan aku putar balik filem lama geduk..geduk..geduk *bunyi* sambil tengok wayang tanpa bunyi tu. Tak tau apa rasa waktu tu.

Lainnya dia dengan apa yang aku nampak secara fizikal ni.
Lain sangat,sangat!
And apa yang membuatkan dia terasa nak reach aku personally?
Mak oi aku tak tau apa perasaan aku.

Tapi sejak itu, aku selalu set kat diri, kalau orang tu hensem tak semestinya perangai dia pun hensem. Kalau orang tu muka dia keras, macam takde perasaan, tak semestinya dia takde perasaan. Entah-entah dia manusia paling loving dan sangat sweet. Sebetulnya, aku pelik jugak bila orang mudah open up perihal/sisi gelap diri dorang dengan aku. Macam sembang rahsia atau cakap benda yang dia tak boleh nak cakap pada orang lain. Aku bukan jenis yang suka paksa orang, atau dorong orang untuk cerita. Tetiba je orang rasa nak bagitau kat aku. Seram gaklah weh sebab bila orang percaya kat ko, ko kena jaga kepercayaan orang. Ala tak susah pun cuma kena ada self control yang kuat je. But still, aku seram.

Bila orang cerita rahsia dekat aku, aku macam.. okay ko nampak sekian sekian, tapi ko rupanya cemni. Okay life ko nampak sekian sekian, tapi sebenarnya..
Bila kita kenal orang tu luar dalam, apa ketakutan dia, apa kesedihan dia, apa benda yang dia suka, aku rasa macam comelnya manusia ni.

Cuma aku terfikir, kenapa kita kena hidup seperti syiling. Kenapa kita tak boleh lepaskan apa sahaja yang ada dalam hati kita. Kenapa kita tak boleh kongsikan dengan semua orang apa kita rasa. Kenapa kita ada side yang sesetengah orang je dapat nampak.

Tapi kalau kita sepolos tu, macam tak menariklah pulak kan?
So apa sebenarnya tujuan aku tulis ni?

Mencari cinta sejati.


  1.  Aku ada habit suka celup biskut dengan air kosong sejuk. Rasa macam sedap gile bila biskut tu lembik luar, dalam keras sikit. Perkara kecik-kecik macamni pun aku boleh nikmati haha.
  2. Aku suka eksperimen, buat benda baru, cuba itu ini. Contoh bancuh maggi dengan sup cendawan segera tu. Atau tapau air teh 50% campur dengan kopi 50%. Buat baju lain daripada baju sedia ada. Gunting sana sini pastu jadilah. Selalu jadi dokte sendiri, kejap dokte orang, kejap dokte hewan. Kengkawan dan family aku anggap aku ni macam google bergerak dorang. Orang yang suka bereksperimen ni banyak dah hadap kegagalan, dan kengkadang jumpa penemuan yang un-sangka-rable. Aku assume orang banyak refer kat aku sebab nak elakkan rasa 'gagal'. Aku ni makhluk yang tak reti serik. Okay tipu, adalah jugak retinya. Tapi kalau ko tak cuba, mana ko tau kan? Contoh macam cuba bercinta. Bila dah cuba baru ko tau betapa eksperimen ni paling bahaya di alam semesta. Ko boleh mati dalam sedang hidup. Ah aku rela lagi buat eksperimen sains pastu meletup dan terus mati. Lalala.
  3. Aku akan type/cakap lalala bila aku perasan cool (padahal tak). Kengkadang aku tengah sembang membahan kawan, tapi sebab dia lagi terer membahan aku, maka aku buat serangan balas dan lalalalala sampai dia gelak. Okay 1-0 lalala.
  4. Masa aku sekolah menengah, aku mendapati aku mudah tertarik dengan lelaki ada lengan/tangan berurat. Bila bercakap dengan lelaki tersebut aku akan lebih berminat nak tengok tangan dia daripada muka. Keobsesan aku ini menyebabkan aku pernah workout gile untuk dapatkan tangan berurat. Aku rasa macam seksi gila ada urat timbul-timbul tu weh. Pastu mak aku sound kata buruk orang perempuan ada urat timbul. Kamus seksi kita berbeza, so..whatever.
  5. Aku nampak kasar, tapi sebenarnya aku tak suka kat diri aku. Kawan-kawan aku ada rupa cute, badan kecil macam makhluk paling  delicate di galaksi ini, tapi dorang lagi keras dan tegas daripada aku. Kengkadang kawan-kawan aku yang selamatkan aku sebab sifat aku yang lembik dan senang kesian ini. 
  6. Aku tengah belajar jadi keras. Belajar cakap tak, belajar menolak. Penat oi menipu sebab nak jaga perasaan orang lain. 
  7. Tajuk post ni sebenarnya tajuk lagu yang aku dah ulang dengar lebih 13121989 kali.
  8. Ya takde kena mengena.
  9. Cuma kalau berminat kat aku, aku nak cakap aku takde perasaan, tak layak disayangi, tak reti menyayangi. 
  10. Tak payahlah kau stalk hidup aku dan guna account fake untuk mendekati aku. Tak payah nak send email sebab aku memang tak akan balas. Aku bukan jual mahal. Cuma aku....aku dah tak ada apa nak ditawarkan. Lalala.

Nangis tanpa sebab.

Lama gak tak nangis.
Tetiba harini ternangis. 
Aku nangis bukan sebab sedih. 
Dia macam tiba-tiba je ko rasa nak nangis.
Tetiba je. 

Tak tau pasal apa.

Lepas nangis rasa lega.

Pelik kan? 



Tetiba Tiada Duka Yang Abadi -Opick pulak dok autoplay kat Youtube ni. 

Adakah aku tak faham diri sendiri? 

Ah lantaklah. Aku nak sambung membaca pasal bisnes ni. Bai.

Cellulitis.

Weh. Kalau tetiba ko gatal-gatal, rasa macam tak normal je, berderas ler ko pergi berkampung di klinik. 

Ayah aku ni..sakit tak reti nak bagitau. 
Pepandailah kena pegang dahi dia ke, tanya dia baru dia nak cerita. 
Adoilah. Aku busy, memang tak perasan. 

Tetiba mak aku report suruh tengok kaki ayah. 
Mak oi.
Aku ingatkan eczema. 
Tapi ni macam dahsyat sangat je ni. 
Besar pulak tu.
Besar separuh tapak tangan kat area depan berjiran dengan betis tu. 
Awat tak bagitau awal-awal ni. Pe lagi aku pun dok study lah keadaan bapak aku. 

Mula-mula aku bagi dia krim (aku ada eczema, so memang ada simpan krim kecemasan tu hehe). Dia pun sapu and Alhamdulillah start kering. 

Tetiba dia pandai-pandai sental, cuci dengan Dettol lah, gonyoh kuat-kuat oh ayahanda ni bukan baju kotor nak sental cenggitu oiii.

Tengah shopping ayah aku boleh angkat seluar dan menggaru. 
Ayah aku ni kan macam budak kecik. So aku ingat sekadar gatal biasa. 

Pastu, tengah lepak ayah tunjuk kaki. 
Weh bengkak weh! Aku dah cuak dah. Tak pernah pulak aku eczema sampai bengkak kaki. Bukan bengkak pada luka tapi pada pergelangan buku lali. Lain macam dah ni. Pastu aku ajak pi klinik ayah aku tak mau. Hmmm. 

Pagi tu mak aku bagitau ayah demam. 
Pastu aku cakap jomlah pi klinik, mak aku pun bongkar rahsia ayah kata takde cash. Mak aku dok pujuk kata aku ada duit pun dia tak mau.
Aku macam..

Aku kan ada? 
Adohai ayahhhh.

Berbekalkan kuasa anak perempuan yang pandai memujuk, aku terus naik atas dan tegur ayah aku yang tengah baca Yassin tu. 

Ayah berhenti baca (biasanya dia bolayan kalau dia tengah mengaji. Ni mesti sakit ni) dan terus tutup Yassin. Ayah tunjukkan kaki. 

"Ayah siaplah. Jom pergi klinik. Jangan risau duit adik ada ni. Dah jom pi klinik."

Aku terus keluar bilik. 
Tak sampai 5 minit ayah keluar dah siap salin baju elok dah. 
Oi. Bapak aku ni sejenis aku gak. Susah gile nak pergi mengadap doktor. So aku assumed ni memang sakit gile nak mati lah ni. Jauh kat sudut hati, aku rasa marah kat diri sebab semalam tak insist nak ke klinik. Patutnya aku paksa je. 

Aku tak mandi lagi, so mak aku temankan ayah. Tak maulah tunggu lagi lama kan. 
Balik tu aku pun dengarlah cerita dorang. 

Mak aku kata ni bukan eczema. Ni tis tis apa tah. Dah infection dah pun. Doktor tegur ayah jangan guna Dettol untuk cuci luka. Aku dah pesan dah pun, ye lah even kucing luka pun ko tak boleh tonyoh Dettol tau tak. Dettol tu kuat sangat. Kalau nak buat lap lantai ke, mandi ke bolehlah. Tapi cuci luka tak boleh. 

Aku pun google lah apa jadah tis tis yang mak aku cakap ni. Google punya google aku pun jumpa. CELLULITIS. 

Ayah aku degil tak mau makan ubat. Pandai2 dia adjust nak makan apa dan sapu apa. Adoilah. Maka bermulalah tanggungjawab aku jadi nurse. 

Set jam. Tolong cuci luka. Sapu ubat. Bandage. Tengok apa yang bagus untuk accelerate penyembuhan. Etc. Etc. 

Ayah pun dengarlah cakap aku tapi memang kena saiko takut takutkan macam budak kecik. Kalau tak habis digentel kaki tu. 

Kengkadang aku terfikir, ada sebab Allah tak bagi aku duduk jauh. Ada sebab aku bujang lagi. Sebab both parents aku memerlukan aku. 

Aku tolak tepi kerja, fokus dulu kat dorang berdua. Jaga orang sakit memang penat. Tapi masa aku kecik dulu dorang jaga aku. Ni masa aku pulak jaga dorang kan? 

Cellulitis ni serangan bakteria. 
Bahaya wehhh.
Malaslah aku nak cerita.
Ko google, pastu kalau nampak orang tua ko tergaru-garu jangan fikir panjang, bawa pi klinik tau.

Ni kaki ayah aku kat bahagian bengkak tu macam melepuh. Ada blister. Panik gak takut ubat tak serasi. Tapi masa awal2 ambil antibiotik mungkin ada reaction sikit so kena perhati dua hari lagi. Kalau tak nampak surut, kena pi klinik lagi. 

Doakan mak ayah aku sihat.