" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Doa.

Aku rasa 3 huruf yang membentuk 1 patah perkataan ini sering diperleceh.

Kadang-kadang kita tertawa bila orang nasihat "Doalah..moga-moga..."

"Wei, jangan sedih doa banyak-banyak"

"Doa tu senjata. Doa tau. Minta sungguh-sungguh"

Selalu berpesan-pesan seperti itu bagai memberitahu "Weh,rajin cuci mukalah weh" pada orang yang ada severe acne.

Menyakitkan hati.
Insignificant.
Seriously kau takde nasihat lain?
Hmm..boleh jadi seperti angin lalu.
Sekejap dan.."Eh,ada angin lalu ke tadi?"

***

Tapi sebenarnya..Subhanallah..
Doa tu macam invisible weapon yang kau tak nampak, kau tak tahu dia kat mana, tapi kau yakin dia akan berfungsi untuk selamatkan. Berkesan tak contoh aku? HAHAHA SORRY GUYS KALAU TAK SAMPAI.

Tapi doa tu kau tak bolehlah angkat tangan, then doa tanpa hati.
Kena doa sepenuh hati.
Cop, kau pernah tak rayu bf/gf kau untuk stay?
Macam kau tak tahu apa yang kau mampu tawarkan, kau at your lowest point, tapi kau tak boleh terima dan kau cuba nak convince supaya orang tu stay. Rasa macam..habis.
Aku tak pernah rasa, sebab aku tak pernah rayu anyone untuk stay bilamana mereka dah tolak aku walaupun.. Eh pernah ke?
HAHA.
Aku pernah rasalah. Tapi aku tak cakap.
Tapi aku faham rasa "Arghhh aku dah tak tahu nak kata apa, aku sedar diri tapi aku tak boleh lepaskan kau, tolong, tolonglah, untuk apapun sebab tolonglah jangan pergi."

Hahh, perkataan "Tolong" tu mungkin make sense sikit kot. Aku tukar contoh eh, macam kau minta tolong kat orang tapi kau takde apa-apa sebagai cagaran dan kau sungguh-sungguh perlukan pertolongan dan orang tu teragak-agak ataupun refuse nak tolong kau. Peh..helpless gile rasa.

Nak tahu (aku tertype "Bak tahi" instead of nak tahu tadi.Wtf apasal? HAHAHA)

Nak tahu tak apa yang manis?
Berdoa ni kau minta tolong dengan Allah.
Yang mana Allah tak minta apa-apa cagaran pun.
Kita je sombong sangat, suka sangka buruk dengan Allah. Padahal kalau kita berdoa dengan sungguh-sungguh, yakin dengan rahmat dan kasih-sayangNya..in shaa Allah cepat atau lambat, permintaan kita akan dikabulkan pada waktu yang tepat.
Kadang-kadang kita berdoa, tapi kita expect done done tu juga Allah kabulkan. Kau tak seram ke?

Ya Allah, aku jadikanlah aku orang kaya, tiba tiba duit beranak dari celah bantal busuk kepam kau, esok sure sasau terkejut.

Kita ni manusia.
Nafsu besar kemaen.
Hati tu tak pernah habis meminta.
Kita boleh handle ke semua permintaan kita?
Weh tak boleh.
Kau tu insan lemah sedarlah diri.
Jadi Allah akan 'tapis' permintaan dan berikan apa yang baik selayaknya dengan kemampuan kita.

Eh apa cerita panjang2 ni?

Aku cuma nak bagitahu.
Aku pun culas juga berdoa.
Kadang hati kupersembahkan separuh.
Kadang tengah doa sibuk fikir apa khabar orang disana.
Kadang kosong.
Hanya mulut je kumat kamit tapi penyerahan tak ada.
Macam nyanyi lagu Negaraku tapi mata toleh kiri kanan sambil fikir alamak kerja Math aku tak siap nak tiru siapa ni, Math lepas rehat ke sebelum, alamat matilah ada kuiz haa melayang weh fikiran.
Tapi, ada masa Allah tetapkan hati aku.
Berdoa sungguh-sungguh menitik-nitik air mata rasa hina gila lemah gila.
Lepas doa tu, aku rasa macam lega sangat.
Tak fikir pun Allah makbulkan atau tidak.
Sebab pada masa tu aku sepenuhnya percaya Allah akan.

And yes,
Banyak yang Allah dah makbulkan.

Aku ada banyak lagi permintaan.
Yang aku kadang tak tahu mana yang baik untukku.
Tapi aku tahu, setiap permintaan aku, Allah akan berikan yang lebih baik daripada perhitungan aku.

Masa aku pergi umrah dulu, aku ada buka jemputan untuk sesiapa kirimkan doa. Aku tak maksum. Tapi aku yakin Allah akan makbulkan doa semua, cuma kena usaha dan kena tinggi penyerahan.
Alhamdulillah ada yang mesej aku bagitahu doa mereka diperkenankan.
Aku yakin sebenarnya bukan sebab aku.
Tapi sebab Allah nampak usaha mereka.
Kebanyakan yang kirim doa Ya Allah sebak gila time aku baca. Aku boleh bayang jika mereka kat sana, macam mana bersungguhnya mereka akan berdoa.
Walaupun aku yang bacakan, tapi Allah dah dengar dulu dari lubuk hati mereka. Cuma Allah maniskan dengan mengkabulkan permintaan setelah dibacakan disana. Tempat mustajab berdoa.
Kita jadi teringat-ingat. Jadi lebih bersyukur.

Doalah sepenuh hati.
Kalau kau tanya aku bagaimana,
Aku bukan ahli. Jadi aku tak tahu the proper way.
Yang aku tahu bila kita berdoa kita rasa macam kita ada depan Allah. Kita rasa Allah senyum dan gosok bahu kita. Bila kita teresak-esak tutup muka, Allah peluk.
Lepas doa rasa lega tak boleh nak cakap.
Pastu kita takde rasa sangsi kat Allah.
Hati kita dok bagitahu "Allah akan makbulkan".
Cubalah.

Jom berdoa.
Aku pun nak ligan balik iman ni supaya balik ke jalan lurus.
Time dah tersasar jauh baru teringat pasal doa.
Hmm..

Pillow talk.

Aku sembang dengan belangkas masa di universiti. Kiterang belangkas gile. Macam kembar. Pergi kelas sama, sana sini bersama, yang lawaknya kiterang boleh sembang macam tak pernah jumpa. Macam tak pernah habis.
Rapat gile weh.

Kiterang pernah putus dan down teruk 1 tahun tu. Lepak dekat court, melalak, peluk dan bagi kekuatan pada each other. Peh kalau diingat, rasa bangang abadi apasallah aku dengan dia boleh menangis sampai macam tu sekali disebabkan lelaki yang ______ .

Hmm.

Aku dengan dia masih bujang. Jadi dia duduk kat utara sana, aku terkepam kat selatan ni hah. Sekali sekala call memang hujung-hujung akan menangis sembang topik lelaki.

Bila bercakap tentang sesuatu yang tak menjadi, aku ada tendency untuk menyalahkan diri. Jadi aku keep on blaming diri aku. Sampailah aku rasa "Okay..aku memang tak layak untuk sesiapa pun. "

Bercakap sedemikian bukan sebab nak kuatkan hati, tapi itulah yang aku rasa. Walaupun aku ni jenis perempuan yang nampak confident pakai lipstick merah, tapi dalam soal hati, keyakinan aku lagi rendah daripada tapak kasut kau. Entahlah. Aku rasa diri aku macam tak mampu nak bahagiakan sesiapa. Akukan banyak masalah. Suara pun tak lemah gemalai. Badan besar gemuk debab tak ada selekoh berbahaya pun. Ni kalau nak kutuk diri sendiri aku boleh sembang sampai tahun depan.

Kawan baik aku ni lah yang akan tolong aku.
Selalunya kau takkan perasan perangai kau kalau orang tak bagitahu. Macam kawan baik aku ni, dia akan pujuk aku dan ingatkan perkara-perkara yang aku buat. Perkara yang aku rasa "Eh bukan semua orang akan buat macam tu ke?"

Sumpah aku malas nak sambung.
Sekarang aku dah jadi bodoh tak reti nak tulis.

Hati dan otak aku tak pernah sefahaman.
Aku ada masalah nak terjemahkan apa hati aku rasa.

Urgh.

Berubah.

Dulu masa kecil, aku duduk kampung. Very kampung-ish. Kau bayangkan (konon) city girl pastu tercampak duduk kampung? Biasa pakai skirt tetiba duduk kampung? Berdesing telinga aku bila orang kampung mengata aku pergi marhaban pakai jeans dan t shirt.

Woi. Aku budak kot masa tu.
Nasib aku tak pakai spender je.
Apada. Budak kecik kot mana tau kena pakai baju kurung tudung selimpang.
Aku nak ikut bersosial ambil tahu hal kampung pun boleh jadi barang umpatan.
Ah, sudahlah.

Sekarang dah besar.
Dah nak mampos dah pun.
Setiap kali aku balik kampung, aku terpana.
Seriously ni kampung aku dulu?
Kampung aku mati.
Tak nampak budak-budak sibuk kayuh basikal lagi.
Sungai dah paras buku lali. Tak ada orang sudi mandi. Rumah aku duduk pun dah tak ada. Berganti dengan pokok dan lalang.

Peh.
Masa tu aku terkesima.
Dalam 10 tahun macam-macam boleh jadi.
Perubahan yang aku tak pernah bayangkan.

***

Setiap kali bawa kucing baru masuk rumah, mesti tak sampai seminggu aku akan berkata "Ah..kena permain dengan kucing lagi".

Mula-mula malu-malu.
Siap ada yang panik sampaikan dia tak boleh tidur. Kejap-kejap terjaga.
Ada yang sopan ya ampunnn.
Tapi setelah dia dah sedap, hamek kaw.
Gengster kemaen.
Sombong kemaen.
Merayau je tak reti duduk rumah.
Pegang dah tak boleh.
Menjeling.
Mendengus.
Cis.

Binatang pun reti berubah.

***

Manusia?
Sure ada juga berubah. Ada yang berubah ketara. Ada yang biasa-biasa.
Ada yang nampak macam tak berubah pun.
Tapi hati manalah kita tau.

Yang aku tau, aku pun berubah.
Cuma aku tak tahu aku condong ke baik atau sebaliknya.

***

Yang aku tau, aku mau sekarang.
Yang lepas tu lantaklah.


Dah tak mampu nak percaya pada sesiapa.

Bagaimana hendak percaya?
Jika kepercayaan itu ditendang ke sana sini.
Macam kau hadiahkan seseorang dengan baju.
Kemudian baju tu dibagi pada orang lain.
Ditolak, ditolak kepada orang yang lain pula.
Sesudah itu, baju itu terlempar diatas jalan.
Tiada yang mahu.
Tiada yang menghargai.

Berdirilah kau disatu sudut menyaksikan.
Betapa terhiris perasaan terasakan.
Seperti dibunuh berkali-kali.
Tetapi tidak mati.

Macam tu lah yang aku rasa.

***

Dikhianati orang.
Pedihnya bukan biasa-biasa.

***

Mungkin selama ini terlalu mudah memberi percaya.
Betapa tololnya aku.

***

Jika dikhianati orang yang tidak-tidak, itupun sudah terasa jauh hati, inikan orang yang kita kenal. Yang kita sayang. Yang dalam darah kita ada dia.

Memaafkan boleh.
Melupakan sungguh tak ada daya.

***

Aku dah tak percayakan sesiapa pun.
Walaupun mak aku.
Walaupun diri aku sendiri.

Kau percaya? 

Terkujat makkk.

Berniaga ni best. Yang tak best bila kau duduk dalam satu ruang lingkup yang dengki mendengki.

Sumpah rimas.

****

Aku ada beli stok daripada rakan pengedar.
Mak oi.
Bila aku buka, rasa macam udara membeku.
Dan pecah menjadi serdak ais yang tajam dan pipih.
Jatuh menimpa aku.

Pasal apa?
Produk tu ya Allah..aku rasa plastik packaging tu dah macam belacan! Kemudian tak dilipat elok.
Kad pun tak disusun.
Macam tak berusaha langsung nak impress kan pelanggan.
Tergamam aku weh.
Kalaulah aku minta dia pos terus ke customer, aku boleh bayang sebaldi maki aku akan dapat.
Mujur aku memang akan buka dan check kualiti, kemudian bungkus semula dengan plastik baru. Ada 1 tu rosak.
Hmmmm. Terus aku ketepikan buat basahan sendiri.

***

Aku teringat bila dia kata dia dah slow meniaga.
Now, I know.

***

Perenggan pertama tu tergantung.
Aku malas.
Nasiblaaaaah.

Tak ada logika.

Sesetengah perkara berlaku,
Tanpa ada sedikitpun fahamnya kita akan.
Tak relevan.
Tak boleh dijelaskan oleh logik akal.

****

Kadang kita tak pernah perasan pun tingkahlaku kita menjengkelkan orang.
Masa sekolah asrama penuh dulu, tiba-tiba aku jadi seorang yang suka cakap berulang-ulang.
Aku tak perasan.
Tapi ada roomate aku bagitau.
Dan harini aku google.
Aku setuju. Sebenarnya apa yang aku mahu adalah - didengari.
Aku dah tak buat lagi dah benda tu. Alhamdulillah.
Samada orang semakin 'mendengari' aku, atau aku dah tak kisah dah.

Masa aku makan gaji, aku amat disenangi tenant.
Sebabnya aku kerja sungguh-sungguh memudahkan mereka.
Kemudian ada satu hari, aku masuk bar. Sebab staff tak cukup. Tempat masih belum buka, yang ada tenant je lah prepare nak buka kedai. Ada 1 makhluk ni datang ke bar. Aku tengah sibuk check senarai minuman dan harga. Memang sibuk gile. Dia datang nak order air.
Aku angkat tangan bagi isyarat sekejap.
Lepastu bila aku dah settle, aku angkat kepala dan tanya dia nak minum apa.
Makhluk tu dah sentap dengan aku.
Dia tak pandang aku pun sambil kata aku kurang ajar (aku tak ingat exact word, rasanya ye dia kata aku kurang ajar).
Peh. Terkejut aku.
Aku tak sedar pun benda tu boleh buat orang sentap.
Tak terlintas langsung kat kepala.
Automatik, aku sound balik dia.
Terkejut dia.
Ye la aku bukan jenis pemarah.
Tapi time tu memang aku marah.
Mood aku kacau gila hari tu. Dan aku buat tak kisah pun dengan kedai dia. Mamposlah kau.
Bukan dia tak kenal aku.
Bukan dia tak tahu aku tengah buat apa.
Boleh dia kata aku kurang ajar?
Pehhh..
Tapi aku dok fikir juga.
Mungkin dia rasa aku cuba mendiamkan dia dengan angkat tangan tu. Padahal isyarat tu bermaksud "Kejap, nanti dulu".
Lepastu aku berhati hati dengan reaksi aku.
Aku tak sempurna.
Maaflah.

***

Tak de mood tiba-tiba.
Okaylah, semoga yang baik untuk semua.
Bye.


Surat buatnya.

Hei.

Aku rindu sangat kat kau.
Rindu sangat.

Aku nak tahu mana silap aku sampai kau menjauh.
Terasa dingin sangat.
Aku nak tanya tapi aku tak tahu bagaimana.
Aku cuba nak redha tapi aku tak daya.
Aku terasa sangat kehilangan kau.
Serius aku sakit.

Aku tertanya-tanya.
Sungguh kau tak ada rasa sayang kat aku?
Sungguh kau tak ada rasa rindu kat aku?
Selama ni?
Memikirkan ini aku rasa dunia aku tunggang terbalik dah.

Aku tak rasa kau sempat baca ni.
Cuma manalah tahu satu hari nanti kau terbaca, aku nak kau tahu,
Aku ni pelik.
Aku sayang pada orang yang tak sayang aku.
Aku sayang pada orang yang aku tak tahu pun.
Aku tak kisah latar orang tu macam mana.
Siapa dia.
Umur berapa.
Tinggi ke rendah ke.
Putih ke hitam.
Ada rupa ke atau biasa-biasa.
Kerja apa.
Semua tu aku tak kisah pun.
Orang macam aku suka lelaki yang boleh buat aku rasa tenteram.
Buat aku rasa tahu apa aku patut buat.
Guide aku.
Bila aku marah tenangkan aku.
Bila aku sedih boleh buat aku tertawa.
Bila aku kusut tolong keluarkan aku dari kekusutan.
Bila aku sendiri tak tahu apa mahu aku, kenapa aku bersikap sedemikian, dia boleh jelaskan pada aku kenapa aku jadi macam tu.
Aku nak difahami.
Aku nak ada orang betulkan aku.
Orang yang aku boleh hormat.
Hidup aku bitter.
Tak manis macam orang lain.
Laluan aku sukar.
Tapi kau boleh buat aku rasa okay tak apa, aku boleh.
Setakat ini, kau lulus dengan jayanya.
Kalaupun, sekalipun kau ada kekurangan, aku rasa aku mampu pejamkan mata.
Apa yang kau mampu tawarkan pada aku selama ini pun dah lebih daripada cukup.

Jadi mungkinlah aku yang gagal.
Dan aku tak ada apa yang boleh tawarkan pada kau.
Jadi aku akan anggap diri aku begitu sampai bila-bila.
Selama aku tidak mendapat jawapan.

Kadang-kadang aku menyesal tak kawal diri.
Kalaulah aku kuat, aku nak terus sayang kau diam-diam.
Sorok rindu dibelakang persahabatan.
Tapi aku dah terlanjur sayang.
Aku tak dapat ke belakang.

Tapi aku akan cubalah.
Orang kata kalau betul sayang kita akan terima apa sahaja permintaan.
Lagipun cinta tak semestinya memiliki.
Cuma kalau kau tertoleh kat aku satu hari nanti,
Atau terasa rindu,
Aku masih ada ni.





Take care, sayang.



Misi mengkurus.

Aku tak boleh terlalu happy.
Atau terlalu stress.
Atau terlalu sedih.
Pendek kata aku tak boleh dalam keadaan 'terlalu'.

Sebab aku akan buat sesuatu yang memudaratkan diri.

Macam..

MAKAN.

***

Bukan buat sebab suka, tapi sebab hilang kawalan pada diri.

***

Sedih bunyinya.
Kalau alami mesti rasa lagi sedih.
Rasa benci meluat dekat diri.
Sumpah weh.

***

Berat aku sekarang 90kg.
90kg.
Tahu tak bersamaan dengan 9 kampit beras 10kg tu.
Ye, sangat berat.
Seberat panggilan orang pada aku.
Seberat hinaan dan perlian orang.
Gemuk.
Debab.
Raksasa.
Banyaklah.
Aku tak sentap.
Aku dah biasa.
Tapi aku malu.

***

Aku tak boleh macam ni.
Jadi aku tengah cuba kawal diri.

***

Aku dah start bersenam.
Weh, strength aku teruk gila.
TERUK GILE!
Untuk bekas atlet yang mampu skipping lebih 1000x sehari - sekarang nak buat 100x pun aku rasa nak mampos.
Alahai.

***

Tapi aku tak akan mengalah.
Aku mesti boleh kurus.
Aku pernah dan akan.

***

Walaupun aku dah cakap benda ni 13121989 kali.
Aku tetap yakin pada diri aku.
Weh kalau bukan aku, siapa?
Kau?

***

Haha.

Rindu sebenarnya.

Bestfriend kata aku ego tinggi.
Mak kata aku keras.
Adik beradik laki (dah semua lelaki hahah) kata aku paling takde perasaan. Dorang setiap kali putus mesti menangis teruk. Tapi aku macam takde pape. Rilek pakai lipstick, mekap beriya, pakai baju paling cantik yang aku ada, pi shopping.
Mana-mana yang kenal aku semua kata aku macam batu. Tahu ketawa je. Kadang-kadang dorang pun pelik tengok muka aku macam tak reti sakit. Tak reti sedih.

Bukan tak ada.
Tapi sorok.

Bukan tak menangis.
Tapi banyak menangis sendiri.
Menangis dengan Allah.

Allah je yang tahu macam mana rasa sorok perasaan. Muka nampak macam takde apa. Tapi dalam..

Rabak weh.

Mental koyak habis.

***

Kadang-kadang tak tunjuk sebab nak belagak kuat.
Ego kannn.
Tapi kali ni tak tunjuk sebab sayang.
Bila kau sayang seseorang, seboleh-bolehnya kau takkan nak tunjuk yang tindakan dia melukakan kau.

***

Aku tahu kelemahan aku apa.
Jadi aku elakkan.
Aku tak buka mesej.
Aku tak baca mesej.
Aku elak.

Kadang-kadang aku cuba jugaklah.
Baca mesej lama-lama.
Pastu aku tergelak.
Comelnya kita dulu.
Ada part kita tak sefahaman.
Tapi kita hormat satu sama lain.
Kita minta maaf bila kita buat salah.
Walaupun salah bodo-bodo je.
Kita menyakat.
Usik mengusik.
Kena mengenakan.
Kita peduli, tanya khabar.

Tersenyum je bila aku baca.
Dalam senyum tiba - tiba menitik air mata.
Rindu.

***

Kadang- kadang rindu teruk.
Boleh teringat suara masa call.
Teringat masa tu menangis.
Lepastu ketawa malu.
Kita sama-sama ketawa masa tu.
Ish. Tak boleh lupa.

***

Masa tak mengizinkan.
Keadaan kita.
Mungkin kita saling rasa takut.
Mungkin kita terlalu banyak berfikir.
Mungkin ada sesuatu yang lebih penting untuk kita kejar.
Tak apalah, understandable.

***

Semoga sihat dan tenang selalu.

***

Yang benar,
Masih sayang.





Ciskek.

Ada lelaki mesej aku.
Katanya nak beli barang.
Tanya nama.
Kemudian cakap tentang produk yang aku jual.
Okay teruskan.
Kemudian bincang pasal material.
Kemudian bincang pasal postage.
Kemudian bincang pasal nak ambil sendiri.
Tanya duduk mana.
Mana dekat mana.
Inputnya disini, kami tak satu negeri pun. 
Kemudian capai kata sepakat.
Nanti bila dia turun sini, dia nak ambil.
Last sekali,
Nak berkenalan.

***

Dan aku pun hampa sebab aku faham maknanya dia bukan nak beli pun.
HAHAHAHA!


Du-ghi-an.

Orang cakap, kadang-kadang yang nampak keras tu sebenarnya lembut.
Kadang-kadang yang nampak lembut tu,boleh jadi tersangat keras.

Aku rasa aku ni pesen durian.
Luar nampak gengster.
Dalam alahai..kulit bawang sangat.
Rapuh.

***

Dah berapa malam, makhluk tu asyik ketuk pintu.
'May I come in?'
Aku cakap aku dah tidur.
Kadang-kadang aku jawab aku letih.
Malam tadi aku tidur kat ruang tamu.
Baring atas sofa.
Tiba-tiba dia baring bawah sebelah aku.
Dia tarik tangan aku.
Terus dia cakap dia minta maaf.
Aku tergamam.
Tapi aku menten kedurianan.
Dia masih tak lepaskan.
Lepastu dia ulang lagi.
Dia minta maaf sebab pukul aku dan lain-lain perkara.
Aku tetap cool. Aku kata 'Okay'.
Tiba-tiba dia cium tangan aku.
Nangeslah tu.
Time tu aku tergamam lagi teruk.
Apa aku nak respond ni?
Tapi selaku durian, aku tak cengeng pun.
Aku tetap kata 'Okay'.

Ye. Sepatah je.

***

Walaupun apa yang dia buat pada aku selama ni terlalu sakit, tapi aku tak rasa nak balas.
Bertahun-tahun.
Berulang-ulang.
Macam-macam jenis kecederaan dah aku dapat.
Mental aku rabak.
Emosi aku rabak.
Aku jadi hilang percaya pada laki-laki.
Aku jadi pesimis sangat dengan laki-laki.
Tapi aku ni..
Entahlah.
Mungkin aku dilahirkan sebagai durian.
Tapi aku bukan pembenci.

***

Sejujurnya aku tak pandai benci orang lama-lama.
Setiap kali aku nak membenci, aku mesti terkenang perbuatan orang baik.
Walaupun satu.
Walaupun sebesar biji sawi.
Aku tetap ingat.
Dan itu menjadikan aku benci dengan kadar teragak-agak.
Walaupun pada mulut aku kata aku benci.
Tapi dalam hati aku..
Sakit membenci ni tau tak?

***

Mungkin sebab aku ni bukan pembenci.

***

Semalam aku keluar dengan bff.
Kami lepak dekat kedai senior masa aku sekolah.
Senior tu cerita macam-macam.
Dia lagilah super durian.
Rupanya hidup dia dahsyat jugak.
Aku rasa geng-geng durian memang macamni.
Luar nampak huha, nampak tak kisah, suka gelak, suka melawak, selambe tapi kami menyeret kisah perit yang kalau kami tak cerita, orang tak tahu.
Sedangkan kalau kami cerita pun, orang susah nak percaya.
Senior ni cerita yang dia dah tak bertegur dengan abang dia. Bertahun-tahun. Walaupun abang dia cuba nak berbaik.
Aku tak rasa abang dia pukul dia.
Tapi kau tak perlu naik tangan untuk dera emosi  dan mental perempuan pun.
Perbuatan dan kata-kata je pun dah memadai.
Aku tanya memang dah tak tegur langsung?
Dia jawab "Nooooo."
Sebutannya nouuuuu. Pekat dan penuh penekanan.

***

Aku tak boleh buat macam tu.
Aku nak.
Tapi sungguh aku tak sampai hati.
Aku nak. Aku nak.
Tapi aku tak boleh.

***

Sedangkan mak cik yang aku paling hangin dan meluat tu pun bila dia susah, aku boleh terima dia. Pada waktu semua orang dah tak boleh terima dia.
Pelik kan?
Aku tak suka dia.
Tapi aku...
Aku tak sampai hati.

***

Aku tak sampai hati.
Tapi aku pun ada perasaan.
Dan orang selalu lupa tu.