" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Kau dah lama mampos 4

Dia sakit sekarang.
Sakit tuan. 
Punca tak tahu. 
Doktor pun kata tak tahu.
Nak kata angin pasang, bukan.
Nak kata kencing kotor, bukan.
Jadi sekarang ni memang nampak keinsafan dia.
Yela sebelum ni mak aku tengah tidur sebab sakit dia boleh campak barang sebelah kepala mak aku dan paksa mak aku bangun.
Sampai kecik hati orang tua tu.
Ni bila sakit pandai pulak dia kata 'Macam ni rupanya rasa sakit..'

***

Aku takde terniat nak kata padan muka. 
Nak kata kesian pun dah tak ada rasa.
Cuma aku terkenang-kenang perbuatan dia.
Macam mana dia pukul aku.
Macam mana dia jerkah aku.
Ugut aku.
Angkat pisau.
Angkat parang.
Angkat tong gas.
Banyak lagi. 
Beza aku dengan orang yang kena dera ialah aku berani melawan. 
Aku berani pukul balik.
Aku berani jerkah balik.
Itupun aku tetap terasa sakit luar dalam. 

***

Aku teringat masa mak aku sentap gile.
Mak aku angkat tangan dan berdoa sambil nangis.
Ish takut kalau aku ingat doa mak aku.
Aku pun adalah juga doa.
Tapi aku tak ingat.
Haha! Lemahnya ingatan aku.
Nampak sangat time tu je aku ingat. 
Tapi harap doa kami ni tak memudaratkan dia.
Cukuplah untuk beri pengajaran. 

***

Mak selalu cakap.
Jangan aniaya orang.
Jangan zalim.

***

Aku tak tipu.
Apa mak cakap betul.
Aku dah tengok banyak dah.
Yang menipu, Allah togelkan dia.
Sampai tak ada apa.
Yang suka fitnah, suka mengadu domba, Allah buka aib dia.
Sampai tak tahu mana nak sorok muka.
Selama ni sedap busukkan orang.
Orang diam je.
Sekali Allah balas..hah..

***

Jangan main-main dengan doa.
Dulu adik aku kategori jahat. Sekarang pun tapi tak kantoi lagi takpe. Tak reti serik. 
Masa dekat Mekah aku doakan dia. 
Ustaz kata kalau orang buat jahat kat kita, kita doa macamni je "Ya Allah, berikanlah taufik dan hidayah kepadanya."

Dengan cara apa? Terserah pada Allah.
Dengan tersentak atau perlahan-lahan,
Dengan cara baik atau keras, 
Terpulang pada Allah. 
Allah Maha Mengetahui.

Pada hari kami pulang ke Malaysia, adik eksiden. Hikmahnya baru tahu selama ni dia menipu ada lesen. Beriya dia bodohkan mak aku. Menipuuuu je kerjanya. 

Teruk jugak. Aku ingat lagi melolong dia menangis setiap kali cuci luka. Duduk depan kipas terkinja-kinja tahan pedih. Bengkak mata menangis. 

Aku nasihat dia. Aku cakap ni baru sikit balasan dunia. Itupun kita dah melompat-lompat tak tahan. 
Aku pesan jangan biasakan menipu. 
Jangan ingat Allah tak nampak.
Jangan ingat Allah tak balas.
Ni Allah balas sebab nak bagi hidayah. 
Bila sakit baru kita ingat Allah.
Fikirlah. 
Lepastu dia mula jaga solat.
Tapi sekejap je.

Alahai budak...

***

Banyak benda jadi dalam hidup aku.
Kadang-kadang bila dianiaya, doa sajalah penguat. 
Minta sungguh-sungguh.
Sabar walaupun rasa terdesak.
Allah lagi tahu bila dan apa yang baik.
Sangka baik dengan Allah.
Yakin Allah akan perkenankan. 
Masa berdoa kena rendahkan diri. Kita nak meminta ni, kena rasa hina sangat diri. Ada sesetengah orang bila berdoa dia buat sistem barter dengan Allah.
Contohnya, Ya Allah, aku kuat solat, aku kuat sedekah, tunaikanlah impian aku.
Berdoa macam tu sombong. 
Mana boleh sombong dengan Allah. 
Haritu dekat IKIM.fm, ustaz ni ajar cara berdoa.
Gunakan ayat seperti ini "Ya Allah dengan rahmat dan kasih sayangMu, jadikan aku dan keluargaku penghuni syurgaMu".
Kasih sayang Allah terlalu besar.
Allah berbuat apa sahaja semahuNya.
Kita yakin ke amal ibadah kita boleh digunakan untuk minta sesuatu? Alahai sombong sangat kita kan? 
Aku tak tahu dulu. Sekarang dah tahu, jom amalkan. 
Bila nak minta apa-apa, puji Allah sungguh-sungguh. Biar terasa lemah sendi badan. Biar nangis sampai tak boleh bernafas hingus terlalu banyak. 

In shaa Allah, Allah dengar. 

***

Lepasni aku kena tukar tajuk post.
Melainkan kalau dia buat perangai lagi. Haha!


Hangin betul.

Aku tak tahu apa perasaan  hidup macam binatang. 
Celik mata makan.
Tidur.
Berak.
Kencing.
Makan.
Tidur.
Berak.
Kencing.

Kau takde rasa apa-apa ke? 
Serius takde rasa apa-apa? 

***************************

Aku letih.
Letih badan.
Letih mental.
Letih emosi.
Bila letih kalau dapat tidur takpelah.
Masalah bila aku banyak fikir, aku tak boleh nak tidur.
Puas aku cuba-cubakan tapi tak berjaya.
Sakit kepala wei.
Ada 1 haritu, aku turun bawah awal. 
Terasa nak makan pulak.
Makhluk 2 orang tu pun dah bangun.
Pandai pulak lapar.
Aku rasa bengkek je.
Aku tak boleh tidur dok jaga 'kedai'.
Dok fikir macam-macam. 
Orang boleh tidur lena.
Boleh ada selera nak makan.
Lepas makan boleh masuk bilik membuta sampai petang.
Peh.

Gilelah.
Haiwan pun tahu berusaha kalau dilepaskan. 
Kau kan manusia.
Kau tahu tak kau tu manusia? 

Macam mana kau boleh lalu tidur pada waktu orang ketung ketang memasak? 
Pada waktu orang sibuk pergi cari duit? 
Macam mana kau boleh lalu makan titik peluh orang? 
Macam mana kau boleh lalu hisap rokok guna duit orang? 
Serius weh? 
Serius? 

Tak faham aku.
Kau expect orang akan bela kau?
Makan minum percuma? 
Aku penat gila cari duit weh.
Mak bapak aku sakit weh.
Duit pencen dah habis weh.
Mana pergi perikemanusiaan kau weh? 

Tadi lagilah aku hangin.
Aku nak keluar.
Pi pos barang orang beli.
Mak nampak aku.
Mak boleh cakap 'Laaaa ingatkan nak masak?'
SERIUS MAK? 
Aku nak pi jalan-jalan ke ni mak? 
Ni baru pukul berapa ni mak? 
Menggelegak rasa marah aku.
Kenapa dengan aku berani ditarah, berani diarah.
Kenapa dengan dua ekor makhluk tu tidak?

Aku tak faham.

***

Aku penat.
Aku cuba nak buat pejam mata.
Tapi hati aku blup blup mendidih.
Aku tak tenang fikir macam-macam.

***

Aku pun nak rasa bahagia weh.
Cuba kau bangun, buat rajin.
Keluar pi cari kerja.
Takdelah aku pandang kau berbulu je mata.


Sebenarnya aku tak tahu yang mana lebih sakit.

Sebelum tu kita layan dulu lagi ni. Kalau tengah putus cinta harap kau skip lirik ni. Boleh mati ternganga. Aku takpe sebab aku dah lama dah mati HAHAHAHAHA!

"I Hate U I Love U"
(feat. Olivia O'Brien)


[Verse 1 - Olivia O'Brien:]
Feeling used
But I'm
Still missing you
And I can't
See the end of this
Just wanna feel your kiss
Against my lips
And now all this time
Is passing by
But I still can't seem to tell you why
It hurts me every time I see you
Realize how much I need you

[Hook - Olivia O'Brien:]
I hate you, I love you,
I hate that I love you
Don't want to but I can't put nobody else above you
I hate you, I love you,
I hate that I want you
You want her, you need her
And I'll never be her

[Verse 2 - Gnash:]
I miss you when I can't sleep
Or right after coffee
Or right when I can't eat
I miss you in my front seat
Still got sand in my sweaters
From nights we don't remember
Do you miss me like I miss you?
Fucked around and got attached to you
Friends can break your heart too,
And I'm always tired but never of you
If I pulled a you on you, you wouldn't like that shit
I put this reel out, but you wouldn't bite that shit
I type a text but then I never mind that shit
I got these feelings but you never mind that shit
Oh oh, keep it on the low
You're still in love with me but your friends don't know
If you wanted me you would just say so
And if I were you, I would never let me go
I don't mean no harm
I just miss you on my arm
Wedding bells were just alarms
Caution tape around my heart
You ever wonder what we could have been?
You said you wouldn't and you fucking did
Lie to me, lie with me, get your fucking fix
Now all my drinks and all my feelings are all fucking mixed
Always missing people that I shouldn't be missing
Sometimes you gotta burn some bridges just to create some distance
I know that I control my thoughts and I should stop reminiscing
But I learned from my dad that it's good to have feelings
When love and trust are gone
I guess this is moving on
Everyone I do right does me wrong
So every lonely night I sing this song

[Hook - Olivia O'Brien and Gnash:]
I hate you, I love you,
I hate that I love you
Don't want to but I can't put nobody else above you
I hate you, I love you,
I hate that I want you
You want her, you need her
And I'll never be her

[Bridge - Olivia O' Brien and Gnash:]
All alone I watch you watch her
Like she's the only girl you've ever seen
You don't care you never did
You don't give a damn about me
Yeah all alone I watch you watch her
She is the only thing you ever see
How is it you never notice
That you are slowly killing me

[Hook - Olivia O'Brien:]
I hate you, I love you,
I hate that I love you
Don't want to but I can't put nobody else above you
I hate you I love you
I hate that I want you
You want her, you need her
And I'll never be her

**********

Aku tak tahu mana yang lebih sakit.
Mengingati yang diri pernah dipergunakan, atau mengingati diri yang rela dipergunakan.
Aku tak tahu mana yang lebih sakit.
Mencintai orang yang kita tak sayang, mencintai orang yang kita sangka kita sayang, mencintai orang yang tulus sayang kita tapi kita dah emotionally unavailable atau saling mencintai pada waktu yang tidak membenarkan.
Aku tak tahu mana yang lebih sakit.
Berusaha hingga separuh tiang mempertahankan perasaan atau cuba mengadakan perasaan pada saat sungguh kita separuh mati mahu ia ada.
Aku tak tahu mana yang lebih sakit.
Ada tapi tak ada, tak ada tapi terasa ada, atau hanya mengada-ada kan sesuatu yang sendiri tidak tahu tetapi mahu.
Aku tak tahu mana yang lebih sakit.
Tidak pernah bercinta langsung atau sering tetapi tidak kekal.
Aku tak tahu mana yang lebih sakit.
Bercakap dengan tidak mahu atau berdiam tetapi hati begitu mengharap.
Aku tak tahu mana yang lebih sakit.
Dirindui oleh mereka yang tidak dirindui atau merindui pada yang tidak.

Tak tahulah.



Thyroid? Apeni?

Mak asek cakap aku ni macam ada thyroid.
Mak kata dulu leher aku ramping.
Sekarang dah macam balak.
Obviously lah sebab aku obes sekarang. Takkan tetiba badan gajah leher ramping umpama ranting kot?

***

Harini aku ter-rajin scroll FB Terlajak Laris tu. Weh haritu aku terjumpa dia kat Mydin, pehhhh sumpah hensem. Lepastu dia sangat peramah dan humble. Dengan bangla Mydin pun dia boleh rapat-rapat, pegang bahu layankan ambil gambar.
Sejak tu aku jadi lagi minat kat dia.
Dahlah sayang bini. Tak hipokrit. Orang gile je tak respect kat laki macamni.
Aku scroll sampai terjumpa video seorang perempuan. Dato tanya, boleh ke dia jadi jurucakap untuk produk tu?
Kalau tengok fizikal memang okay. Cantik walaupun dah berusia.
Cuma suara dia weird.
Pastu aku belek komen. Ada orang kata dia ada penyakit thyroid dulu. Sekarang dalam proses recovery dan lepastu....

Aku pun gelabah cap ayam.

***

Masa aku kecik mak kata aku suka naik atas tempayan telangkup lepastu nyanyi kuat-kuat. Mungkin tu sebab aku punya suara serak.
Aku pun tak ingat weh. Yang aku ingat masa kecik aku suka kacau ayam yang bertelur. Pastu kena patuk dan kena kejar. Bila masa aku suka nyanyi aku tak ingat. Tapi bila dah darjah-darjah tu ye aku ingat, aku suka menyanyi. Duduk depan kipas menyanyi. Bodohnya aku sebab rumah nenek aku kan rumah kampung, sah sah jiran tetangga nampak aku tengah feeling depan kipas. Kawan akulah potong stim, tengah kayuh beskal tetiba dia kata 'Weh suara kau macam Siti'.

Aku macam tercengang. Mana kau tau?

Selalu nampak kau nyanyi depan kipas kat beranda rumah. HAHAHAHAHAHA

Pasal suara Siti tu, sampai sekarang aku tak boleh buat dah. Suara aku makin..bapok.
Dan aku pun dah tak nyanyi depan kipas. Malu nak mampos kau tau.

Kadang-kadang aku segan nak borak dengan orang. Tapi aku punya konpiden level kan tinggi HAHAHA! Member-member boleh asyik ajak aku sembang (aku ada beberapa kawan yang suka dengar aku bercakap. Masa aku belajar kat U, ada beberapa orang ni asal nampak aku kemaen suka pastu tanya 'Weh ceritalah apa-apa aku nak dengar'. Aku pun pelik. Mungkin sebab aku pelat kot jadi orang tengok aku boleh ketawa dalam hati hahaha ataupun sebab bila aku bercerita muka aku main peranan kot. Entahlah tapi sekarang muka aku sumpah takde perasaan. Aku kan dah tua.). Ada member yang suka bergayut dengan aku berjam-jam  dan setiap hari call tu, okaylah mungkin bapok aku belum tahap pecah gegendang telinga kot. Tapi aku perasan suara aku memang menyakitkan perasaan aku. Aku sekarang dalam fasa aku tak suka diri aku ni.

Aku pun nak suara macam perempuan lain. Hmmm..kufur nikmat bebenau.

Berbalik pada thyroid tu, aku rasa aku nak pi check lah. Aku rasa simptom macam ada dah. Lagipun aku tak tahan hidup suara bapok macamni.

Aku dahlah sado.
Gemuk.
Hitam.
Tak lawa.
Pastu suara bapok.
Macam mana kalau tiba-tiba ada orang cakap 'Kupinangmu dengan Boleh Blahh' ?
Merajuk seumur hiduplah aku duduk dalam hutan, main buaian sambil nyanyi 'Buai laju-laju..sampai tercampak patah leher lagi bagus'.

Hahahaha!
Aku gelak tapi aku masih rasa bimbang.
Kau boleh rasa tak?

Apa aku nak, aku akan dapat.

Aku tulis post ni dalam keadaan aku tengah buat plank (workout). Sumpah menggigil hahaha!


*rebah*

*Sambung*

Kalau kau ada attitude seperti tajuk diatas, sila jangan keterlaluan. Secara positif, ye sangat bagus kalau kau ada perasaan macam tu. Boleh pacu kau capai apa kau nak. Tapi kau kena ingat, kau manusia je pun. 

Ada waktu kau takkan dapat apa kau nak. 

Kalau kau masih teruskan attitude tu, kau akan terabak oleh perasaan 'tak dapat'. Kau akan rasa seperti dihempas dan dipijak. Kau akan remuk seremuk-remuknya. Kau akan hancur. 

Hancur..hancur..hancur... *Lagu Estranged dengan Fazura tetiba menyemak sebagai lagu latar*

Dulu aku macamni. Aku jenis nak jadi yang paling bagus. Paling pandai. Paling terer. Paling mahir. Paling paling. 

Akibat ketidaksedaran diri aku, aku telah mengalami kemurungan apabila aku tak live up to my expectations. MY tau. MY. 

Bayangkan hidup dengan sebelah jiwa yang rabak. Merangkak kutip sisa kekuatan dan cuba yakinkan diri - Aku takdelah teruk sangat.

Bunyinya mudah. Percayalah bila aku ingat, aku rasa bangang pada skala 10 per 10.

Tapi untuk sesetengah keadaan, kau mesti ada attitude ni. Usaha satu hal. Mental satu hal. Rapatnya sandaran kau pada Allah satu hal.
Ketiga-tiga ini kau kena pastikan pada level paling ultimate.

Percayalah weh.
Benda yang mustahil pun kau boleh buat.

Meh aku bagi contoh.
Contohnya aku. Dekat sangat tak? HARHAR.

Masa aku sekolah dulu, aku suka join sukan. Asyik muka aku jeee. Bila aku masuk apa-apa acara, aku target - MENANG. Ye, aku sentiasa bawa balik medal dan trofi. Seronok weh jadi atlet. Orang semua kenal. Cehh. Tapi ada 1 acara ni, aku pilih untuk jadi goal keeper. Main bola baling. Masalahnya dalam team aku ada keeper yang lebih senior. Maknanya....

Aku banyak panaskan bangku simpanan. Pernah pergi tournament aku macam pi berkelah. Macam mana cantik rambut aku dandan (masa ni aku terlebih bangang. Aku boleh free hair. Bangang abadi sampai malam tu mimpi kena botak kepala hahaha), balik tournament tu masih maintain lagi. Orang lain dah makan rumput dah sememeh habis tapi aku tak. Dan team kami kalah. Kau tahu tak betapa aku terkesan daripada peristiwa tu? 

Hey ni akulah! Aku tak balik tangan kosong.
Aku tak suka kalah. Aku tak suka bazir masa for nothing! 

Kemudian, keputusan PMR aku straight A's. Aku dapat tawaran sekolah sains,  aku pun pindah. Ni pun ada storynya nantilah sembang satu-satu. Kepohnya kau perempuan *kutuk diri*

Bila masuk situ, aku masih hantu sukan. Aku main bola keranjang, bola jaring, bola baling, lari pecut, lompat jauh dan lontar peluru. Coach aku sampai saiko aku suruh fokus satu sukan, tapi aku boleh buat semua dengan baik, kenapa aku nak ikut? Aku pulak bagi dia pilihan samada nak aku stay atau aku blah. Pandai pun minta aku stay haha! 

Aku sentiasa jadi top player. Jadi kapten. Jadi pengerusi. Siap aku jadi coach lagi untuk team netball. Tu dah makanan aku. Tapi handball? 

Aku mulakan hidup baru. Aku saiko mental aku. Aku cuba ingat macam mana senior aku dulu beraksi terbang untuk shoot bola. Tak semua orang boleh buat. Dan siapa yang dapat buat, kau nadi team.

Aku punya saiko tu sampai aku boleh keluar dari comfort zone aku as goal keeper. Aku jadi pemain utama. Aku jadi striker. Kiterang selalu training dengan team lelaki and surprisingly, dorang pun respect kat aku. Aku tak tahu macam mana aku boleh buat, yang aku ingat ialah aku saiko mental aku gila-gila dan cuba.

Cuba.
Sentiasa mencuba.
Kaki lebam, luka, ligamen koyak, sampaikan otot bahu aku koyak tak boleh angkat tangan kena pakai anduh pun iya. 
Semua tu harga untuk jadikan diri aku player lain daripada yang lain. 
Aku terpilih wakil negeri. 

Peh, itu adalah saat paling menggembirakan dalam hidup aku. Sampailah masa masuk universiti, aku tetap nak main handball walaupun aku main netball. Di universiti pun sama, training dengan lelaki. Akulah paling selalu kena hambat masuk. Kadang-kadang sorang-sorang perempuan dalam padang tu. Pernah coach aku (bergurau) suruh aku tanggal tudung, potong rambut pendek dan masuk team lelaki.

Weh, tu compliment weh.
Aku dah capai apa aku nak. Aku tak nak medal.
Aku tak nak menang pun kali ni.
Aku nak orang tahu aku terbaik.
Bak kata coach aku - Star.
And I did.

Tapi aku cakap terus terang, bila kau ada kemahuan yang begitu mendesak, kau akan berusaha diluar comfort zone. Aku tak suka berlari jarak jauh, tapi coach aku suka suruh lari 10 round untuk endurance.

Menyampah nak mampos tau. Aku memang tak suka. Aku suka lari pecut. Jarak jauh tu pi mati lah aku memamg selalu jalan hahaha.
Pernah tu coach aku lari seiring aku.
SEIRING. Imagine macam mana ego aku mula menendang. Dalam fikiran aku - 'Aku tak boleh stop. Aku kena lari. Aku tak boleh lower kan standard aku. Not now. Not with my coach running beside me.' 

Aku teruskan berlari.
Aku kekalkan rhythm.
Coach aku dah mencungap.
Aku pun sebenarnya dah tak tahan tapi aku kawal pernafasan aku sambil saiko fikiran.
Aku baka perempuan yang tak suka kalah dengan lelaki weh.
10 round aku lari selaju team lelaki.
10 round coach aku lari sama-sama aku.
Ada waktu nafas aku dah berat, tapi aku tahan sebab aku tak nak dia tahu aku dah tak larat HAHAHA!
Ni semua sebab attitude seperti pada tajuk dan ego lah ni.
Tapi at least, aku berjayaaaa!

Pernah ada tournament, aku kapten.
Aku injured ni. Tapi aku tetap nak main.
Aku telan painkiller.
Aku sapu analgesic cream dekat peha. Pehhh bila berpeluh aku rasa macam kena salai. Panas nak mampos! Bff aku jadi saksi macam mana aku jalan terdengkut-dengkut, lepastu aku pi tandas, sapu ubat dan bandage kaki ketat-ketat supaya muscle aku tak kembang (jangan tiru). Supaya aku boleh fake aku tak sakit. Keluar tandas aku macam tak apa-apa. Masuk padang. Main. Dapat medal. Dapat hitam. Tak sempat salam sesama player aku terus lari pi tandas.
Aku dah tak tahan dah.

Sakit weh.
Bila dah habis baru aku perasan aku sakit.
Masa aku main tu aku tak fikir apa dah.
Terlalu sakit, lama jugaklah aku nak recovery.
Oh so much untuk apa yang aku nak.

Gila betul.

Tapi sekarang aku dah tak ego sangat.
Aku dah reti cakap sorry.
Dah reti mengaku salah.
Dah reti cakap terima kasih.
Dah reti dan faham 'Tak semua yang aku nak, aku akan dapat'.
Masa akan mengajar kau.
Harapnya sikap kau takdelah extreme sangat, boleh gila kau nanti bila tak dapat.

Apapun, buat masa ini aku boleh bertenang.
Aku dah tak nak jadi yang paling bagus, yang sentiasa bagus. Aku tak nak dan aku tak mampu punnn. Buat apa nak seksa diri?

Hanya untuk perkara dan orang terbaik sahaja aku akan usaha sungguh-sungguh.
Sampailah aku dapat.
Buat masa ni aku belum ada rasa nak mengalah.
Not now.

Bak kata Faizal Tahir dalam lagu Sejati - Biar mati kumencuba demi bahagia.

Ish macam takut pulak, siapa yang type ni?




Orang yang bersabar selalunya menang.

Aku tengah pujuk hati.
Kadang-kadang kalau laluan kau tak mudah, kebarangkalian kau nak bandingkan hidup kau dengan orang lain adalah sangat tinggi.
Bila buat perbandingan, kau akan cenderung untuk banding dengan orang yang lebih bernasib baik.
Usai itu, kau akan berasa sedih.
Rasa macam dibuli.
Rasa macam 'Why me? Why me?' gittewww.

Betul ke, betul?

Ha.

Aku bercakap daripada pengalaman dan pemerhatian.

Jadinya, kau kena dengar cakap aku ni.
Jangan hukum diri kau.
Whatever it is, kau kena tolong diri kau.
Pasal tak ada orang yang akan mampu tolong kau.
Kau suka ke rasa down?
Kau suka ke rasa kena buli?
Kau suka ke rasa macam kau ni makhluk paling jahat so kau memang deserve kehidupan macam ni?
Kau suka ke?

Aku tak suka.
Macam mana gedik aku merengek pun aku sebenarnya tak suka perasaan tu.
Rasa lemah, rasa macam..

Meh aku simplified kan.

Rasa TERUK.
Kan?

Tolong dengar nasihat aku kali ni.
Bersabar.
Apapun ujian, kena sabar.
Sabarlah.
Sebab sabar tu akan tolong kau survive.
Sabar tu lambat laun akan jadikan kau pemenang.
Kau akan capai apa yang kau nak.
Bezanya Allah nak kau usaha kuat sikit.
Usaha kuat = Ganjaran extra

Senang tak nak faham post aku kali ni?

Aku bagi contoh.
Dulu handphone aku rosak.
Aku pakai Nokia apa tah. Secondhand je. Tak pernah beli handphone baru.
Setelah itu, ex aku yang pemurah telah hadiahkan aku satu handphone secara paksa.
Aku bukan jenis suka ambil pemberian orang atau suka orang belanja. Tapi masa tu aku tak tahu macam mana nak tolak.
Terharu pun ada pasal ada orang sanggup keluarkan duit titik peluh untuk keperluan aku.
Peh.
Aku gunakan handphone tu gile gile.
Lama juga aku pakai. Dari aku belajar tahun akhir sampailah tahun ni.
Time orang pakai handphone besar tapak kaki, aku masih setia dengan handphone tu.
Sampailah handphone tu rosak.
Itupun aku bertahan lagi.
Lagi.
Dan lagi.
Untuk orang yang ada bisnes, handphone tu keperluan.
Tapi aku sabar.
Perangai aku, kalau aku rasa realistik untuk aku dapatkan yang terbaik, aku akan saiko mental untuk sabar (dan usaha). Berapa lama pun aku akan tahan diri. Aku tak suka beli sesuatu tanpa berfikir. Lokek pun iya jugak hahaha.

Pendek cerita, sekarang aku pakai Note 5.
Cash 2.5k macam tu. Menggigil aku bawak duit masa tu. Lepas bayar aku macam orang kena cerai. HAHAHAHA!
Adik beradik aku yang salin handphone macam salin spender pun terkejut.
KAU BELI HANDPHONE CANGGIH? CASH?
Dorang up to date. Pakai iPhone. Kayalah pada aku. Kejap-kejap salin handphone. Rimas aku tengok.
Aku mana mampu. Tak ambil tahu pun perkembangan handphone sampailah masa aku nak beli tu. Memang aku study gile-gile apa handphone yang bagus.
Masing-masing mulalah terkulat-kulat rasa tercabar. Abang aku paling obvious sakit hati dengan aku. Dia ada banyak gile handphone wehh. Kalau aku jadi dia, aku akan trade in dan beli 1 handphone paling best. Barulah berbaloi.

Sekarang aku gunakan handphone ni untuk buat duit.
And yes, Im making money.

Jadinya bila perkara-perkara yang tidak diingini mengacau bilaukan fikiran aku, aku akan kenang balik apa benda yang aku pernah lalui. Yang pernah aku bersabar.
Yang Allah dah bagi ganjaran.

Takkan dalam hidup kau takde satu pun kau pernah bersabar dan berjaya?

Kalau takde sangat meh aku ingatkan.
Kau dah pun berjaya jadi manusia.
Antara berjuta sperma, you made it weh!

Hmmm make sense tak?

Sengih memanjang.

Tak tahu nak kata apa.
Rasa nak sengih je.


Mementingkan diri.

Aku masih tak boleh tidur.
Sambil baca #AboutLove tulisan Tere Liye, aku pun berfikir-fikir. Ada beberapa quote Tere Liye yang mencuit aku. Salah satunya,

- APAPUN BENTUK KEHILANGAN ITU KETAHUILAH, CARA TERBAIK UNTUK MEMAHAMINYA ADALAH SELALU DARI SISI YANG PERGI. BUKAN DARI SISI YANG DITINGGALKAN.

Tabib Gigi pernah bagitahu aku dulu, 'Kalau satu hari nanti saya hilang, bukan sebab benci'. Aku faham maksud dia. Keadaan dia. Hidup memang begitu, kita terikat dan bersabit dengan keadaan. Ada yang membutuhkan kita melepaskan perkara yang kita senang. Ada yang mengharuskan kita hidup berlekapan dengan perkara yang kita tak mau. Ada yang kita cuba kendong tapi kita tak mampu. Ada yang kita nak pimpin tapi kita tak daya.

Dan aku terima.
Dan aku dah pun lalui tahun-tahun tanpa dia.
Sesekali terkenang memang terasa lompong hati.
Sebab kami terlalu rapat dulu.
Waima apapun, hidup diteruskan.

***

Aku pun pernah tinggalkan orang.
Berorang-orang, kalau wujudlah perkataan itu.
Terlalu ramai.
Baik lelaki, baik perempuan.
Aku menolak mereka.
Pada awal, pertengahan dan nyaris hujung.
Aku move on seperti tak ada belas.
Sedangkan hakikatnya aku yang banyak menangis.
Aku yang banyak menung.
Banyak rasa sesal.
Tapi aku ego.
Ego aku menjadikan aku keras dan tumpul.
Sesekali terbit rindu.
Tapi aku diamkan sebab tak adil untuk aku datang dan pergi begitu sahaja, memberi harapan sedangkan aku tak mampu.
Aku cuba senyapkan  diri supaya orang boleh teruskan hidup, dengan apa sangkaan pun terhadap aku.
Aku nak cuba melawan ketakutan aku sebenarnya.
Tapi senang cerita, aku dah pun mengalah.
Dan kalah.
Itu sisi aku sebagai pelaku.

***

Jadinya apabila aku ditempat sebaliknya, aku cuba untuk masuk ke dalam kasut mereka.
Cuba untuk jangka tapi sungguh uncertainty dan silent treatment ini betul-betul telah membunuh aku berkali-kali.
Segala apa yang tampak logik juga sukar untuk aku relevankan.
Tapi untuk dia, aku berasa sebenarnya aku pentingkan diri.
Dia dah jelaskan dengan simple.
'Tak ada ruang untuk jalankan tanggungjawab orang bercinta'
Apa yang aku tak faham?
Kenapa aku tak boleh faham?
Kenapa aku tak nak faham dia?
Dia tak nak aku rasa terabai.
Dia tak nak aku kecil hati bila lewat beri perhatian.
Dia tak nak sakiti aku.
Yes, dia tak nak sakiti aku.
Kenapa aku tak faham tu?
Kenapa aku tetap dengan rasa sendu, rasa tertolak, rasa tertipu dan rasa kecewa?
Atau sebenarnya ego aku tercalar?
Sebab tu aku tak boleh terima kenyataan?
Atau sebab aku rasa aku bukanlah perempuan yang tak faham bahasa.
Aku bukanlah perempuan yang tak reti sabar.
Aku bukanlah perempuan yang needy, kuat merajuk dan sentiasa nak berkepit 24/7.
Jadi bila aku berada dalam keadaan ini, aku rasa seolah-olah aku adalah perempuan yang sebaliknya. Disebabkan 'salahfaham' ini, aku rasa terguris. Kot?

Selain itu, aku berfikiran mungkin kerana ada atau tidak ada aku, dia tidak apa-apa.
Pendek kata, aku tidak menawarkan apa-apa.
Atau, aku telah menakutkan dia?
Atau pujian aku telah memberatkan dia?
Buat dia cemas kalau-kalau dia tidak mampu tampil seperti yang aku mahu, yang aku bayangkan, yang aku sangkakan?
Aku pun tak tahu.
Yang aku tahu, pada saat aku membuka pintu hati dan menerima dia, aku dah bersedia jika anggapanku tidak cocok dengan realitinya.
Aku dah bersedia untuk mengenali dia.
Dari sisi manapun, aku teruja nak kenal dia.
Nak tahu apa yang boleh buat dia marah.
Ketakutan dia.
Perkara yang dia suka dan tidak.
Warna kegemaran dia.
Makanan kesukaan dia.
Apa dia suka buat bila marah, sedih, kusut, gembira.
Semua tentang dia.
Tahun-tahun sepi tanpa cinta telah aku gunakan untuk belajar atasi ketakutan aku dan prasangka aku. Aku nak belajar mencintai orang tanpa rasa pessimis. Aku nak atasi isu dalaman aku.
Jadi kali ini, aku buka pintu hati aku dengan keyakinan dan keberanian.

Tapi ini yang terjadi.
Mungkin aku tercakap perkara yang tak patut.
Atau keterlaluan.
Aku janggal sebenarnya.
Suka tapi malu.
Jadi akalku pendek.
Hanya usai perbuatan barulah aku terfikir.
Mungkin aku kelihatan tak memaknakan.
Perasaan sayang ini sulit untuk aku persembahkan. Aku cuba.
Mungkin terlihat keterlaluan, atau canggung?
Mungkin suara aku kasar?
Percakapan aku keras dan membosankan?
Atau aku terlalu gemuk?
Tak cantik?
Tak..ah..peritnya rasa sedar diri ni.

Entahlah.
Yang aku tahu, aku sayang dia.
Kalau boleh aku nak bantah kata putus dia, aku nak yakinkan dia, tapi aku tak terbuat.
Sebab aku terlalu takut kalau kalau tindakan aku akan memberatkan dia.
Aku tak nak dia terganggu.
Aku tak nak dia kusut.
Aku tak nak dia rasa bersalah.
Sebab tu aku tak tulis semua ini secara direct pada dia.
Aku takut.
Tahu tak perasaan nak menjerit jelaskan semua tapi kau memegang diri daripada.
Sebab waktu tu dalam fikiran kau cuma ada dia.
Kau tak nak sakiti dia.
Kau tak nak persoalkan supaya tak terbit rasa bersalah dia.
Kau tak nak.
Hakikatnya semua tu memakan diri sebagaimana masa mendera.
Sepatutnya aku bersuara.
Sekurang-kurangnya tunjukkan yang aku peduli.
Yang aku nak pertahankan.
Yang aku betul-betul memang sayang kat dia.
Kalau dia masih menolak pun sekurang-kurangnya dia tahu perasaan dari sebelah aku.

***

Aku tak rasa dia baca.
Aku tulis supaya manalah tahu kalau satu hari nanti dia terbaca, aku nak dia tahu - aku sayang dan perlukan dia. Maafkan aku sebab mementingkan diri dan tak sedar diri.

Dan kalau dia tak baca sampai bila-bila pun..sebenarnya aku mengharap dia baca.
Mementingkan diri sungguh kan aku?


Persis selebriti.

Aku dengan jiran sebelah rapat.
Selalu Whatsapp.
Kelakar jugaklah kalau kenang.
Sebab dulu aku tak suka dia.
Siap aku pernah hempas pintu lepas dia sound 'Busuk,busuk' masa aku tengah tapis taik kucing.
Hahaha!

Masa berlalu.
Kami pun berkenalan.
Lepastu kamcing.

Anak-anak dia punyalah suka kat aku.
Selalu rekod suara dan hantar kat Whatsapp.
"Kak ####, E## nak mandi"
"Kak #### demam keeeee?"
Masa birthday budak-budak tu, turun je kereta berlari dia nak hantar kek ke rumah aku.
Kalau nampak aku, terjerit-jerit panggil.
Yang kelakarnya, aku ni bukan reti layan budak.
Aku tak reti.
Paling hebat pun aku senyum je.
Aku pun pelik kenapa budak suka aku.

Tapi..
Jiran aku ni kena pindah.
Sebab tuan rumah nak pakai rumah.
Sebulan je lagi.
Tiba-tiba aku sebak.
Nanti tak ada dah orang terjerit-jerit panggil aku.
Atau rajin hantar Whatsapp dan makanan ke rumah.
Alahai.. selfishnya aku haha!
Aku harap dorang dapat rumah dekat dengan aku.
Walaupun aku tak suka budak, atau janggal nak melayan, jauh disudut hati, aku dah sayang jiran aku ni.
Dah rasa macam family dah weh.

Misi meng-orangkan diri.

Hari ni aku start nak mengkurus.
Tadi aku baru makan maggi 2 bungkus.
Memang dasar kerbau haha!

Tapi takpe. Aku dah beli tali skipping.
Aku nak start balik jaga diri.
Mental tu paling penting.
Sebab kelemahan aku ialah bila aku stress, aku akan rasa nak makan.
Aku lepaskan dengan cara makan.
Makan yang tak reti stop.
Selagi tak membusung perut aku tak boleh stop.
Serius menakutkan bila kau sendiri tak boleh control diri.

Aku dah tak ada alasan.
Aku kena sayang diri aku.
Itu adalah perkara paling penting aku kena buat untuk tolong diri.
Aku kesian dengan diri aku.
Orang yang paling zalim dengan diri aku selama ini ialah -

AKU.

Kau dah lama mampos 3.

Sebelum Raya dia ada kejutkan aku sahur.
Dan cuba bercakap dengan aku.
Aku layan gitu-gitu je.
Dia ada minta maaf kat mak aku.
Mak aku cakap dia maafkan tapi mak aku tak nak dia salam mak aku.

Aku rasa mesti dia rasa awkward bila tak ada orang layan dia.
Ni dia dah berani sembang dengan aku.
Tiba-tiba naik katil lepak sebelah minta aku tolong check kan dekat Lazada, dia nak beli powerbank macam aku.
Awkward weh.
Tapi aku ilek je la.

Aku pun tak ada rasa apa sekarang.
Kalau dah darah daging, busuk-busuk pun kau akan cuba terima juga.

Tapi sungguh aku cakap, aku serik nak percaya pada orang.
Walaupun pada mak aku.


Kelakar habis.

1.
Katakan kita pertikai isu A.
Tiba-tiba orang boleh kona baring pertahankan diri dengan cerita perihal B ke Z ke 1 ke infiniti.
- Balik ke topik A boleh tak?
Kalau iya pun rasa nak meloncat, jangan tonjolkan sangat kebodohan itu.

2.
Sibuk canang aib orang.
Bila orang buka cerita siapa sebenarnya dia, dia boleh guna ayat 'Jangan aibkan orang,berdosa'.
- Oh. Malaikat hitung dosa aku je ke?

3.
Buat baik.
Tersangat baik.
Bila orang tak credit kat dia, dia ungkit.
- Ungkit tu boleh. Tapi kalau nak ungkit biarlah kena pada tajuk.
Ni orang tanya benda lain, yang kau nak ungkit semua jasa kau dah kenapa? Nak trofi ke?
Ke kau nak aku ingatkan semua kebaikan dan pengorbanan aku pada kau?
Kau nak bertanding ke siapa paling banyak berjasa?

4.
Mengapi-apikan.
Ada orang dia boleh berselindung disebalik wajah cantik dan muka innocent dia.
Lepas dah api-apikan, dan orang tu bergaduh, dia boleh buat muka as if dia tak buat apa-apa.
- Kau jangan main-main dengan dosa mengadu domba. Tu je aku nak pesan.


5.
Ada orang boleh buat jahat dan kemudian berlagak mangsa.
Sumpah kau kalau tolol tak perasan permainan makhluk puaka macam ni, bangsa jenis dengar sebelah pihak yang kuat berkokok sahaja, kau akan terpedaya dengan lakonan mereka.
Kau akan membenci orang yang diburuk-burukkan, walaupun kau tak bersabit langsung dengan dia.
Si puaka pula akan terus terusan berlakon mangsa.
- Dunia ni bulat. Allah boleh terbalikkan hidup kau dan kau rasalah semua perbuatan kau berbalik.

6.
Sesetengah orang boleh rasa diri tak berdosa, tak apa-apa sebab Allah tak balas perbuatan mereka.
Dia akan pusing dan buat orang yang dianiaya rasa macam loser sebab Allah bagi life macam tu padanya.
Sementara si puaka lompat bintang gembira kerana berasa Allah membilang dosanya tak apa-apa.
-Kau tahu tak istidraj?
Kalau kau tak tahu pi google. Jangan sibuk nak menjalang je.

7.
Ada orang mencabar kesabaran orang lain berkali-kali.
Dia provok dan provok dan provok.
Sekali orang meletus dia lagi suka.
Habis buruk orang tu dijajanya.
Dia tak rasa berdosa atau rasa diri dia ada isu pun.
- Tapi sebenarnya dah terserlah hidup kau sedeh! Hanya dengan membuatkan orang teruk, baru kau rasa kau okay. Hanya dengan tekan orang sampai down, kau baru nak rasa puas.
Sedeh! Sedeh! Sedeh!

8.
Ada orang dia boleh serap apa sahaja yang orang cakap.
Dia tak nak siasat.
Dia tak nak dengar pun apa orang sebelah kata.
Pada dia yang paling banyak bercakap tu yang betul.
- Secara logiknya cuba kau fikir kalau orang tu sering bercerita buruk tentang orang kepada sesiapa sahaja, berkali-kali dan berulang-ulang tanpa sedikit pun rasa bersalah, tu kenapa?
- Kau tak boleh fikir ke cemana?
Kalau pihak yang lagi sebelah punya kesempata  yang sama tapi dia sikit pun tak cerita tentang orang yang lagi satu, kau tak nampak ke siapa jembalang sekarang ni? Masa aku kerja dulu, ada seorang staff ni confessed. Dia kata selama ni si polan tu buruk-burukkan aku. Setiap hari. Pada setiap orang. Tak ada yang baik tentang aku. Mula-mula dia terhasut juga. Tapi bila dia perhatikan aku tak ada pun jaja buruk orang, aku buat hal aku dan tak mengadu domba, dia sendiri nampak apa sebenarnya si polan tu cuba lakukan. Alhamdulillah budak ni ada otak.
Sebab yang lain tu aku tak dapat maafkan.
Sampai sekarang aku tak boleh maafkan.
Peritnya sampai sekarang bila aku kenang, sakit sangat.
Tapi aku masih terfikir, serius ke korang ignorant macam tu sampai boleh percaya semua kata orang?
Kau ni span basuh pinggan ke?
Habis semua kau serap?

9.
Ada sesetengah orang kuat ketawa.
Dipersenda pun dia chill saja.
Nampak mudah diperbodohkan.
Dibodohkan berkali-kali.
Tapi hakikatnya orang itu memerhati.
Dan tak putus doa.
Doa orang yang dizalimi pasti didengari Allah.
- Dan sekarang kau jangan tanya apa yang kelakarnya. Yang ini serius. Okay bye. 

Perempuan puaka.

Mak gaduh dengan perempuan puaka. Panjang ceritanya. Tengah menggigil macam ni tak kuasa aku nak cerita.

Yang aku marah, dulu perempuan puaka ni aniaya aku. Dia dok jaja cerita pasal orang padahal dia hidup bergelumang dengan doaa besar. Buat aku dengan mak aku bergaduh. Buat mak cik mak cik aku benci kat aku. Lepastu dia dulu kerja dengan aku.
Dia boleh berhenti tiba-tiba.

Ish. Menggigil gile aku rasa. Aku tenang lagi. Sikit maki pun aku tak bagi.

Tup tap dia dok berbalas mesej dengan mak aku, libatkan nama aku.

Aik?


Macamnilah.
Aku bukan jenis puaka dan jalang macam kau.
Aku bukan jenis mengikis, menjaja buruk dan fitnah orang supaya ternampak diri baik.
Aku tak buat hubungan sejenis dan sibuk jalangkan orang.
Aku bukan kau.

Aku harap lepas marah aku redha, aku boleh lupakan semua benda yang kau buat kat aku, kat keluarga aku sampai berpatah arang kau kerjakan.

Sementara aku nak lupakan, aku nak cakap sikit.

Aku serahkan kau pada Allah.

Itu je.


Tak ada yang logik pada perasaan ini.

Merinduimu adalah satu ketagihan.
Tak rindu ke kau kat aku?

***

Makin lama makin jelas perasaan sayang tu.
Tak sayang ke kau kat aku?

***

Banyak yang aku nak tanya.
Tapi aku pilih untuk berdiam.

***

Diam ini adalah tanda sayang aku.

***

Allah sahaja yang tahu betapa nak pecahnya dada aku mendiamkan perasaan ini.

***

Love you.

Aku tak ada perasaan.

Sudah berbulan aku batuk.
Kadang aku demam seminggu.
Sihat sehari.
Dan sambung demam lagi.
Aku mula batuk berdarah.
Tapi macam biasalah aku tetap ketawa bila mak marah-marah suruh ke hospital.

***

Aku tak ada rasa nak makan ubat.
Atau nak ke hospital.
Aku tak tahu kenapa.
Bila batuk keluar darah aku tak rasa takut.
Padahal aku ni penakut darah.
Orang yang kena duduk kat belakang masa dalam makmal sebab nak pitam tengok orang main darah, aku lah.
Okay aku serius.
Aku rasa aku tak apa-apa.
Batuk pun takdelah rasa azab sangat pun.
Aku pernah batuk lagi teruk dari ini tapi..
Tak ada darah.
Bila bangun pagi, aku masuk jamban.
Aku batuk.
Dan yang keluar adalah gumpal darah.
Ah, perkataan gumpal tu melewah.
Tak ada apapun.
Tak ada apa apalah.

***

Aku kena ganggu.
Baru nak lelap ada suara jerkah.
Terjaga.
Baru nak lelap ada orang goncang tangan.
Terjaga.
Baru nak lelap kali yang ketiga ada jerkahan lagi.
Terjaga. Menung. Capai handphone. Membaca.
Sampai benar letih dan tidur.
Itupun jam sudah hampir benar dengan azan Subuh.
Kadang-kadang aku rasa ada benda naik katil.
Pegang kaki aku.
Aku selalu cakap pada diri mungkin aku terlalu banyak fikir.
Tak kuasa aku nak fikirkan kebarangkalian lain.

***

Mak bincang dengan aku.
Mak cakap mak rasa tak kena dan sering ternampak wajah itu.
Mak takut kalau aku batuk-batuk tu sebab kena tuju.

***

Aku tak ada perasaan.
Semacam kosong rasa hati nak berfikir pun rasa tak reti.

***

Ya Allah,
Jika ada sesiapa yang berniat tidak baik dan menzalimi diri dan keluargaku, kau batalkanlah.
Wahai tuhan yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa.

***

Doa ini telah termakbul sebelum ini.
Orang yang menganiaya aku telah Allah tunjuk siapa mereka.
Telah Allah buka aib mereka.
Telah jelas siapa mereka selama ini.
Aku sungguh yakin akan doa ini.
Bacalah pada saat kau benar berasa sedih, berasa teraniaya.
In shaa Allah, Dia Maha Mendengar.

***

Jika Allah izinkan terjadi,
Perkara yang paling aku ingin ialah meminta maaf dan halal.
Dari sisi terbaik dan tanpa ego, aku mohon maaf dan halalkan segalanya.
Mati itu pasti.

***

Jika bukan esok, pasti pada hari lain.
Jadi aku mohon bila-bila pun, lembutkanlah hatimu memaafkan dan menghalalkan segala buatku.
Semoga syurga sahaja tempat damaimu.

Kelihatannya.

Aku suka muhasabah diri. Cuma muhasabah sendiri ni kadang-kadang kau tak nampak secara menyeluruh. 
Selalunya kita nampak diri kita sebagai mangsa.
Orang buat kita.
Orang pedajal kita.
Orang aniaya kita.
Orang tipu kita.
Serba serbi orang.

***

Tak dinafikan, orang baik selalu diuji.
Tak dinafikan.
Mak kata makin kita sabar, makin kuat Allah uji.
Bukan sebab Allah nak kita cecah breaking point. Atau nak kita jadi jahat, berputus asa.
Tapi kesabaran manusia ni sebenarnya unlimited.
Semakin ditekan semakin sabar.
Orang yang paling sabar akan mendapat ganjaran yang paling hebat.
Tidak disini, disana.
Tidak sekarang, mungkin tahun depan.

***

Aku kat pada mak - Aku bukan orang baik.
Mak kata, Allah je yang tahu.

***

Sejujurnya aku rasa aku diuji bukan kerana aku baik.
Aku tak baik.
Aku tak baik.
Aku lebih kenal diri.
Jadinya aku diuji ini kerana aku tidak baik.
Sebagai kifarah.
Sebagai cara untuk menarik aku menjadi baik.

***

Apa sahaja yang terjadi, walau sering aku pertahankan diri, aku tahu kenapa Allah uji aku.
Aku tak baik.
Aku banyak silap.
Aku banyak lepas bila bercakap.
Aku banyak yang tidak betulnya.

***

Aku akuinya.

***

Maaf jika aku terlihat ego dan sering menyalahkan.
Terlihat seperti mangsa.
Sedangkan ujian Allah itu untuk menjinakkan aku.
Walaupun aku tak berhutang dengan orang dan apabila orang minta aku buat bodoh, tetapi Allah uji aku dengan dipertemukan dengan orang sebegitu - aku yakin setiap yang terjadi perlu dilihat secara menyeluruh.
Mungkin aku pernah menyakiti hati orang yang menjaga hati aku? 
Jika Allah uji aku dengan pulangkan perkara yang sama, mungkin aku tidak apa-apa.
Jadi Allah pilih apa yang selayaknya untuk aku.

***

Ada orang berbuat jahat.
Allah tak pernah apa-apakan dia.
Tapi bila dia ada anak.
Allah uji anak dia sekuat-kuatnya.
Allah tahu apa kelemahan kita.
Dan kelemahan orang yang berbuat jahat itu adalah anaknya.
Apakah orang itu tidak mendapat pengajarannya?

***

Begitulah.

***

Aku manusia biasa.
Ambil masa untuk lihat semuanya dengan mata hati.
Ambil masa untuk belajar.
Ambil masa untuk sedar.
Ambil masa untuk mengaku.

***

Kadang-kadang aku memilih orang untuk bertanya.
Bercerita.
Sebabnya aku ni jenis suka dapatkan penjelasan.
Insights.
Pendapat orang.
Dulu aku bukanlah jenis begitu.
Aku degil.
Dan selalu rasa diri betul.

***

Masa mengajar aku.

***

Aku bukanlah sentiasa mangsa.
Ada yang datangnya dari aku sendiri yang mengundang.
Contohnya..

***

Aku leka.

Cakap memang mudah.

Hidup memang begini.

***

Apa saja yang teruk, yang bukan kemahuan, yang jadi dalam hidup, kita kena cuba optimis.
Cakap memang mudah.

***

Latih diri.
Untuk pandang perkara yang baik daripada yang buruk.
Besar-besarkan perkara yang baik walaupun hakikatnya yang baik itu cumalah sekelumit.
Pujuk paksa diri.
Kau tak boleh kalah dalam battle ini.

***

Aku bagi contoh.
Kau suka seseorang.
Seseorang menolak kau.
Sumpah sakit kan?
Tapi dari kau meng-hiperbola-kan kelemahan diri,
Hentam diri kau,
Buat diri kau rasa useless,
Buat apa?
Perasaan rejected tu pun dah cukup memakan diri kau, kenapa nak tambah?
Kesiankan diri kau.
Cuba fikir begini-

Aku memang banyak kurang,
Tapi aku boleh perbaiki.
Mungkin Allah beri aku masa untuk perbaiki diri.
Bila diri sudah jadi lebih baik,
In shaa Allah perkara yang lebih baik akan berlaku.

Cakap senang.
Serius aku cakap, cakap memang senang.

***

Aku pun pernah lalui.
Jadinya kau tak bolehlah nak kata begitu pada aku.
Aku tak menafikan hal ini sangat rumit.
Tapi aku juga bukti bahawa kau mampu.

***

Pokoknya, mental.

***

Aku kuat mengadu.
Kuat merengek.
Kuat menangis senyap-senyap.
Tapi aku juga ego.

***

Ego aku membuatkan orang nampak aku macam takde perasaan.
Dan bila orang beranggapan begitu sedikit sebanyak mendorong aku agar dapat mengiyakan.

***

Omputeh kata fake it till you make it.
Susah.
Tapi kau boleh buat.
Caranya macam yang aku ajar tadi.
Positifkan yang negatif.

***

Paling penting kau kena kuat sandar pada Allah.

***

Ingat tu, diri.

Aduh.

Staff mesej aku pukul 3.45 pagi.

'Salam kak bila boleh start kerja?'

Dan aku terus tak dapat tidur sampai ke sudah.

***

Mak aku sakit ni.
Memang mustahil aku boleh masak lauk sebanyak kenduri setiap hari.
Tangan mak aku lain.
Aku budak lagi.
Tak terlawan tangan orang lama weh.
Takat periuk kecik 10 orang makan lalulah.
100? Mampos aku.

***

Ada banyak perkara yang masih tak pasti.
Semuanya hanya menanti masa yang sesuai.
Macam pembedahan mak.

***

Aku nak ajak adik aku meniaga sama.
Aku confident kalau dia ada.
Tapi sekarang ni dia suspected SLE.
Panas memang kelemahan dia.
Selasa ni kami kena pergi Bangsar.
Jumpa pakar.
Doakanlah adik aku tak ada penyakit tu.
Bukan sebab bisnes aku.
Tapi nyawa dia. Life dia.
SLE bukan penyakit yang boleh dibawa bergurau.

***

Aku tak tahu the best way nak bagitahu staff aku.
Aku sumpah suka gila dua orang staff aku ni.
Kerja bagus!
Kalau boleh memang aku nak keep dorang forever.

***

Ya Allah bagilah aku ilham malam ni juga.
Apa yang aku boleh tawarkan untuk mereka.
Mereka perlukan kerja.

***

Hati aku rasa macam kena rejam batu.

***

Ya Allah kalaulah aku kaya, aku nak bela budak berdua ni sampailah dorang dapat kerja.


Selamat hari raya.

Lepas Subuh aku tidur.
Sebelum tu aku dengan mak jadi chef.
Terlelap lepas Subuh sampailah pukul 1 lebih.
1 lebih tau.

Aku dah tercicir pagi Raya.

***

Aku pun mandi.
Capai jubah putih mak.
Tak gosok pun.
Aku sarung.
Aku bersiap.
Mekap.
Pakai tudung.
Lepastu aku lepak atas katil.
Aku tak pergi mana pun.
Sekarang dah 6.35pm.
Aku masih tak tahu nak buat apa.
Pertama kali aku rasa raya aku teramat hambar.

Dan aku pun tak tahu motif aku bersiap.
Dahlah aku nak cuci mekap.
Bye.

Kau pun tak tahu.

Pernah tak kau bertukar jadi seseorang yang lain bila kau bersama dengan seseorang?
Aku tak tahu samada bertukar atau itu perangai kita sebenar.
Aku tak tahu.

***

Seseorang pernah cakap pada aku, apa fungsi dia kalau aku asyik semuanya nak buat sendiri.
Aku sebenarnya tak perasan pun benda tu.
Ye lah kita dah tepu dengan sikap kita kan?
Aku pun berfikir..
Dan berfikir..

***

Pernah tak selama ni semua kau boleh buat sendiri, kau boleh duduk fikir sendiri tiba-tiba kau jadi seorang yang bergantung pada orang lain?
Sampaikan benda remeh pun kau tak nak fikir, kau nak dengar pendapat dia juga.
Apa-apa kau buat semua kau nak include kan dia dalam hidup kau.
Apa-apa terjadi semua kau nak dengar pandangan dia dulu.
Sel otak kau jadi malas dah nak berhubung sebab kau rasa kau ada seseorang yang kau boleh count on.
Mengadanya kau kan..

***

Aku terfikir hal ni masa aku tengah sental tandas tadi.
Tiba-tiba bau Clorox tu buat aku jadi pemikir.

***

Aku masih berfikir ni.

Esok raya dan perasaan aku sekosong post ini.



























Kosong.

Back up system dan..

Salah satu perkara yang aku sangat hargai dalam hidup ialah mempunyai backup system paling unggul didunia.

Aku ada family.
Aku ada kawan-kawan didunia nyata.
Aku ada kawan alam maya.
Aku ada kucing.
Above all, aku ada Allah.

Se-melepek mana pun aku tersembam ke bumi, pasti ada tangan yang akan menarik.
Seremeh mana pun pernyataan masalah aku, masih ada yang sudi meng-signifikan-kannya.
Serumit mana pun nasalah aku, masih ada yang sudi turut bergumpal sekali meleraikan satu-satu kekusutan.
Ya Allah, tak mampu aku nafikan nikmatMu.

Beberapa minggu lepas aku macam mati anak.
Aku tak dapat fikir lurus. Pendek kata, aku tak dapat berfikir.
Aku cuma cuba belajar adapt dengan keadaan, yang mana bukan mudah untuk aku lakukan dalam keadaan aku penuh dengan seribu pertanyaan.
Aku macam zombie.

***

Beberapa tahun lepas, aku dah tutup hati aku dan campak kuncinya entah ke mana.
Aku confident gile aku tak akan jatuh cinta dan tak akan kahwin.
Keyakinan aku adalah pada skala 10 per 10.
Aku penakut.
Melompat dari satu relationship ke satu relationship buat aku rasa aku tak akan ada ending yang baik. 
Sebabnya mudah, aku takut.
Bila aku takut, aku pessimis.
Aku akan membesar-besarkan sesuatu isu (secara mentally, aku tak cakap pun pada partner aku, ini adalah pertarungan dengan diri sendiri).
Dari satu isu ke satu isu.
Dan perasaan tu memakan putik putik sayang aku perlahan-lahan. 
Pendek cerita, pada hujung waktu itu, aku dah tak capable untuk bercinta. 
Aku jadi sejuk beku dingin dan tak berperasaan.
Bila kau jadi penakut, kau akan jadi teragak-agak.
Kau banyak fikirkan yang negatif.
Akhirnya kau akan pilih jalan yang paling selamat, yakni berundur. 
Ye aku berundur, aku berundur pada saat aku mengharapkan orang tak give up pada aku.
Ironi kan? 

***

Yang kelakarnya, aku tak tunjuk pun aku sakit.
Aku duduk senyap-senyap menangis.
Diam-diam rawat diri sendiri.
Nampak macam takde perasaan langsung kan?
Tapi tak weh.
Tak.

***

Sampailah last relationship aku beberapa tahun lepas, aku berjanji kat diri tak nak ulang lagi.
Maksud aku, tak nak bercinta.
Aku dalam status emotionally unavailable sampaikan aku tak ada perasaan secubit pun bila orang approach aku.
Bila orang luahkan perasaan aku tak rasa apa.
Tak ada excited, tak ada rasa seronok, tak ada.
Rasa macam kau pergi pasar, orang terlanggar bahu kau, kau toleh dan teruskan jalan.
Tak ada impak langsung.
Sampailah aku pergi umrah.

***

Dekat sana Allah datangkan ramai lelaki baik-baik tolong aku dan parents aku.
Tolong angkat beg, tolong hantar beg sampai depan pintu hotel, tolong jaga ayah, tolong tolakkan troli.
Bukan tak pernah ada orang buat baik pada aku, tapi..
Tak tahu kenapa perasaan terusik tu melekat sangat pada hati aku.
Balik Malaysia aku macam tak keruan.
Macam rindu kat seseorang.
Rindu gila.
Rindu tahap ngilu oi dada.
Pastu rasa nak menangis je.
Perit gila rindu pada seseorang yang kau tak tahu.

***

Still, aku teruskan hidup macam biasa.
Tak ada nafsu pada lelaki.

***

Yang kelakarnya, hampir setiap hari aku merengek pada seorang lelaki ni.
Sampaikan benda merepek pun aku nak report kat dia. 
Punyalah penyabar orangnya, layan je sampaikan aku tak perasan pun 'Eh merepeknya benda ni kenapa aku nak bagitahu dia?'
Aku tak perasan punnn! 
Yang aku tahu aku seronok dengan dia.
Bila dia bagi pendapat, aku ternganga kejap.
Bila dia tenteramkan aku yang tengah marah atau sedih, dia tak api-apikan perasaan aku.
Memang aku lekas tenang lepas mengadu dengan dia.
Sampailah satu tahap aku perasan yang aku perlukan dia.
(Ambil masa jugak nak faham diri sendiri ni weh!)
Yes, I need him badly.
Rasa tak sempurna hari dibuatnya. 

***

Aku pun jatuh terjerumus ke kakinya. (Peh ayat)
Punya lama tak bercinta, punya lama duduk dalam kandang takut, tiba-tiba..
Korang pernah tak jatuh cinta, dan bercinta dengan rasa tenteram? 
Rasa macam kau tak ada apa nak takutkan.
Rasa selamat.
Rasa tak ada apa yang kau nak dramakan.
Rasa tenang.
Rasa nak kahwin dan jaga dia elok-elok.

Weh.
Ni ke perasaan korang masa korang jumpa the only one tuuu?
Ni ke? Ni ke?
(Aku selalu tanya kawan kawan aku yang berkahwin. Apa yang buat kau rasa nak settle down dengan dia? Pastu nanti kawan kawan aku cakap, tak tahulah. Nanti kau akan rasa sendiri.)

***

Tapi ujian Allah kan.
Mungkin masa tak kena.
Mungkin Allah nak suruh aku tambah iman dulu.
Kuruskan badan dulu ke? HAHA 
Aku terimalah.
Ala aku pun tak ada nak kejar apa.
Kalau tak sempat tak apa.
Kalau dah takdir tak dapat pun..
Aku cubalah redha.

***

Esok raya.
Aku nak cakap, aku sayang dia.
Tak apa aku boleh sayang diam-diam.
2016 kan? Kawan aku kata tak apa kalau perempuan lebih expressive haha!

***

Aku tulis sebagai kenangan.
Macam magik kan, selalunya kalau cerita soal ex mesti rasa marah sikit, hampa sikit.
Tapi kali ni aku tak rasa macam tu pun.
Aku happy.
Dapat berkawan lagi pun dah buat aku rasa macam nak lompat bintang je.

***

Terima kasih Allah.
Aku dah jadi perempuan normal.

Segengster-gengster aku..

Kadang-kadang kita buat silap.
Sebagai contoh kita kacau laki orang.
Hakikatnya kita tak tahu dia laki orang.
Dan perasaan tu sangat susah nak dikawal.
Kemudian bini laki orang text kita marah-marah.
Call kita panggil kita perempuan jalang.
Kita pulak dok bergaduh sakan dengan dia.
Padahal yang sepatutnya kita hambat si lelaki tu.
Betul tak? 
Kenapa kita nak sakitkan sesama kita? Kita mangsa kotttt! 

Kalau aku, pertama sekali aku akan minta maaf.
Aku akan terangkan.
Dan minta maaf lagi.
Bukan nak kata aku baik, tapi aku rasa maruah aku lagi penting dalam hal ni.
Aku rasa salahkan pemangsa barulah perkara yang betul.
Aku jenis suka letak diri dalam kasut orang.
Kalau aku jadi wife dia, dan ada perempuan kacau laki aku, apa respond aku? 
Sure aku jadi hantu punya.
Lepastu aku rasa ni soal keperibadian.
Kita tak akan menyakiti hati orang lain suka-suka.
Kita perempuan dah cukup rasa insecure.
Lagi-lagi bila tahu laki kita ada perempuan lain, terus kita akan buat perbandingan diri dan cuba justify perbuatan laki kita. 

Aku tergamam jugak bila tengok ada perempuan berani maki hamun dan sindir perli wife orang tu.
Siap ada yang rasa bangga.
Hati-hati dengan dosa sesama manusia.
Kalau tak diampunkan, nanti akhirat pahala kita akan diambil dia.
Kalau pahala kita tak cukup, dosa dia pula akan ditimpakan kepada kita.
Kalau dah salah, tak apa mengaku salah.
Kalau kena jerkah jalang, tak usah melenting sama dan tak perlu pulangkan kata-kata cercaan tu.

Tenang saja, cinta sejati tidak harus begitu sulit.
Pasti ada jalannya, jika tidak, pastinya bukan lagi.


Aku dah melaluinya.
Aku tak menyesal ditemukan.
Kalau aku maki hamun dan jadi hantu baru aku menyesal.
Perempuan kena ada ego.
Ego yang mengangkat, bukan ego yang memakan.
Pada hemat akulah.
Aku pun bukan baik sangat.
Cuma aku tak suka tengok perempuan bergaduh sebab lelaki.
Nak nak kau perempuan yang bukan isteri.
Alahai..


Raya dah dekat dan aku tak ada perasaan.

Tahun ni officially aku dah tak ada nenek dan atuk. Semuanya dah pergi meninggalkan aku.

Tahun ni juga bakal menjadi hambar sebab ada mak cik dan pak cik aku buat perangai.

Kami tak buang mereka, mereka sendiri yang pilih begitu.

Percaya tak at this moment, aku masih tergolek atas katil layan batuk dan demam. Kejap rasa dah kebah, kejap seram sejuk dan demam balik. Lagilah bertambah takde perasaan nak beraya.

Kuih raya baru ada 5 jenis. Aku sungguh-sungguh takde perasaan nak beriya tahun ni.

Baju raya ada sehelai jubah.
Kasut tak ada.
Tudung tak ada.
Basically tahun ni aku rasa paling 'tak berusaha'.

Langsir belum basuh.
Cadar belum ganti.
Tingkap belum lap.
Kipas belum bersihkan.
Karpet belum cuci.
Ketupat belum anyam.
Lauk pauk belum fikir nak buat apa.
Nak pergi mana pun tak rancang lagi.

Basically, aku dan mak aku (orang kuat time nak raya, yang paling beriya) banyak baring sebab both of us sakit.

Dulu aku selalu tanya beberapa member yang tak ada nenek/atuk. Apa dorang buat? Apa preparations dorang?

Jawapannya selalunya sekitar 'Kiterang tak prepare sangat pun. Pagi raya pergi masjid. Balik salam-salam. Pastu pergi tengok wayang. Tak pun pi bercuti' and I was like...

Kesiannya.
Raya aku meriah kot.
Sangat meriah.
Orang kata hari raya tu memang ditunggu-tunggu.

Tapi sekarang aku dah rasa.
Bukan kita nak, tapi perasaan tu macam naturally datang.
Rasa hambar.
Hambar sangat.

Lagipun mungkin aku bingung memikirkan lepas raya nanti nak buat apa. Nak proceed business makanan ke? Mak sakit ni. Harga barang pulak terlalu mahal. Nak naikkan harga ke? Kalau stop, macam mana dengan pekerja aku? Kesiannya dorang!

Lepastu fikir kemungkinan mak kena operate tulang belakang. Alahai..serabutnya. Doakanlah tak perlu. Duit satu hal, risiko tu yang aku cuakkan sangat. Aku tak boleh hidup tanpa mak aku weh.

Hopefully hari raya engkorang semua bermakna. 

#RelationshipGoals



Satu hari nanti, aku nak duduk dan dengar apa silap dan rompong mengenai aku.
Aku nak berlapang dada dengan kejujurannya.
Aku nak usaha betulkan semua kesilapan aku.
Aku nak belajar terima kekurangan (aku kena realistik).
Aku nak belajar hargai kelebihan (sebagai sesuatu yang aku tak perlu nak rasa inferior, rendah diri, sewajarnya aku terima untuk melengkapi aku).
Aku nak belajar komunikasi dengan baik (waima dengan apa cara pun. Menulis. Bahasa badan. Percakapan.)
Aku nak lupakan perkara pahit.
Aku nak berhenti bercakap tentang diri aku je.
Aku nak jadi telinga yang mendengar, mata yang memerhati.
Aku nak berhenti compare. Mereka cuma makhluk biasa. Bisa terkhilaf. Walaupun pada hemat, apa yang diperlakukan itu adalah pilihan.
Aku nak belajar memaafkan.
Aku tak nak takutkan potential partner / partner aku dengan expectations aku.
Aku nak dia tenang sentiasa.
Aku nak dia rasa gembira dengan diri dia, dengan aku.
Aku nak dia rasa cukup.
Aku tak nak dia rasa rimas.
Aku nak jadi penyokong no 1 dia.
Aku nak jadi sumber kekuatan dia.
Aku nak kehadiran aku dirasai.
Aku nak dia pun rasa apa yang aku rasa.
Rasa cinta, rasa tenteram, rasa tak mahu beralah, rasa memerlukan.
Aku nak belajar jadi perempuan yang diinginkan.
Satu-satunya.
Selama-lamanya.
Dunia dan akhirat.

Doakan aku.

Kedinginan.

Sejak dua tiga menjak ini, aku selalu dapat mesej/ Whatsapp/FB daripada rakan blogger zaman 2009-2012 cemtu. Kebanyakkan dorang aku dah approved pun as friends dekat FB. Maaflah kalau ada yang selepas 2 tahun baru aku approved.
Maaf juga kalau ada yang aku tak approved atau blocked. Kau tak jahat. It was me yang tak mampu handle kau. Maaf tau. Lagipun life aku tak significant pun kalau kau nak stalk/ambil tahu.

****
Aku kan 'perahsia'. Jadi bila nak open up tu..ya Allah susahnya...memang aku selective gile-gile. Maaflah.

Kebanyakkannya tanya soalan yang sama :

Suka baca blog *. Sambunglah tulis, kenapa lama dah tak menulis?

Life sekarang macam mana?

Lepastu hampir 100% akan cakap something like 'Terima kasih. Bila saya baca blog awak saya akan rasa kuat. Ada orang masalah lagi teruk dari saya. Terima kasih bagi inspirasi.'

Dan inspirasi itu ialah pada bertahun-tahun yang lepas. Apa kau rasa?

Terjungkit?

Tak weh.
Rasa sedih sebab baru nampak kesulitan yang Allah beri pada kau tu sebenarnya membuka jalan bagi orang lain.

Alhamdulillah.

***

Ada juga yang ajak berjumpa. Uii..susah nak tunaikan ni. Susah sangat-sangat. Aku memang jenis yang private sikit. Ruang lingkup rakan taulan yang selalu aku jumpa pun boleh dihitung. Aku bukanlah antisosial. Tapi..

aku malu.

Macam tak percaya kan, tapi aku pemalu sebenarnya. Aku jenis suka menyendiri. Suka duduk sorang-sorang. Suka keluar dengan kawan yang sama. Kadang-kadang  kawan lama yang rapat minta nombor telefon pun aku tak bagi. Aku macam takut..macam rasa tak selesa.
Macam rasa kena bogel.
Hah macam tulah analoginya.

Kalau kau ada tanya soalan personal di khalayak ramai dan apa yang aku beri adalah *krik krik*  maafkan aku. Tu mekanisme mempertahankan diri aku. Auto gittew.

Ada kawan lama aku pernah kata aku sombong. Sebab masa dia jumpa aku, aku tak banyak bicara. Kadang kadang buat tak nampak. Aku pun tak tahu kenapa padahal dulu masa pindah sekolah aku selalu balas surat dengan dia.

Entahlah. Bila aku cuba nak fahamkan diri, aku jadi makin pening. Korang faham tak diri korang? 

Baju putih.

Aku tak tahu kenapa hati aku teringin sangat nak beraya pakai baju warna putih. 
Dah lama aku bagitahu mak aku.
Aku nak baju putih.
Tudung putih.
Kasut putih.

Lepastu mak aku pandang je aku.

Mungkin mak aku takut tu petanda aku nak mati kot. Hahahaha! 

Kawan-kawan aku boleh cakap 'Ish baik kau pakai kain kapan je hahaha!' 
Lepastu dorang terdiam.
Pandang aku.

Aku macam 'Eh takkan nak pakai warna putih je korang dah fikir aku dah nak mati?'

Tapi kalau nak mati pun nak buat macam mana. 
Setiap yang hidup pasti akan mati.
Cuma mati masa hari Raya mungkin mudah sikit orang nak ingat hahahaha!

Sebelum tu aku nak minta maaf dan minta halal. Mati tu pasti. Cuma tak tahu bila.
Jadi aku minta maaf ya. 
Selamat hari raya, walaupun belum raya lagi.


P/S : Aku mabok. Mabok kenyang sangat makan keli masak lemak. Hahahaha

Aku cakap je, tapi aku tak maknakan.

Ayah aku baru balik berjalan.
Dia pi Muar carikan adik beradik lelaki aku baju Melayu. Ada 2 benda yang aku nak bincangkan disini:

1. Kenapa sampai nak ke Muar? Macamlah sini tak ada.
2. Kenapa belikan lagi? Budak-budak tu semua dah ada baju dahhh. Dah beli dah.


Lagi 1 persoalan,

Aku punya tak ada ke?
Aku anak perempuan seorang kot.
Duit pun tak dapat.
Baju pun tak dapat.

Aku tak sentap pun.
Sebab dah biasa bela diri sendiri.
Seronoknya hidup macam abang aku. Tak payah kerja, tapi ada duit, apa nak dapat, tidur je. Bapak aku bawak motor jauh-jauh balik kejutkan dia sambil acukan baju Melayu John Master.

Aku tak ada baju raya pun. Dah berapa tahun aku tak nak beli. Sayang duit. Penat aku cari duit tau. Kuih aku sponsor. Makan rumah aku sponsor. Mana mampu nak beraya sangat?
Haritu beli jubah sehelai pun sebab mak paksa.
Tu pun bayar pakai duit sendiri. Dalam kereta mak marah ayah. Ayah pulak sibuk cerita pasal duit tak ada. Aku pun tak faham, kalau duit tak ada, membelikan adik beradik aku yang lain, ada pulak?

Tak apalah.

Aku tak sentap pun.
Aku tak harap pun.
Aku dah biasa.
Dulu masa aku belajar pun aku tanggung diri.
Duit PTPTN dapat, tapi esoknya aku keluarkan semua tinggalkan RM600-RM300 cemtu untuk survive 1 semester. Bagi mak,bagi ayah, bagi adik beradik, belikan makanan untuk rumah,untuk kucing,tolong bayar duit kereta dan lain-lain.
Bila tak cukup, aku kerja sambil belajar.
Allah je yang tahu hidup aku macam mana. Nama je budak sekolah Sains, tapi masa kat U aku tak perform pun. Ada certain subjects je aku top. Dan 1 pencapaian aku ialah aku tak kerap jumpa supervisor pun untuk Final Year Project. Macam 3,4 kali je? Tapi masa submit (aku kena brainwash haha), report aku tak perlu dibetulkan walaupun 1 perkataan. Terkejut betul semua orang masa tu. Terus dapat tandatangan dan aku pun balik hostel bersedia untuk ke konsert Jason Mraz. HAHAHA. Allah mudahkan urusan aku bukan sebab aku pandai, atau particular bila buat kerja, tapi aku yakin sebab berkat jaga mak aku yang sakit. Aku terpaksa skip test sebab mak aku jatuh tandas. Aku kena balik Rawang tolong mak aku siapkan thesis dia. Aku tak pandai dan subject dia takde kena mengena pun dengan aku tapi entahlah,Allah permudahkan semua. Tapi aku nak cakap, ada bahagian semuanya nampak mudah. Ada bahagian tidak. Dan selalunya tidak. Ada bahagian kau boleh nampak hikmahnya, ada bahagian sampai sekarang kau tak tahu apa hikmahnya.
Kenapa aku cerita semua ni? Sebab aku tengah merelevankan tindakan orang pada aku.
Aku tak sentap. Aku tak marah ayah aku pun. Ayah aku baik, cuma mungkin pada dia, aku boleh tanggung diri sendiri kot? Entahlah.
Tapi aku tak sentap pun.
Ye, aku tak sentap.

Aku cuma tertanya-tanya.

Kenapa aku?

Penyakit.

Aku ada 1 penyakit. Aku suka bagi orang hutang. Aku suka bagi orang barang free. Aku suka bagi orang more than sepatutnya.

Mak cakap penyakit aku ni boleh makan diri.
Naknak kalau yang menerima tu bangsa tak reti menghargai / ambil kesempatan.

Mak, betul.

Bila terkena pada kaum-kaum 'ini' rasa nak hempuk je kepala ni. Nanti aku dok murung memikirkan kenapa aku bagi?

Pastu diri aku yang sedikit angelic berkata 'Buat baiklah pada sesiapapun walaupun orang tu buat taik dengan kau. Allah tahu.'

Pastu akan ada perdebatan dengan diri aku yang kesetanan. Ada banyak 'Padan muka', 'Bodoh' dan serta merta aku boleh rasa menyirap.

Lepastu aku cuba tenangkan diri. Cuba baik sangka.

Peh..sumpah time ni kau rasa macam cuba nak membohongi diri je. Tak ada kata yang boleh diucapkan yang mampu merelevankan tindakan.

Weh, tindakan kau adalah pilihan kau.
Seriously kau tak sengaja terpaksa block aku, kawan kau ni, bila aku minta hutang aku dengan cara paling berhemah? Kalau aku maki hamun dan tekan kau, relevanlah jugak kan?
Seriously kau boleh ignore mesej aku lepas baca? Aku tengah bayang muka kau masa lepas baca. Sumpah aku tak boleh bayang yang baik-baik.

Belum lagi yang janji Melayu.
Okay malam ni saya bank in.
Alamak, saya lupa esok saya bank in.
Saya bayar separuh dulu ye.
Nanti dapat gaji saya bayar.
Okay gaji dah masuk esok saya bank in.
Maaf ada masalah tahun depan saya bank in.
And I was....


*tak boleh nak type bahasa cercaan disini*


Berhutang tu satu.
Menipu lagi satu.
Bagi janji palsu tambah lagi satu.
Apa yang kau expect daripada aku?


Senyum simpul dan balas 'Tak apa' beserta emoticon senyum dihujungnya?

****

Ya Allah kurniakanlah aku kesabaran.
Kurniakanlah makhluk-makhluk ni harta kekayaan melimpah ruah supaya dia boleh bayar hutang aku.
Tolong amin kan weh.




Deria keenam.

Lama tak sembang pasal deria keenam ni kan?
Dulu masa muda dan bangang (sekarang still lagi, cuma peratusan kebangangan tu menurun sikit hahaha!), selalu merintih pasal deria keenam ni.

Masa tu sungguh tak tahu nak handle.
Bayangkan dalam mimpi dapat petunjuk (tapi tak reti nak terjemah, tak tahu nak buat apa dengan petunjuk tu, ibarat orang dapat kompas tapi tak tahu guna), dalam keadaan sedar dapat bayangan melintas pada mata dan dalam keadaan luar kawal pun dapat (contohnya aku dah terlambat masuk kelas. Ada kuiz. Tapi aku relax je. Masuk je kelas, mulut aku boleh cakap 'Jangan risau, harini test dibatalkan. Mesin fotostat rosak'. Pastu lecturer aku terus masuk selepas aku bercakap. Dia pun cakap 'Harini test batal. Mesin fotostat rosak'. Kawan-kawan aku semua pandang aku dan terpinga. Aku lagilah terpinga hahaha). Haru dibuatnya hidup aku weh. Naknak masa tu parents aku tengah 'teruk'. Tak payah mak aku cerita aku dah dapat mimpi ada lelaki datang nak ambil dia. Yang peliknya dia boleh nak ikut tu. Aku yang menjerit macam nak gila. Bila aku cerita pada mak aku, mak aku cuma pandang aku lama sebelum dia berterus terang. Pendek cerita, aku selalu tahu sesuatu melalui petunjuk. Even masa ex aku buat aku dulu pun sebenarnya aku dah dapat petunjuk dah. Tapi jenis bangsa tak reti nak terima kenyataan, maka amek kau. Memang masa aku muda tu, boleh dikatakan  aku sumpah tertekan.
Aku tahu tapi tak tahu nak buat apa.
Aku tahu tapi takut nak terima.
Aku tahu tapi aku buat buat tak tahu.
Pendek kata, Allah sekolahkan aku dengan cara yang paling keras.

Pengajaran.

Kadang-kadang kelakar juga, bila kawan-kawan minta pendapat. Tanya aku 'Hati kau kata apa?'
Dah macam ahli nujum dah aku rasa. Dan Alhamdulillah, memang banyak tepat. Tambahan waktu tu aku jaga ibadah. Peh lintasan kat mata tu, berlaku macam real tau. Kadang-kadang dapat dengan gerak hati. Entahlah orang kalau dengar mesti terpesona, tapi percayalah, kalau kau tak ada ilmu nak handle kelebihan ni, kau boleh gila.

Aku dah harungi fasa tu. Pernah sampai aku tak mau solat sebab aku takut sangat-sangat. Slowly kelebihan tu jadi tumpul. Aku happylah kan, tapi bila tak solat kau akan rasa hati kosong. Mudah stress. Mudah down. Pendek cerita aku pun balik ke pangkal jalan.

Alhamdulillah sekarang kelebihan tu boleh di manage. Tak sekuat masa aku muda tapi tetap ada. Mungkin ada benda yang tak patut aku buat, aku buat. Tu pasal Allah tarik sikit tu. Ataupun Allah nak bagi aku peace of mind. Entahlah, hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik, sekarang aku lebih tenang daripada dulu.

Kalau ada sesiapa yang serupa dengan aku, kena banyak bersangka baik dengan Allah. Kena kuat redha. Kena rajin mohon Allah pimpin hati. Ada sebab Allah bagi pada kau. Jangan jadi macam aku,pi lost kan diri sendiri. Pemberian ni tak semua dapat dan banyak faedah yang kau dapat bila kau reti handle.

Tu je aku nak cerita. Bosan kan?
Aku lagi bosan ni tak boleh napas guna hidung. Alahai..