" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Blog Archive

Lantak la.

Kalau teringat kisah lama, atau kebangangan sebelum-sebelum ni, dengan menolak tepi faktor "Aku ni manusia biasa jerr" - BOLEH GILE WEI.

Contohnya -

Masa zaman sekolah ada tulis buku biodata.
Pestu ada buat ucapan.
Aku ingat lagi aku tulis "...blabla...picture undertaking".

Konpiden nak mamps.

Padahal sepatutnya future, bukan picture.
Kahkahkah.

Tu belum lagi ayat BI aku yang syok sendiri. Tunggang langgang. Aku BM pun mak aku cakap ayat aku macam orang mabok todi. Jadi ko faham fahamlah BI aku cemana. Bapak punya konpidenlah aku. Ah lantaklah aku bukan omputeh pun. Yang penting aku cuba. Hahahaha!


Contohnya -

Heavy make up.
Cakey. Make up cair.
Make up tebal nak mampose sebab rasa 1 parut pun tak wajar menjadi tayangan umum.
Tapi rasa paling cantik ler tu walaupunnnn..

Hahahahaha!


Kalau fikir memang boleh murung oi! Ye laaa sape lah yang suka disedarkan akan kebodohan dan kenaifan diri sendiri. Tapi tu lah.

Aku manusia.
Hidup ni 1 proses.
Buat silap tu 1 proses.
Sedar diri tu 1 proses.
Betulkan tu 1 proses.

Hadap je le kebodohan diri.
Walaupun akan ulang lagi (sedar / tak sedar).

Aku manusia jer.
Selagi make up aku tak membuatkan orang buta.
Selagi English aku tak meruntuhkan Everest.
Why bother.
















Konpiden tak jawapan aku?
Padahal sebenarnya aku pun tak boleh terima kebangangan ini. Shhh diam.

2016-less.

Dah lebih seminggu mak kena tahan wad.
Dah lebih seminggu jugak aku dengan bapak stay sini. Pandai-pandai kamilah merewang sana sini. Mujur ada Waze dan Maps.
Sesat belum pernah. Tersalah simpang iya.

Apa banyak gile simpang laaa..hahaha!

Eh.

Ah sudah. Aku dah lupa nak cerita apa.

Oh. Ingat..ingat..

Azam 2017 aku ialah -

1. Kurus dan fit. Tahun ni aku obes. 90kg wehhh. Alignment muka semua lari dah. Badan toksah cakap. Bulat sana bulat sini. Aku dahlah jenis rangka besar, tak elok langsung weh. Aku sendiri meluat tengok diri aku hahaha!

2. Penuhkan saving Tabung Haji.

3. Jadi diri aku yang dulu. Yang kelakar bangang-bangang tu. Aku suka. Ketawa je oi.

4. Aku nak pi Umrah. Nak sangat sangat.

5. Jaga pemakanan supaya muka aku tak naik jerawat. Aku ni dah kertu tapi jerawat senang benau nak naik.

6. Aku nak happykan orang tua aku.

7. Nak stabilkan bisnes.

8. Nak try benda baru. Makanan baru. Style baru. Pendek kata nak explore benda baru.

9. Tak nak diperbodohkan lagi. Baik keluarga atau sesiapapun.

10. Bayar PTPTN.

Cukuplah 10 yang relevan. Aku nak sambung menung. 

Aku dapat 1 tips.

Kalau orang ambil kesempatan atas kau, manipulasi keadaan dengan ambil kesempatan ke atas peluang tu.


Susah kan?
Naknak kalau kau jenis tak reti buat orang.
Takde benda extreme pun. Cuma kena cerdik sikit dan perhati ruang yang boleh bagi benefit pada kau.


Haritu aku stress gile.
Memang monyok sampai aku takde mood nak 'kerja'.
Kadang-kadang yang ambil kesempatan ni orang yang penting buat urusan kita. Dan kita nak jaga hubungan dengan dia.

Jadi aku dok fikir.
Apa nak buat ni.
Ikut marah aku, memang aku nak cakap lepas je.
Tapi aku fikir balik. Tak boleh. Tak boleh.

So aku cari apa peluang yang akan datangkan manfaat kat aku. Tapi memanglah aku akan lose something, tu better daripada habuk pun tak dapat!

Aku dapat 2 solution -

Diamkan dan makan hati dengan imbuhan superzigot tu.

Ataupun

Diamkan, dan manipulate untuk long term benefit.

So aku pilih nombor 2 tu. Penat jugak bila kena guna otak dan ketepikan emosi ni. Aku kan perempuan. Tindakan aku didorong emosi. Waras tu kemudian sampai.

Sekarang aku takde sape nak count on.
Jadi mahu tak mahu, aku kena 'bermain' dengan game ni.

I'm in. 

Senyap jerr (r di French kan)

Kami pergi appoinment.
Pergi bodo-bodo je.
Tak bawak baju pun.
Biasanya balik hari.
Setakat negeri aku dengan negeri appoinment mak ni, takde hal lah.

Tetiba mak kena tahan wad.
Amek ko.

Panik.
Monyok semua ada.

Tapi aku set dalam otak aku semuanya akan jadi baik. Aku kena tenang. Aku cakap kat diri aku berkali-kali. Mak ayah aku bergantung kat aku. Aku tak boleh cemas.

Walaupun aku ni pencemas orangnya.

Berbekalkan muka takde perasaan aku, aku berjaya hadap.
Harini masuk hari kelima aku betapa kat sini.
Belajar survive dengan bapak aku yang panik ni.
Dengan tak tahu jalan.
Dengan takde baju.
Dengan takde apa.
Dengan bapak aku yang..bapak aku kan sakit. Pemikiran dia macam budak kecik. Kau tahu tak perasaan bila kau tak boleh bergantung pada orang yang sepatutnya provide assuredness tapi keadaan tu terbalik? 

Aku pelik kenapa orang heran sangat bila aku keras dan tak berperasaan. Macam mana kau boleh expect aku akan jadi lemah gemalai macam sotong kurita Melayu terakhir? 

Hmmm. Keadaan tak mengizinkan.
Kalau ikut fitrah aku, aku tak nak fikir.
Aku tak nak rasa takut.
Aku tak nak rasa panik.
Aku nak rasa ada seseorang yang aku boleh sandar.
Yang aku boleh percaya.
Yang buat aku rasa selamat.
Perempuan weh. Perempuan gile je yang tak suka dimanja. Kah.

Berbalik pada isu semasa..

Alhamdulillah survive setakat ni.
Lepak guest house.

Aku nak cakap. Ni adalah pemerhatian aku.
Kalau ada duit, semua jadi mudah.
Hakikat weh.


Dan hakikatnya kami ni takdelah berduit sangat, dan tengok duit sejemput itu mengalir macam air....



Perit gaklah.

Haha.

Kesian mak ayah aku. Doakan ada kesudahan yang baik buat mereka. Aku ni kental-kental pun bila taip benda ni rasa panas je mata.

Puih.

Menyempat tak?





Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

KYKT #2

Kesenyapan ini satu tabrakan perlahan yang panjang.

Puaka tu nak kahwin dah.

Mak type kat handphone.
Pass kat aku.
Aku baca.


Takde feeling meluat.
Rasa macam baguslah ko kahwin.
Harap lepasni perangai kau tak kimak sangat.
Sudah-sudahlah tabur buruk orang.
Sudah-sudahlah guna muka cantik kau tu berlakon acah mangsa.
Sudah-sudahlah.

Aku tak minat nak sembang background dia.
Apa dosa besar yang dia buat, pun aku tak minat nak sembang.

Jauh kat sudut hati, aku happy dia nak kahwin.
Aku ingat lagi part dia buat baik.
Walaupun dia buat baik tu sebab dia nak nampak mulia (tutup jahat dia) kat mata orang, aku tetap tak lupa.

Aku harap sangat perkahwinan ni ubah dia jadi betul-betul baik.

Dunia ni terlalu sia-sia untuk disia-siakan.
Takde manusia yang sanggup tahan balasan kemudian hari.
Takde.

Aku tak sure aku boleh maafkan dia atau tak.
Lupakan tu mustahil.
Tapi untuk doakan kehidupan dia Allah terbalikkan, entahlah.
Sekadar tersekat pada bibir je.

Jauh kat sudut hati aku..
Aku memang happy untuk dia.

Allah je yang tahu hati aku ni macam mana.
Kengkadang aku sedih bila orang judge aku.
Kata aku jahat, kelabu mata bila ada duit, kata aku kasar, biadap, kurang ajar..  macam-macam.

Dorang lupa masa aku baik (dan dipijak-pijak).
Dorang lupa macam mana aku tak berkira kudrat dan duit. Selama ni aku diam je.
Orang kudakan aku pun, aku hambur gelak dan buat.

Tapi aku pun manusia.
Tak selamanya aku tahan diperbodoh, diperguna orang.

Dalam diam, aku mengharap jugak orang-orang yang kata aku macam-macam, atau anggap aku apa-apa je lah - akan ada waktu mereka akan teringat part baik aku dan akuinya.

Hmm.

Tunggu sekejap.

Kadang-kadang kan..
Aku rasa seram jugak.
Sebab aku suka tulis (seolah-olah ada orang baca) dan aku boleh berimaginasi macam aku tengah bercakap dengan seseorang.

Aku gila ke weh?

Aku pun tak tahu. Memang dari kecik habit aku cemtu. Aku ni memanglah kepoh, tapi banyak benda aku tak cerita pada orang sebarangan. Banyak benda aku diamkan.

Tapi aku kan manusia.
Capacity aku untuk simpan sorang-sorang tu..tak besar kot.
Aku kena keluarkan dari sistem aku.
Sistem? (Ayat aku..peh awas sangat!)
Terutamanya benda-benda yang mengganggu emosi.
Menyampah lak jadi perempuan ni.

.

Tadi aku baring-baring.
Peluk bantal.
Lembut oi sarung bantal ni. Macam bulu-bulu sikit. Beli kat Mydin je. Syok tidur.
Pastu suasana pulak kelam-kelam.
Alamak.
.
.
.
.
.
Rasa nak terberak pulak.

(aku potong mood korang kan?)
Hahahahaha!

Okay dah lepas berak, aku pun lupa nak cerita apa.

Hah! Cenggini.
Tetiba aku jadi rindu gile kat seorang manusia ni.
Peh, aku boleh sembang dengan dia (imaginasi) sampai melalak aku dibuatnya.



(Aku tak tahu nak sambung apa. Rasa nak tidur. Penat berak tadi.)

HAHAHAHAHA!

Kesian pulak.

Sambungan.

Kesian pulak aku tengok abang aku. Mesti sumpah rasa menyesallah semalam. Ni dia pi mana tah, tak balik-balik. 

Pi lah manatau boleh muhasabah diri.

Yang C pulak harini dah berani bersuara. Kalau tak macam cencorot. Aku dah kata kann. Bila mak aku menangkan dia, dia feeling macam dia mangsalah tu. Padahal perangai macam biawak. Padanlah dua-dua biawak. 

Tadi aku sound je mak aku. Sambil-sambil makan tu aku slowtalk. Sekarang ni C salah. Abang aku pun salah. Buat apa nak menangkan salah satu? 

DUA-DUA BIAWAK! 

Barulah mak aku behave sikit. Kalau tak kemaen pulak dia dok berlembut dengan C. C pulak apalagi. Ah aku dah masak dah weh dengan pe'el dia. Sure ambil kesempatan punya. Buat muka cencorot sikit, ambil kesempatan tapi tak tunjuk terang-terangan, pastu manipulate emosi dan kebaikan orang. 

Puih.

Aku perhatikan je ni.

Kesian-kesian jugak, tapi aku takkan terpedaya lagi. Dan aku akan pastikan mak aku pun tak terpedaya dengan mana-mana biawak lagi. 

Peh, macam bodyguard pulak aku rasa. 

27 tahun dan tetap sama.

Harini abang aku gaduh besar dengan mak.
Pasal mak cik aku (C). Gaduh depan-depan C. Abang aku punya naik hantu sampai nak disepak, nak baling kerusi meja pada C.

Aku berdiri kat tangga. Letak dagu kat pemegang. Perhatikan.

Dalam hidup ni kalau kita sejenis opportunist, mana ruang ada, kita akan cucuk jarum. Sembat benang.

Tapi aku tak mahu rendahkan level aku. Aku bukan orang yang ambil kesempatan. Aku tak suka orang buat aku, dan aku tak nak buat orang.

Tu adalah perkara yang aku ingatkan diri aku selalu.

Abang aku ni, ada waktu dia akan sokong aku. Dan banyak waktu dia menentang aku. Aku ni macam pesaing dia. Apa bebal punya abang aku pun tak tahu. Dia yang rasa macam tu. Bila dia ada 'geng', dia akan khianati aku gile2. Macamlah aku tak tahu. Tapi aku sabar. Aku perhati je. Bila takde geng dia akan menyendeng kat aku. Bercerita seolah dia tak satu group dengan malaun2 tu. Aku perhati je.

Si C ni. Sama je macam abang aku. Dia pandai manipulate keadaan dan dapatkan simpati orang. Aku perhati je. Dah boleh baca dah weh.

Mak aku pulak, emosi. Dia jenis bertindak baru fikir. Mudah simpati. Mudah terhasut. Makmak kann..ko faham2lah.

Dulu masa aku ada bisnes maju, duit kepok-kepok, orang pergunakan mak aku untuk benci dan tekan aku. Jadinya aku dah faham sangat taktikal dorang ni.

Kalau kau datangkan manfaat pada orang, orang akan baik dengan kau.
Kalau orang tak puas hati, rasa dengki kat kau, dorang akan buat 1 pakatan kat belakang.

Aku kenal dah siapa dorang. Dan aku dah boleh faham flow tindakan dorang. Betullah, pengalaman buat aku jadi jelas dengan sikap orang.

Dalam kes harini, abang aku cukup hangin dengan C. Aku pun hangin dengan C ni. Tak pakai otak. Menyusahkan orang. Fikir diri sendiri je. Bodoh!

In fact, mak aku pun hangin dengan si C ni. Tapi memandangkan C ni adik dia, dia ada rasa malu sikit nak tegur sangat. Plastik lah.

Opss. Jujur kan aku?
Aku faham mak aku terpaksa.
Tapi perbuatan dia banyak makan diri.
Adik beradik dia sorry to say memang bangang menyusahkan orang. Jenis yang tak reti hargai orang. Jenis yang takde rasa bersalah api-apikan orang. Aku perhati lama dah. Dari aku kecik. Dari aku belum datang bulan. Okay tak lawak. Tapi aku memerhati.

Disebabkan sikap mak aku ni, yang sentiasa memenangkan adik beradik dia, aku dengan mak pernah gaduh teruk gile babi. Peh. Aku takkan lupa apa mak aku sebut. Sampai sekarang aku kalau mak aku ungkit je peristiwa tu (konon hangin dengan makhluk 2 ekor tu), aku akan terus terang cakap - Aku tak lupa benda tu. Mak aku nampak sedih dan cakap dia pun tak tahu kenapa masa tu dia meluap-luap benci kat aku. FYI, adik dia lagi 1 dan perempuan cilake tu (korang mesti pening. Lantaklah. Ni aku type untuk diri aku pada 2020 nanti) ada pakai something. Tapi aku tak nak blame makhluk tu sangat. Sebab aku kenal mak aku.

Sampai hati buat aku macam tu.
Aku rasa dikhianati sangat dan jauh hati.
Masa aku lari kejap tu, sibuk pulak mak aku tanya-tanya. Sibuk call bagai. Pastu nangis. Pandai pun sedih. Sekarang bila terkena, dia nak raih simpati aku. Tapi aku..aku tak mudah termakan hasutan orang. Aku kan ada pendirian. Walaupun sendirian wah gitchuuu!1

Okaylah berbalik pada cerita abang aku.
Boleh je aku masuk line tadi. Kasi panas. Kasi lepas apa aku rasa. Tapi aku rasa macam tak bermaruah pulak buat macam tu. So, aku diam. Aku perhati je abang dengan mak aku berjerkah-jerkah.

Abang aku bodoh. Dia pi lawan api dengan api. Dia sendiri perangai sama, nak mengata orang. Silap besarlah.

Last-last, abang aku kena sumpah seranah, kena halau tapi C ni duduk rileks je boleh tengok TV ketawa terkekek-kekek dengan mak aku.

Aku dah agak dah jalan cerita ni.

Aku perhati je. Dalam keluarga pun kau boleh nampak sikap sebenar manusia. Apa yang kau nak harapkan daripada family kau?

Aku dah tak percaya dorang pun.
Harini aku biarkan abang aku rasa apa yang dia pernah buat kat aku.
Pahit kan? Pahit kan rasa bila kita cuba pertahankan keluarga daripada dibodohkan tapi kita jadi mangsa?

Abang aku dok datang kat aku nak luah perasaan, aku dengar. Pastu aku cakap "Kau bodoh". Berapa kali aku ulang, aku tak ingatlah.
Dia expect aku akan menangkan dia dan mengumpat C. Tapi aku bukan jenis macam tu. Aku tak ambil kesempatan atas pergaduhan orang. Aku tak nak jadi macam puaka 2 ekor tu.

Aku perhati je lagi.
Mak aku dengan ego mak.
Dia malu anak dia kurang ajar. Masalahnya adik beradik dia tu 10 kali kurang ajar dengan menyucuk dan pandai berdrama.
Nasib kaulah mak. Aku perhati je lagi.

Bila aku tengok keadaan dan redha sikit, aku dengar mak aku menangkan C. Eh.
Tak patut. Tak patut. Dua-dua salah. Mak aku tak patut menangkan sesiapa waktu ni. Si C tu opportunist. Silap besarlah mak buat macam tu.

Aku pun send Whatsapp kat mak.

Ringkas je. Aku tegur dia. Aku cakap jangan menangkan sesiapa. Aku bagitau kenapa abang aku marah. Aku bagitahu jugak silap abang aku yang tak sedar diri dia pun sama je. Dua-dua seri. Tapi jangan cuba-cuba nak menangkan sesiapa sebab nanti akhirnya mak aku yang akan menanggung akibat. Jangan bagi sesiapa rasa dimenangkan sebab dua-dua salah! (Ayat aku lain. Takkan aku nak copy paste. Kantoi bongok namanya).

Mak aku balas Whatsapp aku kemaen kasar.
Aku rilek je baca. Tak meloncat pun.
Biarlah dia nak lepas marah.
Tapi aku tegur dan tegaskan perkara yang sama. Mak nak gaduh dengan abang, lantak. Abang nak gaduh dengan C, lantak. Yang penting, aku tegur benda betul. (Takde manfaat pun kat aku. Aku cuma tak nak mak aku tersilap je).

Sekarang aku lega.
Sebab walaupun Allah bagi aku banyak peluang untuk balas dendam, aku tak gunakan.
Aku tak api-apikan orang.
Aku tak jadi lalang berada diarah mana angin menang.
Aku tegas dengan pendirian aku.
Kalau ada salah, aku tetap akan kata benda tu salah. Aku tak gunakan kepentingan peribadi untuk attack orang. Aku duduk tepi dan memerhati.
Terfikir gak aku, macam mana orang boleh terasa nak jadi batu api, nak jadi gunting dalam lipatan?

Walaupun kau nampak aku macam suka mengungkit kisah lama, tapi aku bukan jenis yang akan balas dendam. Aku tak boleh lupa perbuatan orang. Itu je.

Aku pernah cuba nak balas dendam, tapi sumpah aku tak boleh lena tidur. Aku tak rasa seronok pun. Tapi aku rasa tak tenang.

Jadi selebihnya aku serah pada Allah.

Setakat ni, yang mana aniaya aku, Allah balas.
Dua ekor makhluk tu dok hasut mak aku, lastly dorang yang bergaduh dengan mak. Aku rilek je kat tepi memerhati.
Ni dua ekor lagi.

Aku perhati je. Bila mak aku mengumpat salah satu, aku akan sampuk perkara yang aku rasa betul. Selebihnya aku diam. Padahal kalau nak tanam benci pada hati mak aku? Senang je. Aku pun reti manipulate emosi orang. Tapi aku bukan orang macam tu.

Tak, aku bukan sejenis tu.

Daripada zaman sekolah, aku jenis kalau benda tu betul, ya benda tu betul. Walaupun yang cari pasal tu kawan aku. Aku pernah menangkan junior aku dan kena pulau dengan roomate sebaya aku. Aku tak kisah pun sebab yang batil tetap batil. End up sekarang aku dengan roomate tu elok je berkawan sampai laa ni.

Doakan aku tak jadi sebahagian daripada dorang. Aku tak mau jadi orang jah-hat.
Walaupun Allah bentangkan peluang tu sebesar-besarnya.

Aku nak jadi aku.
Inipun orang boleh kata aku jah-hat.

Babis sangats.


Selamat Hari Lahir!

Happy Birthday from Google! #GoogleDoodle




Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Mak cakap "Kita ni asyik kena aniaya orang"

Betul weh. Aku bukan nak berlagak mangsa ke.
Tapi betul.

Terfikir-fikir. Kenapa Allah uji macam ni.
Kena aniaya berkali-kali bukan seronok.
Serius aku cakap.
Kadang-kadang kalau aku kenang, aku boleh rasa marah gile, rasa nak pegang kepala orang tu dan hempas kuat-kuat kat lantai.
Biar dia mampos.

Pernah terdetik kat hati aku - Allah nak kami jadi jahat ke? Jadi tergamak ke? Ke macam mana?

Aku tak tahu.
Tak tahu...

Pagi tadi mak aku cerita pasal adik dia.
Yang puaka cilanat tu lah.
Wahhhh dia pusing cerita lagi weh.
Peh.
Menggigil tangan aku time prepare breakfast.
Mak mula tak nak cerita.
Mak tahu nanti aku mesti marah.
Tapi mak kata, mak takde simpan rahsia pun dari aku.
Mak pun cerita.

Babilah weh.
Babi sangat.
Aku rasa dia memang babi pun.
Babi je yang buat perangai macam dia.
Babi babi babi.

Bukan Allah tak pernah balas perbuatan dia.
Tapi entahlah.
Nak rasa tertonggeng macam adik bongsu dia agaknya baru nak dapat penyesalan?

Serius.

Aku dah janji kat diri.
Dia mampos pun aku takkan datang.
Aku tak de mak cik secelaka tu.

Mak aku pesan. Banyak-banyak buat solat hajat.
Doa pulun.
Mak aku rasa ralat dan tersinggung sangat kali ni. Aku cakap kat mak.

Kalau aku tak bertahan haritu, disebabkan celaka ni, mungkin sekarang aku dah tak jumpa mak aku lagi.

Sebab celaka ni lah, aku berjauh hati dengan mak aku. Aku ni bukan jenis sampai tergamak nak lari-lari rumah tau. Tapi disebabkan puaka ni, aku terlari jugak.

Hei perempuan jembalang.
Kau tunggu.
Allah tak pandang je perbuatan kau.
Dan aku tak pernah maafkan kau.
Aku kan jah-hat.
Aku kan biadap.

Kau yang kata kan?
Jumpa kat 'sana'. Aku tak akan maafkan kau.
Tak.

Bukan kali ni.


Akulah tu.


Si Polan ni pernah tanya aku suatu masa duluuuuu.
"Kalau dah tahu dia penagih dadah, yang pergi sayang kenapa?"
Aku rasa macam dunia terhenti.
Aku rasa macam orang pertikaikan aku.
Macam orang anggap aku ni sengaja menempah bala.
Sempat jugak aku berfikir " Serius kau tak nampak aku ni jenis yang macam mana? Serius this part of me, part boleh sayang orang tanpa peduli hal-hal begitu, kau tak nampak? Okay no wonder kau tak hargai. Kau tak nampak 'aku'."
Hati aku ranap.
Masa tu aku jadi sedih.
Jadi marah.
Dengan diri sendiri.
*
Apa dia cakap memang make sense.
Bila aku fikir kenapa, aku tak ada jawapan yang orang nak dengar.
Dah hati aku nak sayang dia.
Bukan aku tak sedar perbuatan dia.
Tapi aku bagi dia peluang.
Bertahun-tahun.
Berhari-hari aku layankan lakonan dia.
Peh. Bohong kalau kata aku tak sedih. Puas aku menangis senyap-senyap. Puas aku diamkan. Bestfriend dia bagitahu aku hal yang sebenarnya pun, aku diamkan. Aku biar je. 
Aku biarkan sebab aku nak dia sendiri notice. 
Aku nak dia sedar. 
Aku nak dia hargai aku. 
Kesabaran aku.
*
Pada waktu dia dah sedar, dia sendiri kata dia pelik macam mana aku boleh sabar dengan perangai dia. Macam mana aku boleh terima dia. Macam mana aku tak reti marah dia. Tak reti nak merajuk. Tak reti nak meminta-minta. Kelakar jugaklah masa tu sebab dia cerita pada kawan-kawan dia dan kawan-kawan dia cakap dia tak patut buat aku macam tu.
Aku rasa kalau kau sayang seseorang, kau akan cuba cope dengan sikap mereka. Jenis aku ni pemendam sikit. Aku jenis suka cakap tak kisah (dalam hati aku harap orang perasan aku kisah). Aku suka orang guna common sense. Aku jenis konon nak cuba jadi yang terbaik. Yang orang lain tak pernah jumpa makhluk pesen aku. Aku nak orang hargai aku. Tak perlu aku cakap, dia boleh baca aku. Itu je. Sebab aku tak reti. Aku kan ego. 
Pada hari dia dah sedar, aku dah tumpul perasaan. 
***

Kejadian berkonsep yang sama berulang.
Ulang.
Aku rasa ada waktu kita kena suarakan kesakitan kita.
Perkara yang kita tak gemar.
Tunjukkan yang kita pun manusia.
Sebab bila benda tu dah separuh masak, kau takkan boleh balik ke keadaan asal. Apatahlagi kalau dah masak betul, dah hangit. Lambat laun keputusan yang dibuat akan buat kita nampak kejam. Sedangkan selama ini kita cuba bertabah. Tapi diasak-asak kesabaran kita ni. 
Aku dah puas kena. Dengan kawan. Dengan family. Dengan sape-sape.
Bila aku meletup, orang kata aku jah-hat.
Bila aku bersuara, orang kata kenapa sekarang?
Aku terfikir. Sia-sia sungguh aku bersabar selama ni. Sepatutnya dari kali pertama aku sedar, aku patut meruap je terus. Biar orang tahu aku macam mana. Tapi aku tak reti.
Tak reti.

Sebab tu sampai sekarang aku suka menulis. 
Itu lebih baik daripada aku lepaskan pada orang. Sementara tu, aku pun berpenat-penat menanti orang notice apa yang orang buat pada kita tu -

Sangat jah.Hat.



Menung lagi.

Kenapalah dengan aku ni. Serius aku tahu dan 100% sedar aku yang bagi ruang orang pergunakan aku.
Tapi aku masih nak sangkabaik.
Weh perempuan, tolonglah stop.
Tolonglah dahdahlah.

Ala ternangis pulak..

Aku tak reti...
Macam mana nak sampaikan rasa tergamak tu.
Tolonglah ajar aku..aku tak nak sedih macamni lagi bila orang ambil kesempatan.
Aku yang sangka orang takkan buat aku tapi..orang buat.
Memang salah aku. Memang salah aku..
Aku mengaku.

Aku yang bodoh.
Aku yang bagi ruang.
Aku biarkan.
Aku berlagak macam aku tak sedar dan aku tak nak tunjuk aku sedar.
Aku yang berlakon bodoh.
Padahal aku tahu kebodohan yang aku pamerkan ni akan buat orang take me for granted.
Aku tak tahan.

Tapi aku tak reti.

Aku tak reti...

Kawan aku pesan jangan baik sangat.
Jangan pendam sangat.
Tak suka, tak puas hati, tunjuk.
Tapi aku takut kalau aku over.
Nanti aku menyesal.

Aku tak tahulah..ya Allah...
Sedihnya rasa.

Kita buat baik.
Tapi orang pergunakan kita.
Orang buat kita macam kita ni jahat.
Kita pun buat macam bodoh.
Sebab kita tak nak nanti orang kata kita kekwat.
Kita sibuk fikir apa anggapan orang.
Kita sibuk nak jadi apa yang ideal pada mata orang.
Tapi makan diri.

Aku tak nak salahkan orang.
Sebab aku tahu ni purely memang salah aku.
Aku yang bagi ruang.

Aku memang bodoh.
Sekarang ni aku kena hidup dengan kebodohan aku.

Padan muka...

Rasa nak termuntah.

Ya Allah..bagilah aku rasa tergamak.
Rasa sampai hati.

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Jangan fikir hati orang.
Jangan fikir apa anggapan orang.
Jangan. Jangan.


Ya Allah susahnya.
Ya Allah aku tak mau bodoh lama-lama.
Dah tak boleh dah.

Rasa nak muntah pulak sakit kepala.

Sedap pulak.

Bila duit mengelabui mata.

Ingat tak aku pernah cerita pasal 1 budak ni.
Aku bagi dia peluang kedua.
Tapi semalam dia kantoikan diri sendiri.
.

Aku tak kisah dah.
Kalau kau rasa dengan pangkas customer aku, kau akan rasa cukup, silakan.
.

Aku dah tak percaya kat kau dah.
.

Hanya kerana duit.
.


Murahnya nilai persahabatan kau.
Semoga kau cepat kaya raya dan waktu tu semoga ramai 'kawan' sejenis kau hinggap.
.

Berbahagialah.

Tertonggeng 2

Aku tak tegur budak takut bayang-bayang tu.
Tetiba dia yang tegur aku.
Aku ingatkan dia terlepaslah kan?
Tapi kalau kali kedua masih berani panggil aku, nak berdamailah tu.

.

Mak cakap, dia malu bila aku sebut benda lama dia buat.
Aku cakap, aku tak sebut. DIA yang sebut.
Jangan pusing cerita. Jangan sendiri yang buat, nak salahkan orang. Dengan orang lain bolehlah dia nak saiko.

Not me.
Not me, anymore.
Aku dah puas dah kena bangangkan orang.
Aku dah faham sangat modus operandi dan permainan emosi macamni.
Kalau kau malu, mengaku je.
Aku tak kuasa nak ejek.
Cuma aku tak suka kau pusing salah sendiri pada orang.

Mak ketawa. Mengiyakan.
Kami pun ketawa sama.
Kami dua ni orang tua.
Masak dengan lakonlayar manusia.
Tinggal hanya kerana kami ni wanita, emosi kasihan kami mudah benar diperbudak.

.

Aku masih belum mahu tegur dia.
Tak berharap pun dia tertonggeng lagi (aku tulis sebab aku marah sangat je).
Aku cuma nak ambil masa.
Lupakan kata-kata dia.

.

Ada 1 baris ayat dia aku masih tak boleh lupa.
Mak kata dia tuju pada abang. Tapi dia lepaskan masa bercakaran dengan aku.

.

Kenapa tak tuju pada orangnya?
Kenapa buat aku macam kain lap kaki?
Harus terima sahaja dipijak-pijak orang.

.

Aku manusia.
Reti rasa sakit.
Reti terasa hati.
Segengster mana pun aku,
Seselamba mana pun aku,
Aku ada perasaan.

.

Bagilah aku masa.
Aku cuba.

Watch "Puisi kapal van der wick (zainuddin & hayati)" on YouTube

https://youtu.be/bK4e08I30Qs

Dalam jamban tadi aku baru berangan.
Tiba-tiba dekat timeline Facebook keluar.

Yelah..yelah..akulah yang paling kejam.
Memang balasanlah ni.

Tertonggeng.

Aku pandang je.

Lagak kau.
Sombong kau.
Angkuh kau.
Bangga kau.
Keras kau.

Nanti kau tertonggeng lagi, aku ketawa kau jangan marah tau. 

KYKT #1.

Merinduimu adalah satu ketagihan. Merasai tenteram melalui waktu sendiri, biar disesakpadat beribu ketidaktahuan, adalah sesuatu yang sungguh janggal. Seharusnya persoalan-persoalan itu menjadikan aku bingung, entah kenapa aku tidak condong ke situ.

Aku telah terdorong rindu oleh rasa perluku.
Perasaan ini memaksaku meski aku cuba kebal.
Aku cuba mandiri dalam ruang egoku.
Cuba berbuat biasa, cuba untuk tidak terlihat keterlaluan.
Tapi aku sudah terlalu biasa denganmu.
Terlalu banyak perkara yang mencetuskan ingatanku agar berdamping dengan kenanganmu.
Terperosok aku dalam perasan senyap ini, melihat bayangan lalu seolah dimainkan didepan mataku.
Wayang bisu itu menenggelamkan aku perlahan.

Perlahan.




#MudahTerhibur


Tengok benda ni pun aku boleh happy.

Ringkasan.


  1. Wow. Aku baru tahu ada banyak function handphone yang aku tak pernah tahu. Tetiba boleh ter-Youtube. 
  2. Aku tak tahulah orang lain mungkin suka tengok movie ke, lagu ke. Aku suka tengok video make up, DIY, haiwan, renovate rumah, tulisan calligraphy dan seumpamanya. Ralit oi. Ni aku tak tidur pasal menontonlah ni. Kalau tengok TV, tak kartun, aku akan cakap kat mak (selaku pemegang remote TV) - "Bu, nak tengok kek,kek." Mak aku ni kaki drama. Ko bayangkanlah macam mana kaki drama dengan kaki kek berebut channel. 
  3. Aku ketagih tengok video makanan. Cemane ni..Bila dah tengok confirm rasa kebuloq!
  4. Aku sebenarnya nak cerita pasal artwork. Daripada terima payment yang terlalu rendah, aku decide nak beri percuma. Tapi of course lah aku nak dapat benefit. Aku nak recognition. Bermakna orang tak boleh padam kredit. Free marketing sebagai timbal balas. Aku masih memikirkannya. Duit ke,duit.
  5. Malam tadi aku terbaca pasal ZARA plagiat hasil indie designer. Aku pun baca apa respond ZARA bila designer ni nak claim hak dia. Peh. Seriously biadap. Mentang-mentang kau banyak duit dan dikenali, kau ingat boleh ke main guna je hasil kerja orang? Rupanya ramai indie designer yang terkena. Hopefully dorang berjaya dapat hak dorang. Oi. Idea tu mahal tau. Senang-senang copy paste guna. Dapat profit sorang-sorang. Macam kes akulah tu aku hangin. 
  6. Aku lapar kek. Aku nak makan kek ada cheese parut. Kek lembab. Ada kacang. Krim sedap tak muak. Menyesalnya aku menonton tadi.
  7. Nak kek..nak kek..

Hahaha!

Time - time gini teringat pulak 1 cerita ni.
Masa tu aku meniaga.
Pastu ada konflik.
Peh bisnes family ni kalau tak kuat iman aku rasa macam nak kapak je kepala orang.
Yang kelakarnya, mak dengan hantu 2 ekor tu beriya kata aku kena buatan orang.
Ustaz pun datang rumah.
.

Ko faham-fahamlah. Kalau ko dah hangin dan banyak pendam, mestilah kau akan jadi sejenis manusia yang bengkeng.
Ustaz nak scan aku.
Sambil tu dia nasihatkan aku.
Aku boleh menjawab ko tau.
Hahahahahahaha! Kan aku dah kata, aku kalau tak salah, aku takkan diam.
Masa tu aku nak keluar pi beli barang. Kitanya mak aku merancang panggil ustaz tu dalam keadaan aku tak tahulah.
Lagilah aku bengang. Aku nak kejar masa ni oi.
Pastu aku biar je lah ustaz tu scan.
Ustaz kata dalam aku takde pape. Mungkin kena tempias orang pasang pelaris. Pastu aku jawab aku jadi garang ni sebab orang.
Apatah ustaz tu cakap (aku dah hangin memang aku tak fokus). Dia nasihat aku jangan garang-garang nanti lelaki takut nak dekat.

Aku macam..
Whatthe...

Wei aku garang sebab aku tengah panas hati dengan mak dan puaka 2 ekor tu.
Aku garang? Percaya tak aku ni ada 2 sisi.
1 - Kelakar, kuat ketawa, tak kisah.
2 - Sombong, tak layan orang dan tegas.
Dan selama ni, aku no 1 dengan puaka tu dan mak aku. Sebab tu dorang terkejut bila aku berubah. Sebab dorang dah tak boleh nak bodohkan aku lagi! Aku berubah sebab orang tekan dan ambil kesempatan atas aku!

Cubalah tanya ex-ex aku, berapa kali dorang pernah bergaduh dengan aku. Kadang-kadang aku pun pelik. Redha gileee aku. Merajuk tak pandai sangat. Nak bergaduh lagilah. Aku ni manusia yang sangat pemendam. Kalau dah sayang lagilah. Sakit hati macam mana pun, hadap je. Tu bila aku tawar hati, memang habislah. Aku compare lah jugak kawan-kawan aku. Dorang lagi lembut. Wanita Melayu terakhir tuu. Tapi selalu aku dengar dorang bergaduh, merajuk, tak dapat apa marah. Aku bf main-mainkan aku pun, aku masih chill lagi. Macam tu ustaz nak kata aku garang ke?

Lagi mendidihlah aku.
Aku pandang je ustaz tu. Sampai ustaz tu tegur "Ni kenapa ni garang sangat?" Aku pandang je tak cakap apa. Hahahahahaha!

Kelakar kalau ingat. Serius. Orang kalau tak kenal aku dua-dua belah sisi ni akan ingat aku ni macam bebal. Aku ni dulu susah gile nak marah. Aku kelakar. Memang kuat ketawa. Tak campur hal orang. Tak kisah apa orang buat. Ramai orang suka dengan aku sebab tu lah. Mak cik-mak cik aku punyalah sayang aku dulu sebab tu + rajin gile (aku selalu kena buli. Ish kalau aku ingat macam mana penatnya aku..rasa nak maki je weh)

Tapi orang ambil kesempatan atas sifat aku tu. Salah aku ke kalau aku berubah?

Hari tu aku saja sembang dengan mak. Aku tanya "Mak aku ni nampak bodoh ke?"

Mak jawab, "Mungkin sebab kau tak kerja bagus jadi nampaklah."

Bapak jujurnyaaa.

Tapi lepastu mak aku cakap "Tapi kau ni cerdik gile sebenarnya. Kawan-kawan mak mana yang tengok hasil kerja kau semua terkejut. Orang yang belajar pun tak boleh buat. Ni kau yang google-google." (Mak aku bagi contoh. Masa ni aku tolong group mak siapkan projek.)

Pastu mak aku sambung "Kalau orang tengok kau (aku tak mandi lagi masa tu) sekarang, bukan je nampak bodoh. Tambah lagi, nampak gile."

Aku dengan mak memang jujur. Kiterang sembang macam kawan. Lepastu abang aku memyampuk. Dia mengiyakan yang aku nampak bodoh tapi aku cerdik.

Aku bukan nak validation yang aku ni cerdik. Cuma aku nak faham, kenapa orang suka perbodohkan aku. Ambil kesempatan pada aku.

Dah puas mendengar, aku pun cakap "Aku memang nampak bodoh, tapi aku perhati je orang bodohkan aku. Jauh mana kau nak pergi. Hati-hatilah dengan orang yang nampak bodoh ni."

Lepastu suasana jadi *krik krik bunyi cengkerik*

Oh. Pasal ustaz tu, akhirnya bila puaka tu buat hal, ustaz tu bagitahu mak aku, selama ni dia dah tahu pasal puaka 2 ekor tu tapi dia tak boleh beritahu jika orang tak bertanya (nak elak daripada dituduh menfitnah).

Aku?
Tergelak je mampu.

Oh, 1 lagi punca aku jadi bengkeng ialah masa tu aku kuat amalkan zikir. Ye la, bisnes makanan kan. Dengan ada orang menghantar lagi, dengan hati yang memendam lagi, dengan penat lagi, so aku ringankan mulut aku berzikir. Rupanya zikir boleh buat kita 'panas'. Ustaz pesan suruh aku tutup zikir dengan selawat.

Sekian itu saja cerita aku. Kalau kau tak tahu nak ketawa kat part mana, tu masalah kau.
Bye.

Takut dengan bayang-bayang sendiri.

Orang yang takut dengan bayang-bayang ni, dia akan create dunia seolah-olah semua orang dalam posisi nak menyerang dia.

Dia akan ada kecenderungan untuk rasa tak selamat, cepat je menggelupur nak marah dan dia tak boleh nak baik sangka dengan orang. Dia rasa macam orang sentiasa mencari ruang untuk kenakan dia, ungkit kisah lalu dan buat dia rasa bersalah.

Padahal..
Tu semua rekaan dia. Rasa pesimis dia yang dilayan-layankan.

.

Ko pernah tak bergurau dengan orang yang reactive? Tak semena-mena dia boleh pusing dan kata kita hina dia. Daripada gurau terus jadi gaduh. Daripada takde pape, keadaan jadi tegang. Daripada orang tak memgungkit, terus tersebut.

.

Ada seorang ni. Dia pandai saiko orang. Dulu aku termakanlah juga. Iyalah orang pergunakan rasa belas kasihan kita. Kita sangkakan okaylah takpelah manusia mana tak buat silap. Tapi dia ambil kesempatan tu. Buli emosi kita.

Cara dia senang je. Ko cuba mintak tolong dia.
Pastu ko tengok macam mana dia membentak.
(Dia cabar kesabaran). Pastu ko dengar ayat dia.

Daripada kes mak kau minta dia tolong vakum rumah, dia boleh putar jadi isu 'aku boleh hidup sendiri' sampailah dia kona kata orang buka aib dia (kisah lalu).

Serius beb. Kalau ko tak congak betul-betul, ko akan rasa seolah ko yang bersalah. Padahal yang mendorong perbualan sampai ke isu last tu - dia.

Dia yang provok orang.
Dia yang keluarkan statement berciri ke-Ahmad Maslan-ish (teringat pula muka AM masa dia blur. Haha so cute!)
Bila orang pertahankan diri, dia gunakan sentimen emosi untuk counter.
Pusing, pusing,pusing.
Kona sana, kona sini.
Lepastu dia meledak.

Serius weh?

.

Aku tak tahulah kau faham ke tak. Tapi pendek ceritanya, dia puncanya! Orang takde sebut atau ungkit pun. Tiba-tiba dia yang sebut dan cabar orang.

Aku bagi contohlah.

Kawan ko dulu suka mencuri.
Lepastu dia insofff katanya.
Lepastu bila ada apa-apa, dia sendiri yang rasa macam orang personally attack dia. Macam orang mengungkit kisah dia. Padahal waktu tu ko cerita ada musang makan buah pisang mak kau.

Jelas tak?

.

Aku cukup..cukup..tak suka orang pusing-pusing ni. Kalau kita gaduh pasal A, stick je lah dengan isu A. Tak payah nak drag B, C, D, padahal isu sebenarnya ialah A.
B,C,D tu semua disebabkan rasa inferior yang kau sendiri cetuskan.

Kamonlah.

Buli emosi ni tak boleh diterimalah.
Sampai bila kau nak heret tong taik kemudian kau nak selet pada setiap orang yang kau jumpa, supaya orang semua rasa apa yang kau rasa.

Kau alihkan bebanan emosi kau dengan hukum orang lain. Kalau kau terasa bangang sebab buat sesuatu benda bangang pada masa lampau, tak perlulah kau nak transfer rasa bangang tu pada orang lain.
Kalau kau rasa malu dan rasa teruk, tak perlu pun kau nak buat orang lain rasa benda yang sama.

Tak ada sape hukum kau.
Kau yang hukum diri sendiri!

Lagi 1,

Aku tak suka kau nak mendabik dada boleh hidup sendiri. Mak kau mintak tolong sikit je. Selama ni kerja-kerja yang mak mintak kau buat, mak bayar. BAYAR. Makan minum pakai kau mak tanggung. Kau buat benda bangang, mak yang tanggung akibat. Semua kau hempuk pada mak dan sekarang kau boleh cakap kau boleh hidup sendiri?

Hanya sebab kau dah besar, dah habis sekolah, dah pegang duit.

Jangan lupa jasa keluarga. Yang terima baik buruk perbuatan kau selama ni. Yang sayang kau tanpa syarat. Boleh je kalau keluarga nak hukum kau, halau kau, benci kau.

Tapi keluarga tak buat pun.

Betullah. Ada orang tak hargai pun kasih sayang.

Lagi satu, dunia tak berputar keliling kau je.
Berhentilah hukum diri sendiri.
Berhentilah bermain dengan emosi orang.

Terbawa-bawa.

Semalam aku dengan mak ada selisih faham sikit. Bukan selisih faham. Hmmm ape eh..

Mak mengaku dia stress adik dia duduk sama. Kerja tak mau. Malas. Memang menambahkan beban kami sekeluarga. Hidup percuma.

Tapi mak tak nak bersuara lagi kali ni sebab dah muak dengar alasan dia. So, mak banyak pendam. Yang tak bestnya, akulah jadi mangsa.

Ko pernah dengar tak - Kita selalu sakitkan hati orang yang kita sayang sebab kita tahu orang tu akan put up dengan perangai kita.

Tak best weh. Tak best.

Abang aku tak kerja + malas.
Adik aku dapat masuk uni elok, tetiba berhenti.
Adik aku 2 orang masih belajar.
Mak bapak aku bersara terpaksa (so jangan imagine duit pencen dia berkepuk).

Aku?
Cukuplah kau tahu aku tak happy.

Aku pelik. Kenapa orang tak ada rasa malu?
Tak rasa bersalah?
Kau hidup atas kudrat orang tau.
Susah payah orang.
Binatang pun tahu cari makan sendiri!

.

Mak suka lepas kat aku.
Naik suara tiba-tiba.
Aku ni pantang betul kalau aku tak silap orang nak jerkah-jerkah.
Selalu merajuk tak memasal dengan aku.
Lepastu dia pujuk aku balik.
Aku kan ego.
Aku takkan tegur dulu.
Tu perangai aku.

.

So malam tu mak aku dok sound aku.
Salah aku ke?
Mak baling barang.
Peh.
Menyirap gile aku.
Terus tinggi suara aku.
Lepastu aku diamkan diri.
Dalam diam tu aku merancang nak sembur mak cik aku.
Aku dah meluat tengok dia dalam rumah ni.
Serius aku cakap.
Aku meluat dia ambil kesempatan.
Dulu dia batu api. Melaga-lagakan.
Sekarang susah semua menolak, dengan muka tak malu datang rumah aku.

.

Aku tenangkan diri.
Mak aku pun diam.
Takde baling-baling dah.
Sebab orang lain, kiterang selalu bergaduh.
Macam biasa lepastu elok balik.

.

Aku dah nekad nak sembur mak cik aku.
Weh. Aku ni bukan penakut tau. Aku tak buat sebab aku nak jaga maruah aku. Iman aku.
Dulu dia buli aku. Aku tak lupa perbuatan dia.
Banyak kali aku pernah naik hantu tu dia tak berani dengan aku.
Kedatangan dia kali ni aku banyak diamkan diri.
Sebab aku tak nak rumah aku ada aura kebencian tu.
Aku takde mengumpat dia lagi.
Bila mak bercakap pasal dia, aku setakat iyakan je. Aku malas nak panjang cerita nanti aku yang panas hati.
Aku takde sound atau marah-marah dia.
Aku buat dia macam tak wujud.
Aku kalau dah benci kat orang, aku takkan bercakap dengan orang tu.
Tapi malam tu, aku layan perasaan aku sisi sebelah yang baik-baik.
Aku fikir panjang. Nanti kesian kat mak aku. Mesti mak aku akan rasa bersalah. Tu tetap adik dia. Kesian mak aku.
Aku fikir lagi. Kalau aku marah dia (aku dah bayangkan secara mentally), nanti dia takut. Nanti dia jadi lagi jauh. Air muka dia. Dia tetap mak cik aku. Aku ingat lagi ada benda baik dia buat.
Panjang weh fikir.
Kebencian ni kalau dilayan, aku rasa aku dah lama jadi pembunuh.
Abang aku dah lama mati.
Babi 2 ekor tu.
Mak cik aku ni.
Dah lama mati.

Aku bukan orang macam tu.
Aku pujuk diri dan alihkan fikiran aku.
Tengok TV. Tengok binatang.
Aku pun lupa.

.

Aku tidur.
Mimpi aku, adalah apa yang aku nak buat pada dia.
Macam mana aku tanya dia elok-elok.
Kemudian suara aku makin tinggi.
Tinggi.
Dan aku start pukul dia.
Memang aku pukul dia sungguh-sungguh.
Mak aku akhirnya pertahankan dia.
Aku rasa sebal hati dan terjaga.

.

Kalaulah aku buat malam tadi..
Mungkin sekarang keadaan dah tak sama macam hari ini.

.

Aku terfikir-fikir juga ni.
Petanda atau aku terbawa-bawa?

.

Entahlah.
Tapi aku dah puas lepaskan dalam mimpi.
Sampai bangun tu aku rasa penat.

.

Aku rasa nak peluk diri sendiri.
Dan cakap "Well done."

"Jadi aku sebentar saja," rintih Judika.

Ah tetibe hilang rasa mengantuk. Dah setting baik punya landing dalam sarang, pasang earphone, buka Joox terus tak jadi tidur.

Tetiba aku teringat 1 peristiwa ni.
Egonya aku..

***

Masa tu aku budak lagi.
Kami pergi berkelah kat Sungai Congkak (nama dia kot?). Bawah jambatan tu air dia dalam. Mak aku dah cakap jangan ikut.
Ko taulah budak kepala batu macam aku ni.
Ingat aku nak dengar ke? Haha!
Mak aku jalan depan.
Aku follow belakang.
Yang aku ingat, makin lama aku jalan, makin aku cuba tonjet (jungkit) kaki. Makin lama, air sampai paras dagu.
Mak aku tak perasan anak kepala helmet dia ni ada kat belakang.
Aku tetap berjalan. Nama nak patah balik memang taklah.
Tiba-tiba air makin sampai paras hidung.
Pijak lagi.
Terus tenggelam penuh.
Aku tak menggelupur.
Aku terus jalan dengan harapan aku akan sampai tempat yang cetek balik.
Tapi makin dalam.
Serius aku tak fikir pun nak panik masa tu sebab aku takut mak aku marah.
Dari kecik aku ada perangai tak suka orang anggap apa aku buat tu bodoh walaupun memang wajiblah perbuatan tu bodoh!
Aku terus jalan. Tak tahu mana nak tuju.
Tiba-tiba ada orang tarik aku.

Peh.
Mujur tak mati.

***

Pernah aku merajuk.
Mak aku suruh tuang air panas dari flask.
Aku budak lagi masa tu.
Sekali air panas tu jatuh kat lengan aku.
Aku tak fikir nak selamatkan diri.
Aku selamatkan air. Aku takut mak aku marah dan aku tak nak mak aku cakap "Hah, merajuklah lagi!"
Hah, boleh tahan teruklah lengan aku masa tu melecur.

***

Dulu masa mula-mula aku datang bulan, aku tak bagitahu mak. Aku rasa benda tu memalukan.
Lama jugak aku rahsiakan. Setahun rasanya.
Terer tak?
Banyaklah peristiwa bangang yang terjadi.
Ish waktu tu aku pun tak tahulah nak cakap.
Aku ada satu mentaliti ego tak bertempat.
Aku rasa macam lemahnya jadi 'perempuan'.
Period awal ni macam tandanya aku gatal. Hahaha macam tu mental aku. Aku nak prove kan pada orang sebaliknya. Aku..entahlah tak tahu nak kata.
Bangangnya aku.

***

Kadang-kadang aku rasa bagus ada ego.
Kita akan push diri kita lebih daripada sepatutnya.
Kita akan cuba buktikan diri kita.
Tapi dalam banyak peristiwa, aku rasa keegoan aku ni mampu membunuh aku.

Korang ada tak peristiwa ego melampau yang memakan diri sendiri?
Aku nak baca. Tapi aku off comment. Aku off comment bukan sebab aku tak boleh terima apa orang cakap. Tapi..aku suka rasa misteri, rasa tak boleh dicapai, rasa seperti seorang yang tak peduli apa orang nak cakap. Hakikatnya aku sama je macam manusia lain. Suka perhatian. Suka validation.

Ego.
Tunggang terbalik hidup aku ko buat.

Gerak hati.

Lama tak sembang pasal ni.
Semalam aku dengan mak berangan nak pi bercuti. Mak aku tak sihat. Banyak fikir masalah. Jadi aku layankan je lah angan mak tu. Mak suka tempat kampung-kampung, hutan-hutan. Aku suggest Sekeping Serendah.
So aku pun tunjukkan kat mak.
Mak tengok dan cakap dia suka tempat macam ni lah. So aku pun habiskan masa google pasal tempat ni, cari feedback..harga..etc.

Esoknya..

Kau baca berita tak?

***

Lately, dalam tahun ni lah aku perasan, aku jadi lebih tenang dalam handle gerak hati. Masa muda aku tak boleh terima lagi benda ni. Tu yang aku stress gile tu. Setiap kali mimpi ke apa, aku jadi takut sangat-sangat. Mungkinlah faktor usia dan pengalaman, aku jadi lebih calm bila gerak hati aku bagi hint.

Kadang-kadang terlebih tenang sehingga aku tak perasan pun aku dapat hint. Macam kes Sekeping Serendah tu lah.

Bukan tu je. Banyak.
Ada yang aku mimpi.
Ada yang aku sebut, sembang, tetiba teringat.
Tup tap tak lama akan ada sesuatu perkara jadi berkaitan dengan benda tu.

Contohnya lagu.
Tetiba aku boleh suka 1 lagu ni.
Tapi aku tak suka apa yang jadi dalam lagu tu.
Puaslah jugak fikir positif.
Akhirnya benda tu jadi.

Contohnya lagi, perubahan sikap.
Aku perasan ada 1 kucing ni tetiba tidur seselimut dan sebantal dengan mak aku.
3 hari rasanya. Tetiba mulut aku boleh tersebut "Macam nak mati je budak ni."
Pagi tu kami keluar. Petang balik.
Adik aku cakap - kucing tu kena langgar kereta.
Mak pandang aku.
Aku tak salah kan?

Banyak. Tu kadang-kadang aku takut jugak dengan apa aku cakap dan terfikir. Yang cakap tu selalunya aku memang tak sengaja.

Ni pun aku dah lama tak rajin ibadah (rajin aku biasa-biasa je. Tak payahlah ko bayangkan aku ni solehah habis).
Zikir pun dah tak betah.
Jadi hint yang aku dapat tu macam tumpul sikitlah. Sebelum ni aku kerap dapat melalui mimpi dan imbasan. Lately ni kerap tersebut.

Ko mesti ingat aku macam sejenis tukang ramal kan?
Aku manusia normal lah weh.
Banyak bebalnya.
Dapat hint banyak. Tapi degil.
Bodoh.
Gerak hati aku biasa-biasa je.
Aku ada kawan (exbf kepada classmate aku) yang memang truly gifted. Duluuuu, dia pernah baca aku. Ada beberapa perkara tu memang betul. Naknak part dia suruh aku berhati-hati dengan bf aku.
Seriously, masa dia cakap aku tak terkejut sangat. Sebab aku dapat banyak mimpi dah.
Tinggalnya...aku degil.
Tu lah breakup paling dahsyat pernah aku lalui.
Sedih + rasa bodoh. Peh.
Tapi memang tererlah dia. Gifted gile oi! Aku tak macam tu pun.

Hujan pulak. Oi lemau aku kena angin sejuk cenggini. Terus lupa apa nak cerita sebenarnya. 

Cinta tanpa syarat.

Masa kecil, aku tak rapat dengan parent aku.
Cuma dengan ayah, adalah manja sikit. Tu pun aku tak sedar aku manja. Mak akulah selalu kata aku manja dengan ayah. 

Aku tak perasan pun.

Lepastu, aku makin besar. Aku macam jarakkan diri daripada parent aku. Pernah tau, masa kat universiti, aku jarang balik rumah. Ada game lah, training lah, takde duitlah nak balik sampaikan dekat 7 ke 8 bulan cemtu, aku tak jumpa parent aku. 

DAN AKU JARANG CALL DORANG.
Ayah? Lagilah.

Sekali aku balik rumah, aku macam janggal dan malu-malu miau dengan mak aku. Sebab aku rasa dia macam orang luar. Hahaha! Dahsyat kan? Aku dah terbiasa duduk jauh dengan parent sejak kecil. Mak aku kat negeri lain, ayah aku nun kat seberang. Aku duduk dengan nenek. Pastu dapat duduk serumah tapi tak lama aku dapat masuk asrama.

Akulah satu-satunya (kot) manusia yang paling happy dapat duduk asrama. Abang aku dah nangis-nangis dan berdrama tiap kali dia nak balik hostel. Aku chill gile macam takde perasaan. Nantilah aku cerita kenapa. 

Bila dah besar ni, aku pun tak sangka. 
Dulu mak ayah aku dah nak bercerai dah.
Dah naik mahkamah dah pun.
Mak aku dah duduk negeri lain.
Ayah aku negeri lain.
Aku tak pernah jangka apa yang jadi harini sebaliknya.

Mak ayah aku dah tidur sebilik.
Solat jemaah sama-sama.
Kiterang selalu travel bertiga.
Even pergi Mekah pun rezeki aku dapat selit dengan parent aku. 
Jadi rapat sangat sekarang.
Duduk hotel tidur 3 orang sekatil.
Kat rumah aku selalu baring selit-selit kat mak ayah aku.
Weh aku dah nak 30 dah weh.

Dulu aku tak macam tu.
Aku kasar dan ego nak mampos.
Tak bercakap hal-hal perasaan.
Mak aku pun kata sejak umur aku 25 cemtulah baru aku pandai nak manjakan diri. 
Entahlah.

Mungkin aku jeles tengok orang lain rasa bahagia ada makbapak bahagia.
Jadi, aku malas dah nak tunggu.
Aku create.
Biarlah orang kata aku ada berubah sekalipun.
Aku tak malu.

Sekarang ni, aku rasa takut sangat kalau makbapak aku takde.
Aku tak pernah rasa takut macam ni.
Aku ego.
Selalu rasa boleh hidup sendiri.
Tapi harini tak.

Aku sedar aku tak boleh.

Ah menitik pulak air mata.
Betullah makin tua ni makin perasa.



Aku bersyukur Allah bagi aku chance rasa bahagia ada keluarga. 
Aku dah tahu apa aku nak kalau aku ada keluarga sendiri. Aku dah tahu aku kena buat apa untuk keluarga aku. 

Dulu aku tak tahu.
Aku tak faham apa fungsi keluarga.

Sedih jugaklah umur macamni baru tahu.

Kau jangan sedih kalau tak pernah rasa bahagia dengan keluarga. Aku dari kecik menderita. Tekanan emosi. Aku matang awal gile darjah-darjah tu ko tahu. Suasana keluarga aku tak macam orang lain. Kiterang selalu berjerit antara satu sama lain. Bergaduh. Selalu rasa nak lari rumah.

Tapi sekarang.
Aku tak sabar-sabar nak balik rumah.

Seburuk-buruk rumah aku, aku rasa bahagia.
Sebab aku ada keluarga.
Tak sempurna.
Tapi cukuplah.

Aku harap sape-sape yang baca ni bahagia.
Kalau kau tengah pertahankan keluarga kau, aku doakan kau berjaya.
Kalau gagal, jangan putus asa.
Selagi hidup, ciptalah bahagia.
Walaupun sendirian.

Pernah tak rasa benci diri sendiri?

Aku pernah.

Dan tengah.



Fikir dan takde action.

Otak aku letih.
Tapi sesungguhnya aku takde buat sebarang tindakan.

Kau dah kenape.

Naik hantu.

Arghhh! Nyesal pulak aku pi tekan Play.
Aku tak boleh. Tak boleh. Tak boleh tengok orang kena buli atau dera.

Selalunya aku takkan tengok.
Pasal aku jenis sentimental.
Aku teringat-ingat.
Pastu aku dok fikir apa perasaan orang yang kena tu.
Aku dok fikir perasaan dia sebelum.
Mesti rasa tertanya-tanya apalah nasib aku.
Masa tengah kena tu, mesti dia rasa helpless.
Lepastu..mesti rasa sedih dan marah biarkan orang buli.
Akan datang.
10 tahun.
20 tahun.

Boleh ke dorang lupakan?

*

Aku naik hantu betul.
Sampai aku terbayang yang budak ni adik aku.
Aku pi asrama dia pi cari budak-budak yang buli adik aku.
Aku dah tak peduli dah.
Jangan cakap lempang.
Memang aku belasah kau cukup-cukup.
Biar kau mintak nyawa.
Baru kau tahu rasa hidup diperbudakkan!

*

Aku terus tutup video tu.
Serius tak boleh.
Meluap-luap marah aku.

*

Aku memang rebel.
First time masuk hostel aku dah berani melawan.
Memang aku kasar. Tomboy pulak tu. 
Aku tak tahu apa yang aku takut masa tu.
Aku boleh baling makanan depan warden sebab bengang dia bahasakan aku lewat. Padahal dia coach aku kot. Aku bergelumang kat padang tadi dengan dia. Sikit aku tak takut. Ish kalau aku ingatlah, peh gengster jugak aku ni. 
Muka aku dulu ketat gile. Membawak ke universiti. Budak-budak duduk kat tangga susur gajah tu, asal aku lalu je semua ketepi. Kelakar pun ada. Aku jadi macam tu sebab..

Tak payahlah cerita.

Berubah jadi mesra rakyat pun masa kat universiti. Itupun sebab kawan kepada kawan aku tanya "Dia memang muka ketat je ke? Takut aku." Padahal aku ni takdelah kasar mana (masa zaman universiti). Muka aku je nampak macam tak boleh diajak berunding. Ketat gile oi. Tapi mana yang dapat masuk circle aku, memang tahulah perangai aku sebenarnya cemana. 

Lepastu aku fikir dan berubah pelan-pelan cuba senyum kat orang. Ada senior tu pernah letak nilai harga senyuman aku mahal gile (dia perli aku) sebab terkejut tengok aku senyum kat dia. 
Susah weh nak ubah habit. Aku ni keras. Keras bersebab. Aku pernah cerita ke masa sekolah dulu, cikgu English aku pernah kenakan aku? Dia panggil nama aku pastu aku pi depan nak ambil kertas, pastu dia buat-buat tak tahu. 
Aku patah balik pi kat meja aku. Dia panggil. 
Pastu dia suruh aku *kat sini aku ingat ingat lupa dah kisahnya* senyum. 

Peh. Jangan tanya apa respond aku. 
Masa tu aku baru sedar ooo orang perhatikan aku lah. Ooo..aku je manusia yang pelik. Ooo..tapi aku tak nak berubah kuangkuangkuang.

Masa sekolah rendah aku pernah buli orang. Ish kalau aku ingat balik, menyesal gile. Aku harap sangat budak tu maafkan aku. Aku tak tahu kenapa aku buli dia, tapi dia senyum je suka. Siap balik sekolah kayuh basikal sama-sama lagi dengan aku. Bongok betul buli rakan sepermainan. Pastu aku pernah pukul budak. Okay aku tak nak cerita lagilah.

Aku pun sama je cuma aku bukan jenis buli orang beramai-ramai. Aku macho. Sorang-sorang rule the world. Bangangnya ayat aku ni. Matilah nak hidup dengan kebangangan ini sepanjang hayat. Confirm aku takkan boleh lupa.

Eh jap. Masa masuk sekolah menengah, aku dah start jaga maruah. Orang hebat tak buli junior. Time minggu orientasi, budak paling takut nak minta tandatangan aku. Siap ada yang terkejut bila aku sign je tak suruh buat apa-apa. 

Aku bukan baik.
Aku tak suka bazir masa aku dan aku rasa benda tu bodoh.

Malas nak type.
Ngantuk.
Bye ah!

Aku ni naif sangat ke?

Gerak hati.
Aku menyampah betul kalau ada benda aku tulis, tuptap Allah tengah bagi hint benda tu akan berlaku. 
Memang aku terasa bodoh sangat.

.

Aku kena lagi.
Aku memang bodohlah bagi peluang kat orang. Aku sangka orang hati sama macam aku. 
Rupa-rupanya aku buka pintu orang pergunakan aku.

.

Berkaitan kerja.

.

Aku dapat offer ni. Yang bebalnya, aku dengan baik sangkanya pada orang, aku cakap soal bayaran terserah pada budi bicara. 

Kau dah kenapa? 

Kau ingat pasal duit, orang boleh guna otak ke? 

.

Aku terkena weh.

.

Payment yang ditawarkan sangat membuat aku rasa terhina. Aku check dengan member-member yang kerja bahagian tu, semua cakap aku kena game. Basically rate hasil kerja aku minimum 5X yang dia offer dan ada yang expert bahagian tu cakap aku boleh caj 10X. 

Yang aku tak boleh belah, siap saiko aku "Kalau sehari dah...,"

Aku tak bodoh sangatlah weh.

.

Aku murung sangat. 
Bukan soal duit.
Tapi aku rasa dunia memang macam ni eh? 
Ke aku yang bodoh yang naif sangat?

.

A friend of mine cakap, aku tak bodoh. Tapi aku sangka semua orang ada same level of common sense, budi bicara sama level macam aku.

.

Pada hemat aku, apa yang kawan aku cuba katakan ialah ye aku bodoh tapi dalam versi paling halus. 

Ha.

.

Sejujurnya, aku perlukan seseorang yang ada wise judgment, intelektual dan berani. 
Sebab aku ni bodoh dan penakut.
Akhirnya aku mengaku jugak.

Tak semua orang menghargai kejujuran.

Mudah semuanya kalau semua benda kita telus.
Mungkin ada yang akan melukakan tapi sekurang-kurangnya kita taklah didodoikan dengan kepalsuan yang akhirnya memakan diri.

.

Nak berlaku jujur tu bukan senang.
Kadang-kadang kita nak menjaga perasaan.
Tapi daripada menipu, lebih baik mendiam.

.

Aku tak suka orang menipu. Bila aku tahu orang menipu, aku akan ikut je permainan tu. Senyum.
Sengih. Tak kantoi kan. Macam bebal kan?


Tapi bila hilang kesabaran aku.. aku dah tak toleh dah.

.


Mungkin perangai aku yang tak banyak mempersoalkan tindakan orang, ataupun nampak aku jenis tak kisah menyebabkan orang suka pergunakan kebaikan aku. Aku perhati je.
Aku ni susah nak marah. Jenis suka ketawa, suka melawak. Tapi jangan kau cabar sisi sebelah aku. Nanti terkejut kau tengok diri aku yang 360 darjah berbeza dengan apa yang kau kenal.

.

Ada 1 kejadian ni, terjadi dalam 2 minggu lepas. Budak lagi dia ni. Mungkin seronok duit dah masuk, kelabu mata kejap. Aku punyalah tolong dia tak harap balasan pun, sekali dia dah kelabu mata sampaikan hak aku pun dia berani ambil. Aku diam je. Balik rumah aku murung jugaklah. Rasa sebak sangat. Aku pun mengadu kat mak aku. Pagi tu aku rasa hati aku terlampau tumpul sampaikan aku tukar gear jadi aku yang garang.
Aku tak marah dia. Aku ignore dia. Aku tak tolong dia. Aku fokus pada aku punya. Dia punya tergamam tu macam kena ketuk dengan tukul. Tak tahulah dia baru sedar salah dia atau dia baru sedar yang aku ni taklah bodoh sangat.
Lepastu dia cuba nak baik-baik dengan aku. Aku chill je buat konon-konon macam takde apa. Tapi seharian tu memang aku tak tolong dia macam hati sebelum tu. Aku punya terasa hati tu, Allah je yang tahu. Dipendekkan cerita, haritu sales aku bagus gile banding dengan dia. Petang tu dalam aku duduk-duduk menantikan orang, hati aku dah okay dah. Aku pulak jadi kesian kat dia. Tup tap Allah kirim 1 orang ni beli borong. Dengan dia punya pun diborong. Lepastu dia pun sembang dengan aku, aku tak nak ceritalah part ni. Aku cuma bersyukur Allah jentik hati dia. So aku pun maafkan dia (dalam hati) dan anggap dia budak lagi mungkin tak sengaja.  Balik tu aku pun sembang dengan mak. Mak kata, mak bangun buat solat hajat untuk aku. Mak kesian aku ni selalu orang pergunakan kebaikan.

Allah makbulkan weh.
Ish rasa nak menitik air mata aku.

.

Bila kau kena diperbodohkan.
Atau ada orang ambil kesempatan pada kebaikan kau,
Doa banyak-banyak.
Minta mak doakan.
Doa mak kan berkat.
Doa orang yang dizalimi pula tembus ke langit tanpa hijab.
Percayalah. Aku dah kena bukan sekali dua.
Berkali-kali. Mungkin kafarah dan ujian Allah untuk aku.

.

Aku pun taklah baik mana.
Cuma aku rasa kita tak patut ambil kesempatan naknak kalau orang tu cukup baik dengan kita.
Dah tak reti membalas jasa, cukuplah dengan tidak ambil peluang memanipulasikan orang.

.

Aku tak suka orang buat aku rasa bodoh.
Walaupun aku memang bodoh.

Makan diri.

Aku ni kalau bab planning, kalau tak murung seminggu dua memang tak sah.
Mak kata aku jenis terlalu berfikir. Banyak sangat fikir kesian orang. Sampaikan sendiri tak untung pun aku tak kisah. Orang macam aku ni kalau buat bisnes, memang lambatlah nak kaya. Entahlah. Aku bukan tak suka duit. Gile ke tak suka. Cumanya.. duit bukan nombor 1. 

***

Aku kalau nak hidup mewah, nak hidup goyang kaki, aku takkan minta putus dengan first love aku. Aku pantang betul bila orang kata perempuan ni kalau dihambur duit, dia hidup. 
Pantang betul weh. (Tak de kena mengena dengan ex aku. Ex aku baik gile nak mampos sampailah sekarang walaupun aku pernah buat dia menangis huhu. Tapi aku ni..aku sedar diri tak padan.)

Aku banyak fikir sebelah orang. 
Kalau menjual, aku banyak risaukan orang.
Aku boleh murung gile kalau benda yang aku dapat dari HQ macam cilake je kualiti. Aku tak kisah rugi asalkan customer aku happy. Makan diri jugaklah weh. Tapi entahlah. 

Aku memang macam tu.

Kadang-kadang aku try buat kering.
Tapi kau tahu.. aku punya teringat-ingat, terasa bersalah tu mau bertahun tak boleh lupa.

***

Kadang-kadang aku geram jugaklah weh.
Kenapa aku boleh ingat benda-benda yang aku buat dan menyakitkan diri sendiri tu. Lupakan jelah. Aku bukan maksum pun kann. 
Huwaaa senangnya aku tulis! Kenapa tak sesenang ini untuk aku hadap! Eh meroyan pulak. Shh diamlah.

Ok.

***

Blog ni memang pasal aku dan aku dan aku.
Jadi aku akan cerita pasal aku je lah.
Banyak-banyak sabar tau.
Kalau rasa meluat, pi mati lah.

Now I know.

Dari nombor 1 sampai 6 - aku.



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Mata pun menipu.

Hari ni kecoh pasal kes anak kena pukul bekas suami. Teruk weh. 5 hari masuk hospital.
Kemudian bekas isteri buka cerita sebenar.
Tapi aku kagum gile kat dia pasal 5 tahun hidup bersama, tak pernah dia burukkan suami dia.
Ni pun sebab dia hilang sabar anak dia pun kena balun macam dia kena dulu.
Nak cakap pasal jaga aib - aku nak cakap 1 je. Pergi mampos.

***

Sudah-sudahlah kita memangsakan mangsa.

***

Lepastu aku pun tengok gambar husband dia.
Pertama kali dia upload sebab selama ni dia takut kalau ada tersalah kemaskini, nanti bekas husband dia malu.

Alahai..baiknya.
Kena balun sampai koyak hidung, gigi patah pun masih ada belas. Ya Allah..moga Allah bagi kau syurga.

Berbalik pada muka suami dia, sorry aku tak boleh halang diri aku dari menilai.

Serius. Tak boleh aku cari celah mana kita boleh detect dia ni abuser. Muka macam baik.
Tapi aku tak heranlah. Sebab sendiri ada jumpa makhluk muka punya elok tapi perangai macam iblis.

***

Aku takut.
Aku harap aku tak alami benda ni.
Selama ni aku kena balun dengan family sendiri pun aku dah rasa tekanan nak gila, lagi pula kalau dibalun oleh orang yang kononnya sayang aku.

***

Ya Allah, janganlah kau jadikan mata aku, sebagai pemerdaya.



Fokus.

Kadang-kadang nampak jalan.
Tapi nak mengenderai perjalanan tu..
Tak daya. 

Berharap Allah buka jalan.
Dan tidak pula aku terbuta akan peluang itu.

Rasa tak selamat.

Pernah tak kau rasa yakin gila dengan diri kemudian bila kau perhati keliling, atau lepas scroll IG perempuan cantik,..

Kau rasa..

Macam..

........


Tak payah banding dengan perempuan cantik.
Bila banding dengan perempuan biasa-biasa tapi cukup sifat - Lembut, rangka normal wanita Asia, tak tinggi sangat, nampak delicate comel je, suara sedap didengar..argh. Aku rasa down sangat.

Down sampai hati aku terdetik - Sudahlah. Kau tak layak pun untuk sesiapa. Tak ada orang nak perempuan macam kau.

....
....
....

Aku menangis type ni. Aku bencilah perasaan ni. Kenapa aku jadi sampai macam ni? Kenapa aku pedulikan semua tu?

Aku tak tahu.
Aku betul-betul tak tahu.
Yang aku tahu, aku tak suka perasaan ni. Aku rasa down gile. Down gile-gile weh.....

.
.
.
.
.
Aku takut...

Surat senyap buat dia.

Tak boleh tidur.
Dengar lagu.
Tetiba ada 1 lagu baru ni lirik dia camni -

"Apa ku tak punya harga"

Terus rasa mata berdouble T.
(T_T)
Sedih.

...

Bukan tak faham bahasa.
Bukan nak buruk sangka.
Bukan nak fikir bukan-bukan.

Aku faham.
Cuma aku rindu.
Rindu sangat sampai kadang-kadang tak dapat elak daripada fikir macam dalam sebaris lirik tu.

***

Nak luah pada orang, takkan ada orang faham.
Simpan kedap rasa ni dan doa.
Mana tau tak berjodoh didunia, kita berjodoh disyurga.
Nanti kat sana, janganlah menolak diri ni.
Tolong ya.
Lama aku tunggu dan bersungguh aku doa.

***

Semoga kesayangan sihat dan bahagia.
Love you.

Main kepala.

Aku perasan.
Ada beberapa orang suka main kepala aku.
Usap tu okaylah aku terima. Tapi kalau simply pegang, tolak tekan kepala tu, aku rasa macam offensive lah weh. Walaupun mulut and muka aku tak tunjuk.

Aku tak nak jatuhkan air muka sesiapa, tapi sungguh main kepala ni tak sopan.

Orang pandang pun berubah air muka.
Aku je yang buat macam takde apa.
Sesungguhnya hati aku tak suka.


Tolong aku wei.



Tangan dan kaki aku sejuk gile.
Aku dapat lelap 2 jam je.
Aku nervous gile weh.
Rasa nak muntah.
Konon nak alih perhatian.
Jawab quiz ni sat.
Dia kata aku optimist.
Optimist ke aku?
Kenapa aku rasa takut sangat ni.
Optimist ke ni?
Doakan 3 hari ni berjalan dengan baik.
Ya Allah..rasa nak tercabut jantung aku oi.

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Seram sejuk.

Haha.
Aku ni tak boleh stress.
Confirm demam.
Semalam 1 hari tak boleh bangun, sakitnyalah kepala aku ni.

***

Aku ada aktiviti weekend ni.
Peh serius nebes gile oi.
Aku kan makhluk yang suka isolate diri.
Tetiba nak hadap manusia, mampu ke aku?
Aku dahlah gemuk gile sekarang tapi lantaklah, malas nak rasa insecure sekarang.

***

Banyak kerjalah sekarang ni.
Harap semuanya berjalan dengan baik je lah.
Aku malas nak tekan diri aku lagi.
Aku nak hidup tenang.
Bangun pagi tengok langit bercahaya rasa semangat.
Itu je matlamat aku buat masa ni.

...

Aku tertekan.
Aku rasa nak menangis sangat ni.
Sakitnya bila aku kenang perbuatan orang pada aku..

***

Aku tak baik.
Aku puas pujuk diri.
Aku salahkan diri aku.
Aku tak baik.
Ye aku tak baik.
Sebab tu Allah balas bagi orang buat aniaya kat aku.
Sepatutnya aku redha.
Allah balas kat dunia.
Tapi ya Allah..
Sakitnya perasaan ni..

***

Aku tak suka benci orang.
Aku tak suka dendam.
Setiap kali aku pujuk diri, setiap kali tu lah aku salahkan diri aku.
Aku yang salah.
Aku yang undang orang buat macam tu kat aku.
Aku sangka aku dah cukup baik.
Mungkin aku perasan je.
Kalau aku baik, takkan orang buat aku macam-macam?
Takkan orang yang aku sayang, aku percaya, akan tergamak buat aku menderita macamni kan?

Aku yang salah.
Memang patut pun kan aku kena macam-macam.

***

Peritnya rasa ni.........

Aku benci kau.

Aku tak tahu nak cerita kat siapa.
Jadi aku coretkan dekat sini je lah.

***

Kadang-kadang aku menyesal involve family dalam business. Disebabkan duit dan perempuan puaka tu, keluarga aku..
Nak type pun aku rasa perit.
Tapi kalau Allah tak izinkan perkara ni berlaku, aku takkan kenal pun hati budi orang. Hati budi family aku.

***

Aku tak tahu nak type macam mana.
Perasaan aku..
Sakit. Rasa bodoh pun iya.

***

Aku start bisnes dengan guna duit aku.
Kemudian mak aku pun melaburkan duit bila bisnes mula berkembang.
Mak cik A dan mak cik B join.
Dua makhluk ni pindah negeri aku. Konon nak ubah hidup katanya. Yang bodohnya, dah tahu komitmen dan hutang melambak, saving pun tak ada. Serius kau ingat buat bisnes hari ni, esok terus dapat duit kepuk-kepuk?
Dorang nak sumbang modal sikit. Aku tak nak. Sebab aku kesiankan dorang! (Masa ni aku baik gila dengan makhluk ni)
Tapi dorang tak hargai pun.

***

Basically dorang adalah staff aku.
Dah namanya staff, logik ke kau nak mintak gaji macam kau taukey? Aku yang taukey pun berbulan-bulan aku tak ambil gaji! Punya pusing duit kau tahu!
Kerja dorang tak berat pun.
Tapi dorang jenis sengaja melambat-lambatkan kerja sampaikan benda yang sepatutnya siap dalam sejam jadi berjam-jam. Aku dah pernah buat kerja tu. Aku tahulah!
Aku dah test dengan beberapa orang lain. Aku pernah test dorang. Aku tahu dorang ambil kesempatan.
Mak aku pulak satu. Selalu menangkan dorang.
Dan asyik marah aku tak tentu pasal.
Last-last mak aku pun kena game weh.
Barulah waktu tu kenal balik aku ni.

***

Aku tak boleh nak sambung.
Serius marah aku tak boleh hilang.
Tambah pulak dorang menjaja cerita aku seolah-olah dorang mangsa pada saudara mara aku, sampaikan aku dibenci dalam keadaan aku tak tahu. Peh aku boleh rasa darah aku mendidih.
Sedara yang baik gila dengan aku boleh mengelak dan buat dingin, apa perasaan kau?

***

Tapi aku pelik.
Kenapa orang mudah dengar sebelah pihak eh?
Aku sungguh-sungguh tak sangka sedara-sedara aku boleh percaya cakap dorang.


***

Sampai sekarang aku tak boleh maafkan dorang.
Even mak aku. Aku masih tak mampu nak lupakan perkara tu.
Bila dah terbongkar semuanya, barulah orang sedar. Tapi hati aku..

Rabak weh.
Rabak beyond repair.

Masih ada yang benci aku padahal dorang tak ada kaitan pun.
Aku dengan mak cik tu aku tak layan pun.
Tadi jumpa, aku punya lembut hati nak salam dia.
Dia boleh pusing buat tak nampak aku.

***

Tapi aku nampak dia gelisah malu.
Ni baru balasan dunia. Mana tak malu, selama ni kau jaja buruk aku. Kau berlakon macam kau mangsa. Padahal aku bayar kau elok. Bisnes belum stabil pun aku tambah gaji kau. Aku jual susu kambing, macam-macam sebab nak tampung. Sebab aku nak tolong kau bina hidup baru kat sini. Aku punya susah, penat, kau tak nampak. Kau provok aku, kau api-apikan aku dengan mak aku, kau mengumpat aku dengan mak aku, abang aku, sedara mara aku. Sepanjang berniaga aku stress gila. Pastu korang reka kata aku kena buatan orang. Aku kena sipi-sipi je selebihnya korang yang buat aku stress! Kau tak nampak silap kau, kau kata aku sengaja marah-marah, sengaja kurang ajar, tapi kau yang provok aku! Kau datang kerja lambat. Kau nak cuti kau main cuti je. Kau sibuk jaja kata gaji yang aku bagi tak padan. Tapi kau tak cerita pulak perangai kau?

Dulu aku punyalah sayang kat kau.
Aku kesian kat kau. Aku niat nak tolong kau.
Tapi kau tikam aku! Kau tikam mak aku! Kakak kau sendiri tu!!!!!!!

AKU TAKKAN MAAFKAN KAU.

Sabarlah hati.

MENGADU DOMBA DAN FITNAH.

Tahu tak bisik-bisik tersebut bukan sekadar kata.
Bukan sekadar melepaskan keluh rasa.
Tapi umpan berkait dosa.
Siapa termakan, alahai..

Pernah tak dibenci oleh orang yang tiada kaitan?
Kalau dulu orang rapat dengan kita, tapi disebabkan jarum-jarum ini dah terpasak kemas, dia tiba-tiba jadi musuh kita.
Pandang muka pun tak mahu.
Berjabat tangan pun tak sudi.
Semacam tunggul tidak diumpama.

Tahu apa yang lebih sedih?
Kita tak ada upaya untuk pertahankan diri.
Kita tak tahu pun apa yang disampaikan sampai kita dibenci.
Dan kita tak tahu kenapa pihak tersebut mudah mempercayai sebelah pihak.
Mudah benar diperbudak oleh kata-kata.

***

Jika ada sesiapa datang membawa sesuatu cerita, dengarlah.
Tetapi jangan diserap dan dihukum terus pihak yang tidak bersuara.
Fikirlah.
Kalau orang mudah menyebar benci, tidak ketarakah kelihatan kebenarannya?

***

Ironinya, siapa yang paling lantang, paling kerap, paling sadis kisahnya sering dijulang sebagai mangsa.
Sedang mereka yang berdiam terus dihukum.
Kepada Allah daku serahkan kalian.
Berjagalah.

Surat rahsia.



Hati hanya mahu apa yang hati mahu.

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Rasa kosong sikit.

Tak tahu mana pergi kekuatan.
Passion.

Tak tahulah.

***

Rasa macam tak nak buat apa-apa.
Tak nak fikir apa-apa.
Rasa macam tu.

***

Ikut angan, aku dah pecut dah lari.
Tapi realitinya, kaki aku berpasung.
Bagaimana aku nak lari ?
Tolonglah aku..

Aku tak mahu hidup sedih kosong begini.
.
.
.

Aku tak tahu nak type apa.
Aku nak nangis.
Aku nak tumpang bahu.
Aku nak nangis puas-puas.
.
.
.
Aku tak mampu.
Aku tak boleh nak menangis.
Tolonglah aku.
Dada aku rasa nak pecah sangat ni.
Tapi aku tak boleh nangis ni.
Tolonglah aku..
Tolonglah...

Perempuan pemukul.

Lately ni banyak pulak cerita isteri pemukul.
Aku dok bayang macam mana ek.
Kalau pukul guna tangan okaylah aku dapat bayang. Kalau pakai kaki?
Peh, guna jurus apa ek?

***

Tapi apalah yang mustahil kat dunia ni kan.
Aku takde nak cakap apapun.
Cuma aku tengah bayang je cemana kejadiannya.
Hmmmm.

Lantaklah tajuk apapun.

3 hari ni aku letih gile.
Ada catering breakfast, lunch dan dinner.
Peh.
Mujurlah mak ayah adik dan abang aku nak membantu.
Abang?

***

Pelik?
Aku tahu.
Aku pun tak faham.

***

Dalam dia menolong tu, biasalah kalau dah kaki provok kann..
Tapi aku masih reti hargai kebaikan orang.
Ni aku tulis ni sebab aku kenanglah ni.

***

Aku tahulah, orang mesti fikir aku ni betul ke?
Betul ke apa yang aku selerakkan dalam blog ni?
Lemahnya aku sampai asyik jadi mangsa perbuatan orang?
Mesti orang akan terfikir aku made up stories.
Aku cakap sebab ada orang pernah cakap.

***

Aku jenis tak bercakap sangat perihal hidup.
Tapi kalau menulis, aku jujur.
Aku lagi suka menulis daripada bercakap.
Banyak benda dalam blog ni aku tak sembang pada orang.
Walaupun bestfriend aku sendiri.

***

Maka terserahlah apapun anggapan orang pada aku.
Aku mudah je.
Aku bukan jenis api-apikan orang.
Mak aku meluat dengan abang aku, dia membebel tapi aku sikit tak api-apikan.
Ada benda aku tegur, aku cakap mungkin mak aku tak puji abang aku kot? Sebab tu dia rasa tak dihargai, rasa pencapaian dia tak significant, so dia tanam dengki dalam hati pada adik beradik lain.
Tapi aku tahu, mak aku kalau elok dia puji. Kalau dah perangai macam babi, memanglah mak aku bising.
Aku cakap cemtu sebab aku tak nak jadi sama level macam abang aku. Memburuk-burukkan orang, cakap belakang, tikam orang.
Tu aku.
Kalau aku bengang, aku jenis cakap depan-depan.
Aku bukan jenis talam dua muka.
Kau buat baik, aku okay dengan kau.
Kau jahat, jangan haraplah aku nak pura-pura agree dengan kau.
Paling busuk aku akan diam.

***

Bila orang tengok aku boleh baik dengan abang aku, orang pelik jugak.
Tak ada apa nak pelik.
Ex aku yang buat aku menderita tu, dalam keadaan memerlukan pun aku masih tolong dia.
Pendek kata, aku tak reti berdendam sebenarnya.
Nak kenakan orang?
Aku balas pada waktu dia buat jahat je.
Waktu dia buat baik, aku pun layan baiklah.

***

Walaupun bahasa aku kadang macam kasar gila, tapi hati aku..

***

Aku tak reti benci orang.

***

Sakit gaklah perasaan tu.

Hujan malam diam.

Batu-batu kerikil itu,
Melalui rongga nafasku.

Tarik.
Perit.
Tarik.
Perit.

Tapi aku perlu terus hidup.
Maka..

***

Air terjun itu,
Seperti singgah pada wajahku.

Deras.
Basah.

***

Diam.
       Diam.
              Diamkan aku.


Kau dah lama mampos (emmm edisi ke berapa dah ni eh?)

Si ungka tu dah balik perangai asal.
Peh.
Macam ada suis siot.
Tekan je - Bertukar!

***

Dia balik jadi pemalas.
Dia tak nak buat apa-apa pun.
Pastu dia acah-acah macam dia bagi manfaat kat umat sejagat.
Dia balik jadi orang yang suka provok.
Kau pernah tak jumpa manusia yang bahasakan orang cakap tak reti jaga suami (ayah aku demam dan muntah-muntah), pastu bila mak suruh bawak pi klinik, dia buat pekak. Ni 1 je contoh aku. Kang cerita lebih kata aku buka aib. Iyalah syurga kan kat tangan kau. Sama je lah kau dengan dia. Bab judge orang kemain. Tapi muka sendiri terpalit tahi.
Ko boleh nampak tak maksud aku?
Maksud aku, dia cakap je bergegar dunia macam good good, TAPI DIA TAK BUAT.
Dia akan sound kau buat kau rasa teruk gila, tapi hakikatnya dia tak buat apapun.
Aku rasa nak type bahasa cercaan kat sini.
BIBABIBABIBABIBA

Menggelegak rasa hati aku.
Dia punya pasal, mak aku jadi bengkeng je.
Mak aku memang tak boleh kalau bengang dengan dia. Habis semua orang dia lepaskan.
Dia punya menyakitkan hati tu ish aku tak tahulah nak terangkan.
Ko tak jumpa dan duduk sama dengan dia.
Mesti ko kata aku saja mengada-ada kan kannn?
Lantaklah.
Tertipulah kau dengan janggut dia, dan bicara agama dia tu.

***

Aku rasa dia mental.
Orang normal takkan buat orang marah pastu pusing cerita as if dia mangsa.
Dia pendengki.
Dia punya dengki tu ish binatang betul.

***

Aku memang marah gile dengan dia ni.
Suka hati akulah nak lepas kat sini.
Tadi mak aku bisik "Dik, dia tu memang kaki provok. Buat pekak je jangan layan".
Aku rasa nak korek mata mak aku pulak tau tak.
Aku ni memang tunggul ke orang buat apa-apa kat aku, aku kena diam?

Warghhhhhhhhh! *keluar suara jantan*

Perempuan.

Peh. Apahal lak dengan hormon aku ni?
Sejak bulan lepas period aku sikit gila dan lama.
Lama okayyyyy. Lama.
Baru mandi wajib, solat pastu period lagi.
Aku rasa macam nak cucuk straw dekat perut keluarkan darah ni.
Tak feeling langsung period segan-segan ni. Buat habis pad je. Alahai.
Pastu daerah selatan tu bertenang kejap.
Tetiba harini aku banyak jalan.
Tetiba perut aku sakit gile.
Aku ingatkan pasal lapar sebab aku tak makan lagi harapkan sarapan je.
Aku pun bertukanglah dekat dapur masak cincai boncai.
Lepas makan makin tak selesa.
Masuk jamban.
O.Kayyyy.
Ada pertumpahan darah di daerah itu.

***

Aku cuba tak cemas.
Tapi..
Bohonglah kalau kata tak cemas bila period kau acah-acah ni.
Terus aku feeling entah-entah aku ada penyakit.
Entah-entah aku hidup dah tak lama.
Hah amek kau, punya jauh imaginasi aku pergi.

***

Aku rasalah, mungkin sebab aku gemuk mendadak (obesiti wei).
Serius aku gemuk gile kali ni weehuuu!
90kg weehuuuu!
Baju tak muat weehuuuuu!
Seluar sendat weehuuuuuu!
Muka bulat weeehuuu!
Padan muka takde orang nak weeehuuuuu!

***

Aku rasalah.
Aku pun tak sure aku gemuk mendadak sebab hormon / penyakit atau disebabkan gemuk, hormon dan period aku kacau bilau.
Nak pergi buat medical check up tapi entahlah bila nak perginya.
Ke aku patut bertenang, cuba ikhtiar kuruskan badan (aku tengah kumpul duit ni nak beli pil kurus. Lantaklah.)
Malas nak jumpa doktor ni. Malas nak duduk congok lama-lama.
Eh, apasal ko sengih sebelah ni?
Aku mana takut doktor laaaaah!

Weh, aku mintak maaf ni.

Kejadian ni berlaku 2 minggu lepas.
Aku ambil masa nak tulis sebab aku rasa bodoh sangat sangat. Murung weh bila terkenang.

***

Aku ni muka je nampak takde perasaan. Tapi aku ni orang yang mudah gemuruh tau. Nervous. Pastu, aku ni pemalu sebenarnya.

Aku paling cuak nak mati bila pergi satu majlis/tempat, tetiba ada orang hulur handphone/kamera suruh ambilkan gambar.

Wei, macam mana kalau skill ambil gambar aku hancus? Kesian orang nak abadikan memori tu.
Huuu mesti dorang akan ingat aku dalam lipatan sejarah berbanding gambar tu.
Pasal aku mungkin akan rosakkan gambar dorang.

Hahh ko nampak tak?
Walaupun orang ramai puji kata aku terer ambil gambar tapi percayalah aku tak rasa macam tu.
Aku takuttttt!

****

Aku pergi Putrajaya. Ada majlis.
Pastu ada satu keluarga besar minta ambilkan gambar.
Dorang request nak nampak nama lokasi tu.
Aku cuak ni.
Ya ampun macam mana ni rasa nak lari je sebab aku cuak gile.
Aku cuba nak sumbatkan dorang dalam kamera tu. Ramai kot. Tengah aku setting tetiba adik aku datang dari belakang dan usik handphone pada tangan aku.
Dia kata "Gelap ni, turunkan pastu tarik ke atas."
Jadah apa ni aku tak faham. Pastu dia tekan tekan pada skrin. Weh imagine lah macam mana aku panik, dahlah dorang dah sengih lama.
Tetiba skrin jadi makin gelap.
Memang dah gelap pun sebelum ni. Tapi ni lagi gelap.
Pastu, adik aku boleh tekan-tekan dan tinggalkan aku macam tu je.
Masa tu aku rasa otak aku tak boleh berfikir.
Sumpah tak boleh.
Skrin tu malap gile. Aku boleh bayang bila dorang tengok gambar tu pahtu kata "Gelaplah gambar ni, sayangnya.."
Aku panik. Tengok muka dorang dah macam bengkek.
Pastu aku pusing cari adik aku suruh betulkan balik. Adik aku boleh ignore je.
Kenapalah aku tak straight pi kat owner handphone je kan? Aku takut...
Huuuuu..

Aku nekad je ambil gambar gelap gelap tu.
Sebab muka dorang bengang gila masa tu. Aku saja buat ketawa kata "Sorry,sorry adjust lighting tadi". Dada aku macam nak pecah. Sumpah. Aku tak tahu apa aku klik dan berapa kali aku klik tapi sumpah gambar tu malap.

Aku buat-buat cool pi pada owner dan tunjuk gambar kata "Hmm gambar gelap kenapa ye. Kena adjust brightness ke?"

Aku sebenarnya tak nak dia jawab ke apa. Aku nak lari 1 pusingan Putrajaya sebab aku panik dan takut gile dengan anggapan orang. Ya Allah teruk gile kan aku punya confident level?
Owner dia baik gile. Senyum dan kata "Oh kena ambil pakai flash kot?" sambil dia adjust handphone dia.

Aku tak tahu apa merasuk aku, tiba-tiba aku walk away. Seriously? *aku pun tengah soal diri aku ni*

Aku membelakangkan owner ni dan berdiri dalam family group aku sambil tengok handphone. Tiba-tiba aku dengar dia cakap "Terima kasih" kat aku, tapi aku tak toleh pun sebab aku..

Aku pun tak tahu. Mesti orang ingat aku biadap kan? Huuu..aku tak biadap, aku terlalu gugup waktu tu. Patutnya aku berdiri je lah kat situ tunggu dia adjust handphone dia. Pastu nanti sambung balik ambilkan gambar. Tapi tak..

Aku...

Aku rasa bodoh sangat dan serta merta mood aku hilang. Naik hangin pulak aku dengan adik aku, kenapa dia pi usik handphone tu pastu dia tinggalkan aku macam tu je? Huuu..tapi yang benarnya aku marah kat diri sendiri. Sepatutnya aku pi je kat owner cakap kamera gelap. Habis cerita.

Kepada keluarga terbabit, aku harap gambar tu cantiklah walaupun gelap. Aku minta maaf tau atas kelakuan aku yang tak sopan tu. Minta maaf banyak-banyak. Harap korang dah pun lupakan perkara tersebut. Ke aku je yang over reacted? Huuu tak tahu tak tahu..

Lagipun aku tak tahu yang aku pegang tu Iphone 6.
Aku pakai Samseng je, tu pasal aku tak tahu nak adjust.
See.. handphone pun aku tak tahu, macam manalah rupa gambar yang aku ambilkan tu?

Tak tahu..tak tahu.  *murung*

Penangis.

Mesti ada orang sama macam aku.
Orang yang nampak huha, tapi dalam serapuh tart nenas.
Orang yang nampak macam gengster, tapi hati macam baldu.

Sebab aku dah penah nampak orang yang luaran dia lembut, tapi hati dia kalau kau hempas, boleh melantun balik kena kepala kau.

Unik kan manusia ni?

***

Lately nape tah, senang betul air mata ni keluar.
Macam pulas pili air.
Berderai tak sempat sambut.

Cengengnya aku!

***

Aku rasa mungkin sebab banyak simpan perasaan, jadi benda tu memakan diri dari dalam.
Rapuh.
Entahlah, iya ka?

***

Aku tak boleh solat ni.
Malam tadi tidur malas nak cuci mekap.
Lap je pakai tisu.
Maskara masih melekat kat bulu mata.

***

Tetiba nangis.

***

Pastu terpaksa berhenti sebab aku pakai mascara non waterproof.
Bila kena air, dia luruh.

***

Pedih oi!
Hahahaha!

Plastik.

Sejak sebulan dua ni, makhluk tu dah kembali ke perangai asal.

Bukan senang nak berubah, kan?

Mujur aku tak percaya.

***

Dia punya busuk hati dengan aku..ish cannot brain lah weh. Serius.
Ni aku belum kaya ni, belum kahwin, belum itu ini, aku rasa kalau dah,.mau ditombaknya kepala aku.
Kau percaya tak bila aku cakap, dalam dunia ni, kau tak payah jadi cantik sangat, kaya sangat, pandai sangat, disayangi ramai orang sangat - untuk dibenci dan dimusuhi.
Manusia kalau hati dah rosak, dia akan cipta alasan yang tak munasabah. Perkara tak ada diada-adakan.
Abang aku boleh kata aku perasan maksum. Aku pelik ni. Dia asyik kata "Kau jangan sampai kena balasan macam aku." Aku macam..kau dah kenapa? Pastu dia suka cakap "Korang layan aku macamlah aku buat dosa besar. Baik doakan aku mati je."

Weh babi.
Dosa yang kau buat tu, selama ni, memang dosa besar pun. Kau yang buat, takkan kau tak tahu? Ukur dosa orang lain pandai pulak? Kau kan pandai agama, takkan bila kena kat diri kau, done done kau jadi naive?

Tak ada sesiapapun judge dia macam dia buat dosa besar. Tapi dia sendiri.
Tak ada sesiapa pun ketepikan dia, tapi dia sendiri buat orang jauh dari dia.
Dia create benda-benda tu sampai dia jadi balik manusia yang busuk hati.
Aku tak heranlah kalau ada pengamal perubatan kata masalah kau ialah hati kau dah hitam, takde nur.
Kau boleh berlakon depan orang.
Tapi aku kenal kau siapa.

Dia beriya menghasut mak aku.
Mula-mula berubah kemaen rajin, kemaen lembut.
Lepastuuu..

Puih. Tuih. Aku rasa nak kahakkan je dia.

***

Dia nak aku dapat balasan macam dia.
Hello, aku tak buat benda macam kau buat.
Aku tak laga-lagakan orang.
Aku tak busuk hati macam kau.
Aku tak angkat parang nak tetak mak aku.
Apatahlagi belasah adik beradik naknak aku yang perempuan ni.
Aku tak provok orang. Aku banyak senyap malas nak layan.
Aku tak terkangkang tidur takde hasil pastu caras makbapak. Bila makbapak tak bagi mulalag kau nak bahasa-bahasakan.
Aku tak maksum.
Tapi aku tak buat benda yang kau tergamak buat.
Pastu kau nak aku dapat balasan macam kau?
Kau ingat Allah ni macam makhluk-makhluk lain yang kau dah tololkan ke?
Aku tak payah balas pun perbuatan kau.
Kau tengoklah sendiri. Kau dapat penyakit yang doktor pun tak tahu.
Jumpa ustaz macam-macam versi kata penyakit kau itu ini tapi takde perubahan. Tapi 1 ni paling aku suka. Bila dia kata kau tak sakit sangat pun. Boleh sembuh tapi kena taubat. Apasal kau tak kutip apa yang ustaz tu cakap? Sebab kau tak boleh terima apa yang kau dapat ni balasan Allah? Ke sebab kau rasa kau makhluk innocent, tetibe je Allah uji bagi penyakit misteri? Kamonlah. Kau lagi kenal diri kau.

Pastu kau salahkan mak tak nak ambilkan kau insurans.
Kau sibuk sangat risau nanti masuk hospital kelas ketiga.
Kalau aku, aku tak fikir benda tu dah.
Aku betulkan silap aku.
Doa banyak-banyak.
Jangan sakitkan hati orang lagi.
Jangan aniaya orang mental, emosi dan fizikal.
Tapi kau?
Kau tetap dengan perangai pentingkan diri kau.
Sumpah aku tak faham macam mana otak kau berfungsi.
Bila adik masuk universiti bagus, kau punya dengki tu..ish,geram betul aku.
Kau hasut dia sampai dia bergaduh dengan mak. Sampai dia berbolak balik nak masuk ke tak.
Kau ni manusia jenis apa ni?
Lepastu kau berlagak macam baik.
Macam kau takde hasut dia.
Babi sangat.
Sekarang kau tanya, kenapa Allah tak sembuhkan penyakit kau walaupun kau dah tunggang tonggek solat, duduk surau lama-lama?

***

Allah tahu hati kau.