" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Sorry mak.



Ni masuk hari ketiga aku tak bercakap dengan mak. Mak ada jenguk bilik aku malam-malam. Ada gak cuba bergurau dengan aku. Ajak makan. Tapi entahlah.

Bohong kalau kata aku tak terguris.

Aku tak cuba nak memangsakan diri aku ya. Aku tahu aku tak sempurna. Bukan orang dambaan. Aku rasa kalau mak aku boleh pilih anak orang lain, dia takkan pilih aku pun.

Aku memang tak guna. Kalau aku berguna, orang takkan kata macam-macam pada aku. Sekali sekala je aku mendatangkan manfaat. Sempatlah juga rasa sekejap dihargai.

Kalau letak aku dengan orang lain, orang takkan pilih aku. Mak aku sendiri pilih adik beradik dia daripada aku. Mak aku sendiri sayang anak orang dan kagumi anak orang daripada aku.

Tapi make sense lah. Aku apa je ada?
Cuma melukut tepi gantang.

Bapak aku yang tak biasa cakap menghiris kalbu pun dah selalu sindir aku. Aku rasa kalau kau tak berduit memang orang buat macam tu kot? Tapi padanlah dengan aku kan.
Dah aku tak mendatangkan hasil. Tak tolong bayar bil, sediakan barang makan bulan-bulan. Bila nak minta duit asyik tak ada je. Mak bapak mana yang suka.

Masa ada duit, belanja makan rumah, bil apa bagai semua aku tanggung pun masih tak cukup. Entahlah. Aku sensitif sangat ke? Aku sengaja cipta rasa tersinggung ke? Entahlah. Iyalah tu agaknya.

Bila aku ada duit, walaupun RM10, aku tak berkira pun. Mak bapak aku akui tu. Tapi bila terjadi sesuatu dorang macam lupa lah. Faktor usia kot. Ataupun memang sebab pengorbanan aku tak signifikan mana pun. Manalah boleh nak ingat.

Aku duduk kenang diri.
Aku memang tak sempurna.
Aku akui. Aku tahu betapa banyak kelemahan aku. Kadang-kadang aku terpaksa telan yang aku memang layak ditolak macamni.
Disindir macamlah aku takde perasaan.
Kadang-kadang aku rasa mak bapak aku pilih orang. Ko perasan tak, kadang-kadang dengan orang lain, orang layan elok. Marah belakang-belakang tapi dengan kau jadikan tempat lepas.

Mak kata dia buat macam tu sebab dia tahu aku macam mana. Tapi tak adil kan lepaskan perasaan pada aku je? Aku memang nampak tegap. Memang aku berani melawan pertahankan diri, sebab aku..

Aku takde sape nak pertahankan.

Kadang-kadang kelakar jugak.
Bila orang lain kena marah, sindir perli, aku tetap akan backup cakap sudahlah tak elok macam tu walaupun orang yang kena tu orang yang aku benci. Setidak-tidaknya aku akan diamkan diri tak akan tambah api.

Tapi orang lain tak buat macam tu.
Orang lain api-apikan aku dan ambil kesempatan.

Aku tak rasa aku mangsa.
Aku yang memangsakan diri aku.
Mak ayah aku tak salah.
Aku yang salah sebab jadi anak dorang yang tak berguna.

Aku tak tahu nak cerita pada siapa.
Aku type kat sini takpe kan.

Aku sedih.
Padan muka aku.