" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

RUDY HABIBIE

2 jam something aku dok hadap cerita ni. Boleh tengok kat sini TONTON ONLINE .
Puas aku google nak tengok cerita ni. Dapat jugak, line pulak elok takde tersekat-sekat.

PEH.

Aku rasa sebak gile, sebak yang tak boleh nak nangis sebab sakit sangat rasa.

Betul. Kalau dalam 1 hubungan tu, salah seorang ada kecintaan pada sesuatu yang lain, sesuatu yang lebih besar, sesuatu yang dia paling inginkan, sesuatu yang dia tak mahu berkompromi, sesuatu yang lebih bagi manfaat, maka pihak sebelah cuma sekadar mampu tawarkan kecintaan pada dia, akan dianggap sia-sia sahaja.

Contohnya, ko nak ke berkompromi dengan pekerjaan ko, hanya sebab rasa sayang pada seorang manusia? Manusia yang belum tentu bagi benefit kat ko. Sekadar memenuhi rongga emosi je. Ko tetap nak kena makan. Ko tetap ada bil beratur nak bayar setiap bulan. Ko ada keperluan lain. Ko tak boleh hidup hanya dengan rasa sayang pada seorang.

Ada orang sanggup tinggalkan semua sebab cinta pada manusia.

Ada yang tak.
Didorongi waras dan keinginan kuat pada matlamat, cinta manusia cuma sekadar terowong yang perlu dilalui seketika. Bukan untuk dijadikan tempat berhenti. Apatahlagi untuk didiami.
Bukan sekarang. Bukan hari ini. Apatahlagi semalam.

Orang kata kalau diduakan dengan orang memang sakit.
Tapi kalau diduakan dengan impian, ko takkan boleh menang punya.

Hidup begitulah.
Semuanya setiap satu mandiri dalam ruang keinginan sendiri.
Kadang love life ko hebat, tapi kerja ko tak best.
Kadang kerja bagus, tapi sunyi.
Kadang pintar, tapi tak difahami.
Kadang kacak, tapi hati tak temukan lagi yang serasi.
Kadang semuanya ada, tapi ko ada penyakit pulak.
Ah.
Kita takkan boleh menang kesemuanya.

Kutip apa yang paling bermakna.
Paling penting.
Tak perlu tamak kejar habis.

Memang sakit jika yang tertolak, yang dikompromi, yang diduatigakan itu kita.
Perasaan kita.
Selfless kita yang diberi percuma.
Mentah-mentah ditepis.
Mentah-mentah juga tidak dikendong seiring.
Seperti tidak bermakna.
Ditunggul-tunggulkan.
Ketap gigi saja mampu menahan rasa.
Tidurlah berdodoikan air mata.

Perit. Memang perit.

Tapi kecintaan itu memerlukan pengorbanan.
Berkorban atau terkorban.
Mana-mana pun sama peritnya.
Tak ada 1 manusia pun yang mahu memilih untuk melukakan orang lain.
Tambah-tambah orang yang kita sudah izin masuk ke lubuk hati. Ruang paling intim yang bukan sebarang-sebarang boleh dikuis.

Tapi kalau kita sungguh sayang, biar tidak disayang pun kita rela.