" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Manusia dan syiling.

Weh, apa ko rasa kalau tetiba orang yang ko kenali di alam sebenar, yang ko nampak, kemudian ko discover sifat dia yang lain? Macam, dia ada 2 karakter berbeza. Macam, karakter dia yang lagi 1 itu tak sepadan dengan apa yang ko nampak.

Aku rasa manusia ni memang interesting. Kena kenal, kena letak dia dalam pelbagai suasana, kena trigger dan korek korek sifat dia yang jarang-jarang dia persembahkan.

Aku pun macam tu. Aku harap sesiapa yang kenal aku luar dan dalam taklah serik kenal aku. Ala kalau ko serik pun aku peduli apa. Aku akan memburu ko dalam mimpi. Memenuhi ruang ingatan ko. Sampai kau jadi takut nak tarik nafas. Sampai kau..


Eh tak jadilah nak jadi saiko. Hahaha!

Weh korang nak tau tak. Selama aku berblogging ni aku banyak dapat email. Kengkadang rasa macam pelik gile bila orang cari ko dan open up. Kengkadang rasa macam baiknya orang peduli sungguh kat hidup aku rajin hantar email. Kengkadang rasa seram. Kengkadang rasa macam ego booster pun ada gak.

Aku ni jenis jarang delete conversation/email. Pada suatu hari...pendek cerita aku match kan email orang dengan tuan empunya. Sumpah surprise gile wehhh!

Orang yang pernah email aku sembang-sembang tu, adalah classmate aku! Classmate yang aku tak pernah tegur! Bapak ah. Tergamam kejap sambil tangan aku putar balik filem lama geduk..geduk..geduk *bunyi* sambil tengok wayang tanpa bunyi tu. Tak tau apa rasa waktu tu.

Lainnya dia dengan apa yang aku nampak secara fizikal ni.
Lain sangat,sangat!
And apa yang membuatkan dia terasa nak reach aku personally?
Mak oi aku tak tau apa perasaan aku.

Tapi sejak itu, aku selalu set kat diri, kalau orang tu hensem tak semestinya perangai dia pun hensem. Kalau orang tu muka dia keras, macam takde perasaan, tak semestinya dia takde perasaan. Entah-entah dia manusia paling loving dan sangat sweet. Sebetulnya, aku pelik jugak bila orang mudah open up perihal/sisi gelap diri dorang dengan aku. Macam sembang rahsia atau cakap benda yang dia tak boleh nak cakap pada orang lain. Aku bukan jenis yang suka paksa orang, atau dorong orang untuk cerita. Tetiba je orang rasa nak bagitau kat aku. Seram gaklah weh sebab bila orang percaya kat ko, ko kena jaga kepercayaan orang. Ala tak susah pun cuma kena ada self control yang kuat je. But still, aku seram.

Bila orang cerita rahsia dekat aku, aku macam.. okay ko nampak sekian sekian, tapi ko rupanya cemni. Okay life ko nampak sekian sekian, tapi sebenarnya..
Bila kita kenal orang tu luar dalam, apa ketakutan dia, apa kesedihan dia, apa benda yang dia suka, aku rasa macam comelnya manusia ni.

Cuma aku terfikir, kenapa kita kena hidup seperti syiling. Kenapa kita tak boleh lepaskan apa sahaja yang ada dalam hati kita. Kenapa kita tak boleh kongsikan dengan semua orang apa kita rasa. Kenapa kita ada side yang sesetengah orang je dapat nampak.

Tapi kalau kita sepolos tu, macam tak menariklah pulak kan?
So apa sebenarnya tujuan aku tulis ni?