" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Kena sarung dulu, baru tahu.

Dulu aku pernah join 1 bisnes ni. Untung dia memang sedap. Masa nak Raya tu lagilah, syok betul meniaga.

Tapi bos aku ni, mungkinlah dia ada target nak kejar, so dia tambah beratus-ratus lagi reseller. Sampailah orang start muak tengok iklan yang sama.

Tu aku sabar lagi. Ye la faham dia nak duit banyak kan.

Yang aku bengang bila kita check stok, lebih seminggu baru dia balas.

Sabar lagi.

Pastu startlah benda yang aku tak tahan. Pos salah, tak cukup.

Beb. Dahlah lambat. Pastu salah. Pastu yang kelakar tu, dulu-dulu owner dia bagus sangat. Reply laju gile dan akan minta maaf kalau silap. Ni aku tak tahulah siapa yang balas.

Mintak maaf, harammmm!
Memang lambat sangat respond. Pastu order kita lambat sangat2 sampaikan customer beli pada orang lain. Kena pos kat group baru dia proses.

Takde maaf, maaf lagi weh.
Aku benci nak mampos orang tak reti mintak maaf.

Aku pernah sound personally. Memang aku hangin gile babi time tu. Aku dah bayar. Cuma customer tu tak bagi address lagi. Bila aku nak proceed dia cakap stok habis.

Kesabaran dah macam cirit dah hujung-hujung.
Meledaklah marah aku. Yang aku geram sangat tu, sikit takde minta maaf lagi.

Weh, minta maaf bukan susah weh. Dah buat silap akuilah. Apasal ko nak ego sangat?

Lepas beberapa hari, dia contact kata tersilap. Order aku cukup lagi sebenarnya. Peh. Ko bayangkan aku dah bagitau cust, tetiba nak bagitau cust lagi sekali. Aku dah hilang kata-kata waktu tu. Rasa nak nangis je sebab dah terlalu stress dengan urusan macam tu.

Urusniaga dengan dia ambil masa lama.
Lama nak balas.
Lama nak tau ada stok ke tak.
Kengkadang ko submit je, stok yillek. Ape lagi tadah telingalah kena semprot dengan customer.
Pastu supplier start buat hal.
Kain tak cukup.
Kain rosak.
Kain salah.
Hmmmmmmmmm..sebab duit je aku bertahan tau tak. Ye la dah tu je income aku masa tu.

Pastu yang kelakar tu, lepas kena sound tu, dia pun cakap "Janganlah marah sis...blablabla".

TAK.ADA.SEPATAH.MAAF.PUN.

Aku pelik orang tak reti minta maaf ni. Tak kiralah kalau ko nak pertahankan diri dulu pun takpe. Tapi hujung tu please lah say sorry. Sorry tu nampak simple, tapi dia ibarat air. Siram kat hati yang panas ni.

Aku marah pun masih berlapik lagi. Takde bahasa kesat. Aku suarakan kehampaan. Ko tau lepastu dia buat apa?

Dia block aku.

Cilake gile. Aku sure tu bukan boss besar dia. Sebab boss dia berbudi bahasa sikit (setakat yang aku pernah berurusan masa dia belum popular. Tak tahulah kalau ada 2 sides kann..)

Aku rendahkan ego aku (Weh duit weh..plus aku tak salah) dan mesej admin. Aku cakap terus terang aku tak faham kenapa tiba-tiba nak block aku padahal aku takde post kes aku kat public pun. Aku diam dan settle kan dengan dia elok-elok kat belakang padahal ramai yang hentam dia (aku tak made up. Memang banyak sangat masalah sampaikan ada je yang mesej aku mengadu nasib. Kalau aku sorang je kena, mungkin akulah yang bermasalah kan?). Lepastu dia tak balas apa, tau-tau dia dah tak block.

Bangang punya orang. Buat salah, kena marah, guna kuasa block orang. Kalau takde orang desperate cari duit macam aku ni tolong jual kain ko, ko telanlah stok kain ko tu. Memang ramai yang rasa diri dianiaya. Peh..tak sangka orang boleh berubah macam tu kan?

Aku dengan team tu dari awal dia start buat bisnes tau. Layanan tiptop. Serius weh.
Tapi bila maju, bila duit makin berkepuk..hmm..

Pastu tetibe dia stop jual kain. Jual tudung pulak. Kiterang tetap setia dengan team, start dari zero. First batch tu rasa macam dalam neraka. Dia buat preorder dan faham2lah, banyak benda yang tak terjangka, tetiba customer start jadi lion. Pehhhhhhhhhhh. Aku takkan lupa tu.

Tetap sabar. Nak senang kan? Kenalah sabar.
Pastu ada tudung yang sampai tak sama seperti diiklankan. Ada defect. Kaler lari. Defect banyak dan teruk! Pastu...lambat nak mati.

Duit aku burn bila ambil stok, stok lambat gile sampai. Customer beli dekat website.
Yang ni memang macam babis sikit. Dia dah ada reseller, dia open premium reseller pulak, pastu dia buat jualan website (then butik).

Yang aku tak tahan, orang yang beli kat website dapat dulu daripada kiterang reseller yang order berjaman. Ko rasa tu satu penganiayaan tak?

Nak maju manipulate orang yang desperate macam aku. Kiterang pun iklan macam nak rak. Bila demand tinggi, dia terus buka peluang orang yang berduit pulak. Okay takpe.
Sendiri jual pulak. Sabar je weh.. kiterang rasa terkilan gile. Kena main kann..

Yang bengang habis bila dia pos stok reject (kerosakan tak masuk akal. Besar gile. Buta ke mata masa packaging tu? Bukan 1,2 tau. Bukan 10,20 orang complaint tau. BANYAK!) Pastu dia bagi tukar dengan syarat tanggung kos pos pulangkan dan pengeposan semula.

KO BUAT SILAP.
KO SURUH ORANG TANGGUNG.

Babis kuasa babis.

Daripada ko ada untung RM5, jadi negatif pulak sebab nak tanggung kerugian.

Lepastu aku rasa enough is enough. Aku tak happy. Aku tak untung. Aku rugi. Aku pun angkat kaki blah dari team yang aku dah join bertahun tu. Sedih rasa.

Tapi Alhamdulillah sekarang aku tengok team tu macam okay. Dah ada strategi yang tak aniaya team. Bukan bolot sendiri. Baguslah kann. Walaupun aku dah tak 1 team, aku suka bila bangsa aku maju. Bantu orang susah yang nak cari duit. Jangan aniaya orang. Aku suka. Dorang pandai, ada duit, ada strategi, produk bagus. Tapi tu lah, kadang2 duit meletakkan perikemanusiaan kita kat belakang.

.


Bila aku dah join banyak team, aku belajar macam2 benda. Kadang-kadang bukan kita tak tahu benda tu salah. Tapi kita tak rasa. Jadi kita tak terfikir oh tindakan ni boleh sebabkan apa pada orang lain (until what extent). Kita rasa biasa je. Tapi kenapa nak biasakan benda yang tak sepatutnya dibiasakan?

Ada boss aku yang sangat jaga orang bawahan dia. Siapa main harga, dia akan beli semua stok orang tu dan terminate serta merta. Dia jaga betul2 sebab dia pernah rasa. Aku kagum gile dengan boss aku ni. Peh memang rasa hormat sangat!

Pengalaman tu mendewasakan, kan?
Tak apa buat silap sekali, dua.
Tapi kalau berkali-kali..