" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Voice disorder.

Weh.

Senarsis aku, aku reti sedar diri

***

Masa aku umur 16-17, otot bahu aku koyak pasal aku atlet bola baling masa tu. Beranduhlah ape lagi. Memang tak boleh nak angkat tangan oi, sakit gile.

Pergi klinik dengan member. Aku ingat lagi doktor tu India. Dia sapa aku ramah gile. Bila dia dengar je suara aku dia terus tanya -

Awak ada penyakit lain ke?

(Aku dah blur dah. Sakit bahu lah! Obvious kot beranduh dan aku pun dah cerita tadi.)

Pastu dia tanya lagi dan kaitkan suara aku. Dia kata sebagai doktor, dia kena bagitau pesakit sakit apa, bukan pesakit bagitau. Peh kagum aku oi time tu. Ko tau tak aku anti dengan doktor. Kepergian aku tu sebab aku tak tahan sangat berdenyut sakit dan aku nak painkiller. Bila dapat doktor concern cenggini wallaweyhhh tercengang kejap!

Aku masa tu budak. Manalah tahu pape. Aku tak rasa aku sakit pun. So aku cakap memang suara aku dari kecik macamni (membohong lagi. Manalah aku ingat suara aku kecik-kecik cemana.) Aku rasa ('rasa') memang dari kecik suara aku macamni. Pastu doktor tu ajak karaoke dan buat lawak. Tutup cerita. Sejak dari haritu, aku tak rasa pun ada something wrong dengan aku.


Tapi bila aku membesar, aku rasa apa doktor tu cakap betul. Bila aku dah reti google, aku rasa suara aku jadi macamni bukan sebab semulajadi.

Aku sakitlah!


Time ni aku rasa nak undur masa dan mintak doktor tu tolong aku. Weh rasa down gile weh. Walaupun selama ni takde isu (sangat. Cuma orang selalu tak dengar apa aku cakap padahal aku rasa dah kuat benar dah) , walaupun aku ada ramai orang yang suka dengar aku bercerita, rajin call aku, siap kalau jumpa aku suh aku cerita apa-apa (aku pelat. Cara aku bercakap macam budak. Memang kelakar sebab aku pernah dengar orang yang pelat macam aku bercakap. Mungkin orang suka dengar sebab.. kelakar. Orang rasa nak ketawa. Atau orang rasa terpesona tengok aku confident je.) tapi..

Aku rasa rendah diri sangat bila usia makin meningkat. Pelat tu tak boleh buat apalah. Suara.
Bila aku rekod dan dengar..


Terngiang-ngiang kat telinga aku macam mana ex aku 'nyenyet'kan (ejek) suara aku. Masa tu aku terdiam. Hati aku rasa pedih gile. Tapi aku tak suarakan. Aku layan je dia sembang.

Sorry ex, tapi aku tak boleh lupa yang ni.
Terguris gile hati aku.

Waktu tu aku start terfikir-fikir.
Suara aku macam jantan.
Kadang-kadang dengar macam seksi (ex aku cakap) sebab serak-serak.
Tapi aku rasa macam itik kena cekik.
Kadang-kadang bila aku rekod dan dengar..
Aku tak boleh nak dengar.
Aku tak boleh.


Aku rasa down teruk sangat.
(Orang tak perasan pun sebab aku tunjuk konfiden nak mati. Orang tak tahu macam mana aku cuba susun dan kawal, tu pun selalu tak menjadi. Bercakap jadi sangat susah untuk aku. Kadang-kadang aku tak cakap. Aku dengar je. Kadang-kadang aku cakap tak habis. Kadang-kadang sebab terlalu risaukan suara, aku tak tahu apa aku cakap.)

Down weh.

Makin lama makin teruk.
Aku rasalah.
Aku sentiasa rasa macam kat tekak ada mukus.
Kengkadang rasa sengau.
Kengkadang rasa kenapa lidah aku ni rasa berbelit-belit nak cakap.

Down sungguh.

Pastu aku cuba google. Aku rasa mungkin aku ada strangled voice. Ada nama saintifik dia tapi tak kose nak hafal.

Aku tengah terfikir nak jumpa doktor.
Aku yakin aku memang ada voice disorder.
Yakin 200%.

Aku terfikir, bestnya ada suara perempuan.
Mak aku suara sedap. Siap menyanyi lagi dulu.
Abang aku suara sedap. Adik beradik aku normallah. Suara aku?


Itik tercekik.
Dahlah pelat.
Aku cuba hari-hari belajar sebut perkataan satu satu. Cuba belajar kawal (aku cakap laju).
Tapi macam takde perubahan.


Aku nak jadi macam perempuan normal lain.
Entahlah. Tersepit sebenarnya sebab aku bersyukur dengan suara itik tercekik dan pelat aku ni, aku ada ramai kawan. Aku pernah menang pertandingan bercerita, aku pernah masuk pidato, dikir barat, banyaklah. Bila aku buat presentation orang fokus dan lecturer pun banyak puji. Time kerja okay. Time meniaga customer okay je. Memang takde isulah sebenarnya.
Aku masih boleh hidup dengan suara dan kepelatan ni. Family ejek pun aku takde feeling. Aku okay je, doranglah penat menyakat.


Cuma aku terfikir, nanti suami aku akan ejek aku tak?
Macam mana kalau dia berangan nak ada bini saiz perempuan Malaysia yang kecik-kecik, ada tetek besar, pastu putih, pastu suara lembut dan tak pelat?






Eh, buat apa dia kahwin dengan aku kan? Ketara sangat aku tak provide semua tu.

Okaylah, soalan lain.


Ada ke lelaki yang okay dengan semua kelemahan aku tu?
Yang tak akan buat aku rasa insecure?

Entahlah.
Aku takut dan rasa serba kurang.
Jadi aku cadang aku nak bujang je.
Doakan aku mati cepat. Cepat daripada mak ayah aku tau.