" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Tahun Baru dengan Mann.

Aku kalah dengan filem hindustan ni.
Sejak aku kecik takde perasaan kat laki sampailah aku dah tua ni, tiap kali tonton, peh..berair hidung oi.

Melihat orang yang tak reti menghargai, berganti-ganti pasangan seperti ambal kaki, hidup percuma hanya untuk enjoy kemudian bertukar menjadi seseorang yang menghargai hidup dan orang yang singgah - peh.

Tengok pulak si bakal laki Priya ni sanggup buat apa je untuk dia termasuklah lepaskan dia - peh. Kalah aku weh. Kalah.

Sayang orang sesungguh hati.
Sanggup buat apa saja untuk buat dia happy.
Sanggup buang rasa selfish untuk memiliki -bukan senang.

Aku dah lalu dah. Rasa macam hati kau ni dicarik perlahan satu persatu. Hidup-hidup hati yang rabak tu ditunam dalam air garam dan kau di expect untuk kekal hidup.

Sakit weh. Sakit.
Sakit sangat-sangat.

Bukan senang kita nak buka pintu hati.
Dalam takut-takut kita paksakan cuba.
Tapi itulah..

Kena sedar diri.
Tahu diri tak mendatangkan bahagia.
Tahu diri tak sempurna.
Bukan dambaan.
Tahu diri penuh dengan masalah.
Siapalah yang boleh bertahan.
Siapalah yang sanggup.
Banyak lagi orang yang lebih worth it kat luar sana.

Bila aku fikirkan dari belah orang, aku akan rasa macam dianiaya.
Tapi bila aku sedar diri..
Ish aku rasa macam memang patut pun.
Aku tak layak.
Aku tak layak.
Aku tak layak.

Samada aku tinggalkan orang,
Atau orang pilih untuk cicirkan aku,

Aku sedar, aku layak diperlakukan begitu.

2017, aku harap aku sentiasa sedar diri.
Lagi dan lagi.

Selamat tahun baru semua.