" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

SPRING CLEAN

Sebenarnya..sejak aku habis revamp bilik tidur (beberapa tahun lepas. 3, 4? Entah) aku dah tak usik apa sangat dah. Maksud aku, aku dah terlalu selesa dengan keadaan bilik aku yang artsy (sesuai dengan diri aku. Sebelum ni aku kan nomad. Duduk hostel, duduk asing rumah. Jadi mak aku yang hiaskan bilik jadi gegurl. Aku terpaksa terima apa je rupa walaupun aku bukan jenis gegurl.). Aku tak suka katil. Tapi mak aku belikan katil besar. Aku tak suka almari kaler coklat, tapi tu yang paling murah haha so bila aku dah berduit dan mula rasa nak tonjolkan personaliti aku, aku ubah habis. Cat almari pastu sental guna berus dawai untuk dapat effect kayu buruk (aku suka). Cabut kepala katil, terbalikkan dan buat headboard sendiri guna kayu palet. Langsir aku cat horizontal line atas kain putih yang mak cik aku bagi. Pastu aku gunting atas dan ikat pada buluh. Taraaa! Aku DIY semua sendiri. Zaman tu DIY tak popular lagi. Kawan aku merangkap wartawan banyak kali arrange nak shoot bilik aku, tapi tu lah. Aku masih tak puas hati (nak expose pada dunia kann, mestilah tunjuk something yang amusing dan boleh inspire..) dan mintak delay. And yes, sampai sekarang aku delay. Dah basi dah pun. Kesian kawan aku.

Oleh itu, sekarang bilik ni jadi tempat yang paling aku selesa (dulu pun. Asalkan aku ada ruang sendiri. Cuma aku bertambah suka yanh sekarang). Maklumlah aku kan makhluk kotak. Suka duduk sorang-sorang.

Aku cuma ganti cadar je. Lain-lain aku tak rasa nak ubah.

Tadi aku dok belek gambar lama. Kotak simpanan yang ada dalam bilik aku. Baru belek sikit aku dah terkesima.

Peh. Aku tak ingat pun aku taruk kat situ.
Peh. Aku ada benda ni rupanya.
Peh.
Peh.

Banyak sangat harta karun dalam bilik aku ni.
Terkenang gaklah pengalaman lalu. Benda berbelas tahun lepas.

Pastu aku terfikir.

Cemana kalau tiba-tiba aku mati?

.
.
.


Jadi aku pun buat keputusan, dalam masa terdekat ni aku nak declutter and discard je benda-benda lalu. Obviously kalau aku boleh lupa benda tu bertahun-tahun, aku tak perlukan pun. So aku nak buang.

Baju-baju pun.

Atas almari aku ada berpuluh ekor patung. Dulu aku tak boleh tido kalau takde menatang ni. Tapi sekarang dorang jadi kumpul habuk je. Baik sedekah je kat budak-budak.

Pastu aku nak bersihkan memory computer. Nak buang apa patut.

.


Dulu aku tetibe boleh naik hantu revamp bilik 100% tu sebab aku murung (kes aku lari dari tempat kerja, kena fitnah, putus cinta, sakit). Aku buat sebab nak bangkit. Yes aku berjaya. Cat bilik sendiri. Bertukang sendiri. Alih perabot berat sendiri. Semua sendiri. Sempat buat kek lagi dalam sibuk-sibuk tu. Ye la, bila busy ko tak fokus pada kesakitan yang ko tengah hadap.

Kali ni aku takde motivasi. Benda yang menyakitkan aku terasa macam diterajang ditempat yang sama. Lali.
Tak menggerakkan aku pun. In fact aku rasa stagnant. Rasa terbiasa dan menerima je.

.


Tapi lepas tengok gambar dan kenangan lama, aku terpanggil rasa nak kemas bilik. Ganti langsir. Tukar susun atur. Atau kalau mampu nak tukar kaler bilik.

 .

Aku nak tinggalkan bilik ni dalam keadaan baik.

Maksud aku, dorang tak perlu nak kemas kenangan aku (aku memang sentimental. Lukisan lemang dan pelita ex aku dalam paint pun aku boleh print dan display. Ko pikirlah aku ni sejenis apa).

Dorang boleh teruskan hidup.
Tak perlu tau apa yang aku simpan selama ni. Aku risau kalau dorang terjumpa diari aku atau apa2 benda yang aku tulis je. So aku nak buang.

 .

Harap aku boleh buang dengan mudahlah.



Semudah orang membuang aku.