" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Jangan buat orang.

Beberapa hari lepas, dia mesej aku.
Mengadu.
.
.
.
Sekejap je Allah nak tunjuk.

Dia buat aku dia tak perasan.
Bila dia kena, hah baru tahu terganggu emosi ke tak.


Aku takdelah kata aku padankan dia.
Rasa kesian pun ada.
So aku pun buat review promote biz dia.
Aku pun tak tahu kenapalah aku ni.

Dia up gambar testimoni orang.
Aku saja scroll.
Ada yang text dia bagi review.
Kata beli barang tu kat * masa buka booth.
Obviously weh yang jual tu aku.
Stok aku.
Customer aku.
Cuma waktu tu aku takde bisnes card.
So selit bisnes card dia dalam plastik orang yang beli. Aku pun sangka kalau customer aku contact dia, dia akan pass pada aku. Lagipun dia sendiri yang kata "Takpe, bagi kad saya." masa customer minta card dari aku.

Tapi..
Bila customer contact, dia balun sorang.
Siap selamba cakap kat aku customer * contact saya nak beli sekian sekian.
Apa perasaan ko?
Ni bila baca review yang sepatutnya aku punya, dia boleh tak pass pun?
Pernah dia cakap kat aku (waktu tu aku dah start panas. Hari last kat booth. Aku ambil marker dan tulis no phone aku atas plastik. Tercengang dia.) "Bagus * buat macamni. Sebab susah saya nak pass customer pada *"

Sorry beb. Ko jah-hat. Pada aku perbuatan ko jahat.

Mana yang contact aku, nak beli barang dia (sebab aku promote) terus aku direct bagi dia. Padahal aku boleh je untung atas angin.
Tapi aku tak buat sebab pada aku tu bahagian dia. Walaupun aku orang bisnes, tapi aku tak jual semua benda termasuklah persahabatan.
Walaupun aku miskin, dan sangat perlukan duit, tapi aku tak terbuta oleh wang.

Murah sangat dunia ni sampai semua benda boleh gadaikan sebab duit.
Tapi aku malas nak kisah.
Sebab hidup ni tak kekal pun.
Aku boleh tunggu.

Tunggu sampai semua perbuatan dibalas seadilnya.
Tu je prinsip aku sekarang.
Ko nak kata aku pendendam ke, katalah.
Nak kata aku tak boleh move on dari perbuatan, katalah.
Nak kata aku asyik buat macamlah aku baik sangat dan orang macamlah jahat sangat dengan aku, katalah.

Bila benda tu ko buat, ko pandai pusing.
Tapi bila ko sendiri terkena, ko boleh pulak halalkan reaksi ko.
Semuanya mengenai ko.
Aku ni memang takde perasaan.
Aku kan batu.
Tunggul.

Manusia memang tak boleh dipercayai.
Ko percaya kat orang, orang akan hancurkan kepercayaan ko dan buang ko macam sampah.
Kalau ko berguna pada orang, barulah orang julang kau, hegeh-hegeh pada ko.



Puih.