" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Helpless.

Aku macam bengang gile pulak bila orang atas tekan-tekan suruh stock up banyak-banyak.

Aku faham. Dorang perlukan banyak cash money sebab perbelanjaan tinggi. Gaji pekerja, marketing semua. Aku faham.

Aku faham sangat-sangat.

Tapi manalah aku nak cari duit banyak tu?
Jual p.p.k ke?

Serius stress weh.
Pastu ada geng geng jerung. Ah malaslah nak ulas. Cuma aku nak cakap laluan hidup ko tak sama macam aku. Ko tak lalu apa aku lalu.
Ko tak tahu. Ko keje bolehlah. Tiap bulan ada gaji. Aku ni tawaran bergolek-golek kat kaki. Tak apply pun dapat. Gaji besar-besar. Tapi aku tak boleh terima. AKU TAK BOLEH.

Ko ada laki bolehlah. Sikit-sikit cerita husband korang sponsor. Sikit-sikit cerita husband ko tolong. Aku ni nak mintak tolong sape? LAKI KO?

Aku tak harap orang faham keadaan aku.
Ko nak meroket ke, ko pergi lah.
Aku dah biasa dah kena cicir kat belakang.
Aku sedar diri.

Tapi jangan provok boleh tak?
Korang guna bahan aku, free je aku bagi.
Korang curi customer aku, selamba bagitau aku, aku redha je.
Korang curi idea aku. Korang copy apa je aku buat. Agen korang contact aku nak pinjam marketing material, aku tak bagitau pun korang. Aku bagi. Sebab aku tahu susah nak cari rezeki.
Aku kesian kat orang.

Kelebihan korang, korang ada duit.
Readystock membukit.

Aku takde.
Jual banyak-banyak.
Dapat untung pusing untuk perbelanjaan diri dan keluarga.

Aku tak mengeluh nasib aku. Dah Allah tulis macamni, apa kudrat aku ada nak lawan?
Cuma aku sedih.
Aku sedih sebab aku jadi macamni.

Orang yang tak duduk tempat aku, yang cuma dengar, akan sangka aku ni tak reti ke depan.
Akan sangka aku yang buat hidup aku jadi macamni. Suruh aku belajar pentingkan diri sendiri. Ko gile ke?


Aku dah tak kisah dah orang nak cakap apa pasal aku. Selagi hujan tak timpa kau, selagi tu ko takkan tahu apa makna basah. Ko takkan tahu aku cuba sekuat mana nak payung diri aku. Ko takkan tahu betapa banyak aku berlari cari tempat teduh. Supaya aku kering macam kau.


Ko takkan tahu.
Tak akan.



Sebab ko ada payung.
Dan ko tak perlu pun keluar redah hujan.



Aku harap ko tak bengap sangat nak faham. Kalau aku tulis straight pada waktu aku tengah marah dan sedih ni, aku akan maki korang tak henti.







Dan lepastu aku akan menangis.
Sebab aku akan terus salahkan diri aku.
Dan maki tu semua aku tujukan untuk diri aku..


Sebenarnya.