" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Harris Baba & Ungku Ismail Aziz

Peh. Dulu aku tak pernah ambil tahu pun siapa Zayn Malik. Tetiba ada customer tempah lukisan mamat ni atas beg kanvas. 

Aku pun google lah. Sape mamat ni? Janganlah muka dia payah nak lukis. Aku ni amatur je punnn. Dalam seram-ness aku pun lompat dari satu image ke satu image. 

Peh.



Pecah ovari aku. 

Tetiba ni nampak seorang makhluk serupa dia. Kat TV. Kat saluran Malaysia. Aik. 
Takkan Zayn lari sampai Malaysia kot?
Rupa-rupanya tu lah Harris Baba. Peh. Pecah lagi sekali ovari aku haha!

Mata dia redup gile. Macam kalau dia bunuh orang, pastu datang kat aku bawak pisau ada darah jejes-jejes, pastu cakap dia tak bunuh orang, okay aku percaya. HAHA!

Pastu dia ada jambang misai. Peh. 
Aku suka lelaki manly ni. Teringat kat kucing aku. Kalau dia takde misai mesti pelik sikit kan. 
Pastu part jambang janggut tu tetiba aku teringat kambing masa aku duduk kampung. Chomel gile ciptaan Allah bagi kambing ada janggut. Macam tulah aku rasa betapa comelnya lelaki ada jambang janggut sikit ni. 

Pastu cara dia bercakap, cool dan calm je. Kena sakat dengan Nabil pun dia chill. 

*hanyut*

HAHAHAHAHA! 

Okay next. Ungku Ismail. 

Weh seriously UI ni dia ada karisma. Suka gile kalau dia berlakon. Masa dia berlakon cerita Teman Lelaki Upahan tu memang hari-hari aku follow kot. Macam mana nak cakap eh. 

Dia ada satu karakter, yang mana dia tak payah berusaha sangat. Ni kot yang orang panggil aura. Kalau tengok appearance dia macam lelaki normal je. Tapi kalau tengok karakter dia..

Peh. Karakter kannn..orang tak boleh nak tiru atau cuba-cuba nak buat. Dan benda tu tak boleh dikelabui oleh tarikan fizikal. 

Tahu tak kenapa aku boleh tertulis menda alah ni? Macam bongok je kan tapi ni pengaruh kawan akulah ni. Ala ko fahamlah orang laki. Mudah sangat tertarik dengan fizikal. 

Biasalah tu kalau menyembang dengan aku, tak habis-habis dia senaraikan pretty women. Pada aku yang dia senaraikan tu semuanya sebab cantik luar. Pastu member aku ni pun senaraikan laki-laki hensem sangkanya boleh mengocakkan mammary gland aku ni. 

Semuanya tak kena oi. Hahahahaha! 
Aku tak rasa aku rumit, ataupun aku cuba nak jadi exceptional daripada kebanyakan orang lain (based pada lelaki yang member aku senaraikan). Cuma cara kita tafsir 'cantik' tu berbeza. 

Pemikiran lelaki perempuan pun berbeza. Lelaki tak banyak sembang masalah. Suka simpan sendiri. Nanti dah sepuluh dua puluh tahun baru dia story. Perempuan pulak makhluk emosi. Curhat selalu. 

Lelaki jenis peka pada detail yang mata dia nampak (dorang ni makhluk visual). Macam member aku ni, tergelak pulak aku masa dia sembang pasal stewardess mana paling seksi. Dia boleh describe baju apa yang dorang pakai. Masa angkat beg nampak pusat. Kain belah habis sampai peha. Bila tunduk nak ambil apa-apa nampak peha. Yang aku tak boleh belah tu, boleh banding dengan kain Mas yang nampak macam belah tapi ada lipatan dalam. Telitinyaaaa hahahaha! Seram pulak aku. 

Ala ni bukan first time. Bila aku dengar cara lelaki explain sesuatu dengan detail, dorang boleh terangkan walaupun benda tu macam benda yang dorang tak buat. Contohnya mekap pada muka perempuan. Mata korang macam mesin photostat ke? Boleh ingat semua benda detail oi. 

Banding dengan orang perempuan yang emotional ni, selalunya dorang kalau kita minta explain seseorang, dorang akan banyak cerita pasal little things, benda benda detail yang orang tu buat/cakap. Cakap pasal appearance pun secara general je. Dorang lagi excited cakap pasal sikap, perbuatan orang. Tapi..

Bila bercakap tentang perempuan lain, yes dorang akan jadi sangat teliti dengan appearance orang tu. 


Aku sembang apa ni. Entahlah. Anggap jelah aku takde tulis apa-apa kat atas ni. Tu kawan siapa tu yang cakap pasal stewardess seksi tu? 

Anggap jelah bukan kawan aku. 

Hahaha!