" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Happy J.

Bekas adik ipar mak aku suka datang rumah bawa anak-anak, walaupun perceraian dia dengan adik mak aku dengan cara yang tak baik.
Tak baik sangat. Satu hari nanti aku akan tulis elok-elok. Buat masa ni aku nak perhati apa hikmah yang Allah nak bagi sampai Dia uji mak cik aku sebegini.

.

Bunyinya macam awkward kan? Bekas adik ipar. Takde pertalian darah pun. Tapi kiterang dah rasa macam family rapat. Lagipun family rapat dah tak rapat dah. Allah kirim orang luar yang lagi bagus dan tahu menghargai kami ni. 
(Aku perasan sekarang penulisan aku macam terlalu bersepah dan susah nak faham. Aku sebenarnya terlalu banyak fikir dan menulis ni cuma nak lepaskan rasa je. Imagine ko kencing masa mandi air terjun. Ko dah tak kisah mana air kencing ko pergi asalkan rasa release kan? Macam tak praktikal pulak contoh aku tapi let it be je lah haha.)

.


Mak cik ni baik. Style gengster (tak gegurl lemah lembut maksud aku) macam aku sikit tapi dia cantik dan solid. Tak perasan pun macam ada anak 3. Perempuan macam ni (jenis tak kisah suami tak hensem, tak kaya, tak itu ini) memang mudah sangat bagi peluang kat lelaki tu take for granted. 

Pak cik aku ada perempuan lain kat luar negara. Kafir pulak tu. Urgh. Dah ada anak dah. Aku harap dia balik ke pangkal jalan. Neraka tu tak sedap. Janganlah ego as if mampu tanggung seksaan neraka. 

Aku ingat lagi masa mak cik aku lari dari oversea (aku akan twist cerita sebab cerita ni pernah keluar paper. Aku tak nak orang tahu betul2. Cukuplah setakat dapat ambil pengajaran). Tetiba terjenguk kat rumah dengan anak-anak. 

.

Aku ingat lagi macam mana dia bawa perut mak buyung waktu tu. Macam mana tiap hari dia akan naik bilik aku dan lepak atas katil dengan anak dia yang autisme. Dia menangis cerita. Aku ingat lagi macam mana aku blur dan cuma mampu tepuk-tepuk bahu dia bagi semangat. 
Tak mudah weh. Tak mudah. 

.

Banyak benda aku fikir masa tu. Anak-anak dia.
Dia. Anak yang bakal lahir. Keselamatan kami semua. Ancaman itu ini. Kemampuan kami (dari segi material). Banyaklah fikir. 

.

Pendek cerita, Allah dengar dan tak biarkan kami. 

.

Harini dia datang rumah, muka happy je. Nampak dia sayang sangat anak-anak dia walaupun dia struggle nak buat semua sendiri. Tapi Allah permudahkan. Dia dapat kerja elok. Anak-anak makin mendengar cakap. Pastu ada secret admirer lagi. Tergelak aku masa dia suruh anak-anak dia bagi coklat mahal kat kami. Sekotak kenit tu je dah RM120. Betul-betul #brocuba secret admirer dia. Nampak tak? Even dia dah ada anak 3, tapi ada lelaki yang masih sayang kat dia. Lelaki yang sama pernah suka dia dulu tapi dia tak layan. 

.

Kenapalah pak cik aku tak appreciate dia? 
Orang lain lagi pandai jaga perasaan dia. 
Entahlah kan. Aku rasa once ko dah dapat stok bagus, ko rasa diri ko tu dimahukan sangat so ko start rasa diri macam good good dan boleh dapat lagi bagus. Sepatutnya kalau ko dapat yang bagus, ko hargai. Tak nampak mana kurangnya. Perempuan dia yang lagi 1 tu pun bukan baik. Pelacur kelas atasan. Takkan sebab seks dan body cantik ko sanggup duakan perempuan yang ada dengan ko masa ko takde pape, yang beranakkan anak-anak ko, yang jaga makan pakai ko (aku sendiri saksi macam mana mak cik aku sediakan). Nanti dah tua ganyut, seks dan body tu takkan boleh tolong ko pun. Tu bini yang baik, anak-anak yang akan tolong ko. Nanti ko mati, tu doa anak-anak ko yang akan tolong ko. 

.

Entahlah aku tak faham dan aku tak nak tulis details. Jadi mungkin korang tak dapat gambaran penuh, takpelah. Kutip jelah mana mana point yang ada isi ye. 

.


Sekarang aku happy tengok mak cik aku ni. 
Enjoy je. 

Yang aku tak happy bila pak cik aku menggila. 
Hidup macam pelarian. 
Ko nak hantar sihir ke apa, ko buatlah. 
Aku cuma nak pesan, satu hari nanti semua orang akan mati. 

 .


Selamat berbahagia jiwa yang luka.
Bahagia akan menyusul juga akhirnya.
.


Selamat berbahagia juga bagi yang melukakan. 
Berbahagialah sementara sempat.