" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

HAHAHAHAHA!


Tergelak pulak aku baca benda ni. 

Tapi aku rasa macam betul sangat je.

"Dulu dia tak macam tu.."
"Awak bukan macam ni. Awak yang saya kenal.."
"Ni bukan awak.."
"Sekarang perangai dia lain.."
"Tak sangka dia berubah.."

Memanglah ko tak sangka.
Sebab ko ingat aku ni bebal sangat nak biarkan ko senang-senang pergunakan aku. Bodohkan aku. Mentang-mentanglah aku sengih je, diam tahan perangai kau. 

Time aku meletop, aku je yang jahat.
Konon-konon tu true colors aku. 
Konon-konon selama ni aku berlakon, pura-pura.

Padahal ko yang selama ni pura-pura innocent memperbangangkan aku. 
Pijak aku. 
Bertahun-tahun aku cuba terima perbuatan. 
Tapi kau sikit tak nampak silap kau. 

Yang jahatnya aku, aku, aku.
Sepatutnya aku kena telus.
Tak suka cakap tak suka.
Marah tunjuk marah.
Tapi aku tak macam tu.

Aku buat baik, sebab aku memang baik. 
Tapi aku jadi jahat, sebab kau yang ajar aku. 




Sent from my Samsung Galaxy smartphone.