" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

ALHAMDULILLAH & Ikut-ikutan semborono.


Aku hampa jugaklah sebenarnya. A friend of mine, parent dia nak kerjakan Umrah. So kawan aku ni risau. 
Aku pun bagi checklist dan kitorang sama sama duduk check balik pilih yang betul-betul penting untuk parent dia.

Dari pukul 3 petang sampai Maghrib dia lepak rumah aku. Aku bagi tips sebab aku tahu apa perasaan panik nak pergi sana. Dahlah tak pernah pi oversea. Dahlah nak jaga orang tua. Dahlah duit tak seberapa. Dahlah banyak tak tahu. Tanya orang, orang bagi jawapan simple je.

"Bawak ni je.."
"Tak payah risau, tak payah bawak banyak-banyak.."

Jawapan yang so general and honestly tak berapa membantu pun. Aku ni orang yang teliti. Aku nak tahu dengan teliti. Satu persatu. Flow dia. Rasional setiap benda/perbuatan. Aku nak pengalaman ni jadi 1 pengalaman yang smooth. Bila aku kat sana aku tak payah nak tepuk dahi cakap "Alamak..tak bawak. Kenapa aku tak terfikir..blablabla.."

Kat sana aku nak lapangkan fikiran. 
Fokus ibadah. 
Jaga parent aku yang dua-dua sakit tu. 
Tak bazir duit pada benda yang sepatutnya tak perlu dibeli kat sana. 

Aku ni memang jenis study dulu sesuatu. 
Susah hati sungguh kalau aku tak puas hati dengan apa yang aku tahu weh. Serius.
Maka aku dok research dan baca berpuluh travelog orang. Tips pun aku tapau. Aku senaraikan. Aku tapis. Barulah aku proceed untuk ikut. 

Kawan aku dah lega bila dia baca dan faham kenapa sekian-sekian. Dia sendiri rasa apa yang aku buat relevan dan bukan suka-suka. 

Tapi bila balik rumah, parent dia betah itu ini sebab dengar cakap orang lain. Orang yang lebih tua dari aku. 

Iyalah. Akukan budak. 

Aku bagitahu, bawa hanger. Sebab nanti kat sana boleh cuci baju. Dobi ada tapi membazir. Masa aku kat sana, ada brader ni mengadu kata dia dobi je dah 60 riyal. Masa tu masih kat Madinah. Belum lagi pi Mekah ni. Bayangkan duit habis kat dobi je. Padahal cuci baju sendiri bukan susah benar pun. So aku ajar dia cara basuh baju dalam bilik. 

Guna plastik jadikan baldi. Atau cuci je dalam bath tub. Pastu jemur pada railing curtain tu. (Kat Mekah takde railing tapi kitorang bawa tali dan pelekat dinding. Buat ampaian sendiri dalam bilik.) Buka aircond. Pergi masjid pagi, balik petang/malam dah kering. Jimatlah duit. 

Tapi parent dia tak nak bawak hanger. Hanger tak berat pun. Tak payah beli, kat rumah banyak hanger. Kenapaaaaa tak nak bawa? 

Pastu aku pesan bawak sweater. Sebab Mekah mungkin tak sejuk. Tapi dalam airport (masa kat Jeddah kitorang kena duduk dalam bilik menunggu lama gile dan sejuk gileeeeee. Kesian mak cik-mak cik merengkot-rengkot kesejukan!) dan flight sejuk. Dahlah parent dia naik Air Asia. Dalam surat dah tulis kapal terbang tak provide blanket. Tolonglah bawa sweater. Tolonglah..jalan jauh weh. Nanti selesema, sakit kan susah. Duduk dalam kapal terbang sejuk gile pastu sampai Madinah panas, perubahan suhu mendadak tu akan buat kita mudah jatuh sakit. Kalau ada sweater at least bearable sikit. Tapi parent dia refused. Sob sob nak nangis aku rasa. 

Aku bagi uncang kasut kitorang + kasut tawaf. 2 benda ni penting. Kalau takde uncang kasut nanti nak letak kasut kat mana? Plastik pun tak mau bawak. Kasut tawaf tu penting untuk woman sebab banyak berjalan masa Umrah nanti. Tapak dia non slip. Tebal sikit daripada stokin. Pakai kasut (kain) tu dalam masjid. Jadi stokin tak kotor sangat dan tak licin. Kaki tak sejuk sangat. Kebetulan benda tu ada, so aku pun bagi dia. 

Bagasi aku suruh beli padlock. Tu pun refused. Keselamatan beg tak penting ke? Tak bolehlah nak serah nasib pada takdir kalau awal-awal tak usaha untuk prevent. Aku pesan bawa tali. Tali penting sangat. Mana tau beg gemuk gile, boleh ikat. Orang campak-campak je beg kita. Takdenya dibelai manja ditatang macam emas permata. Kang terburai beg kang? Masking tape dan marker kena bawa sebab nanti masa nak pindah hotel kena tulis pada beg nama, no bas, nama hotel dan maklumat penerbangan. Aku pesan kat kawan aku ikatkan riben warna pelik untuk handle beg dorang. Senang nak trace masa kat airport nanti. Lagipun kebanyakannya pakai bag yang sama. Aku nak mudahkan urusan dorang. Tak relevan ke? 

Lain-lain aku tak kuasa nak cerita sebab hampa dah. Kawan aku pun hampa gile + bengang sebab parent dia tak nak dengar cakap dia. Mujurlah yang pasal wakaf Al Quran, jangan beli Al Quran kat perkarangan luar masjid tu dorang dengar.

Pastu esok tu kawan aku text aku lagi. Tanya sekian sekian. Katanya bapak dia dengar kawan dia cakap.
.
.
.

Aku hampa gile. 
(But deep inside aku faham kenapa benda ni jadi. Orang tua, dorang tak berapa dengar cakap budak sebab obviously ko budak. Plus, dorang rasa beli padlock, tali, selotep bagai tu membazir duit. Aku faham. Aku pun tenangkan member aku, aku cakap jangan risau dorang tetap boleh buat Umrah. Takde masalah. Kalau tak cukup barang kat sana boleh beli. Dont worry. Kawan aku dah sampai tahap fed up dah. Aku harap orang-orang tua yang baca ni, fahamlah. Kitorang bukan senang nak lepaskan you guys pergi tempat orang tak well prepared, gamble cemtu je. Kitorang nak korang selesa. Faham tak? Tak kiralah kitorang ni nampak huha huha pun, tolonglah pedulikan nasihat kami ni..)


Update : Sebenarnya aku revert post ni to draft sebab aku rasa macam tak sopan pulak. Aku dengan member aku kiterang dah let it be je bila parent dia tak mahu.

Hampa toksah cakaplah. Hampa gile.

Tuptap harini member aku text aku. Pagi-pagi lagi. Ya Allah... menitik air mata aku weh. Walaupun ni bukan parent aku, tapi bohonglah kalau kata aku tak risau. Aku pun nak dorang rasa macam mana bestnya bila pergi tempat orang well prepared dan fokus ibadah je.

Member aku kata bapak kawan dia baru je balik dan pesan bawa itu ini. Hah apa lagi, member aku ambil peluanglah cakap semua tu ada dalam list yang aku bagi. Lastly, mak member aku mengaku dia pening tak tau, orang cakap macam-macam. Alololo aku faham. Tu aku nasihatkan member aku jangan keras, orang tua kalau panik, dia memang akan jadi degil semacam. Buat hati kering je, pi sediakan barang. Aku faham sangat. Aku tahu parent ni boleh jadi sangat degil. So kita kena buktikan pada dorang yang kita ni walaupun budak, kita tak bertindak sebarangan. Hopefully harini semua settle dan kawan aku tak berbalah lagi.

Kita ni sayang..
Tapi tu lah.
Aku dengan member aku ni jenis keras dan huha sikit. Orang tak percaya kalau kiterang tetiba jadi caring dan tunjuk yang kita peduli.

Tapi aku nangis bukan sebab aku dapat buktikan aku betul.

Aku happy. Aku happy sebab Allah bagi peluang kat kawan aku ni untuk mudahkan urusan mak ayah dia. Pahala weh. Pahala..


Kat dunia ni kita tak dapat apa kita nak.
Moga moga dengan pahala yang kita kumpul, kita boleh masuk syurga. Nanti dalam syurga kita boleh minta apa je yang kita nak.



Termasuk yang kita tak dapat kat dunia.





Sent from my Samsung Galaxy smartphone.