" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Aku kena tulis juga.

Aku cuba nak 'sayang' abang aku.
Sampai sekarang, aku tak boleh.

Aku tak faham kenapa orang yang tak nak ubah perangai. Nak orang sayang, hormat dia, tapi tak nak berubah.

Berubah pun kejap je la masa dia sakit teruk tu. Tetiba je dotdot dia sakit.

Sakit tu masih ada lagi sampai sekarang tapi mungkin dia rasa dah lali, so dia dah lama dah balik pada perangai asal dia.

Sekejap je hoi dia berubah.
Sekejap dan drastik gila.
Macam ko selak buku.
Page 1 warna putih.
Page 2 warna hitam.

Allah jentik pelan-pelan pun dia tak nak ambil pengajaran.
Entahlah. Tak harap hidup dia tertonggeng tapi deep down aku teringin nak saksikan akibat dia hidup macam ni.

Aku jadi pemarah.
Jadi meluat.

Kalaulah dia ni suami, aku sanggup naik turun mahkamah tuntut cerai.
Tapi dia darah daging aku.
Apa aku boleh buat?
Mak aku dah halau berkali, tapi dia ni..entahlah.

Kadang-kadang aku kesian jugak kat dia.
Tapi ko tak boleh terus hidup dengan perangai macamni.
Apapun alasan, kena ubah.

Sejak dia kerja ni, peh lagilah.
Perangai macam sial.

Makan nasi lemak, bekas nasi tu tak dibuang tapi letak bawah tudung saji.
Bila aku cakap, dia boleh maki aku.

Peh macam sial.

Tau tak apa perasaan bila orang buat salah pastu dia pusing pada kau?
Tau tak rasa nak mencarut sambil pijak kepala orang tu macam mana?

Imagine ko dalam keadaan tu pastu ko hanya mampu ketap gigi tahan marah sebab tak nak panjangkan keadaan.

Imagine ko hidup macam tu sejak ko kecik sampai ko dah nak masuk 30 series.

IMAGINE!








Aku letih nak salahkan diri aku.
Letih nak pusing dan pujuk diri aku yang dia jadi sialan macam tu sebab itu ini.
Letih nak create alasan untuk cuba tak benci dia.



Aku letih.























Bila orang sakitkan aku, memang aku marah.
Lepastu aku akan withdraw diri dan duduk sorang-sorang.
Aku akan reka alasan.
Aku akan paksa supaya aku jadi lebih berperikemanusiaan.
Aku cuba nak paham orang.
Aku cuba.
Sampai 1 tahap, aku akan salahkan diri aku.










Tu ke yang korang buat untuk terus hidup dengan orang yang menyakiti korang?