" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Ringkasan.


  1. Wow. Aku baru tahu ada banyak function handphone yang aku tak pernah tahu. Tetiba boleh ter-Youtube. 
  2. Aku tak tahulah orang lain mungkin suka tengok movie ke, lagu ke. Aku suka tengok video make up, DIY, haiwan, renovate rumah, tulisan calligraphy dan seumpamanya. Ralit oi. Ni aku tak tidur pasal menontonlah ni. Kalau tengok TV, tak kartun, aku akan cakap kat mak (selaku pemegang remote TV) - "Bu, nak tengok kek,kek." Mak aku ni kaki drama. Ko bayangkanlah macam mana kaki drama dengan kaki kek berebut channel. 
  3. Aku ketagih tengok video makanan. Cemane ni..Bila dah tengok confirm rasa kebuloq!
  4. Aku sebenarnya nak cerita pasal artwork. Daripada terima payment yang terlalu rendah, aku decide nak beri percuma. Tapi of course lah aku nak dapat benefit. Aku nak recognition. Bermakna orang tak boleh padam kredit. Free marketing sebagai timbal balas. Aku masih memikirkannya. Duit ke,duit.
  5. Malam tadi aku terbaca pasal ZARA plagiat hasil indie designer. Aku pun baca apa respond ZARA bila designer ni nak claim hak dia. Peh. Seriously biadap. Mentang-mentang kau banyak duit dan dikenali, kau ingat boleh ke main guna je hasil kerja orang? Rupanya ramai indie designer yang terkena. Hopefully dorang berjaya dapat hak dorang. Oi. Idea tu mahal tau. Senang-senang copy paste guna. Dapat profit sorang-sorang. Macam kes akulah tu aku hangin. 
  6. Aku lapar kek. Aku nak makan kek ada cheese parut. Kek lembab. Ada kacang. Krim sedap tak muak. Menyesalnya aku menonton tadi.
  7. Nak kek..nak kek..

Hahaha!

Time - time gini teringat pulak 1 cerita ni.
Masa tu aku meniaga.
Pastu ada konflik.
Peh bisnes family ni kalau tak kuat iman aku rasa macam nak kapak je kepala orang.
Yang kelakarnya, mak dengan hantu 2 ekor tu beriya kata aku kena buatan orang.
Ustaz pun datang rumah.
.

Ko faham-fahamlah. Kalau ko dah hangin dan banyak pendam, mestilah kau akan jadi sejenis manusia yang bengkeng.
Ustaz nak scan aku.
Sambil tu dia nasihatkan aku.
Aku boleh menjawab ko tau.
Hahahahahahaha! Kan aku dah kata, aku kalau tak salah, aku takkan diam.
Masa tu aku nak keluar pi beli barang. Kitanya mak aku merancang panggil ustaz tu dalam keadaan aku tak tahulah.
Lagilah aku bengang. Aku nak kejar masa ni oi.
Pastu aku biar je lah ustaz tu scan.
Ustaz kata dalam aku takde pape. Mungkin kena tempias orang pasang pelaris. Pastu aku jawab aku jadi garang ni sebab orang.
Apatah ustaz tu cakap (aku dah hangin memang aku tak fokus). Dia nasihat aku jangan garang-garang nanti lelaki takut nak dekat.

Aku macam..
Whatthe...

Wei aku garang sebab aku tengah panas hati dengan mak dan puaka 2 ekor tu.
Aku garang? Percaya tak aku ni ada 2 sisi.
1 - Kelakar, kuat ketawa, tak kisah.
2 - Sombong, tak layan orang dan tegas.
Dan selama ni, aku no 1 dengan puaka tu dan mak aku. Sebab tu dorang terkejut bila aku berubah. Sebab dorang dah tak boleh nak bodohkan aku lagi! Aku berubah sebab orang tekan dan ambil kesempatan atas aku!

Cubalah tanya ex-ex aku, berapa kali dorang pernah bergaduh dengan aku. Kadang-kadang aku pun pelik. Redha gileee aku. Merajuk tak pandai sangat. Nak bergaduh lagilah. Aku ni manusia yang sangat pemendam. Kalau dah sayang lagilah. Sakit hati macam mana pun, hadap je. Tu bila aku tawar hati, memang habislah. Aku compare lah jugak kawan-kawan aku. Dorang lagi lembut. Wanita Melayu terakhir tuu. Tapi selalu aku dengar dorang bergaduh, merajuk, tak dapat apa marah. Aku bf main-mainkan aku pun, aku masih chill lagi. Macam tu ustaz nak kata aku garang ke?

Lagi mendidihlah aku.
Aku pandang je ustaz tu. Sampai ustaz tu tegur "Ni kenapa ni garang sangat?" Aku pandang je tak cakap apa. Hahahahahaha!

Kelakar kalau ingat. Serius. Orang kalau tak kenal aku dua-dua belah sisi ni akan ingat aku ni macam bebal. Aku ni dulu susah gile nak marah. Aku kelakar. Memang kuat ketawa. Tak campur hal orang. Tak kisah apa orang buat. Ramai orang suka dengan aku sebab tu lah. Mak cik-mak cik aku punyalah sayang aku dulu sebab tu + rajin gile (aku selalu kena buli. Ish kalau aku ingat macam mana penatnya aku..rasa nak maki je weh)

Tapi orang ambil kesempatan atas sifat aku tu. Salah aku ke kalau aku berubah?

Hari tu aku saja sembang dengan mak. Aku tanya "Mak aku ni nampak bodoh ke?"

Mak jawab, "Mungkin sebab kau tak kerja bagus jadi nampaklah."

Bapak jujurnyaaa.

Tapi lepastu mak aku cakap "Tapi kau ni cerdik gile sebenarnya. Kawan-kawan mak mana yang tengok hasil kerja kau semua terkejut. Orang yang belajar pun tak boleh buat. Ni kau yang google-google." (Mak aku bagi contoh. Masa ni aku tolong group mak siapkan projek.)

Pastu mak aku sambung "Kalau orang tengok kau (aku tak mandi lagi masa tu) sekarang, bukan je nampak bodoh. Tambah lagi, nampak gile."

Aku dengan mak memang jujur. Kiterang sembang macam kawan. Lepastu abang aku memyampuk. Dia mengiyakan yang aku nampak bodoh tapi aku cerdik.

Aku bukan nak validation yang aku ni cerdik. Cuma aku nak faham, kenapa orang suka perbodohkan aku. Ambil kesempatan pada aku.

Dah puas mendengar, aku pun cakap "Aku memang nampak bodoh, tapi aku perhati je orang bodohkan aku. Jauh mana kau nak pergi. Hati-hatilah dengan orang yang nampak bodoh ni."

Lepastu suasana jadi *krik krik bunyi cengkerik*

Oh. Pasal ustaz tu, akhirnya bila puaka tu buat hal, ustaz tu bagitahu mak aku, selama ni dia dah tahu pasal puaka 2 ekor tu tapi dia tak boleh beritahu jika orang tak bertanya (nak elak daripada dituduh menfitnah).

Aku?
Tergelak je mampu.

Oh, 1 lagi punca aku jadi bengkeng ialah masa tu aku kuat amalkan zikir. Ye la, bisnes makanan kan. Dengan ada orang menghantar lagi, dengan hati yang memendam lagi, dengan penat lagi, so aku ringankan mulut aku berzikir. Rupanya zikir boleh buat kita 'panas'. Ustaz pesan suruh aku tutup zikir dengan selawat.

Sekian itu saja cerita aku. Kalau kau tak tahu nak ketawa kat part mana, tu masalah kau.
Bye.

Takut dengan bayang-bayang sendiri.

Orang yang takut dengan bayang-bayang ni, dia akan create dunia seolah-olah semua orang dalam posisi nak menyerang dia.

Dia akan ada kecenderungan untuk rasa tak selamat, cepat je menggelupur nak marah dan dia tak boleh nak baik sangka dengan orang. Dia rasa macam orang sentiasa mencari ruang untuk kenakan dia, ungkit kisah lalu dan buat dia rasa bersalah.

Padahal..
Tu semua rekaan dia. Rasa pesimis dia yang dilayan-layankan.

.

Ko pernah tak bergurau dengan orang yang reactive? Tak semena-mena dia boleh pusing dan kata kita hina dia. Daripada gurau terus jadi gaduh. Daripada takde pape, keadaan jadi tegang. Daripada orang tak memgungkit, terus tersebut.

.

Ada seorang ni. Dia pandai saiko orang. Dulu aku termakanlah juga. Iyalah orang pergunakan rasa belas kasihan kita. Kita sangkakan okaylah takpelah manusia mana tak buat silap. Tapi dia ambil kesempatan tu. Buli emosi kita.

Cara dia senang je. Ko cuba mintak tolong dia.
Pastu ko tengok macam mana dia membentak.
(Dia cabar kesabaran). Pastu ko dengar ayat dia.

Daripada kes mak kau minta dia tolong vakum rumah, dia boleh putar jadi isu 'aku boleh hidup sendiri' sampailah dia kona kata orang buka aib dia (kisah lalu).

Serius beb. Kalau ko tak congak betul-betul, ko akan rasa seolah ko yang bersalah. Padahal yang mendorong perbualan sampai ke isu last tu - dia.

Dia yang provok orang.
Dia yang keluarkan statement berciri ke-Ahmad Maslan-ish (teringat pula muka AM masa dia blur. Haha so cute!)
Bila orang pertahankan diri, dia gunakan sentimen emosi untuk counter.
Pusing, pusing,pusing.
Kona sana, kona sini.
Lepastu dia meledak.

Serius weh?

.

Aku tak tahulah kau faham ke tak. Tapi pendek ceritanya, dia puncanya! Orang takde sebut atau ungkit pun. Tiba-tiba dia yang sebut dan cabar orang.

Aku bagi contohlah.

Kawan ko dulu suka mencuri.
Lepastu dia insofff katanya.
Lepastu bila ada apa-apa, dia sendiri yang rasa macam orang personally attack dia. Macam orang mengungkit kisah dia. Padahal waktu tu ko cerita ada musang makan buah pisang mak kau.

Jelas tak?

.

Aku cukup..cukup..tak suka orang pusing-pusing ni. Kalau kita gaduh pasal A, stick je lah dengan isu A. Tak payah nak drag B, C, D, padahal isu sebenarnya ialah A.
B,C,D tu semua disebabkan rasa inferior yang kau sendiri cetuskan.

Kamonlah.

Buli emosi ni tak boleh diterimalah.
Sampai bila kau nak heret tong taik kemudian kau nak selet pada setiap orang yang kau jumpa, supaya orang semua rasa apa yang kau rasa.

Kau alihkan bebanan emosi kau dengan hukum orang lain. Kalau kau terasa bangang sebab buat sesuatu benda bangang pada masa lampau, tak perlulah kau nak transfer rasa bangang tu pada orang lain.
Kalau kau rasa malu dan rasa teruk, tak perlu pun kau nak buat orang lain rasa benda yang sama.

Tak ada sape hukum kau.
Kau yang hukum diri sendiri!

Lagi 1,

Aku tak suka kau nak mendabik dada boleh hidup sendiri. Mak kau mintak tolong sikit je. Selama ni kerja-kerja yang mak mintak kau buat, mak bayar. BAYAR. Makan minum pakai kau mak tanggung. Kau buat benda bangang, mak yang tanggung akibat. Semua kau hempuk pada mak dan sekarang kau boleh cakap kau boleh hidup sendiri?

Hanya sebab kau dah besar, dah habis sekolah, dah pegang duit.

Jangan lupa jasa keluarga. Yang terima baik buruk perbuatan kau selama ni. Yang sayang kau tanpa syarat. Boleh je kalau keluarga nak hukum kau, halau kau, benci kau.

Tapi keluarga tak buat pun.

Betullah. Ada orang tak hargai pun kasih sayang.

Lagi satu, dunia tak berputar keliling kau je.
Berhentilah hukum diri sendiri.
Berhentilah bermain dengan emosi orang.

Terbawa-bawa.

Semalam aku dengan mak ada selisih faham sikit. Bukan selisih faham. Hmmm ape eh..

Mak mengaku dia stress adik dia duduk sama. Kerja tak mau. Malas. Memang menambahkan beban kami sekeluarga. Hidup percuma.

Tapi mak tak nak bersuara lagi kali ni sebab dah muak dengar alasan dia. So, mak banyak pendam. Yang tak bestnya, akulah jadi mangsa.

Ko pernah dengar tak - Kita selalu sakitkan hati orang yang kita sayang sebab kita tahu orang tu akan put up dengan perangai kita.

Tak best weh. Tak best.

Abang aku tak kerja + malas.
Adik aku dapat masuk uni elok, tetiba berhenti.
Adik aku 2 orang masih belajar.
Mak bapak aku bersara terpaksa (so jangan imagine duit pencen dia berkepuk).

Aku?
Cukuplah kau tahu aku tak happy.

Aku pelik. Kenapa orang tak ada rasa malu?
Tak rasa bersalah?
Kau hidup atas kudrat orang tau.
Susah payah orang.
Binatang pun tahu cari makan sendiri!

.

Mak suka lepas kat aku.
Naik suara tiba-tiba.
Aku ni pantang betul kalau aku tak silap orang nak jerkah-jerkah.
Selalu merajuk tak memasal dengan aku.
Lepastu dia pujuk aku balik.
Aku kan ego.
Aku takkan tegur dulu.
Tu perangai aku.

.

So malam tu mak aku dok sound aku.
Salah aku ke?
Mak baling barang.
Peh.
Menyirap gile aku.
Terus tinggi suara aku.
Lepastu aku diamkan diri.
Dalam diam tu aku merancang nak sembur mak cik aku.
Aku dah meluat tengok dia dalam rumah ni.
Serius aku cakap.
Aku meluat dia ambil kesempatan.
Dulu dia batu api. Melaga-lagakan.
Sekarang susah semua menolak, dengan muka tak malu datang rumah aku.

.

Aku tenangkan diri.
Mak aku pun diam.
Takde baling-baling dah.
Sebab orang lain, kiterang selalu bergaduh.
Macam biasa lepastu elok balik.

.

Aku dah nekad nak sembur mak cik aku.
Weh. Aku ni bukan penakut tau. Aku tak buat sebab aku nak jaga maruah aku. Iman aku.
Dulu dia buli aku. Aku tak lupa perbuatan dia.
Banyak kali aku pernah naik hantu tu dia tak berani dengan aku.
Kedatangan dia kali ni aku banyak diamkan diri.
Sebab aku tak nak rumah aku ada aura kebencian tu.
Aku takde mengumpat dia lagi.
Bila mak bercakap pasal dia, aku setakat iyakan je. Aku malas nak panjang cerita nanti aku yang panas hati.
Aku takde sound atau marah-marah dia.
Aku buat dia macam tak wujud.
Aku kalau dah benci kat orang, aku takkan bercakap dengan orang tu.
Tapi malam tu, aku layan perasaan aku sisi sebelah yang baik-baik.
Aku fikir panjang. Nanti kesian kat mak aku. Mesti mak aku akan rasa bersalah. Tu tetap adik dia. Kesian mak aku.
Aku fikir lagi. Kalau aku marah dia (aku dah bayangkan secara mentally), nanti dia takut. Nanti dia jadi lagi jauh. Air muka dia. Dia tetap mak cik aku. Aku ingat lagi ada benda baik dia buat.
Panjang weh fikir.
Kebencian ni kalau dilayan, aku rasa aku dah lama jadi pembunuh.
Abang aku dah lama mati.
Babi 2 ekor tu.
Mak cik aku ni.
Dah lama mati.

Aku bukan orang macam tu.
Aku pujuk diri dan alihkan fikiran aku.
Tengok TV. Tengok binatang.
Aku pun lupa.

.

Aku tidur.
Mimpi aku, adalah apa yang aku nak buat pada dia.
Macam mana aku tanya dia elok-elok.
Kemudian suara aku makin tinggi.
Tinggi.
Dan aku start pukul dia.
Memang aku pukul dia sungguh-sungguh.
Mak aku akhirnya pertahankan dia.
Aku rasa sebal hati dan terjaga.

.

Kalaulah aku buat malam tadi..
Mungkin sekarang keadaan dah tak sama macam hari ini.

.

Aku terfikir-fikir juga ni.
Petanda atau aku terbawa-bawa?

.

Entahlah.
Tapi aku dah puas lepaskan dalam mimpi.
Sampai bangun tu aku rasa penat.

.

Aku rasa nak peluk diri sendiri.
Dan cakap "Well done."

"Jadi aku sebentar saja," rintih Judika.

Ah tetibe hilang rasa mengantuk. Dah setting baik punya landing dalam sarang, pasang earphone, buka Joox terus tak jadi tidur.

Tetiba aku teringat 1 peristiwa ni.
Egonya aku..

***

Masa tu aku budak lagi.
Kami pergi berkelah kat Sungai Congkak (nama dia kot?). Bawah jambatan tu air dia dalam. Mak aku dah cakap jangan ikut.
Ko taulah budak kepala batu macam aku ni.
Ingat aku nak dengar ke? Haha!
Mak aku jalan depan.
Aku follow belakang.
Yang aku ingat, makin lama aku jalan, makin aku cuba tonjet (jungkit) kaki. Makin lama, air sampai paras dagu.
Mak aku tak perasan anak kepala helmet dia ni ada kat belakang.
Aku tetap berjalan. Nama nak patah balik memang taklah.
Tiba-tiba air makin sampai paras hidung.
Pijak lagi.
Terus tenggelam penuh.
Aku tak menggelupur.
Aku terus jalan dengan harapan aku akan sampai tempat yang cetek balik.
Tapi makin dalam.
Serius aku tak fikir pun nak panik masa tu sebab aku takut mak aku marah.
Dari kecik aku ada perangai tak suka orang anggap apa aku buat tu bodoh walaupun memang wajiblah perbuatan tu bodoh!
Aku terus jalan. Tak tahu mana nak tuju.
Tiba-tiba ada orang tarik aku.

Peh.
Mujur tak mati.

***

Pernah aku merajuk.
Mak aku suruh tuang air panas dari flask.
Aku budak lagi masa tu.
Sekali air panas tu jatuh kat lengan aku.
Aku tak fikir nak selamatkan diri.
Aku selamatkan air. Aku takut mak aku marah dan aku tak nak mak aku cakap "Hah, merajuklah lagi!"
Hah, boleh tahan teruklah lengan aku masa tu melecur.

***

Dulu masa mula-mula aku datang bulan, aku tak bagitahu mak. Aku rasa benda tu memalukan.
Lama jugak aku rahsiakan. Setahun rasanya.
Terer tak?
Banyaklah peristiwa bangang yang terjadi.
Ish waktu tu aku pun tak tahulah nak cakap.
Aku ada satu mentaliti ego tak bertempat.
Aku rasa macam lemahnya jadi 'perempuan'.
Period awal ni macam tandanya aku gatal. Hahaha macam tu mental aku. Aku nak prove kan pada orang sebaliknya. Aku..entahlah tak tahu nak kata.
Bangangnya aku.

***

Kadang-kadang aku rasa bagus ada ego.
Kita akan push diri kita lebih daripada sepatutnya.
Kita akan cuba buktikan diri kita.
Tapi dalam banyak peristiwa, aku rasa keegoan aku ni mampu membunuh aku.

Korang ada tak peristiwa ego melampau yang memakan diri sendiri?
Aku nak baca. Tapi aku off comment. Aku off comment bukan sebab aku tak boleh terima apa orang cakap. Tapi..aku suka rasa misteri, rasa tak boleh dicapai, rasa seperti seorang yang tak peduli apa orang nak cakap. Hakikatnya aku sama je macam manusia lain. Suka perhatian. Suka validation.

Ego.
Tunggang terbalik hidup aku ko buat.

Gerak hati.

Lama tak sembang pasal ni.
Semalam aku dengan mak berangan nak pi bercuti. Mak aku tak sihat. Banyak fikir masalah. Jadi aku layankan je lah angan mak tu. Mak suka tempat kampung-kampung, hutan-hutan. Aku suggest Sekeping Serendah.
So aku pun tunjukkan kat mak.
Mak tengok dan cakap dia suka tempat macam ni lah. So aku pun habiskan masa google pasal tempat ni, cari feedback..harga..etc.

Esoknya..

Kau baca berita tak?

***

Lately, dalam tahun ni lah aku perasan, aku jadi lebih tenang dalam handle gerak hati. Masa muda aku tak boleh terima lagi benda ni. Tu yang aku stress gile tu. Setiap kali mimpi ke apa, aku jadi takut sangat-sangat. Mungkinlah faktor usia dan pengalaman, aku jadi lebih calm bila gerak hati aku bagi hint.

Kadang-kadang terlebih tenang sehingga aku tak perasan pun aku dapat hint. Macam kes Sekeping Serendah tu lah.

Bukan tu je. Banyak.
Ada yang aku mimpi.
Ada yang aku sebut, sembang, tetiba teringat.
Tup tap tak lama akan ada sesuatu perkara jadi berkaitan dengan benda tu.

Contohnya lagu.
Tetiba aku boleh suka 1 lagu ni.
Tapi aku tak suka apa yang jadi dalam lagu tu.
Puaslah jugak fikir positif.
Akhirnya benda tu jadi.

Contohnya lagi, perubahan sikap.
Aku perasan ada 1 kucing ni tetiba tidur seselimut dan sebantal dengan mak aku.
3 hari rasanya. Tetiba mulut aku boleh tersebut "Macam nak mati je budak ni."
Pagi tu kami keluar. Petang balik.
Adik aku cakap - kucing tu kena langgar kereta.
Mak pandang aku.
Aku tak salah kan?

Banyak. Tu kadang-kadang aku takut jugak dengan apa aku cakap dan terfikir. Yang cakap tu selalunya aku memang tak sengaja.

Ni pun aku dah lama tak rajin ibadah (rajin aku biasa-biasa je. Tak payahlah ko bayangkan aku ni solehah habis).
Zikir pun dah tak betah.
Jadi hint yang aku dapat tu macam tumpul sikitlah. Sebelum ni aku kerap dapat melalui mimpi dan imbasan. Lately ni kerap tersebut.

Ko mesti ingat aku macam sejenis tukang ramal kan?
Aku manusia normal lah weh.
Banyak bebalnya.
Dapat hint banyak. Tapi degil.
Bodoh.
Gerak hati aku biasa-biasa je.
Aku ada kawan (exbf kepada classmate aku) yang memang truly gifted. Duluuuu, dia pernah baca aku. Ada beberapa perkara tu memang betul. Naknak part dia suruh aku berhati-hati dengan bf aku.
Seriously, masa dia cakap aku tak terkejut sangat. Sebab aku dapat banyak mimpi dah.
Tinggalnya...aku degil.
Tu lah breakup paling dahsyat pernah aku lalui.
Sedih + rasa bodoh. Peh.
Tapi memang tererlah dia. Gifted gile oi! Aku tak macam tu pun.

Hujan pulak. Oi lemau aku kena angin sejuk cenggini. Terus lupa apa nak cerita sebenarnya. 

Cinta tanpa syarat.

Masa kecil, aku tak rapat dengan parent aku.
Cuma dengan ayah, adalah manja sikit. Tu pun aku tak sedar aku manja. Mak akulah selalu kata aku manja dengan ayah. 

Aku tak perasan pun.

Lepastu, aku makin besar. Aku macam jarakkan diri daripada parent aku. Pernah tau, masa kat universiti, aku jarang balik rumah. Ada game lah, training lah, takde duitlah nak balik sampaikan dekat 7 ke 8 bulan cemtu, aku tak jumpa parent aku. 

DAN AKU JARANG CALL DORANG.
Ayah? Lagilah.

Sekali aku balik rumah, aku macam janggal dan malu-malu miau dengan mak aku. Sebab aku rasa dia macam orang luar. Hahaha! Dahsyat kan? Aku dah terbiasa duduk jauh dengan parent sejak kecil. Mak aku kat negeri lain, ayah aku nun kat seberang. Aku duduk dengan nenek. Pastu dapat duduk serumah tapi tak lama aku dapat masuk asrama.

Akulah satu-satunya (kot) manusia yang paling happy dapat duduk asrama. Abang aku dah nangis-nangis dan berdrama tiap kali dia nak balik hostel. Aku chill gile macam takde perasaan. Nantilah aku cerita kenapa. 

Bila dah besar ni, aku pun tak sangka. 
Dulu mak ayah aku dah nak bercerai dah.
Dah naik mahkamah dah pun.
Mak aku dah duduk negeri lain.
Ayah aku negeri lain.
Aku tak pernah jangka apa yang jadi harini sebaliknya.

Mak ayah aku dah tidur sebilik.
Solat jemaah sama-sama.
Kiterang selalu travel bertiga.
Even pergi Mekah pun rezeki aku dapat selit dengan parent aku. 
Jadi rapat sangat sekarang.
Duduk hotel tidur 3 orang sekatil.
Kat rumah aku selalu baring selit-selit kat mak ayah aku.
Weh aku dah nak 30 dah weh.

Dulu aku tak macam tu.
Aku kasar dan ego nak mampos.
Tak bercakap hal-hal perasaan.
Mak aku pun kata sejak umur aku 25 cemtulah baru aku pandai nak manjakan diri. 
Entahlah.

Mungkin aku jeles tengok orang lain rasa bahagia ada makbapak bahagia.
Jadi, aku malas dah nak tunggu.
Aku create.
Biarlah orang kata aku ada berubah sekalipun.
Aku tak malu.

Sekarang ni, aku rasa takut sangat kalau makbapak aku takde.
Aku tak pernah rasa takut macam ni.
Aku ego.
Selalu rasa boleh hidup sendiri.
Tapi harini tak.

Aku sedar aku tak boleh.

Ah menitik pulak air mata.
Betullah makin tua ni makin perasa.



Aku bersyukur Allah bagi aku chance rasa bahagia ada keluarga. 
Aku dah tahu apa aku nak kalau aku ada keluarga sendiri. Aku dah tahu aku kena buat apa untuk keluarga aku. 

Dulu aku tak tahu.
Aku tak faham apa fungsi keluarga.

Sedih jugaklah umur macamni baru tahu.

Kau jangan sedih kalau tak pernah rasa bahagia dengan keluarga. Aku dari kecik menderita. Tekanan emosi. Aku matang awal gile darjah-darjah tu ko tahu. Suasana keluarga aku tak macam orang lain. Kiterang selalu berjerit antara satu sama lain. Bergaduh. Selalu rasa nak lari rumah.

Tapi sekarang.
Aku tak sabar-sabar nak balik rumah.

Seburuk-buruk rumah aku, aku rasa bahagia.
Sebab aku ada keluarga.
Tak sempurna.
Tapi cukuplah.

Aku harap sape-sape yang baca ni bahagia.
Kalau kau tengah pertahankan keluarga kau, aku doakan kau berjaya.
Kalau gagal, jangan putus asa.
Selagi hidup, ciptalah bahagia.
Walaupun sendirian.

Pernah tak rasa benci diri sendiri?

Aku pernah.

Dan tengah.



Fikir dan takde action.

Otak aku letih.
Tapi sesungguhnya aku takde buat sebarang tindakan.

Kau dah kenape.

Naik hantu.

Arghhh! Nyesal pulak aku pi tekan Play.
Aku tak boleh. Tak boleh. Tak boleh tengok orang kena buli atau dera.

Selalunya aku takkan tengok.
Pasal aku jenis sentimental.
Aku teringat-ingat.
Pastu aku dok fikir apa perasaan orang yang kena tu.
Aku dok fikir perasaan dia sebelum.
Mesti rasa tertanya-tanya apalah nasib aku.
Masa tengah kena tu, mesti dia rasa helpless.
Lepastu..mesti rasa sedih dan marah biarkan orang buli.
Akan datang.
10 tahun.
20 tahun.

Boleh ke dorang lupakan?

*

Aku naik hantu betul.
Sampai aku terbayang yang budak ni adik aku.
Aku pi asrama dia pi cari budak-budak yang buli adik aku.
Aku dah tak peduli dah.
Jangan cakap lempang.
Memang aku belasah kau cukup-cukup.
Biar kau mintak nyawa.
Baru kau tahu rasa hidup diperbudakkan!

*

Aku terus tutup video tu.
Serius tak boleh.
Meluap-luap marah aku.

*

Aku memang rebel.
First time masuk hostel aku dah berani melawan.
Memang aku kasar. Tomboy pulak tu. 
Aku tak tahu apa yang aku takut masa tu.
Aku boleh baling makanan depan warden sebab bengang dia bahasakan aku lewat. Padahal dia coach aku kot. Aku bergelumang kat padang tadi dengan dia. Sikit aku tak takut. Ish kalau aku ingatlah, peh gengster jugak aku ni. 
Muka aku dulu ketat gile. Membawak ke universiti. Budak-budak duduk kat tangga susur gajah tu, asal aku lalu je semua ketepi. Kelakar pun ada. Aku jadi macam tu sebab..

Tak payahlah cerita.

Berubah jadi mesra rakyat pun masa kat universiti. Itupun sebab kawan kepada kawan aku tanya "Dia memang muka ketat je ke? Takut aku." Padahal aku ni takdelah kasar mana (masa zaman universiti). Muka aku je nampak macam tak boleh diajak berunding. Ketat gile oi. Tapi mana yang dapat masuk circle aku, memang tahulah perangai aku sebenarnya cemana. 

Lepastu aku fikir dan berubah pelan-pelan cuba senyum kat orang. Ada senior tu pernah letak nilai harga senyuman aku mahal gile (dia perli aku) sebab terkejut tengok aku senyum kat dia. 
Susah weh nak ubah habit. Aku ni keras. Keras bersebab. Aku pernah cerita ke masa sekolah dulu, cikgu English aku pernah kenakan aku? Dia panggil nama aku pastu aku pi depan nak ambil kertas, pastu dia buat-buat tak tahu. 
Aku patah balik pi kat meja aku. Dia panggil. 
Pastu dia suruh aku *kat sini aku ingat ingat lupa dah kisahnya* senyum. 

Peh. Jangan tanya apa respond aku. 
Masa tu aku baru sedar ooo orang perhatikan aku lah. Ooo..aku je manusia yang pelik. Ooo..tapi aku tak nak berubah kuangkuangkuang.

Masa sekolah rendah aku pernah buli orang. Ish kalau aku ingat balik, menyesal gile. Aku harap sangat budak tu maafkan aku. Aku tak tahu kenapa aku buli dia, tapi dia senyum je suka. Siap balik sekolah kayuh basikal sama-sama lagi dengan aku. Bongok betul buli rakan sepermainan. Pastu aku pernah pukul budak. Okay aku tak nak cerita lagilah.

Aku pun sama je cuma aku bukan jenis buli orang beramai-ramai. Aku macho. Sorang-sorang rule the world. Bangangnya ayat aku ni. Matilah nak hidup dengan kebangangan ini sepanjang hayat. Confirm aku takkan boleh lupa.

Eh jap. Masa masuk sekolah menengah, aku dah start jaga maruah. Orang hebat tak buli junior. Time minggu orientasi, budak paling takut nak minta tandatangan aku. Siap ada yang terkejut bila aku sign je tak suruh buat apa-apa. 

Aku bukan baik.
Aku tak suka bazir masa aku dan aku rasa benda tu bodoh.

Malas nak type.
Ngantuk.
Bye ah!

Aku ni naif sangat ke?

Gerak hati.
Aku menyampah betul kalau ada benda aku tulis, tuptap Allah tengah bagi hint benda tu akan berlaku. 
Memang aku terasa bodoh sangat.

.

Aku kena lagi.
Aku memang bodohlah bagi peluang kat orang. Aku sangka orang hati sama macam aku. 
Rupa-rupanya aku buka pintu orang pergunakan aku.

.

Berkaitan kerja.

.

Aku dapat offer ni. Yang bebalnya, aku dengan baik sangkanya pada orang, aku cakap soal bayaran terserah pada budi bicara. 

Kau dah kenapa? 

Kau ingat pasal duit, orang boleh guna otak ke? 

.

Aku terkena weh.

.

Payment yang ditawarkan sangat membuat aku rasa terhina. Aku check dengan member-member yang kerja bahagian tu, semua cakap aku kena game. Basically rate hasil kerja aku minimum 5X yang dia offer dan ada yang expert bahagian tu cakap aku boleh caj 10X. 

Yang aku tak boleh belah, siap saiko aku "Kalau sehari dah...,"

Aku tak bodoh sangatlah weh.

.

Aku murung sangat. 
Bukan soal duit.
Tapi aku rasa dunia memang macam ni eh? 
Ke aku yang bodoh yang naif sangat?

.

A friend of mine cakap, aku tak bodoh. Tapi aku sangka semua orang ada same level of common sense, budi bicara sama level macam aku.

.

Pada hemat aku, apa yang kawan aku cuba katakan ialah ye aku bodoh tapi dalam versi paling halus. 

Ha.

.

Sejujurnya, aku perlukan seseorang yang ada wise judgment, intelektual dan berani. 
Sebab aku ni bodoh dan penakut.
Akhirnya aku mengaku jugak.

Tak semua orang menghargai kejujuran.

Mudah semuanya kalau semua benda kita telus.
Mungkin ada yang akan melukakan tapi sekurang-kurangnya kita taklah didodoikan dengan kepalsuan yang akhirnya memakan diri.

.

Nak berlaku jujur tu bukan senang.
Kadang-kadang kita nak menjaga perasaan.
Tapi daripada menipu, lebih baik mendiam.

.

Aku tak suka orang menipu. Bila aku tahu orang menipu, aku akan ikut je permainan tu. Senyum.
Sengih. Tak kantoi kan. Macam bebal kan?


Tapi bila hilang kesabaran aku.. aku dah tak toleh dah.

.


Mungkin perangai aku yang tak banyak mempersoalkan tindakan orang, ataupun nampak aku jenis tak kisah menyebabkan orang suka pergunakan kebaikan aku. Aku perhati je.
Aku ni susah nak marah. Jenis suka ketawa, suka melawak. Tapi jangan kau cabar sisi sebelah aku. Nanti terkejut kau tengok diri aku yang 360 darjah berbeza dengan apa yang kau kenal.

.

Ada 1 kejadian ni, terjadi dalam 2 minggu lepas. Budak lagi dia ni. Mungkin seronok duit dah masuk, kelabu mata kejap. Aku punyalah tolong dia tak harap balasan pun, sekali dia dah kelabu mata sampaikan hak aku pun dia berani ambil. Aku diam je. Balik rumah aku murung jugaklah. Rasa sebak sangat. Aku pun mengadu kat mak aku. Pagi tu aku rasa hati aku terlampau tumpul sampaikan aku tukar gear jadi aku yang garang.
Aku tak marah dia. Aku ignore dia. Aku tak tolong dia. Aku fokus pada aku punya. Dia punya tergamam tu macam kena ketuk dengan tukul. Tak tahulah dia baru sedar salah dia atau dia baru sedar yang aku ni taklah bodoh sangat.
Lepastu dia cuba nak baik-baik dengan aku. Aku chill je buat konon-konon macam takde apa. Tapi seharian tu memang aku tak tolong dia macam hati sebelum tu. Aku punya terasa hati tu, Allah je yang tahu. Dipendekkan cerita, haritu sales aku bagus gile banding dengan dia. Petang tu dalam aku duduk-duduk menantikan orang, hati aku dah okay dah. Aku pulak jadi kesian kat dia. Tup tap Allah kirim 1 orang ni beli borong. Dengan dia punya pun diborong. Lepastu dia pun sembang dengan aku, aku tak nak ceritalah part ni. Aku cuma bersyukur Allah jentik hati dia. So aku pun maafkan dia (dalam hati) dan anggap dia budak lagi mungkin tak sengaja.  Balik tu aku pun sembang dengan mak. Mak kata, mak bangun buat solat hajat untuk aku. Mak kesian aku ni selalu orang pergunakan kebaikan.

Allah makbulkan weh.
Ish rasa nak menitik air mata aku.

.

Bila kau kena diperbodohkan.
Atau ada orang ambil kesempatan pada kebaikan kau,
Doa banyak-banyak.
Minta mak doakan.
Doa mak kan berkat.
Doa orang yang dizalimi pula tembus ke langit tanpa hijab.
Percayalah. Aku dah kena bukan sekali dua.
Berkali-kali. Mungkin kafarah dan ujian Allah untuk aku.

.

Aku pun taklah baik mana.
Cuma aku rasa kita tak patut ambil kesempatan naknak kalau orang tu cukup baik dengan kita.
Dah tak reti membalas jasa, cukuplah dengan tidak ambil peluang memanipulasikan orang.

.

Aku tak suka orang buat aku rasa bodoh.
Walaupun aku memang bodoh.

Makan diri.

Aku ni kalau bab planning, kalau tak murung seminggu dua memang tak sah.
Mak kata aku jenis terlalu berfikir. Banyak sangat fikir kesian orang. Sampaikan sendiri tak untung pun aku tak kisah. Orang macam aku ni kalau buat bisnes, memang lambatlah nak kaya. Entahlah. Aku bukan tak suka duit. Gile ke tak suka. Cumanya.. duit bukan nombor 1. 

***

Aku kalau nak hidup mewah, nak hidup goyang kaki, aku takkan minta putus dengan first love aku. Aku pantang betul bila orang kata perempuan ni kalau dihambur duit, dia hidup. 
Pantang betul weh. (Tak de kena mengena dengan ex aku. Ex aku baik gile nak mampos sampailah sekarang walaupun aku pernah buat dia menangis huhu. Tapi aku ni..aku sedar diri tak padan.)

Aku banyak fikir sebelah orang. 
Kalau menjual, aku banyak risaukan orang.
Aku boleh murung gile kalau benda yang aku dapat dari HQ macam cilake je kualiti. Aku tak kisah rugi asalkan customer aku happy. Makan diri jugaklah weh. Tapi entahlah. 

Aku memang macam tu.

Kadang-kadang aku try buat kering.
Tapi kau tahu.. aku punya teringat-ingat, terasa bersalah tu mau bertahun tak boleh lupa.

***

Kadang-kadang aku geram jugaklah weh.
Kenapa aku boleh ingat benda-benda yang aku buat dan menyakitkan diri sendiri tu. Lupakan jelah. Aku bukan maksum pun kann. 
Huwaaa senangnya aku tulis! Kenapa tak sesenang ini untuk aku hadap! Eh meroyan pulak. Shh diamlah.

Ok.

***

Blog ni memang pasal aku dan aku dan aku.
Jadi aku akan cerita pasal aku je lah.
Banyak-banyak sabar tau.
Kalau rasa meluat, pi mati lah.

Now I know.

Dari nombor 1 sampai 6 - aku.



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Mata pun menipu.

Hari ni kecoh pasal kes anak kena pukul bekas suami. Teruk weh. 5 hari masuk hospital.
Kemudian bekas isteri buka cerita sebenar.
Tapi aku kagum gile kat dia pasal 5 tahun hidup bersama, tak pernah dia burukkan suami dia.
Ni pun sebab dia hilang sabar anak dia pun kena balun macam dia kena dulu.
Nak cakap pasal jaga aib - aku nak cakap 1 je. Pergi mampos.

***

Sudah-sudahlah kita memangsakan mangsa.

***

Lepastu aku pun tengok gambar husband dia.
Pertama kali dia upload sebab selama ni dia takut kalau ada tersalah kemaskini, nanti bekas husband dia malu.

Alahai..baiknya.
Kena balun sampai koyak hidung, gigi patah pun masih ada belas. Ya Allah..moga Allah bagi kau syurga.

Berbalik pada muka suami dia, sorry aku tak boleh halang diri aku dari menilai.

Serius. Tak boleh aku cari celah mana kita boleh detect dia ni abuser. Muka macam baik.
Tapi aku tak heranlah. Sebab sendiri ada jumpa makhluk muka punya elok tapi perangai macam iblis.

***

Aku takut.
Aku harap aku tak alami benda ni.
Selama ni aku kena balun dengan family sendiri pun aku dah rasa tekanan nak gila, lagi pula kalau dibalun oleh orang yang kononnya sayang aku.

***

Ya Allah, janganlah kau jadikan mata aku, sebagai pemerdaya.



Fokus.

Kadang-kadang nampak jalan.
Tapi nak mengenderai perjalanan tu..
Tak daya. 

Berharap Allah buka jalan.
Dan tidak pula aku terbuta akan peluang itu.

Rasa tak selamat.

Pernah tak kau rasa yakin gila dengan diri kemudian bila kau perhati keliling, atau lepas scroll IG perempuan cantik,..

Kau rasa..

Macam..

........


Tak payah banding dengan perempuan cantik.
Bila banding dengan perempuan biasa-biasa tapi cukup sifat - Lembut, rangka normal wanita Asia, tak tinggi sangat, nampak delicate comel je, suara sedap didengar..argh. Aku rasa down sangat.

Down sampai hati aku terdetik - Sudahlah. Kau tak layak pun untuk sesiapa. Tak ada orang nak perempuan macam kau.

....
....
....

Aku menangis type ni. Aku bencilah perasaan ni. Kenapa aku jadi sampai macam ni? Kenapa aku pedulikan semua tu?

Aku tak tahu.
Aku betul-betul tak tahu.
Yang aku tahu, aku tak suka perasaan ni. Aku rasa down gile. Down gile-gile weh.....

.
.
.
.
.
Aku takut...

Surat senyap buat dia.

Tak boleh tidur.
Dengar lagu.
Tetiba ada 1 lagu baru ni lirik dia camni -

"Apa ku tak punya harga"

Terus rasa mata berdouble T.
(T_T)
Sedih.

...

Bukan tak faham bahasa.
Bukan nak buruk sangka.
Bukan nak fikir bukan-bukan.

Aku faham.
Cuma aku rindu.
Rindu sangat sampai kadang-kadang tak dapat elak daripada fikir macam dalam sebaris lirik tu.

***

Nak luah pada orang, takkan ada orang faham.
Simpan kedap rasa ni dan doa.
Mana tau tak berjodoh didunia, kita berjodoh disyurga.
Nanti kat sana, janganlah menolak diri ni.
Tolong ya.
Lama aku tunggu dan bersungguh aku doa.

***

Semoga kesayangan sihat dan bahagia.
Love you.

Main kepala.

Aku perasan.
Ada beberapa orang suka main kepala aku.
Usap tu okaylah aku terima. Tapi kalau simply pegang, tolak tekan kepala tu, aku rasa macam offensive lah weh. Walaupun mulut and muka aku tak tunjuk.

Aku tak nak jatuhkan air muka sesiapa, tapi sungguh main kepala ni tak sopan.

Orang pandang pun berubah air muka.
Aku je yang buat macam takde apa.
Sesungguhnya hati aku tak suka.