" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Hilang diri.

Pernah hilang kasut?
Hilang duit?

Menggelupur cari kan?

Aku tengah hilang diri ni.
Saban hari aku termenung di subuh hari memikirkan manalah diri aku pergi ni oi.

Aku suka diri aku yang dulu.
Aku kelakar.
Aku suka ketawa dan buat orang ketawa.
Kadang-kadang aku takde niat berlawak pun orang boleh ketawa.
Aku sarkastik tapi apa yang aku sarkas kan tu make sense.
Takdelah nampak macam aku bangang sangat.

***

Aku rasa hidup kepit aku kuat sangat.

***

Sekarang aku bukan sahaja dah tak kelakar.
Malah,

.
.
.


Sangat bangang.

Oi.

Oi!

Oi!

Oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

***

Jerit hati aku disebalik mulut tutup dan muka takde perasaan ini.

Peh.

Aku tengah kira stok.
Tetiba lagu ni autoplay kat Joox.
Aku tak tangkap pun lirik dia.
Tapi aku suka melodi dia.
Aku ingatkan aku dah tak reti jiwang.
Kau tahu tak dah berzaman aku elakkan diri daripada dengar lagu jiwang.
Sebab hati aku ni rapuh.
***
Tetiba keluar.


***

Aku biarkan.
Sebab nak tengok terer tak terer aku control emosi.

***

Kalau sempat berhenti buat kerja dan screenshot dan dedikasikan blogpost untuk lagu ni, kau sangka?

***

A'ah, aku rapuh.
Nak bahu nak tumpang nangis sampai keluar hingus.
Boleh ke?

Kenapa aku? 2.0

Konon nak manja-manja dengan kau.
Ye la dengan orang lain kau kemaen lagi lembek tak bertulang.
Tapi.
Zapppp!
Melintang coret panjang pada pipi aku.

***

Soalan yang sama.

***

Kenapa mesti aku?
Ke prinsip kau alang-alang aku dah buruk, burukkan je habis?

***

Sampai hati.

Mimpi.

Jika kususun mimpi-mimpiku.
Jika kuingat semua tentang mimpiku.
Dari sekecil-kecil perihal seperti jelasnya pandanganmu menerobos jantungku.
Seperti senyum dan reaksi wajahmu.
Penampakan perasaan yang kecil tapi jelas kerana dalam mimpi itu aku sudah tidak terlihat yang lain.
Aku menjadi takut.
Takut.
Takut..

***

Kerna aku tak bisa terbacakan.
Tidak faham dan tidak tahu bagaimana ntuk memahami.
Sedangkan rasa ingin tahu mendesakku.

***

Cuba kau ketuk pintu bertalu-talu.
Ketuklah engkau kerna kau tahu ada seseorang didalamnya tetapi pintu masih belum terbuka.
Betapa kau mengharap.
Terseksa duduk diantara.
Kepastian atau beralah.
Begitulah rasa keterdesakanku..

***

Jika kususun mimpi-mimpiku.

Aku tak kurus lagi.

Haha!

***

Aku tahu kau meluat.
Aku pun.

***

Aku bercita-cita nak kurus sebelum hujung tahun.
Pastu nak kumpul duit.
Nak penuhkan TH.
Pastu nak buat facial treatment kat MyXXXXX
Pendek kata,
Aku nak memanusiakan diri aku balik.

***

Bukan pasal nak hambat jodoh.
Aku dah takde nafsu dah.
Perasaan pun dah kosong.
Semacam dah tak berani dah.
Lagipun aku relevan.
Orang tak mau.
Aku pun reti malu.

***

Aku nak jaga diri.
Untuk diri aku sendiri.
Supaya bila aku tengok cermin aku senyum.
Bila aku pakai baju aku senyum.
Bila aku tak pakai baju (HAHA) pun aku senyum.

***

Orang tak boleh sayang aku.
Jadi aku kena sayang diri aku sendiri.

***

Cumanya aku tak reti macam mana.
Berangan konon-konon macam reti, termasuk tak?

Kenapa aku?

Aku punyalah berlembut dengan kau.
Kau lari pun aku kejar elok-elok.
Kau marah-marah pun aku masih lembutkan suara pujuk (walaupun suara aku macam abang-abang).
Kau lari lagi.
Aku sabar je.
Aku tahu kau takut.
Jadi aku pun kawal diri aku supaya tak terlihat rasa nak bunuh kau (haha!).
Bila aku dapatkan kau.
Kau berpaut tak mahu.
Aku tarik kau elok-elok.
Kau lepaskan pautan.
Turutkan aku.
Aku ingat okaylah kau dah bertenang.
Tiba-tiba kau pusing pandang aku.
Terus kau cakar muka aku.

***

Aku boleh dengar bunyi kulit aku terkoyak.
Tapi aku tak cemas.
Aku kekalkan ketenangan.
Mana mungkin aku nak tunjukkan aku dah naik hantu dengan kau.
Akukan penyabar.
Penyabar sangat!

***

Aku dukung kau.
Aku usap kau lembut-lembut.
Aku faham ketakutan kau.
Dalam dunia ni siapa je yang kita boleh percaya kan?
Aku faham kalau kau rasa takut.

***

Aku boleh rasa darah menitik.
Aku tenangkan diri.
Takde apalah bisik hati aku menipu diri.

***

Usai.
Aku pun masuk rumah.
Capai tisu.
Tengok cermin.

***

Aku nak keluar petang tu.
Disebabkan aku tak mampu nak keluar dengan muka macam tu, aku habiskan masa dengan goreng pisang.
Aku masih sabar lagi.

***

Dah pukul 4 pagi.
Aku tengok cermin.
Mak panggil aku kucing comot.

***

Aku takde apa nak jawab.
Cuma aku nak tanya.
Kenapa dalam banyak-banyak orang yang kau boleh cakar - orang tu adalah aku?
Dan kenapa kau pilih muka aku?
Tak cukup ke perhiasan kat muka aku ni?

***

Sampai hati.

Bluetooth masih relevan.

Aku lupa bayar bil Telekom.
Maka orang-orang rumah murung sebab wifi kena potong.
Aku tak sedar sebab aku pakai postpaid Celcom.
Ihiks.

***

Aku malas nak bayar.
Satgi lah.
Tapi aku tengah edit gambar ni.
Ada 1 function tak ada dalam handphone.
Yakni kena guna Photoshop.
Maka..

***

Aku pun cucuk kabel dari handphone ke desktop.
Tapi tak detect.
Ah,sudah.

***

Mujurlah Samsung ni ada bluetooth.
Maka..

***

Aku bersyukur aku beli handphone cap Samsung.

***

Lepasni aku nak bayar bil.
Kalau tak, aku transfer je via email.
Pastu buka email dekat desktop.
Habis cerita.

***

Bukanlah tak bersyukur ada bluetooth.
Tapi kalau 1 gambar makan masa berminit-minit, aku lagi rela bayar bil.

***

Bil tu memanglah duit.
Tapi masa itu emas.
Masa boleh buat duit.
Faham tak cerita aku ni?

Sampai bilalah..

Aku tengah pulun bungkus dan check order.
Tengah senaraikan untuk restocked.
Tibe-tibe.

***

Aku menangis.

***

Aku nak minta maaf pada sesiapa yang aku pernah sakiti.
Maafkan aku.

***

Aku sendiri tak mampu tanggung perbuatan tu bila terkena pada diri sendiri.



Fat & Fab

Cheese.

***

Aku dah decide.
Aku memanglah tak suka dengan diri aku sekarang, tapi aku tak boleh bunuh diri aku macam tu.
Aku cuma kena bunuh part yang aku tak suka.
Macam, memperlekehkan diri.

***

Jadinya aku akan meraikan kecacatcelaan aku.
Yes aku gemuk.
Tapi aku wangi.
Haha! Teruk sangat ke contoh tu?

***

Aku nak buat medical check up.
Aku ada tanda hypothyroid.
PCOS pun macam ada.
Kalau iya aku nak start treatment.
Mungkin sebab tu aku gemuk.
Mungkin sebab tu rambut aku gugur.
Mungkin juga sebenarnya,
Ni balasan Allah sebab dulu tak menjaga.

***

Selamba je pakai baju lengan pendek.
Baju ketat.
Seluar ketat.
Kadang selamba pakai seluar kontot.
Dengan sleeveless top.
Tudung terbang.
Warnakan rambut.
Hmmm.

Sekarang kalau nak buat memang tak sedar diri.
Serius aku yang dulu bukanlah yang sekarang.
Aku jadi makhluk berbulu.
Mungkin hormon laki laki banyak dalam badan.
Ah, embrace je lah.
Kalau Allah tak jadikan aku berbulu, hitam, gemuk -

Aku mungkin tak insaf lagi.

***

Orang kata lihatlah kurniaan dalam samaran. Dan berpegang pada kata-kata separuh aku - Positifkan yang negatif.

***

Haha.

PM.

Aku sebenarnya pelik dari mana datang asal usul perkataan PM ni.

Apasal boleh jadi budaya PM-PM ni?

Kalau kau nak beli barang, kau terus je lah mesej orang tu. Yang kau komen PM tu apasal?

Ibarat kau pergi kedai, pastu kau duduk luar kedai pastu kau cakap PM.

Kau tahu tak betapa awkward nya orang nak jawab.

Nak jemput kau masuk pastu terangkan ke?
Kan kau boleh je masuk kedai dan tengok harga dan barang apa yang ada?

Motif PM?

Aku ada customer yang pernah hantar Whatsapp kat aku dan kata "Saya nak beli. PM saya."

Aku tengok handphone aku lama.
Lamaaaa sangat.
Aku nak gelak.
Tapi tak boleh gelak.
Sebab aku tak tahu nak jawab apa.

***

Tahu tak PM tu apa?

***

Private Message.

***

Tapi dalam kes aku, lain.

***

Pening makk!!

***

Kawan aku lagi rare.

***

Pungkoq muu!

Tips move on.

Sebab tu aku tak kejar atau halang.
Sebab tu nampak aku macam tak berusaha.
Aku tahu orang deserve yang lebih baik.
Yang menepati citarasa.

***

Aku sedar diri.

***

Ego, ego jugak.
Tapi yang buat aku beralah habis ialah sebab aku sedar diri.
Aku sedar diri.
Aku sedar diri.

Aku cakap apapun tentang kau pada diri aku,
Apapun bisik jahat hati aku tentang kau,
Betapa buruk pun anggapan yang pernah hinggap geram pada hati aku,
Ada 1 part aku setuju.

***

Aku tak layak.
Maka layaklah aku tertolak.

***

Bukan senang nak lepaskan orang yang kita sayang.
Tapi menjadi senang bila kau sedar diri.

***

#TipsMoveOn #PalingSadis #DiAlamSemesta

90kg dan mental rabak.

Sejak akhir-akhir ni aku benci gila kat diri.
Aku belek diri aku dan cakap "Aku nak jadi macam perempuan lain".

Aku tahu, dan fully aware bahawa ada sesetengah perkara aku tak boleh ubah.
Dan ada beberapa perkara aku sendiri yang sebabkan.

Macam gemuk.

***

Aku tengok baju lama.
Aku macam 3 kali ganda saiz lama.
Aku boleh beli baju tanpa sale assistant cakap "Yang ini free size", "Yang ini ada saiz besar".
Adik aku yang kerempeng tu muat pakai baju aku.
Sekarang ni adik aku tukang pakai t shirt lama aku. Aku dah tak muat.
Aku terfikir, kenapa sampai macam tu aku rosakkan diri eh?

***

Kalau dulu aku yakin dengan diri aku sekarang tak.
Aku termenung fikir -

Dulu aku ada ramai sangat peminat.
Even jiran (mak cik yang nampak aku sidai baju), even orang yang hanya tengok gambar aku pada handphone orang lain pun siap nak buat menantu (bear in mind, aku tetap rasa aku tak lawa pun. Ni aku type bukan nak yakinkan kau yang aku lawa, tapi aku tengah bandingkan pengalaman aku dulu dan sekarang.)

Dulu masa kat universiti, aku ingat lagi.
Waktu tu kami ada projek.
Kami lepak kat bangunan tengah.
Sampai pukul 6 pagi.
Kau bayangkanlah waktu tu muka masing-masing confirm dah berminyak, nampak busuk tapi ada seorang photographer ni main-main ambil gambar. Esok tu, dan beberapa hari seterusnya dia approach aku untuk jadi model dia. Aku macam.. "Muka aku macam pisang busuk ni pun kau nak ambil gambar?" dan elakkab diri daripada jumpa dia.

Dulu seronoklah bila ada orang approach. Ye la muka sendu pun ada orang perasan kannn.
Aku pelik gak tapi okaylah terimalah mungkin memang ada orang suka perempuan muka sendu macam aku ni.

Okay cukuplah. Kang kata aku perasan.

***

Sekarang aku rasa orang kalau nampak aku pun macam buat-buat tak nampak.

Gemuk.
Alignment semua lari.
Muka berjerawat.
Parut.
Gelap.
Bulat.
Debab.
Badan berulas-ulas.
Tolonglah aku benci gila diri aku sekarang.
T___T

Jangan kata orang, aku sendiri tak suka tengok cermin.

Aku rasa kalau ex-ex jumpa aku mesti dorang sujud syukur. Haha!

***

Aku mengeluh tapi aku dah tak usaha apa dah.
Aku give up.

***

Entahlah.



Allah Maha Mendengar, cuma..

Kita kena besarkan sabar.

***

Ya Allah susahnya.

***

Tadi aku tengah baring.
Baca cerita hantu.
Tiba-tiba..

***

Aku rasa ada orang kuis poket jeans aku.
Aku pakai seluar jeans.
Aku baring mengiring.
Tengah membaca aku rasa eh apa gerak-gerak ni?
Aku tengok je poket aku tu.
Aku rasa lagi.

***

Pastu aku korek poket aku keluarkan duit.
Ada toyol ke nak curi duit aku?
Hai bold gile ko toyol kalau berani curi dalam keadaan macamni.

***

Tiba-tiba masuk 1 Whatsapp.

***

Rasa nak menitis air mata aku.
Orang yang berhutang dengan aku dah buat payment.
Siap bagi extra dan halalkan.

***

Aku terkedu.

***

Sebenarnya aku dah putus asa dah nak minta.
Aku jadi marah dan sangat sedih.
Rasa nak maki tapi aku tak daya.
Aku tetap mesej sopan-sopan.
Bila dimain-mainkan, aku kecewa.
Dan aku berdiam tak mahu lagi meminta.

***

Puas aku doa minta Allah tolong aku.
Ada 1 hari tu Allah kirim mimpi.
Orang tu nak bayar tapi dia main-main.
Yes.
Memang betul.

***

Harini Allah makbulkan doa.

***

Aku cuma kena percaya dan besar sabar.

***

Aku harap yang lain tu Allah akan gerakkan hati mereka untuk bayar hutang aku. Aku tak mampu nak halalkan semua.

***

Aku rasa nak menangis.
Sebab sejak Asar semalam tiba-tiba iman aku merapuh.
Aku tinggalkan solat Dhuha. Solat fardhu. Tahajud. Hajat. Dan isktikarah.
Aku nak solat.
Tapi..aku tewas dengan diri sendiri.
Aku tinggalkan sambil membilang waktu.
Aku pun tak tahu kenapa aku buat macam tu.
Tapi aku tahu, aku tak ada sebab untuk berbuat macam tu.
Aku rapuh.
Allah, maafkanlah aku.

***

Allah tak hukum aku.
Tapi Allah jentik hati aku untuk balik pada Dia.

***

Aku nak cari sejadah.

Hidup ini pilihan. Orang boleh sepak kita, dan kita balas dengan lebih kuat. Atau kita boleh diam dan bertahan, sebab pada kita kejahatan tidak harus dibayar serupa, biarpun (okay aku puas hati dah dapat tulis tajuk sepanjang ini).

Aku selalu cakap pada diri.
Kita yang pilih untuk bertindak sekian-sekian pada setiap teriakan keadaan.
(Walau hakikatnya banyak yang kita tak mau tapi kita terusung oleh rasa keterpaksaan.)

Kita pilih.
Kita yang pilih.

***

Bila ada orang buat naya kat aku, aku rasa pahit bebenau nak kedapkan ayat ni dalam akal waras aku.

***

Kau pernah tak kena aniaya orang?
Aku bagi contoh paling mudah.
Duit.
Orang hutang.
Orang tipu.
Kau pulak nak guna.
Dari satu hari ke satu tahun yang lain, jembalang ni menabur manis janji.
Ada ketika kau terdesak gila nak pakai.
Dia punya janji tu "Okay kejap lagi saya bank in".
Lepastu bila dah kejap, dia tukar pula " Okay sejam lagi saya bank in".
Kau ni punyalah berharap.
Tapi tu semua permainan je.
Kau kena tipu.
Kau kena kena kencing wei!

***

Kau pernah tak rasa hasil daripada perbuatan orang, kau rasa hati kau jadi jahat sangat.
Kau maki hamun dalam hati.
Kau doakan biar Allah tarik ketenangan dia, tunggang langgangkan hidup dia.
Kau bayangkan seolah-olah dia depan kau dan kau lempang dia berkali-kali.
Kau pernah tak rasa macam ni?
Kadang-kadang kau terbawa-bawa rasa marah dan benci sampai dalam menangis kau marah-marah dia seolah-olah dia depan kau.
Pernah tak?
Lepastu kau rasa nak kenakan dia balik.
Rasa nak malukan dia.
Nak sakitkan dia.
Nak dia rasa apa kau rasa.

***

Ya Allah peganglah hati aku.
Aku bukan orang macam tu.

***

Pernah tak rasa?
Sedih kan wehhh!
Rasa marah sangat-sangat tapi kau tak daya nak maki hamun atau lepaskan.
Rasa macam setan keluar masuk nak rasuk badan tapi diri lagi satu berebut pertahankan sabar.
Sumpah keliru weh sebab jauh disudut hati AKU NAK JADI JAHAT DAN DIA RASA APA AKU RASA!
Tapi..

***

Tak boleh.
Nangis je mampu.

***

Jadi jahat ni senang.
Serius senang.

***

Tapi bila kau sedar kau tak patut turutkan rasa, dia punya sesal tu..
Separuh nyawa pun tak cukup, Alyah oiii!

Aku baru teringat.

Berkaitan dengan post sebelum ini, puncanya ialah mak aku kata dia tak sangka P (adik lelaki dia yang sangat baik) tu akan menangis tersedu-sedu.
Sebab P ni gila-gila. 
Hakikatnya P ni simpan banyak kisah sedih termasuklah bila nenek aku tak izinkan dia kahwin dengan perempuan Indon.
2 tahun P lari.
Tu lah pertama kali P naik suara sikit.
Selama ni P akur je.
Mak aku dapat tahu kisah ni bertahun-tahun lepas nenek aku meninggal.
Aku pun cakap - 1 sikap nenek ialah senang serap apa orang kata. 

Lagi kuat orang tu bercerita dengan dia, lagi kuat dia percaya.
Nak lawan dengan orang yang tak banyak cakap? Tentulah kalah orang tu.
Sedangkan yang bercakap selalu (mengapi-apikan/provok) tu bukan baik punn! Nak alihkan perhatian nenek pada dosa orang lain je! Hakikatnya diri sendiri mengendong dosa besar!

Pastu mak tanya "Oh adik perasan ye?"

Aku cakap kat mak - Aku ni pemerhati. Lagi satu, orang yang huha huha ni jangan ingat dia takde perasaan. Kadang orang macamnilah yang tanggung sedih lagi tinggi daripada orang lain.

(Aku bercakap daripada pemerhatian dan diri aku sendiri)

Tu lah puncanya.

***

Ingat tau.
Kau bukan span basuh pinggan yang nak serap semua kata orang.
Tapis weh! Tapis!
Aku selalu muntah dalam hati bila tengok orang berlakon. Dalam hati tak sabar nak tengok dia termakan oleh perbuatan sendiri.

***

Dan aku dah saksikan banyak.

***

Banyak sangat.

Aku manusia yang paling biasa.

Aku tak boleh tidur.
Dah set jam nak tahajud tapi tak tertidur-tidur. Puas aku menyorok dalam selimut, pusing sana sini tak boleh.
Pastu aku pun sembang dengan mak.
Entah macam mana terkeluar topik ni.
Topik yang aku kira sangat sensitif.

***

Aku cakap kat mak.
Aku ni jenis pemerhati.
Nampak je huha huha bodoh-bodoh macam tak ambil tahu hal ehwal semasa.
Percayalah aku banyak senyapkan dan buat-buat bimbo.
Aku tak terus serap apa orang cakap.
Aku perhatikan percakapan dan tindakan mereka.
Aku perhatikan pattern orang.
Kalau ada orang dok bercerita aku boleh beza orang tu nak luahkan perasaan atau nak provok/mengapi-apikan.
Aku tanya mak.
Takkan mak takde terfikir pun waktu puaka dua ekor tu bercerita sebenarnya menghasut mak?
Takkan mak tak perasan puaka tu nak buat mak benci kat aku?
Common sense kot.
Aku yang muda boleh perasan benda tu.
Mak cakap mak tak sangka buruk kat orang.
Mak tak terfikir pun.
(Mak aku ni naif sangat. Mudah terpedaya dengan orang. Dulu jiran aku orang Indon. Dia offer jadi pengasuh adik aku. Dari hari pertama aku jumpa dia, hati aku dah rasa something wrong. Pada aku, orang baik tak akan burukkan semua orang. Baru hari pertama dia dah cerita semua keburukan orang. Aku tak nampak pun dia cerita dengan perasaan sedih dianiaya. Yang aku nampak.. dia cuba kelabukan mata mak aku. And yes. Mak aku tertipu. Adik aku dua orang kena dera. Aku yang bongkarkan perkara sebenar.)
Pastu aku terus luahkan.
Aku tak boleh lupa apa orang buat kat aku.
Aku tak boleh.
Kalau orang tersilap aku boleh terima. Aku boleh cuba lupa. Kitakan manusia biasa.
Tapi kalau itu pilihan orang untuk aniaya dan khianat aku - aku tak mampu lupa.
Mak aku termasuk dalam senarai tu.

***

Aku cakap kat mak.
Aku ulang apa yang mak aku pernah cakap pada aku.
Mak cakap waktu tu pun aku kasar sangat.
Aku cakap kat mak. Aku tak buat orang macam tu suka-suka. Tu bukan perangai aku.
Aku bukan jenis cerita masalah aku. Aku bukan jenis menghasut orang. Kalau aku tahu apa yang aku cerita tu mendatangkan masalah atau buat orang benci, aku tak cerita.
Aku simpan. Aku pendam.
Pendam sakit woo.
Sedikit sebanyak pasti terkuis juga sabar aku.
Aku manusia biasa weh.
Kenapa mak tak tanya kenapa aku berubah sikap?
Aku ulang 2,3 kali bila mak aku pertahankan diri.
Mak aku ada pilihan. Soal selidik cuba fahami aku atau serap apa orang cakap.
Mak aku pilih untuk percaya kat puaka tu.
Aku tak boleh lupa.
Aku sungguh tak boleh lupa.
Berdenyut hati aku weh.
Sakit.

***

Mak cakap.. "Itulah silap mak. Tapi akhirnya Allah tunjuk siapa dia sebenar."
Dari sudut pelaku, kata-kata ni biasa sahaja.
Dari sudut yang menerima perbuatan itu - Huh, mudahnya berkata.

***

Aku cakap kat mak.
Mak tahu tak sebenarnya masa aku hilang tu aku nak lari rumah?
Mak cakap mak perasan.
Tapi aku tak sampai hati.
Aku lepak hotel, sambil terkenang siapalah yang tolong mak. Aku tahu puaka dua ekor tu takkan tolong mak. Aku punya kesian kat mak, ayah aku, akhirnya aku balik.
Padahal kalau ikut hati aku, aku tak ingin jejak lagi kaki kat rumah ni. Punyalah aku terasa jauh hati masa tu..
Aku cerita lagi apa yang buat aku sampai sekarang masih tak mampu lupakan.

***

Waktu tu keluarga aku sendiri tikam aku.
Hasut orang.
Darah daging aku sendiri.
Ish.
Susahnya aku nak terima.
Aku nampak perangai manusia.
Yang buat aku ralat - manusia ni, orang yang aku sayang.
Sampai hati.

***

Aku cakap kat mak.
Aku tak boleh lupa.
Maaflah, tapi aku tak boleh lupa.
Aku masih terasa hati sampai sekarang.
Bila aku teringat, peh.
Menggelegak hati aku weh.

***

Pastu aku diam.
Bagi ruang nak tenteramkan hati.
Baru ruang kat mak bersuara.
Suara mak sayu.
Tapi maaf mak, aku masih belum boleh.
Aku tak berdendam, tapi aku tak mampu lupa.
Aku masih belum boleh terima.
Mak cakap macam-macam.
Mak pujuk kata aku ni dah 90% sempurna. Kalau aku lupakan, in shaa Allah aku akan dapat apa je yang aku mahu.
Mak kata aku baik.
Baik sangat. Mungkin bila aku diuji macam ni, dan aku tak boleh redha jadi jodoh aku, impian aku tertahan-tahan.
Aku diam je. Aku biarkan mak aku bercakap lagi.
Mak cakap mak tak sangka dorang permainkan mak. Mak silap dengar cakap orang. Mak silap terus hukum aku.
Mak kata tapi tengoklah, bila Allah uji, aku yakin dianiaya dan pulun doa, akhirnya Allah makbulkan.

***

Aku cakap kat mak.
Selama ni mak tak mendengar aku.
Aku simpan perasaan aku.
(Mengadu pada cikgu besar dan bestfriend, mujurlah ada. Kalau tak aku dah gantung diri agaknya)
Allah je yang tahu apa aku rasa bila keluarga aku sendiri tikam aku.
Aku doa sungguh-sungguh.
Setiap hari menangis-nangis aku mengadu pada Allah.
Sakit weh.
Serius perit gile.
Aku bagitau mak.
Aku pun tak sangka cepat betul Allah perkenankan doa.
Dan aku tak sangka caranya macamni.
Aku ingat aku akan bergaduh dengan si puaka.
Tapi rupanya si puaka ni yang gaduh teruk dengan mak.
Punyalah cantik cara Allah memberi pengajaran.
Tergamam aku bila diingat-ingatkan.
Orang yang selalu bogelkan orang, Allah sendiri tunjukkan siapa dia.
Terbuka segala-galanya.

***

Mak cakap, adik (aku) cuba belajar maafkan.
Cuba letak titik dan lupakan.
Mak kata mak yakin Allah akan bagi ganjaran yang sangat baik untuk aku.
Mak aku sebutlah :

Dapat jodoh paling baik,
Jadi kaya lebih daripada aku sangka,
Mati dalam Husnul Khatimah,
Banyaklah.
Aku aminkan semuanya dalam hati.
Tapi aku masih tak bersuara.

Mak kata, adik cubalah tau.
Mak tahu susah, sakit nak lupakan tapi cubalah.
Tak harini, esok.
Cubalah.

***

Dalam hati aku berbisik -

"Dah lupakanlah, jangan diungkit",
"Maafkanlah, jangan didendam",

Mudahnya untuk disebut jika kau pelakunya.
Tapi dari sisi aku yang menerimanya..

***

Aku hanya mampu cuba.

Perempuan dan air mata.

Perempuan memang suka menangis agaknya.
Aku kalau sakit sangat, aku dah tak boleh nak cakap.
Aku nangis.
Ni tengah type pun berjujuran air mata.
Kadang-kadang gerimis.
Kadang-kadang lebat.
Siap meraung tanpa suara.
Air hingus pun sama laju.
Tapi takde siapa tahu.
Kita pun tak mau orang tau.
Naknak kalau kita jenis badut.
Badut mana ada perasaan sedih.

***

Kadang kita senyapkan kesakitan kita.
Diamkan rasa hati.
Tepek muka bahagia ceria.
Tapi dalam ni hah.
Sekali orang sergah, terburai.

***

Bahayanya jadi pemendam ni ialah,
Kau sendiri tak tahu apa yang buat kau sakit.
Pasal kau tadah je selama ni.
Tahu tahu kau dah sakit.
Kau tak tahu yang mana menyakitkan kau.
Yang ini ke.
Yang itu ke.
Entahlah.

***

Aku pun tak tahu ni.
Kenapa tiba-tiba aku sebak.
Aku lagi tak tahu kenapa tiba-tiba air mata gugur.
Sebutir dua je.
Itupun aku dah rasa lega.

***

Yang aku tahu,
Sedikit gelak tak mencederakan sesiapa.
Dan aku pun tergelak.
Apeda.

Kawan kahwin.

Kawan aku ni kategori senior masa aku kat universiti. 
Aku Tahun 1, dia Tahun 3.
Aku 27. Dia 30.
Aku perempuan. Dia laki.
Harini dia jadi laki orang.

***

Siapa kata perempuan dengan lelaki tak boleh berkawan? 
Aku dengan dia ni kategori kamceng jugak kot.
Sebab dia ni gila.
Hampir setiap hari, balik je kerja dia dok call aku.
Selagi tak sampai rumah tak letak.
Kami kenal kat Skype.
Masa tu cara nak berhubung kat universiti aku ni mainly via Skype. Mana ada Whatsapp lagi masa tu. Skype kan percumaaaa.
Masa kenal bodoh-bodoh je.
Mamat ni taik movie, naknak Korea.
Dia selalu send kat aku benda-benda lagha ni.
Tapi sepanjang kat universiti kiterang takde jumpa pun.
Eh ada sekali! Masa tu MASUM.
Dia main ragbi. Aku netball.
Dia habis je belajar dia bagi aku nombor telefon.
Kami kawanlah sampai laa ni.

***

Tapi kami punya friendship macam laki-laki. Okay aku laki. Hahahaha!
Mana ada jiwang-jiwang ni. 
Bahan je kerjanya! Kalau bergayut tu memang gelak macam pontianaklah. 
Sebenarnya aku pun tak sangka kami boleh kawan lama macamni. Dulu aku pernah menyampah gaklah bila dia asyik call.
Aku tengah kerja dia call. Pastu bahan aku takut bos lah tu angkat cakap pelan-pelan. Hantu betul. 
Tapi lama-lama macam dah terbiasa dah. 
Bila tiba-tiba dia tak call tu rasa pelik sikit.
Rupanya sibuk bercinta.
Sampai hati tak bagi aku kasih sayang macam biasa hahahahahaha!

***

Tuptap hantar video jemputan kahwin.
Tak boleh belah bini dia orang Sabah muka macam Korea.
Hahahahahaha! Dapat gak wehh! Dok kata suka perempuan putih, betul-betul dia dapat, Alhamdulillah! 
Aku dok koreklah weh bila masa ni tiba-tiba je, rupanya masa nak dekat-dekat Raya.
Wau baru lagi!
Aku tanya gak apa yang buat dia rasa nak kahwin.
Ye lah walaupun dia dah 30 kan, dia ada bebel pasal umur banyak tu, tapi tak sangkalah dia akan kahwin masa 30 ni jugak. Jodoh kan weh? 

Dia ni jenis tak jiwanglah tapi aku tahu dia ni baka family man. Walaupun dia macam bangang suka bahan aku, tapi aku tahu dia ni macam mana (dalaman budiman weh!). Kita tak boleh judge orang daripada sekadar perbuatan dia hari-hari. Tapi how dia react, cara dia respond pada sesuatu masalah, benda-benda kecil, campur dengan rutin dia, kita boleh perasan makhluk tu punya sisi sebelah. See, see. Observant tak aku? 

Kawan aku kata rasa macam dah puas enjoy, rasa nak settle down. Rasa cukuplah, nak berkeluarga pula. Wauuu melopong mulut aku dengar.

Tapi aku tahu dia memang sepatutnya dah kahwin dah pun. 
Gatal kemaen tak sudah-sudah dengan Sari Yanti, Anzalna, Neelofa dia tuuu! Hahahaha!

***

Alhamdulillah harini kawan aku akan kahwin.
Aku tak pi. 

***

Lepasni dah takdelah call hari-hari. 
Ala aku pun faham nak jaga hati isteri.
Nak jaga iman diri. Dah kahwin nanti setan tu lagi kuat mencucuk nak goyahkan rumahtangga.
Aku pun perempuan, macam mana rapat pun persahabatan, aku pun reti jeles kalau laki aku dok gayut dengan perempuan lain. 
Apatahlagi kalau dok gelak sama-sama. 
Walaupun takde secubit perasaan pun tapi manalah orang nampak perasaan kita ni.

***

Aku dah banyak dah hilang member lepas dorang kahwin. Ada yang sebelum kahwin tu rajin gila text aku. Lepas akad je terus senyap. Tapi aku tahu dorang ada memerhatikan aku. 
Aku pun perhatikan  korang jugak dan doakan semoga korang bahagia. Korang kawan yang baik, in shaa Allah korang boleh jadi husband yang baik. 

***

Selamat pengantin baru, gile!


Aku pelik, aku tahu.

Kau okay?
- Aku rindu dia.

Dia tak text kau?
- Tak tahu.

Tak tahu?
- Tak tahu dia text atau tak sebab aku block dia.

***

Nak tak?
- Tak nak.

Okay.
- ....

***

Kau macam tak pape je?
- Hah? Okay je lah.

Betul ni?
- Hahahaha siyeslah. Weh nak makan mana?

*balik rumah nangis*

***

Sebenarnya ego.
Aku harap sangat bakal laki aku perasan perangai aku ni.
Aku perempuan yang sangat ego.
Biasanya ego datang dengan makan dalam sebab pendam.
Hmmm.