" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Semut.

Berniaga ni memang sedikit sebanyak taking its toll on me (orang lain pun sama kot?).
Berniaga online penat.
Berniaga tak online pun penat.
Berniaga online buat kau kena korbankan waktu tidur. Customer suka sembang dan shopping malam. Lepastu kau nak respond tiap soalan, kadang-kadang customer ni semua dah lengkap, tapi dia tak mau baca. Gambar dah ada tapi tak mau tengok. Dia nak kita send balik semuaaaa gambar dan terangkan semula. Memang meletihkan.
Dua hari lepas kot, aku tak tenang nak tidur.
Pasal esok tu nak kena bangun awal nak kejar trip poslaju pagi sebelum poslaju cuti.
Pagi-pagi check order, layan customer, packing barang, check payment, rasa kelam kabut gila buat semua sorang-sorang. Lepastu terus ke pejabat pos besar.

Jauh tau. Semua sebab nak barang segera sampai tak perlu tunggu nak hantar ke point A, pastu B, pastu baru nak sampai kat customer.

Dah sudah, aku pun update tracking number ke semua customer. Hari pun masih pagi, aku pun pi shopping mall nak cari kasut. Kasut All Star aku dah rabak teruk. Ingat nak beli yang serupa. Sekali harga dah naik RM239 cemtu. Pehh..
Aku fikir alang-alang baik beli yang baru new arrival. Saiz pulak takde. Last kopek tu saiz 10. Hampa.

Aku pun keluar kedai tu dan cari sunblock. Tengah syok memilih, Whatsapp tak berhenti masuk. Siap ada call lagi dari customer. Omegoddd...

Last minute punya order, der! Ikut hati malas nak layan tapi mengenangkan ni rejeki aku pun terus balik rumah kensel menyopping (rosak bahasa).

Aku pun bungkuslah mana patut. Ada customer masih tak boleh buat keputusan. Kita nak kejar masa ni. Apa lagi aku hangkut semua stok masuk kereta. Dalam kereta boleh pulak bateri tinggal 6%. Peh Allah je yang tahu hati punya berdebar tu cemana. Berkejar balik ke pejabat pos besaq tu. Macam pak pandir dah ulang 2 kali. Tapi customer mana tau kepayahan seorang seller. Aku cukup kagum bila ada customer yang boleh tolerate dengan seller. Aku ramai je customer baik hati paham bahasa ni. Happy jugaklah walaupun ada tersangkut customer pelik seorang dua. Adatlah kalau tak meniaga pun memang kau akan jumpa makhluk pelik dalam hidup. Tabahlah, nak.

Kemudian..malasnya nak cerita. Pendek kata aku memang penat sangat, dengan urusan nak raya lagi, dengan nak masak buka, dengan kuih, dengan emosi tak berapa bagus, lalu aku pun jatuh sakit lagi. Fragile sungguh diri ini. Tadi aku dah kebah dah, tiba-tiba seram sejuk balik. Ni demam balik. Apahal ni wei.. banyak kerja tak siap lagi ni wei..

Eh. Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal demam. Aku heran ni. Macam mana ada makhluk boleh duduk rumah/menumpang kemudian tidur je, kerja tidak dan hanya mengharapkan  orang bela dia? Serius ko tak ada perasaan malu ke? Ko tak malu ke makan duit aku yang susah payah cari ni? Ko tak malu ke susahkan bapak aku yang sakit tu? Ko tak malu ke dengan mak aku yang sakit kronik tu? Walaupun dorang dah pencen, dorang bukan pencen suka-suka tau. Atas sebab penyakit. Kau ingat duit pencen dia berjuta ke? Parent aku tak ada duit tahu tak? Aku rasa korang mesti ingat orang pencen kaya raya tu korang sedap tarah tu. Aku rasa marah sangat bila ingat. Aku tak boleh tidur fikir nak cari duit, tapi orang lain boleh lena. Dulu seorang, sekarang dah tambah dua. Dua-dua dah besar, takkan secebis rasa malu dan bertanggungjawab pun kau tak ada?

Aku rasa macam nak pergi cari kerja tetap. Tapi aku terikat dengan keadaan parents aku yang tak sihat tu. Mak aku berkali-kali minta maaf kat aku sebab dia susahkan aku. Adik dia susahkan aku. Adik beradik dia banyak susahkan aku. Aku tak marah mak aku. Aku sedih sebab adik beradik dia pergunakan kebaikan dia. Bila aku cakap aku nak pi merantau cari kerja bagus, mak aku mulalah buat muka. Adik beradik aku yang lain bukan tak baik, tapi masih belum cukup rasa bertanggungjawab pada keluarga. Banyak besarkan diri sendiri. Mak aku merayu aku tak tinggalkan rumah.

Bila kita terkepit macam ni..susah nak ada pertimbangan. Sedikit sebanyak akan memberontak dalam diri. Tapi aku cuba fikir positif.

Allah uji aku hebat sebab sayang aku.

Doakan aku tabah. Aku tak kuat mana pun. Kalau aku kuat aku tak menangis malam-malam. Aku tak marah-marah bad mood berdiam diri.
Aku masih cuba pujuk diri.
Like everyday kena pujuk diri kentalkan hati hadap hidup.
Selalu aku tertanya, aku jahat ke. Apa yang tak kena dengan aku. Apa yang aku sepatutnya lakukan. Kenapa ujian Allah bertalu-talu. Kadang aku cemburu tengok orang yang hidup dia smooth je. Kau memang tak reti sedih dan kecewa ke?
Entahlah. Aku cuba ni baik sangka dengan Allah.
Tapi aku tak kuat (kenapa aku ulang ayat ni?)
Sungguh ni.


Berbalik kepada tajuk.
Bila aku marah sangat, aku tak tunjuk, aku cuma bayangkan kau seekor semut.
Aku boleh kutip kau dan picit kau sampai mati.
Aku boleh sembur Ridsect.
Aku boleh cabut sebelah kaki kau dan biarkan kau terus hidup.
Aku boleh letak kau dalam balang kaca dan tutup. Kau akan mati perlahan-lahan bila kehabisan oksigen.
Aku boleh ambil kau campak dalam baldi berisi air.
Aku boleh tengok kau terkapai-kapai mencungap mencari tepian.
Aku boleh sakitkan kau.
Sungguh aku boleh.
Tapi aku tak buat just because I can.
Aku tertanya macam mana kau boleh tergamak buat.

Hidup dengannya.

Aku tak sihat. Demam.
Batuk. Selesema.
Sakit dada. Tengah tidur boleh tersedak muntah. Dada rasa banyak lendir. Nak mati ke aku ni?
Alaaa tak maulah. Masih mau hidup lagi.

Wah.

Betapa banyak aku dah berubah.

***

Bertahun dulu, dalam fikiran aku hanya ada mati. Aku fikir mati boleh selesai masalah.
Tapi Allah tetap bagi aku hidup.
Dan tempoh itu telah banyak mengajar aku.
Jadi sekarang, apapun berlaku aku dah tak ada rasa nak mati.
Mungkin juga faktor umur.
Orang kata the older the wiser.
May be.

***
Sepanjang usia berlangsung, banyak kesilapan aku buat. Dan aku kena hidup dengannya.
Aku rasa, itulah hidup.
Yang pasti aku kena bersedia ambil pengajaran daripada setiap pengalaman.
Kalau ditoleh-toleh masa lalu, malu juga aku.

Kadang tertulis perkara bangang.
Yang kelakarnya aku rasa tu lah picisan paling hebat diseantero dunia. Karya agung gitteww.
Kadang make up over gila. Like pakai lipstick so bright tak kena kulit, foundation terlalu tebal dan nampak cakey, dan paling bangang, kening macam Shin Can. Omegoddd, apalah yang ada dalam otak aku waktu tu???
Hahahahahaha!

Sekarang aku jadi sedikit simple.
Bersiap pun sekejap.
Lain jugalah dengan diri aku yang dulu.
Mungkin sebab aku dah belajar terima diri.
Kurang atau lebih aku hargai.
Kenapalah dulu aku hard sangat dengan diri?
Alahai.

***

Aku nak sambung sembang.
Tapi nanti-nantilah.

Kau dah lama mampos 2

Tiba-tiba dia ketuk bilik.
Aku buat pekak. Buat-buat tidur.
Esoknya dia ketuk lagi.
Tanya 6 patah perkataan.
Jawab aku cuma sepatah.

Aku tak reti berdendam.
Marah-marah aku pun, waktu keluar cari baju raya, aku tetap mau pilih yang bagus-bagus untuk dia.
Mak pun perli 'Aik sayang jugak..'
Tak sayang, tapi tak tergamak.
Waktu berbuka dia masih mengurung diri.
Semua tak kuasa nak panggil, aku juga yang gagahkan bontot bangun nak ketuk pintu bilik tanpa sebarang suara dan terus turun ke bawah.
Bukan sebab sayang,
Tapi rasa tanggungjawab membelakangkan rasa benci.
Itulah aku.

Dia cuba nak tegur aku.
Aku buat bodoh je.
Macam dia tak wujud.
Hati aku dah tawar dah.
Kosong.
Aku rasa macam dia dah tak wujud dah pun.
Kalau wujud pun dia serupa tiang.
Tahu ada, tapi tak pernah lagilah aku bercakap dengan tiang.
Aku tengah fikir.
Kalau tiba-tiba dia minta maaf?
Aku nak respond apa?
Kalau dia ulang lagi? (aku dah muak)

Aku tak tahu.
Alangkah mudahnya kalau hati aku sampai.

Hujan masih belum berhenti.

Menangis dan meraung dalam bisu,
Moga-moga esok hari, sembab mata tidak mencurangi aku.
Penat untuk disimpan.
Perit untuk dikongsi.

Diam-diamlah duhai diri.
Diam-diamlah seperti selama ini.
Selama pernah.

***
Rindu.

Masa untuk muhasabah diri.

Pernah tak korang masuk bilik, kunci pintu, capai handphone, pastu duduk belakang pintu, pastu buka apps Al Quran, baca dalam hati (aku dah raya dulu uolss).

Kadang-kadang kita tak sedar pun perbuatan kita. Padahal apa relevannya duduk belakang pintu terkepit rapat ke penjuru (antara pintu dan dinding) sedangkan kalau nak privacy kau dah pun berada sorang-sorang dalam bilik berkunci!

Dan pokoknya aku nak cakap, kadang-kadang aku hanya berfikir setelah aku buat/cakap. Maafkan aku sebab hanya memikirkan perasaan sendiri dan mementingkan diri. Aku tak perasan semua tu. Bila difikir-fikirkan, aku rasa teruk sangat. Kan bagus kalau sebelum ada apa-apa yang aku lakukan/perkatakan, aku fikir dulu natijahnya pada orang lain. Bukan hanya sedap pada rasa hati sendiri je.

Kosong,kosong guys?


Sepotong doa.

Hari itu aku serba tak kena.
Tercelik je mata, tersebat dada aku.
Susah nak terima tapi aku cuba.
Ada 1 doa ni aku baca.
Sambil tangan aku lalukan didahi.
Dan membuat perumpamaan seolah 'membuang'.

Aku terlelap.
Terjaga pun sebab hujan terlalu lebat.
Dalam mamai aku langsung berdoa.
Kemudian aku terlelap lagi dalam tangis.

Pagi esoknya aku bangun.
Aku mencari-cari perasaan semalam.
Tak sesakit semalam.
Ya, tak sesakit semalam.
Aku dah berhenti menangis.

Terima kasih Allah kerana mengizinkan.
Hari ini aku lalu dengan kekuatan.

Betul kata orang, bila sendu baru pandai tulus dengan tuhan. Baru reti rapat denganNya. Baru terhegeh merayuNya.

Padan muka aku. Haha! 

Tak sakit pun.

Capai sebiji epal.
Capai sebilah pisau.

Lorekkan perlahan seperlahan mungkin pada tiap permukaan epal tu.





Cuba ganti epal dengan hati.
Itulah perasaan aku sekarang ini.

***

Aku dah 27.
Tapi masih naif.
Kesian, tapi apakan daya.

***

Sepatutnya aku sedar diri.
Kawal diri.


***

Aku harap perasaan ini segera habis membodohkan aku.
Macam tak percaya dah tua begini masih boleh menangis tak henti.

Haha.

Kau dah lama mampos.

Sejak dia lempang muka aku guna objek (tupperware) dan tumbuk kepala aku kiri kanan, lepastu dia boleh berlakon (as always, selalu rasa diri betul, sumpah dia ni mental) -
aku dah tak tegur dia dah.

Aku anggap dia invisible. Hari tu memang dah sampai limit aku. Aku tengah tonggeng periuk besar ada tom yam. Dia dah nampak aku tengah menuang boleh jerit suruh aku cepat dia nak lalu. Semua tu alasan je sebab pagi tu dia dah panas hati dengan aku. Kau kerja dengan aku, dapat gaji, duduk rumah free, kau boleh nak berlagak? Hari tu ada staff cuti kecemasan. Malam tu aku dah bincang dengan dia. Dia setuju. Elok je malam tu..

Tup tap pagi tu dia boleh bising- bising. Kau agak? Sekali aku cakap elok lagi. Kalau dah ulang berkali-kali?

Suara aku tinggi sikit je. Dia boleh kata aku nak malukan dia depan staff lain. Oooo apasal? Kau malu orang tahu perangai kau?

Kau nampak tak permainan dia? Depan orang memang pandai berlakon. Ish meluat aku.

Jadi dia saja cari point petang tu. Aku dahlah tengah penat gila, dia boleh sound aku. Aku pun jawablah 'Kau tak nampak ke aku tengah buat apa?'

Pang dia lempang aku kuat gile guna tupperware. Telinga aku sakit dan pipi aku bengkak seminggu. Tu belum lagi dia tinju kepala aku. Aku hempas periuk, memang aku dah fikir nak bergumpal je.

Mak aku terus datang peluk aku. Menggigil aku tahan marah weh. Menggigil gile. Ni bukan sekali dua, ni dah bertahun-tahun!

Dan lepas tu sampailah hari ini, aku anggap dia dah mampos. Aku benci gila kat dia. Sumpah aku benci gila kat dia. Kau tak tahu macam mana saikonya dia, macam mana dia boleh rasa diri dia betul, diri dia yang paling-paling (kalau paling bangang, yes. Kau memang bangang!) - kau mesti rasa ada something tak betul dalam otak dia. Ibu aku sendiri sampai boleh benci kat dia, peh kalau aku ingat balik ibu aku pernah doakan dia sesuatu dengan bersungguh-sungguh, menangis-nangis sebab terlalu terlalu terlalu terluka dan marah dengan kebiadapan dia, seram aku nak bayangkan kalau Allah perkenankan doa ibu aku tu.

Yang hairan tu, kalau bercakap bab agama pehhhh! Mengaji pehhhhh! Solat pehhhhh!

Aku tak suka nak judge orang. Apatahlagi nak pertikai amal ibadah orang. Cumanya aku terpesona.

- Macam mana ada orang boleh ada 2 sikap yang extreme, yang bercanggah. Macam kuat beribadah tapi derhaka pada mak bapak tahap angkat parang tu.

Tahu tak? 6

Tahu tak?
Aku rasa aku nak tukar nama blog.
Nama blog aku..

Tahu tak?

**************

'Hah, kau tahu tak blog tahu tak?'

Tahu tak ni?

***************

'Tak tahu.'

***************

Aku tak hampa pun.




Tahu tak? 5

Aku ada seekor kucing.
Kaler hitam tipu-tipu.
Muka gengster habis.
Suka bergaduh.
Suka buat muka menjengkelkan.
Suka jeling kalau kita pegang.
Suka gigit kalau marah.
Pastu lari (tau kau takut!)

Tapi dalam gengster dia ni ada lawaknya.
Datang tebiat dia, dia akan masuk bilik.
Tegur (suara bising).
Pastu naik katil.
Naik atas dada.
Peh muka dia tak boleh blah.
Nak mintak orang belai dia.

Kadang-kadang aku rasa aku macam dialah.
Tu tak kuasa nak kutuk lebih-lebih.

TAHU TAK? 4

Bf kata rindu tak menghasilkan beras.

Gf kata (dalam hati) okay marilah kita bekerja keras (dengan harapan dapat jinakkan rindu. Oh ayat yang dalam kurungan ni pun, kata dalam hati).

#amukanrindu #kandahkenasekolah #hahaha #jiwangness

TAU TAK? 3

Kadang kadang aku rasa aku tak tahu apa yang betul.
Aku cuma ikut kata hati dan fikiran aku.
Kalau aku rasa terdorong, aku layankan.
Kalau hati aku rasa tak sedap atau fikiran aku terlalu kusut, aku berpaling.

Bukan tu semua manusia normal akan buat ke?

Entahlah. Kan aku dah kata tadi.

TAHU TAK? 2

Aku letak gunting dalam poket seluar.
Konon takut terlupa bawa masuk rumah.
Muncung dia terkeluar.

Tiba tiba kucing aku terlepas.

Aku kejar.

Berlari tangan acah acah macam pelari pecut.

Tau tau luka.

Pokoknya aku sesal kejar kucing tu.
Ke aku patut sesal sebab taruk gunting kat poket?

Entahlah.

TAHU TAK?

Haritu aku tengah membongkang.
Pastu telefon berdering.

Adik aku eksiden.

Aku tak panik.
Sebab aku sempat mandi kejap.

Tapi aku panik jugak sebenarnya.
Sebab aku terlanggar apatah, pastu aku cakap 'Adoi' dan lupakan.

Hari ni hari kedua ibu jari kaki aku bengkak.

Pokoknya aku tak tahu nak buat apa ni dengan ibu jari aku ni.

Merengek boleh sembuhkan tak? (Retorik je).

Lelaki tak guuuuuna.

Yuna yang cakap tau.
(Walaupun hakikatnya lirik sebenar 'Lelaki tak guna kau berikan semua'. Aku nak petik separuh je.)

***

Kau takut tak kalau lelaki yang kau kenal baik, budiman , lemah gemalai persis octopus tatkala melayan kerenah kau rupa-rupanya..

Ikan bilis.

Eh,iblis.

Janggut sejemput konon ikut sunnah.
Bercakap hal agama kemaen lagi halilintar pun tewas.
Lagak lembut gile dengan kau.
Acah acah Mr Perfect 10.

Tapi kat belakang dok balun adik perempuan.
Dok sergah mak guna parang.
Dok angkat tong gas nak baling kat adik perempuan.
Dok lempang, dok tinju muka adik perempuan.
Dok saiko macam jantan gila.

Ironinya dengan yang lemah lemah (perempuan) dia beranilah. Balik je adik beradik laki laki terus berlakon macam takde apa apa terjadi. Takut kena hayunlah tu.

Hah kau takut tak?

***

Aku pun takut.
Kena balun fizikal,emosi dan mental bertahun tahun ni buat aku susah nak sangka baik berlama lama dengan lelaki.
Ayah aku pun tak pernah jentik aku.
Naik suara pun tak pernah.
Menangis dia bila tengok aku kena balun dia tak sempat nak tolong.
Ish.
Tapi makhluk ni sedap je buat aku. Buat mak aku.
Mentang mentang ayah aku lembut orangnya, berani ler.
Tapi tak apalah,Allah ada.

***

Cuma aku risau kalau ada perempuan yang terpedaya dengan dia.

Aku harap perempuan tu ada tali pinggang hitam. Kau belangkung je dia sampai cacat weh!

***

Aku harap aku tak sangkut dengan lelaki naik tangan,pemarah,saiko,suka maki hamun,panas baran dan seangkatan dengannya.

***

Aku rasa ayah aku ada perangai lelaki ideal (walaupun sekarang dia sakit). Ayah aku bukan jenis lelaki gatal. Bukan seorang dua perempuan melekit kat dia tapi ayah aku tak layan pun. Sikit tak layan. Aku seram bila bff tunjuk mesej lelaki umur 58 tahun dah kahwin, orang atasan dia pulak tu boleh hantar mesej hanky panky. Someone's husband,someone's father boleh hilang maruah buat macam tu pada someone's daughter..omaigod senipis kain kafan imanmu..

Ayah aku jenis tak banyak cakap (until lately ni. Dia suka benar bercakap non stop. Its okay ayah, I still love you!). Bila mak aku masak walaupun tak sedap, ayah aku tak akan komplen. Tak pernah. Dia makan je. Ada masak dia makan, takde dia pi cari makanan. Itu ayah aku.

Ayah jenis tak naik suara. Tak pernah aku dengar dia cakap hatta 'Bodoh'. Macam mana marahnya dia,dia tetap akan diam dan sabar. Sumpah penyabar gile.

Kalau dah tak reti naik suara, naik tangan pun dia tak reti walaupun anak laki gila dia pernah tumbuk dia. YES YOU READ IT RIGHT. Peh penyabar gile bapak aku.

Ayah aku jenis kalau sebut 'Ayah jom teman adik beli barang' dia takkan say no. Mintaklah tolong dia macam mana pun, walaupun tadi dia penat ataupun tengah demam, ayah tak akan kata tidak.

Memang dia ada kelemahan (nak nak bila dia sakit ni) tapi aku tetap nampak kebaikan dia, sebab aku rasa susah gila nak cari spesis macam ni di dunia ini.

Orang perempuan suka membesar besarkan kebaikan orang lelaki bila dah sayang. Sampaikan macam mana kau robek hati pun kami tetap cuba pujuk diri dengan kenang kebaikan  kau walaupun sekecil kuman.

Hanya setelah kami tawar hati, barulah kami lupa semua kebaikan hahahahaha!

***

Dan yang aku pelik..
Kenapa anak anak (lelaki) dia tak ada pun menurut macam ayah.
Ada pun sipi sipi je lah.
Betullah cakap Raihan, 'Iman tak dapat diwarisi,dari seorang ayah yang bertakwa'.

***

Kalau ayah aku dah tak ada..
Sungguh aku akan rasa kehilangan yang sangat sangat besar.
Walaupun Allah uji hidup kami teruk tapi bila aku duduk membilang nikmat Allah..aku tak boleh nafikan, banyak nikmat Allah bagi kat aku antaranya aku ada ayah yang baik. Aku nampak depan mata contoh lelaki yang layak aku hormati. Aku rasalah ramai orang tak dapat rasa ada ayah macam aku. Ramai yang takut dengan ayah, yang menyampah dengan ayah dia. Nampak ayah dia macam nampak malaikat maut. Aku umur besar gajah ni tidur di antara mak dan ayah. Pergi makan berdua. Share minyak wangi, share baju. Mengadakan? Hahaha!

***

Buat lelaki diluar sana,
Ada sebab kenapa Allah petik kau jadi lelaki.
Jadilah lelaki sebenar benar lelaki.
Tak minta jadi sebaik malaikat pun.
Cukuplah kau jadi lelaki.
Which is dalam zaman ni, cukup payah nak jumpa lelaki yang boleh dihormati.

***

Aku harap aku dah jumpa.

***

In shaa Allah.






JANGGAL.

Antara perasaan yang paling aku tak suka ialah rasa janggal.

Aku pernah tumpang senior naik kereta dari Melaka ke Kuantan (universiti). Faktanya aku tak kenal sangat pun senior ni. Kenal bodoh bodoh je.
Lepastu aku seorang je perempuan. Terpaksa tumpang share duit minyak sebab nak save duit tiket bas. Pastu dia bawa aku pergi kutip member dia kat rumah. Peh. Masa tu emak member hidang nasi lemak, aku ingat lagi betapa kekoknya aku terkepit disitu sampaikan telan nasi pun aku rasa batu.

Serius weh. Rasa batu.
Aku rasa serba tak kena, berpeluh peluh. Peh. Tobat aku serik.

Tu je aku nak cerita.