" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

PENGERUSI GERAKAN ANTI BUDAK KECIL.

'Tolong pegangkan dia kejap.'

Tak sempat aku nak elak, terpaksa aku sambut bayi itu. Aku canggung gile weh.

Nak pegang macam mana ni? Tak meletup ke dia kalau terpeluk kuat sikit?
Nak sandarkan kepala dia kat bahu aku ke? Kena pegang kepala dia ke? Kang patah kang cemana?
Badan aku panas ni, dia tak rimas ke rasa panas ni?

Berkoyan koyan peluh aku wei.
Dalam panik tu sempatlah setengah jam jugak aku duk dukung budak tu. Tiba tiba budak tu nangis. Aik? Aku tak buat apa apapunnnnn.
Oh kau nak kenakan aku ye? Takpe, aku tak boleh kalah dengan budak kecil. Aku pun tepuk tepuk dia dan usap mana perlu. Aku usap perlahanlah tapi kan..honestly aku rasa aku takde tanamkan nilai kasih sayang dalam usapan aku tu. Aku tak reti! Aku kan gengster labuci kau gile keeee kenapa campak baby ni kat aku tolong tolong haaaaa macam tulah jeritan batin aku pada tatkala itu.

Tapi muka steady brader.

***

Aku tak boleh jadi mak. Aku punya takde perasaan mak mak tu macam zero. Kosong. Takde feeling langsung. Tengok budak pun tak reti nak alololo chomelnya tu. Apatahlagi nak cium cium budak. Warghh aku tak reti. Tak retiiiii!

***

Aku tak tahu kenapa budak kecil suka melekap kat aku. Pelik betul. Dulu masa adik saudara aku kecil, pantang mak dia nak keluar mesti nak ikut. Tapi bila ada aku dia akan kata nak duduk dengan aku. Padahal aku takde buat apapun dengan dia, dia tengok aku, aku tengok dia. Macam tu je punnnn dia boleh suka dengan aku?

Lepastu adik kawan aku dalam tadika ke darjah, dia ikut beraya ke rumah aku. Dia suka gileeee kat aku. Perempuanlah weh tu aku seram tu. Apa aku cakap dia ketawa (ni aku boleh terima sebab aku pelat. Aku sendiri boleh gelak dengar aku bercakap). Lepastu dia asyik peluk aku. Dia asyik nak dekat dengan aku. Last sekali dia bagitahu kakak dia, dia suka aku sebab aku kakak cantik.

Terkedu aku sekejap.
Hahahahahahahahaha mekap je wei mekap je. Next time kau datang aku rasa kau lari pecut tengok kakak cantik kau ni serupa kongkang.

Masa aku diuniversiti, kami ada program yang mana kami kena pergi sekolah rendah. Motivasi gitu. Sampai sana ada yang minta biodatalah apalah siap masa aku dah masuk bas ada 3 budak lelaki ni duduk luar bas bye bye aku. Kau tahu tak budak budak ni panggil aku apa?

KAKAK ROCK.

Hahahahahaha! Sebab aku kan gengster. Muka make up, pakai baju kurung tapi kasut? Hahahaha kau faham fahamlah. Masa aku ambil gambar dorang, siap dorang posing buat tangan ala rock tu. Peh.. waktu tu aku menyedari bahawa budak kecil ni dia suka memerhati. Aku ingatkan dorang takde perasaan.

***

Aku pernah cakap kat ex aku, nanti kahwin aku nak anak lambat. Sebab aku nak manja puas puas. Aku tak suka kongsi kasih walaupun dengan anak sendiri. Aku jeles. Hahahahahaha! (Aku ketawa tapi aku maknakan ni wei. Aku jeles. Aku jeles. Aku rasalah...)

***

Aku duduk fikir fikir benda ni. Kenapa aku takde perasaan macam perempuan lain eh?
Aku tak normal ke?
Aku less woman lah ni?
Ohmaigod cemana nak jadi wife material kalau takde sifat keibuan ni?
Lepastu aku dapat satu konklusi.

Aku sebenarnya kepenatan.
Dari kecil jaga budak (adik).
Masa darjah 6, mak aku lari rumah. Aku tak tidur malam jaga baby tau. Mungkin aku trauma? Entah. Kemudian sampai sekarang aku masih menjaga orang (family).
Memang aku penat sangat.
Mana mana kawan aku yang meroyan nak ada anak, nak manjakan anak, nak ada suami dan mengkulikan diri (sorry bahasa aku), bila aku check latar belakang..alahai.

Lama dah tak ada adik.
Duduk asing dengan family hanya urus diri sendiri.
Tak ada masalah family.
Tak ada pening kepala nak tanggung keluarga.
Hanya lepaskan diri sendiri sahaja.
Jadi tak hairanlah kalau dorang rasa 'teringin'.


Aku pulak terbalik.
Aku teringin nak rasa hidup dimanja.
Kepala tak kusut.
Dapat tidur lena.
Ada masalah tak payah runsing fikir.
Ada orang jaga.
Alahai seronoknya berangan.

***

Berbalik pada topik.
Aku masih tetap tak suka budak.
Bukanlah tak suka tahap mak tiri tu.
Tak suka macam 'Ko buat hal ko,aku buat hal aku' je.
Boleh ke macam tu?


Entah.

Kadang kadang aku rasa funny.
Bila orang mula nak matchkan aku dengan saudara, abang, pak cik, kawan, anak angkat, kenalan mereka.

Yang buat aku tertawa habis apabila mereka ini berkirim salam denganku, menunjukkan minat terhadapku, sentiasa bercakap tentangku, pantang diusikkan tentangku pasti merah muka.

Bagaimana mereka boleh menyukai seseorang tanpa kenal siapapun aku? Hanya sekadar dengan sekeping gambar sudah cukup membuat kau merasakan aku adalah jodohmu? 

Sekeping gambar.

Alahai. Jangan menipu dirimu.
Sesiapa boleh nampak diinginkan dalam gambar. Mekap elok, angle cun, pencahayaan cantik - snap.

***

Diri aku tak seelok yang kau bayangkan.
Tidak semanis senyum dibuat buatku.
Kau perlu bersedia jiwa raga untuk menanganiku.
Aku rumit.
Degil.
Cakap pun pelat.
Dengan kasar.
Dengan badan besar badak.
Dengan kaki gajah.
Kuat marah-marah.
Suka merajuk.
Banyak berahsia sebaik sahaja aku mula sayang. 
Banyak menyimpan sebaik sahaja mula rapat.
Kadang mulut kata tak mahu tapi hati nak.
Kemudian merajuk kerana kata hati tidak didengari.
Alahai.
Meletihkan,bukan?

***

Keluargaku tidak seperti keluarga orang lain.
Mampukah kau tanganinya?
Bolehkah kau terima aku setiap hari akan bercakap tentang  ragam keluargaku?
Bolehkah kau bersabar dan menenangkanku dalam waktu aku sendiri hilang kawalan?

***

Aku mencari orang yang boleh menerima kekuranganku. Kekurangan keluargaku.
Nampaknya seperti mudah, tetapi ramai yang tersungkur disitu.

Ralat.

***

Sebagai timbal balas, aku akan cuba menyayangi sekuat habis.
Itupun aku rasa aku tak mampu.

Entahlah.

Aku pun tak tahu apa yang aku boleh tawarkan.
Kurang dari biasa biasa sahaja diri ini.
Manalah aku tidak tergelak apabila dimahukan.

Mungkin benar kata teman.
Aku terlalu memperlekeh diri.
Entah.
Aku berharap begitu tapi jauh disudut hati aku tahu siapa diriku.

Sekadar ini aku hanya tertawa.
Kerana aku sendiri tak reti sayangkan diri aku,macam manalah kau boleh sayang aku?


Hasbunallahu Wa Ni’mal Wakeel.

Menganiaya orang ini, sungguh aku cakap - JANGAN BERANI-BERANI.
Sekejapan Allah boleh terbalikkan semua perbuatan kau.
Terduduk.
Tak tinggal apa.
Tak ada siapa nak dituju.
Dan selalunya, orang yang kau aniaya tu lah yang akan depakan tangan terima kau walau birat hati disebat oleh perbuatan kau.

...

Aku tunggu hari itu.

...

Menangis lagi.

...

Aku dah jarang menangis.
Jarang mencarut.
Jarang meloncat.
Kadang-kadang aku terpesona oleh lengainya tindakbalas aku.
Entah.
Mungkin aku penat.

Ye. Aku kepenatan.

...

Tapi hari ini aku menangis lagi.
Depan adik beradikku.
Depan ibu.
Depan ayah.
Depan kucing.
Hilang sekejap suaraku.
Dimamah sedih.
Dan perasaan terkilan yang terlalu lama terpendam.

...

Sekejap.

...

Aku pun berhenti menangis.

...

Ketika itu baru orang sedar - oh dia reti sakit!

...

Aku cuba sendiri sekejap.
Tenangkan hati.
Tapi menderu pula air mataku.
Pada Dia aku bercerita akan pilu hati, akan tak tahunya aku apa yang patut aku minta pada saat ini.

- perlukah aku doakan yang tidak baik?
- perlukan aku minta galang ganti kesedihan ini?

Aku sendiri tidak tahu apa yang baik bagiku Allah...
Aku tidak tahu jika Allah mendengar bisik jahat hati ini mahukan pembalasan, dan doa ini diperkenankan, apakah hati aku akan berasa puas atau berasa serba salah?
Aku sendiri tidak tahu adakah aku yang menjadi punca, atau memang manusia ada yang jahat?
Aku tidak tahu,Allah...

Aku sungguh tidak tahu.

...

Esak.

...

Mujur aku sendirian.
Meleleh hingus pun tak ada yang perasan.

...

Kadang-kadang bila pandai berasa sedih ini, buat aku rasa kecil sekali.
Rasa seperti mahu menyorok dibalik daun.
Kepala dilutut.
Dan menangis lagi.
Selama-lama-lamanya.
Mudah-mudahnya sedih ini tidak melukakan lagi pada esok hari,
pada saat aku teringat,
pada tika keadaan berulang.

Mudah-mudahan juga semoga sedih ini tidak menjadikan aku pendendam.

...

Jauh disudut hati aku,
Aku mahu mereka rasa apa yang aku rasa.
Bukan disini.

...

Disana.

...

Ampunkan aku Allah, aku tidak bisa memaafkan lagi.

JAGA DIRI.

Ada pelanggan panggil aku 'Kakak Muda'. Kontradiksi kan? Dah kakak, muda pulak tu. Kan senang kalau panggil aku adik.
Ada yang tertanya tanya berapa umur aku. Aku pun tak berapa ingat. Nanti aku akan congak guna jari. Lepastu aku sendiri surprise dengan umur aku. Hahaaa!

Biasanya orang umur aku gaya dah matang. Aku tak. Masih sempoi dengan jeans lusuh, sarung All Star warna selekeh koyak nampak kelingking, t shirt kosong, selendang selempang asal boleh dan seret backpack kat belakang. Aku masih lagi perempuan yang suka pakai baju kurung kain cotton corak comel dengan kasut lusuh aku tu. Ibu selalu sound suruh pakai kasut gegurl (aku ada beli 4 pasang tapi aku tak pakai pun hahahahaha). Aku tak kuasa nak layan. Aku bukannya jenis serap apa orang nak cakap pasal appearance aku, lantaklah. Yang penting aku selesa, aku suka. 

Sebenarnya aku nak cerita apa eh?
Oh. Tadi aku jatuh longkang. Peh. Pedih peha aku wei. Tapak tangan sakit walaupun tak luka. Malu wei orang dah lah ramai kat padang, effortlessly je kaki sebelah aku termasuk longkang terus aku terduduk kat tepi longkang tu.Pastu tergelak macam perempuan gile. Cover lah weiii hahahahaha!

Cop. Kenapa aku cerita semua ni? Hahahaha!

Okay okay bertenang. 
Aku nak jaga dirilah weh. Bila aku tengok tangan kanan aku, aku rasa..tak woman langsung.
Kasar gile tangan. Dengan kuning kunyit yang tak mahu hilang (hari hari mengkunyit). Dengan terkena minyak panas. Dengan hitam sebab berjemur. Dengan..

Tangan kanan aku ni kerja kuat. Nak sapu losyen pun takde masa. Tidur sekejap bangun dah kalut urus ayam/ikan. Mandi pun tak sempat nak berlama lama. Kau boleh bayang tak, dulu aku jenis lama nak bersiap. Mandi sejam. Make up sejam. Sekarang ni mandi dan make up dalam 25 minit je. Skip foundation, skip eyeshadow, skip eyeliner. Minimalis je wei. Confident gile aku sekarang hidup tanpa foundation. Sebenarnya takdelah confident. Tapi aku sibuk dan sangat tak sempat. Hmm..

Aku nak jaga diri aku weh. Sekarang aku target nak kuruskan diri. Pastu aku nak mula jaga muka. Muka dah macam kulit kodok dah ni. 
Aku nak jaga diri aku.
Sebab aku sedih tengok diri aku.
Aku tak happy.

Betul, aku tak happy dengan diri aku.