" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Tolong.

Tak tahu kenapa.
Tiba tiba rasa terdesak gila nak menangis.
Tiba tiba rasa nak sangat bercakap dengan seseorang.
Tapi tak tahu kenapa nak menangis.
Tapi tak tahu nak cakap apa.
Tiba tiba je rasa macam ni.
Cuba nak tahan tak boleh.
Dah macam orang nak berak tunggu turn nak masuk jamban penuh.
Serba tak kena.
Rasa nak pecah dada tahan.
Tak tahulah kenapa macam ni.

Sudahnya menangis jelah.
Walaupun tak tahu untuk apa.

2009 - 2016

Surprisingly, ada beberapa stranger yang aku kenal melalui internet/blog masih kekal dengan identiti rahsia / tak kenal lagi. Lama kan? Ada yang aku sangka aku baru kenal sejak 2011, rupanya dah berkawan sejak 2009 dah pun. Tapi tu lah..

Masa tu cepat betul berlari. Dan dalam tempoh itu, ada yang keciciran, ada yang dah hilang, ada yang sekejap tenggelam timbul, ada yang...

***

Aku sebenarnya tengah cari gambar (bukan gambar figura) yang aku pernah ambil dulu. Gambar yang ada sentimental value. Jadi habislah aku selongkar pendrive pekasam aku, tu yang terjumpa beberapa screen shot - DULU, DULULAH, aku ada habit 'simpan' memori. Aku suka screenshot ataupun copy paste chat/perbualan/email/etc. Aku suka baca balik benda-benda spontaneous tu. Aku suka sangat compared masa lalu dengan sekarang. Lagi satu aku ni pelupa sikit, jadi perbuatan ni boleh remindkan aku cerita-cerita yang si polan ni pernah bagitahu - for eg.

Aku ni sentimental sebenarnya. Sebab tu aku suka simpan benda-benda especially benda kecil macam papan kek (surprise birthday party kawan aku buat untuk aku), kad outing masa sekolah, baju dikir barat masa aku Form 1(?) dan lain-lain. Aku susah nak let go kenangan. Senang cerita aku ni hidup dalam kenangan. Aku boleh recall benda-benda lama orang buat kat aku, tak kiralah manis ke pahit ke apa, bolehlah recall, takdelah semua aku boleh ingat. Banyak jugak yang aku lupa. Aku ada beberapa kawan perempuan yang ingatan dia lagi super kamehameha, dorang boleh ingat ayat kegemaran aku, boleh tahu kenapa waktu tu aku merajuk, dan banyak lagi. Sumpah tercengang aku ada kawan ingatan kuat cenggini. Makan kismis sebaldi setiap hari kot.

***

Lepastu mestilah wajib terjumpa gambar selfie dulu-dulu. Ada yang aku tergelak nak tengok, peh narcissistic gile aku oi, tapi ada satu sequence photos ni buat aku jadi kebas sat.

Mula-mula aku senyum. Banyak pose bajet chomel.
Siap ada prop lagi weh.
Ada crown, ada botol susu.
Pose ala-ala Korea gitu.
Waktu tu aku tak mekap langsung.
Simple gile.
Tapi waktu tu aku memang kurus sangat.
Pipi takdelah macam pau terlebih kembang macam sekarang.
Dagu V shape lagi.
Peh rindu pulak nak jadi macam dulu.
Lepastu pelan-pelan nampak raut sebenar muka aku.
Mata aku sembab.
Bengkak gile.
Senyum tapi tengok mata boleh tahu aku sebenarnya tengah cuba sedaya upaya happy kan diri.
Hujung sequence tu, gambar aku tersandar kat dinding, muka memang jelas nampak mental rabak habis. Muka nak mula menangis.

Kesiannya diri-aku-waktu-tu.
Serius aku sendiri rasa kesian kat perempuan dalam gambar tu.
Aku rasa macam nak share gambar-gambar tu tapi segan pulak.
Nanti aku dah kahwin aku nak share dengan husband akulah.
Biarlah dia tahu kebangangan aku dulu-dulu. HAHAHA!

Lepas tengok berulang kali aku pun stop.
Aku start tulis blog.
Aku nak ingat saat ni.
Saat aku sedar, sakit macam mana pun pernah kita tempuh, walaupun kita rasa kita dah tak boleh hidup dah lepastu, sebenarnya -



Masa akan rawat semua itu.
Sekarang aku langsung tak ada perasaan sedih tu.
Tahun lepas aku still rasa dada aku kena koyak guna kerikil tajam.
Tahun ni aku tak tipu.

Hati aku rasa kebas gila.
Aku lagi busy adore bentuk muka aku dulu-dulu.
HAHAHAHAHAHAHA!






SAYA.

Saya bukanlah orang yang tidak bertimbangrasa.
Apa boleh saya kata ya.
Walaupun saya tidak mendapat manfaat.
Walaupun saya pula yang rugi.
Saya fikir menggembirakan dan memudahkan orang itu kan best.

Saya bukanlah orang yang sukar ditangani.
Banyak perkara walau tidak suka saya coba optimis.
Saya beri muka.

Tapi mungkin kerna saya telah diperguna berkali kali.
Membuat saya mudah terasa hati pabila tidak diumpama.
Apatah lagi pabila tidak dihargai.
Saya berasa dikhianati.

Pabila dikhianati sekali saya berdiam.
Dua kali saya memujuk hati.
Tiga kali saya menangis.
Seterusnya saya mula melewati fasa tawar hati.
Seterusnya saya sudah pandai membenci.
Benci.
Sebenci bencinya.

Saya tidak suka begini.
Saya cuba untuk tidak dilemaskan emosi.
Tetapi mereka mencabar.
Lalu saya fikir saya harus tangani perasaan ini.
Dengan menganggap 'Kamu bukan apa-apa.'
Lantas tidak rasional untuk saya berbahagi rasa terkilan dan benci dalam merenangi esok hari.

Begitulah.

AKU MASIH JAUH DARIPADA HAMPIR SEMPURNA.

Sejak akhir-akhir ini,
sejak ibu kerap sakit teruk,
sejak ayah kerap sakit,
ramai yang concern tentang aku sekiranya ibu ayah tiada.

Siapalah yang akan jaga aku,
sarat fikir mereka.
Mereka kasihan melihat aku.
Sudah sampai masa aku meletakkan diri aku terutama pula.
Sudah sampai masa aku dijaga.
Ketawa aku mendengarnya.

Aku bukan angkuh.
Atau jual mahal.
Aku takut.
Aku tak ada apa yang nak ditawarkan.
Aku tak cantik.
Aku tak baik.
Aku lekas emosi.
Aku tak punya harta lagi.
Aku bukanlah kategori perempuan yang digila-gilakan.
Masih banyak kurang.
Terlalu banyak kurang.
Aku takut kalau kekurangan aku ini....
Itu dia emak aku.
Emak aku yang sempurna itu pun nak hidup bahagia masih tidak-tidak lagi.
Mak cik aku yang persis model itu pun diduakan suami.
Yang baik baik pun dimadukan.
Inikan aku..aku yang terlalu biasa.

Aku takut.
Impian aku tinggi.
Aku meletakkan perkahwinan sebagai permulaan syurga.
Mungkin itu silap aku.
Aku nak tawarkan rasa derita selama ini, aku pujuk hati aku 'Kahwin nanti bahagialah.'
Sedang siapa aku nak target macam tu?

Aku ketawa bila orang bercakap tentang jodohku.
Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa takutnya aku.
Takut kalau-kalau perkahwinan itu tidak mengubah apapun.
Lebih baik aku sendiri.
Duduk dalam bulatan selamatku.
Bujang begini.
Sepi pun aku masih punya kucing.
Kawan-kawan.
Pokok cili dan jambu.
Keluarga.
Yang busuk-busuk itu pun aku sudah berasa cukup.
Rasa diperlukan.

Apapun jika jodohku dekat,
doakan perkahwinanku berhasil membahagiakan.
Hingga ke JannahNya.
Meskipun aku takut,
aku tak boleh bohong.
Aku letih mengharungi semua sendiri.
Aku rindu nak rasa disayangi.
Ketagih rasa nak sayang orang.
Getik pulak aku menaipnya.
Kau getik tak? HAHAHA.