" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

DUNIA SEBELAH SANA.



Burung duduk dalam sangkar.

Dalam sangkar dia kena remeh dengan burung-burung yang lain.

"Paruh kau bengkok, bunyi kau sumbang, terbang kau kekok, dan 13121989 perkara lain tentang kau semuanya tak ideal."

Burung kena patuk dengan burung lain.

Tak luka, tapi sakitnya berbisa hingga berbekas dihati.
Burung tabahkan hati.
Satu hari burung keluar dari sangkar.
Burung jumpa banyak burung lain.
Burung yang lagi cantik.
Burung yang lagi tua.
Burung yang lagi rare.
Burung-burung itu approach burung.
Puji burung.
Bagi semangat kat burung.
Be really nice dengan burung.


Burung mendapati, sekiranya ada burung lain tidak berlaku baik dengan burung, Allah tetap kirim burung-burung lain untuk berlaku baik dengan burung.

Pokoknya, sabar.

Pokoknya, tenang.

Pokoknya, percaya.

Pokoknya, celikkan mata.


Ada perkara baik berlaku sebenarnya dalam Dia menimpakan yang tidak berapa baik pada hemat kita.

Kecil atau besar.

Kerap atau jarang.

Yang penting, bersyukur dan belajar 'melihat'.

In shaa Allah, kita akan rasa betapa Allah sayang.

GILA TALAK.

Aku rasa makhluk bilik sebelah aku ni gila.
Gila talak.
Mana taknya, malam-malam dia memekik-mekik.
Layan lagu jiwang.
Tau-tau bau rokok semerbak.
Masuk jamban.
Melalak lagi.

***

Sudahlah.

***

Putus cinta memang sakit.
Kalau kena reject, memang rasa tertolak weh, rasa macam tak ada orang mau.
Pastu bila dengar lagu Wali Band - Cari Jodoh, kau tak rasa nak marah.
Kau rasa nak nangis.
Ala aku tahu lah.
Aku pernah kena.
Sekali (mangsa rebound relationship, kalau kau ada jumpa orang yang baru putus, hati-hatilah weh. Rebound relationship ni bangang tau. Tapi aku sendiri pernah buat kat orang. Ko macam konpius, ko rasa macam dah terubat, in fact tak pun. Kau cuma.. next time lah aku warkahkan. Sambung cerita ni dulu hehe) .
Tapi sekali tu cukup buat aku serik nak sayang orang separuh mampos lagi.
Tobat tak mau.
Sekarang aku dah balik macam dulu-dulu.
Pandang lelaki pun rasa sepi je hati.
Kalau tersuka tanpa sengaja, cepat-cepat aku padamkan perasaan tu.

***

Putus ni ada bermacam sebab juga.
Orang sebelah ni sebab tak dapat restu.
Perempuan yang dia nak ni pandai gile. Dah ada PhD.
Pastu anak orang kaya.
Kau agak?
Tapi aku bersyukur jugaklah sebab aku kenal orang sebelah ni macam mana.
Ikikikiki.
Nanti dah reti bertanggungjawab baru aku nak doakan dia jumpa jodoh.
Sekarang ni tengah pulun doa biar dia jadi manusia dulu.

***

Perempuan tu kena paksa kahwin.
Dia duduk oversea.
Balik Malaysia konon nak meet & greet lah orang sebelah.
Sekali mak dia tak bagi keluar bilik.
Terus kahwinkan dia dengan pilihan hati.
Peh.
Melankolik uolls.
Kesian gila.
Tu yang orang sebelah ni macam gila talak.
Tapi..
Sebelum bercinta pun memang dia dah gila.
Apa nak dikata..

***

Apa sahaja yang terjadi kat kita, sebenarnya adalah peringatan dan tanda kasih Allah kat kita.
Postifnya pulak aku..
Tapi betul ni weh.
Nanti nanti kau dah okay, kau akan mengerti.
Aku sampai sekarang dok fikir cemana aku boleh jadi seorang penangis yang sangat extreme masa putus tu.
Mujurlah iman setebal kulit popiah aku ni masih ada.
Kalau tidak, entah entah aku pun sama je macam orang sebelah.
Pokoknya, kena balik pada Allah.

***

Masa aku menderita tu, aku cerita dengan semuaaa orang.
Aku menangis tak kira waktu.
Aku tak nak makan.
Cop, aku bukan menangis.
Aku meraung.
Sampaikan selama ni aku tak pernah cerita kat mak aku pasal lelaki pun, aku beritahu dia.
Sumpah sakit, nyut nyut ngilu dada aku masa tu.
Tapi sakitnya masih belum mau kebah.

***

Aku pulun solat hajat minta jika dia jodoh aku, Allah dekatkan, jika bukan Allah jauhkan.
Bertahun-tahun baru Allah beri jawapan dia bukan jodoh aku.
Mungkin sebenarnya Allah dah lama bagi jawapan, tapi aku bebal.
Tersadung 2,3 kali baru aku sedar.
Waktu tu juga, aku pulun baca Al Waqiah dan Yassin.
Menangis-nangis aku time baca.
Masa ambil wudhu' hingus dah penuh kat hidung.
Masa baca sampai sesak nafas aku rasa.
Menangis je weh.
Lepastu aku kuat sekejap.
Sempatlah study group sejam dua sebab tengah final exam.
Lepas tu, aku melalak lagi.
Haha.
Tapi sungguh.
Kau berdoalah.
Minta Allah pulihkan jiwa.
Aku cakap terus terang.
Masa aku pergi Mekah, aku doa.
Setelah balik, hati aku pada dia - kosong.
KOSONG.
Alhamdulillah.
Yang penting, kau pulun doa hari hari.
Dah bukan jodoh, nak sedih buat apa - aku mengata diri aku pada masa lampau ni haha.
Allah nak bagi yang lebih baik.
Sabar.

***

Sebenarnya aku bohong sikit part pandang lelaki rasa sepi je hati.
Sebenarnya adalah terdetik.
Tapi aku tak layan.
Doakan pintu hati aku terbuka.
Terbuka untuk jodoh sebenar aku je.
Kalau terbuka kat banyak lelaki runsing pulak.
Buat masa ni aku okay je solo macam ni.
Kawan ramai.
Kucing banyak.
Adik beradik meremut.
Mak ayah masih ada.
Alhamdulillah aku pun masih waras lagi haha.

***

Sekarang aku tengah fikir pasal orang sebelah ni.
Aku rasa aku boleh gila kalau hari hari dia memekik macam ni.

***

Sakitkan?

***

Baik kau kerja kuat sibukkan diri daripada kau layan.
Toksah layan lagu jiwang lagi lah.
Mengaji, zikir bagi tenteram jiwa.
Setan ni masa kau lemah, time tu dia serang hendap kau.
Sudahlah ye?

***

Sebenarnya benda ni dah makan bertahun.
Mujur aku tak gila lagi.