" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

TITIK PERSAMAAN.

Allah mendengar doa Man.
Man tak tahu apa perasaan Man sekarang.
Man rasa betapa kasihnya Allah kat Man.
Betapa pada saat tak ada orang pun boleh tolong Man,
Allah kirimkan seseorang yang Man langsung tak terfikir -
Kawan baik Mak.

Macam magik bila tiba-tiba petang itu Mak mula bercakap lembut dengan Man.
Mak ajak Man berbincang.
Berdua.
Man dengar.
Rupanya Mak mengadu pada kawan baik Mak.
Mujur kawan baik Mak bukan sebarang orang.
Ada ilmu dalam hal ini.
Dan kebetulan, ia kawan baik Mak.
Kalau kawan baik Man, belum tentu Mak akan dengar.
Cantik sungguh perancangan Allah.

Akhirnya Mak sedar.
Mak perasan.
Mak tahu kenapa Man jadi kasar sebegini.
Mak menangis.
Mak cakap anak mak ni sanggup korban jaga mak dengan ayah.
Sedang masa depan dia terlalu cerah kalau dia nak kejarkan hidup dunia.
Sanggup korban segala.
Masa pergi umrah, bukan setakat jaga makan minum.
Tapi sampaikan stokin dan kasut pun anak mak yang pakaikan.
Mak menangis.
Man pun menangis.
Tapi Man menyoroklah.
Man malu kalau Mak nampak.
Mak kata Mak sedih.
Bila disebabkan bisnes anak Mak berubah jadi kasar.
Rupanya Mak sedar, Mak pun ada silap.
Mak banyak tekan Man.
Banyak sangat.
Mak minta maaf pada Man.
Man sedih.
Man tak sangka Allah akan bantu Man macam ni.
Pada saat Man dah tak mahu terangkan apa-apa.
Allah hantar orang yang Mak boleh dengar.
Yang boleh buat Mak faham.
Lepastu Man dengan Mak baik semula.
Kalau Mak tiba-tiba terkasar bahasa, Mak akan terus lembutkan semula.
Tegur Man, cakap elok-elok dengan Man.
Man yang kasar ni pun fikir dua kali nak kurang ajar dengan Mak lagi.
Mak dah nampak dah apa yang Man cuba nak bagi Mak nampak.
Man sedih pula masa type ni.
...


Man tak sengaja buat Mak sedih.
Apatah lagi nak jerkah-jerkah Mak.
Man rasa dikhianati sangat bila Mak buat Man macamni.
Man dahlah tak ada boyfriend, kucing kesayangan Man dah meninggal, Man nak merengek pada kawan Man rasa tak best sebab kesian kawan Man nanti kusut, Man sorang-sorang Mak.
Man sorang-sorang duduk dalam bilik pujuk hati.
Man zikir banyak-banyak.
Man menangis mengadu pada Allah.
Man sedih.
Sedih sangat.
Man rasa keseorangan bila Mak buat Man macam tu.
Sedangkan Man buat ni semua untuk senangkan Mak dan keluarga.
Man rasa dibelakangkan.
Sedih sangat pula masa Man type ini.
...


Sekarang demi Mak,
Man akan kuatkan semangat.
Man akan pulun kudrat Man sehabis boleh.
Man dah janji nak jadi anak yang baik sejak balik.
Man dah tanam tekad dalam hati, Man nak bawa Mak pergi umrah tiap tahun.
Man suka tengok Mak tenang dan bersemangat kat sana.
Man pun rasa tenang sangat.
Man harap Allah makbulkan niat Man ini.
Nanti bila Allah kata iya, Man nak bawa Mak pindah duduk di Madinah.
Man nak Mak dengan Ayah fokus pada ibadah.
Man akan cuba cari duit banyak-banyak supaya boleh tampung kehidupan.
Masa tu Mak dengan Ayah dah tak payah fikir dunia dah.
Sedih sangat.
Menangis pula masa type ini.
...


Man tak nak jadi anak neraka.
Jauh disudut hati Man,
Man nak jadi anak dambaan Mak Ayah.
Maafkan Man.
Man tahu Man pun ada silap.
Banyak silap Man.
Lepasni Man janji,
Man akan cuba kawal diri.
Man akan ikut nasihat kawan baik Mak.
Kejar berkat Mak Ayah.
Jangan disebabkan pekerjaan hilang rahmat.
Doakan Man,semua.
Man manusia biasa.
Man tak kuat sendiri.

DARAH TETAP MERAH.

Man buka periuk nasi.
Kemudian mak Man jerit dari dapur.
"Boleh makan nasi tu, tu kerak-kerak nasi yang elok, makanlah!"
Man pun makan.
Lagipun Man bukan jenis yang cerewet bab makan.

Tiba-tiba adik Man ke dapur.
Mak sibuk nak goreng nasi.
Man pun pelik.
"Tadi mak tak kisah pun suruh Man makan nasi kerak? Lagipun hari-hari nasi yang bergoreng dorang tak makan pun. Asyik terbuang. Tak usahlah goreng lagi. Nasi ini pun elok. Boleh makan dengan lauk. Man makan 2 kali tambah. Elok je."
Mak marah Man.

Man pelik.
Man salah cakap?

***

Man tak tolong kupas bawang.
Man kalah dengan bawang.
Tak boleh buka mata langsung.
Berjurai air mata macam baru lepas tengok cerita Dilwale.
Man pun lepak dulu.
Nanti tengah malam Man bangun siang ayam.

Mak perli Man.
Man diam je.
Mak kata tangan mak dengan yang lain sakit kupas bawang.
Habis luka sana sini.
Bawang merah okay lagi, tapi bawang putihkan 'tajam'.
Man diam.
Dalam fikiran Man, "Okay nanti Man beli bawang yang dah siap kopek".

Kemudian Man pun belikan.
Mak suka, tapi dalam suka mak perli Man lagi.
Mak tunjuklah tangan dan ulang cerita sama berulang kali.
Kemudian Man pula tunjukkan tangan Man.
Man cakap "Tangan Man pun sakit.Haritu siang ikan tercucuk-cucuk tangan sampai bengkak 3 jari rasa kandung nanah. Berdenyut. Man pulun pula siang sayur sampai 2 pagi. Man tunjuk, tak ada siapa kata kasihan ke apa. Ni pantang orang cakap letih, haritu kata kopek ikan bilis senang je, tapi Man ada mata, Man ada hati, Man tahu Man boleh mudahkan kerja orang. Man pun belikan ikan bilis yang dah kopek. Tak apa Man rugi sikit, asalkan orang tak penat, tak sakit. Ni bawang kupas mahal, tapi Man buat pejam mata. Lepasni Man nak beli ayam dan ikan yang dah siap siang, siap bersihlah."
Kemudian Mak marah Man.
Perli Man.
Man pun terfikir.
Sakit Man tak apa ya?
Rengek Man tak perlu ya?

***

Man tak sangka Man akan kena sebegini dengan mak.
Selama mak susah, Man selalu ada bersama.
Man bagi sokongan moral.
Man tolong mak.
Man ketepikan gelora hati Man sebagai orang muda.
Man ikutkan rentak mak.

***

Masa mula-mula nak mula berniaga,
Semua orang baik dengan Man.
Iyalah, kalau Man tak nak keluarkan duit,
Matilah.

Bila dah mula naik,
Orang dah mula kenal,
Orang yang Man kenal pun mula dah Man tak kenal.
Man cakap dah tak boleh dengar,
Iyalah, sekarang duit Man dah tak banyak,
Ada pula orang lain tawarkan wang lebih daripada apa yang Man ada,
Sekarang ni Man macam invisible.

Tapi semalam Man perli pula mak,
Man cakap, lagi seminggu nak bayar gaji,
Ada sesiapa nak kerja free?
Ada sesiapa nak bantah-bantah lagi?
Duit Man tak cukup ni?
Ada sesiapa nak sedekah kat Man?
Ada sesiapa yang nak membangkah plan yang Man buat?
Ada?

Mak diam.
Semua orang diam.

***

Man pun diam.


***

Sampai masa Man akan pergi.
Man akan pergi jauh bawa diri.
Man dah lama simpan dalam kepala.
Man nak pergi mana.
Man nak buat apa.
Man nak larikan diri lama-lama.
Man tak nak ambil tahu apa-apa.
Man letih.
Man hargai semua yang mak dan orang lain beri.
Man sungguh hargai.
Tapi Man juga manusia biasa.
Ada waktu Man juga bersikap seperti manusia biasa.
Ada kecil hati.
Ada marah.
Ada tersinggung.
Terguris.
Simpan.
Dan sedikit sebanyak,
Man rasa Man macam berdendam.
Darah Man pun merah.
Sama macam darah semua orang.
Tapi kenapa orang expect Man macam malaikat.
Bila Man marah, Man kena hamun balik.
Bila Man diam, Man kena provok.
Man dah tak faham.
Masa Man jauh, semua sayang.
Iyalah, walau dalam jauh Man sering kirim uang.
Sering membantu.
Bila dekat bau minyak wangi Man serupa bau jamban.
Man sedih.
Man bercakap pun tak guna.
Nanti Mak kata, Man mengada-adakan.
Nanti Mak kata, Man fikir bukan-bukan.
Nanti Mak kata, Man ni ___________

***

Mungkin sebab Mak sayang Man sangat jadi Mak rasa Man ni tak punya perasaan rengsa?
Mungkin Mak terlalu bersangka baik dengan Man?
Entah.

Yang pasti Mak tak jahat.
Man?
Iya.

Yang tak sedar diri pun Man.
Man tak boleh lupa.
Setiap kata Man simpan dalam otak.
Dalam ketawa pun boleh teringat.
Man rasa Man kena pergi jauh.
Sesak dada Man membenci dalam sayang ni,Mak.

Darah Man tetap merah.
Tetap reti berasa marah.
Tetap penat bila diperah,
Tetap jelik bila dikerah,
Apatah lagi bila disuruh berserah,
Gilalah Man kalau tak marah apabila ditarah.

Parah.

MAAF; SEKECIL KATA, SEBESAR IMPAK.

Maaf.

***

Ada yang tidak canggung memohon maaf.
Ada yang boleh tercabut hidung kalau menyebut hatta 'Maaf' sahaja.
Ada yang tidak memaknakan maaf.
Ada yang tidak langsung tidak menyedari wujudnya perkataan 'Maaf' dalam kamus.

***

Maaf.

***

Aku pernah duduk dalam 1 sempadan.
Di mana aku seorang makhluk yang sangat anti dengan perkataan 'Maaf'.
Walau aku salah.
Tak akan kubingkiskan kata maaf.

***

Maaf.

***

Aku lupa.
Apakah penjentik yang menyebabkan aku tiba-tiba berubah.
Senang mengaku silap.
Senang membimbit maaf.
Senang menghulur.
Senang memaknakan.
Aku pun lupa bila.
Tapi aku yakin itupun setelah aku berfikir,
Sedikit kata 'maaf' tidak aku membuat mukaku herot ke kiri.

***

Maaf.

***

Setelah itu aku pula menagihkan maaf.
Pabila orang berbuat silap, hati kecil menuntut maaf.
Biarpun tidak ikhlas.
Bagiku perkataan 'maaf' itu sangat signifikan.
Sangat 'comforting'.

***

Maaf.

***

Aku pernah duduk dalam satu jajahan.
Di mana orang disitu tidak reti meminta maaf.
Walhal dia telah berbuat silap.
Barangkali dia tidak sedar dia berbuat silap.
Barangkali dia segan.
Barangkali depan-depan dia sombong.
Barangkali dalam hati dia pasang niat tidak ulangi.
Tetapi berat sangatkah untuk menutur "Maaf"?

***

Maaf.

***

Kadang-kadang aku ternanti-nanti.
Lucutkanlah egomu,
Pasakkan kata maaf dibibirmu.
Atau jika sumbang bunyinya jika disebut,
Titiplah mesej pendek kepadaku,
Sekadar mengeja 4 huruf ini,
M A A F

***

Maaf.

***

Orang perempuan senang mendengar maaf,
Walaupun tahu tidak dimaknakan.
Perkataan 'maaf' itu sebenarnya lesen,
Lesen untuk hati terus beroperasi bertoleransi.

***

Maaf.

***

Aku pernah jumpa berkoyan-koyan perempuan,
Yang sering merengek memberitahu betapa susahnya Si Dia nak meminta maaf,
Lalu pada hari Si Dia bertambah pangkat menjadi Si Dia yang Pernah,
Perempuan-perempuan ini menyimpulkan,
Dia tidak pernah menerima perkataan 'maaf',
Sedangkan sering dituntut untuk menjadi pemaaf.

***

Maaf.

***

Juga aku pernah jumpa,
Mereka yang muak dengan perkataan 'maaf',
Setelah ber2.6 billion kali diucapkan,
Maaf sudah menjadi maki,
Disebut sekali oleh Si Dia,
Pasti mendidih darah hingga ke kepala,
Berbisa.

***

Maaf.

***

Aku masih belum mampu muak.
Barangkali kerana baru menerima,
2.59 billion kali.

***

"Maaf"

***

Cukup kuota.
Aku dah muak.

***

Maaf.

***

Bye.




MERUNGUT DALAM PASRAH.


Pernah tak jumpa?
Orang yang berbuat sangat zalim dengan diri kita,
Dalam masa yang sama dia boleh jadi sangat baik dengan kita,
Sehinggakan dalam pada saat kita benar berasa benci pada dia,
Kita merasakan kita harus memberi dia peluang,
Sekali lagi,
Lagi,
Dan lagi,
Kerana pada hemat kita,
Jika dia mampu berbuat sebegitu baik,
Barangkali sebenarnya dia memang baik,
Cumanya dia ada sedikit 'masalah' untuk kekal sebegitu baik,
Lagi pula dia kan manusia biasa,
Walhal kita sudah cukup letih dan berasa teraniaya dengan sikap zalim luar biasanya,
Yang tidak pernah ada orang lain tergamak mahu perlakukan pada kita,
Tidak sekali,
Tidak berkali-kali.
Ironinya,
Kita pula yang tertanya-tanya,
Condong keliru,
Apakah sebenarnya layak kita dizalimi sedemikian,
Mulalah kita mempersoalkan diri,
Barangkali ada silap datang dari kita,
Dalam duduk congok,
Dalam baring tangan letak didahi,
Dalam berdiri memandang lepas,
Apakah sebenarnya kita yang bermasalah,
Jika tidak, masakan kita sahaja yang dizalimi sedemikian rupa,
Berhari-hari,
Bertahun-tahun,
Malah berpuluh tahun,
Kita merutinkan memujuk diri,
Barangkali kita yang tidak bagus,
Barangkali kita layak menerima,
Layanan sebegini,
Sekali lagi.

INVISIBLE.

Aku teringin nak tahu.
Pak Mat,oh Pak Mat.
Kalau tetamu datang rumah,
Tak beri salam terus masuk,
Pak Mat berdiri tepi pintu pun dia nampak serupa pintu,
Langsung tidak diendah,
Tetamu masuk alihkan TV Pak Mat,
Alihkan dapur bawa ke ruang tamu,
Masuk bilik tidur bawa mangkuk jamban,
Kemudian pabila Pak Mat bersuara,
Pak Mat kena maki,
Kena ignore seumpama tunggul,
Apa perasaan Pak Mat?

Pak Mat marah tak?
Atau Pak Mat biar sahaja,
Menunggul di tepi pintu,
Sampai masa tetamu pulang,
Tersadung kaki terlanggar Pak Mat,
Jatuh cium lantai,
Gigi bersepai,
Hidung patah,
Barulah tetamu menjerit,
"Pak Mat kau buat apa kat situ?"

Adakah Pak Mat akan berkata,
"Ingatkan kau tak nampak aku tadi."

Begitukah reaksi yang paling relevan Pak Mat?
Usai di-invisible-kan oleh,
Mereka,
Dan mereka.

CLEARANCE.

Bertahun-tahun dahulu, aku ingat lagi, betapa 'anti' dan malunya orang untuk singgah ke rak penghabisan stok. Nak beli pun, akan curi-curi tengok kiri kanan, baru menuju. Itupun pilih laju-laju.
Tapi tu bukan akulah.
Aku tak reti malu part dapat beli barang harga murah habis.
Aku bangga.
Rasa macam cendekiawan.

888

Aku jenis kalau membeli barang, aku akan beli yang paling worth it.
Murah dan bagus.
Sebab tu aku kalau keluar shopping, senjata utama aku ialah senarai barang, pen dan kalkulator (serta handphone untuk check review dan harga competitor lain).
Sebab tu bila aku keluar shopping, lama ya ampun.
Nak kata aku jenis berkira sangat, yes untuk beli barang yang aku confirm boleh dapat lebih murah ditempat/masa yang lain - aku sangat berkira. SANGAT.
Yang lain, biarlah Allah sahaja yang tahu.
'Perempuan berkira?' Hmm takdelah buruk sangat tag nama tu.

888

Nak cari duit ni susah.
Nak simpan lagilah susah.
Nak habis kan?
Orang 'tak ada' duit pun boleh habiskan duit.

888

Aku ingat lagi.
Dulu masa T buat clearance sale untuk ikan, udang, sotong mereka, tak ada siapa yang nak singgah.
Aku selamba je pilih ikan, yang mana masih elok (ye memang banyak yang masih elok, masih boleh dimakan, tak rupa belacan) - aku beli.
Yang tak berapa, tapi murah, aku beli juga. Kasi kucing.
Yang pasti persaingan tak sengit langsung.
Start 2014- 2015, perebutan barang di rak clearance ibarat perebutan bf bangang ada 2 girlfriend bangang tak boleh terima diri kena game.
Berebut weh.
Muka masing-masing tegang je.
Tak ada toleh kiri kanan.
Bergosip? Memang tak langsung.

888

2016, belum sempat T letak ikan kat bahagian clearance, dah ada orang bertanya. Dah ada orang menunggu.
Sampai je - weh aku seram tengok weh. SERAM!
Berebut gile-gile.
Waktu tu rasa sedih pun iya.
Susahkan hidup sekarang bila wang dah tak ada nilai macam dulu-dulu?
Kita makan untuk terus hidup. Bukan makan untuk manjakan tekak dan lidah.
Kalau ada pun, berbulan mengumpul wang nak treat diri makan makanan 'atas-atas' sikit.

888

Aku harap Allah permudahkan hidup kita semua.
Tak dalam bentuk wang, boleh jadi dalam bentuk kesihatan.
Anak-anak, pasangan, kelapangan hati dan sebagainya.
In shaa Allah.

888

888 tu sebenarnya ***
Aku malas nak tekan SHIFT.
Okay selamat malam.
Esok aku kerja lagi macam kuda.
Demi kertas itu.
Tak ada duit, jangan kata nak beli ikan harga biasa paling murah.
Ikan dekat rak clearance pun tak dapat nak beli weh.
Ikan bilis?
Ikan bilis mahal lah weh.
Ah sudah kau jangan nak rekemen sardin.
Sekarang orang kaya je yang mampu makan sardin.
Alahai.