" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

"Jadi aku sebentar saja," rintih Judika.

Ah tetibe hilang rasa mengantuk. Dah setting baik punya landing dalam sarang, pasang earphone, buka Joox terus tak jadi tidur.

Tetiba aku teringat 1 peristiwa ni.
Egonya aku..

***

Masa tu aku budak lagi.
Kami pergi berkelah kat Sungai Congkak (nama dia kot?). Bawah jambatan tu air dia dalam. Mak aku dah cakap jangan ikut.
Ko taulah budak kepala batu macam aku ni.
Ingat aku nak dengar ke? Haha!
Mak aku jalan depan.
Aku follow belakang.
Yang aku ingat, makin lama aku jalan, makin aku cuba tonjet (jungkit) kaki. Makin lama, air sampai paras dagu.
Mak aku tak perasan anak kepala helmet dia ni ada kat belakang.
Aku tetap berjalan. Nama nak patah balik memang taklah.
Tiba-tiba air makin sampai paras hidung.
Pijak lagi.
Terus tenggelam penuh.
Aku tak menggelupur.
Aku terus jalan dengan harapan aku akan sampai tempat yang cetek balik.
Tapi makin dalam.
Serius aku tak fikir pun nak panik masa tu sebab aku takut mak aku marah.
Dari kecik aku ada perangai tak suka orang anggap apa aku buat tu bodoh walaupun memang wajiblah perbuatan tu bodoh!
Aku terus jalan. Tak tahu mana nak tuju.
Tiba-tiba ada orang tarik aku.

Peh.
Mujur tak mati.

***

Pernah aku merajuk.
Mak aku suruh tuang air panas dari flask.
Aku budak lagi masa tu.
Sekali air panas tu jatuh kat lengan aku.
Aku tak fikir nak selamatkan diri.
Aku selamatkan air. Aku takut mak aku marah dan aku tak nak mak aku cakap "Hah, merajuklah lagi!"
Hah, boleh tahan teruklah lengan aku masa tu melecur.

***

Dulu masa mula-mula aku datang bulan, aku tak bagitahu mak. Aku rasa benda tu memalukan.
Lama jugak aku rahsiakan. Setahun rasanya.
Terer tak?
Banyaklah peristiwa bangang yang terjadi.
Ish waktu tu aku pun tak tahulah nak cakap.
Aku ada satu mentaliti ego tak bertempat.
Aku rasa macam lemahnya jadi 'perempuan'.
Period awal ni macam tandanya aku gatal. Hahaha macam tu mental aku. Aku nak prove kan pada orang sebaliknya. Aku..entahlah tak tahu nak kata.
Bangangnya aku.

***

Kadang-kadang aku rasa bagus ada ego.
Kita akan push diri kita lebih daripada sepatutnya.
Kita akan cuba buktikan diri kita.
Tapi dalam banyak peristiwa, aku rasa keegoan aku ni mampu membunuh aku.

Korang ada tak peristiwa ego melampau yang memakan diri sendiri?
Aku nak baca. Tapi aku off comment. Aku off comment bukan sebab aku tak boleh terima apa orang cakap. Tapi..aku suka rasa misteri, rasa tak boleh dicapai, rasa seperti seorang yang tak peduli apa orang nak cakap. Hakikatnya aku sama je macam manusia lain. Suka perhatian. Suka validation.

Ego.
Tunggang terbalik hidup aku ko buat.