" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Cinta tanpa syarat.

Masa kecil, aku tak rapat dengan parent aku.
Cuma dengan ayah, adalah manja sikit. Tu pun aku tak sedar aku manja. Mak akulah selalu kata aku manja dengan ayah. 

Aku tak perasan pun.

Lepastu, aku makin besar. Aku macam jarakkan diri daripada parent aku. Pernah tau, masa kat universiti, aku jarang balik rumah. Ada game lah, training lah, takde duitlah nak balik sampaikan dekat 7 ke 8 bulan cemtu, aku tak jumpa parent aku. 

DAN AKU JARANG CALL DORANG.
Ayah? Lagilah.

Sekali aku balik rumah, aku macam janggal dan malu-malu miau dengan mak aku. Sebab aku rasa dia macam orang luar. Hahaha! Dahsyat kan? Aku dah terbiasa duduk jauh dengan parent sejak kecil. Mak aku kat negeri lain, ayah aku nun kat seberang. Aku duduk dengan nenek. Pastu dapat duduk serumah tapi tak lama aku dapat masuk asrama.

Akulah satu-satunya (kot) manusia yang paling happy dapat duduk asrama. Abang aku dah nangis-nangis dan berdrama tiap kali dia nak balik hostel. Aku chill gile macam takde perasaan. Nantilah aku cerita kenapa. 

Bila dah besar ni, aku pun tak sangka. 
Dulu mak ayah aku dah nak bercerai dah.
Dah naik mahkamah dah pun.
Mak aku dah duduk negeri lain.
Ayah aku negeri lain.
Aku tak pernah jangka apa yang jadi harini sebaliknya.

Mak ayah aku dah tidur sebilik.
Solat jemaah sama-sama.
Kiterang selalu travel bertiga.
Even pergi Mekah pun rezeki aku dapat selit dengan parent aku. 
Jadi rapat sangat sekarang.
Duduk hotel tidur 3 orang sekatil.
Kat rumah aku selalu baring selit-selit kat mak ayah aku.
Weh aku dah nak 30 dah weh.

Dulu aku tak macam tu.
Aku kasar dan ego nak mampos.
Tak bercakap hal-hal perasaan.
Mak aku pun kata sejak umur aku 25 cemtulah baru aku pandai nak manjakan diri. 
Entahlah.

Mungkin aku jeles tengok orang lain rasa bahagia ada makbapak bahagia.
Jadi, aku malas dah nak tunggu.
Aku create.
Biarlah orang kata aku ada berubah sekalipun.
Aku tak malu.

Sekarang ni, aku rasa takut sangat kalau makbapak aku takde.
Aku tak pernah rasa takut macam ni.
Aku ego.
Selalu rasa boleh hidup sendiri.
Tapi harini tak.

Aku sedar aku tak boleh.

Ah menitik pulak air mata.
Betullah makin tua ni makin perasa.



Aku bersyukur Allah bagi aku chance rasa bahagia ada keluarga. 
Aku dah tahu apa aku nak kalau aku ada keluarga sendiri. Aku dah tahu aku kena buat apa untuk keluarga aku. 

Dulu aku tak tahu.
Aku tak faham apa fungsi keluarga.

Sedih jugaklah umur macamni baru tahu.

Kau jangan sedih kalau tak pernah rasa bahagia dengan keluarga. Aku dari kecik menderita. Tekanan emosi. Aku matang awal gile darjah-darjah tu ko tahu. Suasana keluarga aku tak macam orang lain. Kiterang selalu berjerit antara satu sama lain. Bergaduh. Selalu rasa nak lari rumah.

Tapi sekarang.
Aku tak sabar-sabar nak balik rumah.

Seburuk-buruk rumah aku, aku rasa bahagia.
Sebab aku ada keluarga.
Tak sempurna.
Tapi cukuplah.

Aku harap sape-sape yang baca ni bahagia.
Kalau kau tengah pertahankan keluarga kau, aku doakan kau berjaya.
Kalau gagal, jangan putus asa.
Selagi hidup, ciptalah bahagia.
Walaupun sendirian.