" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Muka macam nak nangis.

Aku mendapat keyakinan diri luar biasa masa aku pakai handphone Nokia 3111. Zaman tu takde Facebook lagi (ke aku je yang tak kenal Facebook?). Masa tu Friendster dengan MySpace yang popular. Aku suka Friendster dengan Tagged. Sampai sekarang ada lagi kawan kat Tagged aku berkekalan di Facebook.

Aku suka mekap. Serius weh aku makhluk paling confident dalam dunia masa tu. Zaman tu orang pakai mekap ni weird. Narcissist. Susah gile kau nak jumpa orang pakai mekap. Siapa yang pakai kau bersedia je lah nak kena perli sinis takde natural beauty bagai (ko ingat aku kisah? Yang penting aku sedar aku tak lawa tapi mulut aku tak longkang macam kau.) Nampak sangat kecintaan pada diri sendiri.  Tahu takpe. Ko percaya tak dulu aku naik bas pi jalan sorang-sorang (yes zaman hambat bas, takde Uber. Bas paling murah dan hampir semua makhluk di Malaysia tahu berjalan naik bas turun bas. Tak macam sekarang. Naik bas ekspress kau tahu lah. Naik bas lompat-lompat? Mesti tak pernah ni kan kan kan?) Aku punya confident level peh aku pun tak tahulah. Aku lepak je keluar masuk shopping complex, panjat bas turun bas, menapak sorang-sorang, balik malam lalu kubur Cina sorang-sorang. Bila kawan aku terserempak, mesti tanya "Weh, mana boyfriend kau?". Bongok je. Mana ada bf zaman tu. Memang aku sangat independent.

Aku rasa nak keluar, aku siap, aku pi tunggu bas.
Aku tak berharap kat orang.
Aku tak letakkan kegembiraan aku pada orang.

***

Pastu, zaman tu belum wujud perkataan selfie dalam Oxford Dictionary. Tapi aku punya obses kat diri..

Cukuplah aku cakap, ada lelaki pernah hantar kat inbox Friendster kata aku ni narcissist. Tapi yang kelakar tu, kau percaya tak aku takde rasa apa?

Takde nak melenting.
Takde.

Aku confident gile dengan diri aku.
Tak kisahlah kau nak kata apa pun kat aku.

***

Setiap kali orang tengok gambar-gambar aku, mesti kata "Muka macam nak nangis".

Aku macam...

Celah mana?

Tapi bila aku tengok balik gambar jahiliyyah tu, aku pulak rasa nak nangis.

***

Kan bagus kalau aku boleh terima diri aku seadanya macam dulu?
Aku tak perfect.
My make up wasnt on point pun.
Tapi, aku tak perlekehkan diri aku pun.
Macam tengah tengok orang lain.
Orang yang tak pedulikan apa terjadi kat keliling dia.
Yang dia tahu, hargai diri sendiri dan teruskan hidup.
Walaupun sorang-sorang.