" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Lagu, hati dan nafas.

Betullah.
Ada sesetengah lagu tak boleh didengar.
Setiap hentakan lirik tepat mengenai sasar.
Setiap balun melodi adalah penderaan paling tiada belas.
Bagai terperangkap didalam satu kelongsong.
Tiada ruang selain menerima setiap tikaman.

Ditikam.
Ditikam.
Ditikam.

Sipi-sipi agar tidak mati.

***

Tahan nafas.
Tahan nafas.
Tahan nafas.

Sepertinya mampu mengebaskan rasa.

***

Janganlah aku mati.