" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Rindu sebenarnya.

Bestfriend kata aku ego tinggi.
Mak kata aku keras.
Adik beradik laki (dah semua lelaki hahah) kata aku paling takde perasaan. Dorang setiap kali putus mesti menangis teruk. Tapi aku macam takde pape. Rilek pakai lipstick, mekap beriya, pakai baju paling cantik yang aku ada, pi shopping.
Mana-mana yang kenal aku semua kata aku macam batu. Tahu ketawa je. Kadang-kadang dorang pun pelik tengok muka aku macam tak reti sakit. Tak reti sedih.

Bukan tak ada.
Tapi sorok.

Bukan tak menangis.
Tapi banyak menangis sendiri.
Menangis dengan Allah.

Allah je yang tahu macam mana rasa sorok perasaan. Muka nampak macam takde apa. Tapi dalam..

Rabak weh.

Mental koyak habis.

***

Kadang-kadang tak tunjuk sebab nak belagak kuat.
Ego kannn.
Tapi kali ni tak tunjuk sebab sayang.
Bila kau sayang seseorang, seboleh-bolehnya kau takkan nak tunjuk yang tindakan dia melukakan kau.

***

Aku tahu kelemahan aku apa.
Jadi aku elakkan.
Aku tak buka mesej.
Aku tak baca mesej.
Aku elak.

Kadang-kadang aku cuba jugaklah.
Baca mesej lama-lama.
Pastu aku tergelak.
Comelnya kita dulu.
Ada part kita tak sefahaman.
Tapi kita hormat satu sama lain.
Kita minta maaf bila kita buat salah.
Walaupun salah bodo-bodo je.
Kita menyakat.
Usik mengusik.
Kena mengenakan.
Kita peduli, tanya khabar.

Tersenyum je bila aku baca.
Dalam senyum tiba - tiba menitik air mata.
Rindu.

***

Kadang- kadang rindu teruk.
Boleh teringat suara masa call.
Teringat masa tu menangis.
Lepastu ketawa malu.
Kita sama-sama ketawa masa tu.
Ish. Tak boleh lupa.

***

Masa tak mengizinkan.
Keadaan kita.
Mungkin kita saling rasa takut.
Mungkin kita terlalu banyak berfikir.
Mungkin ada sesuatu yang lebih penting untuk kita kejar.
Tak apalah, understandable.

***

Semoga sihat dan tenang selalu.

***

Yang benar,
Masih sayang.