" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Du-ghi-an.

Orang cakap, kadang-kadang yang nampak keras tu sebenarnya lembut.
Kadang-kadang yang nampak lembut tu,boleh jadi tersangat keras.

Aku rasa aku ni pesen durian.
Luar nampak gengster.
Dalam alahai..kulit bawang sangat.
Rapuh.

***

Dah berapa malam, makhluk tu asyik ketuk pintu.
'May I come in?'
Aku cakap aku dah tidur.
Kadang-kadang aku jawab aku letih.
Malam tadi aku tidur kat ruang tamu.
Baring atas sofa.
Tiba-tiba dia baring bawah sebelah aku.
Dia tarik tangan aku.
Terus dia cakap dia minta maaf.
Aku tergamam.
Tapi aku menten kedurianan.
Dia masih tak lepaskan.
Lepastu dia ulang lagi.
Dia minta maaf sebab pukul aku dan lain-lain perkara.
Aku tetap cool. Aku kata 'Okay'.
Tiba-tiba dia cium tangan aku.
Nangeslah tu.
Time tu aku tergamam lagi teruk.
Apa aku nak respond ni?
Tapi selaku durian, aku tak cengeng pun.
Aku tetap kata 'Okay'.

Ye. Sepatah je.

***

Walaupun apa yang dia buat pada aku selama ni terlalu sakit, tapi aku tak rasa nak balas.
Bertahun-tahun.
Berulang-ulang.
Macam-macam jenis kecederaan dah aku dapat.
Mental aku rabak.
Emosi aku rabak.
Aku jadi hilang percaya pada laki-laki.
Aku jadi pesimis sangat dengan laki-laki.
Tapi aku ni..
Entahlah.
Mungkin aku dilahirkan sebagai durian.
Tapi aku bukan pembenci.

***

Sejujurnya aku tak pandai benci orang lama-lama.
Setiap kali aku nak membenci, aku mesti terkenang perbuatan orang baik.
Walaupun satu.
Walaupun sebesar biji sawi.
Aku tetap ingat.
Dan itu menjadikan aku benci dengan kadar teragak-agak.
Walaupun pada mulut aku kata aku benci.
Tapi dalam hati aku..
Sakit membenci ni tau tak?

***

Mungkin sebab aku ni bukan pembenci.

***

Semalam aku keluar dengan bff.
Kami lepak dekat kedai senior masa aku sekolah.
Senior tu cerita macam-macam.
Dia lagilah super durian.
Rupanya hidup dia dahsyat jugak.
Aku rasa geng-geng durian memang macamni.
Luar nampak huha, nampak tak kisah, suka gelak, suka melawak, selambe tapi kami menyeret kisah perit yang kalau kami tak cerita, orang tak tahu.
Sedangkan kalau kami cerita pun, orang susah nak percaya.
Senior ni cerita yang dia dah tak bertegur dengan abang dia. Bertahun-tahun. Walaupun abang dia cuba nak berbaik.
Aku tak rasa abang dia pukul dia.
Tapi kau tak perlu naik tangan untuk dera emosi  dan mental perempuan pun.
Perbuatan dan kata-kata je pun dah memadai.
Aku tanya memang dah tak tegur langsung?
Dia jawab "Nooooo."
Sebutannya nouuuuu. Pekat dan penuh penekanan.

***

Aku tak boleh buat macam tu.
Aku nak.
Tapi sungguh aku tak sampai hati.
Aku nak. Aku nak.
Tapi aku tak boleh.

***

Sedangkan mak cik yang aku paling hangin dan meluat tu pun bila dia susah, aku boleh terima dia. Pada waktu semua orang dah tak boleh terima dia.
Pelik kan?
Aku tak suka dia.
Tapi aku...
Aku tak sampai hati.

***

Aku tak sampai hati.
Tapi aku pun ada perasaan.
Dan orang selalu lupa tu.