" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Mementingkan diri.

Aku masih tak boleh tidur.
Sambil baca #AboutLove tulisan Tere Liye, aku pun berfikir-fikir. Ada beberapa quote Tere Liye yang mencuit aku. Salah satunya,

- APAPUN BENTUK KEHILANGAN ITU KETAHUILAH, CARA TERBAIK UNTUK MEMAHAMINYA ADALAH SELALU DARI SISI YANG PERGI. BUKAN DARI SISI YANG DITINGGALKAN.

Tabib Gigi pernah bagitahu aku dulu, 'Kalau satu hari nanti saya hilang, bukan sebab benci'. Aku faham maksud dia. Keadaan dia. Hidup memang begitu, kita terikat dan bersabit dengan keadaan. Ada yang membutuhkan kita melepaskan perkara yang kita senang. Ada yang mengharuskan kita hidup berlekapan dengan perkara yang kita tak mau. Ada yang kita cuba kendong tapi kita tak mampu. Ada yang kita nak pimpin tapi kita tak daya.

Dan aku terima.
Dan aku dah pun lalui tahun-tahun tanpa dia.
Sesekali terkenang memang terasa lompong hati.
Sebab kami terlalu rapat dulu.
Waima apapun, hidup diteruskan.

***

Aku pun pernah tinggalkan orang.
Berorang-orang, kalau wujudlah perkataan itu.
Terlalu ramai.
Baik lelaki, baik perempuan.
Aku menolak mereka.
Pada awal, pertengahan dan nyaris hujung.
Aku move on seperti tak ada belas.
Sedangkan hakikatnya aku yang banyak menangis.
Aku yang banyak menung.
Banyak rasa sesal.
Tapi aku ego.
Ego aku menjadikan aku keras dan tumpul.
Sesekali terbit rindu.
Tapi aku diamkan sebab tak adil untuk aku datang dan pergi begitu sahaja, memberi harapan sedangkan aku tak mampu.
Aku cuba senyapkan  diri supaya orang boleh teruskan hidup, dengan apa sangkaan pun terhadap aku.
Aku nak cuba melawan ketakutan aku sebenarnya.
Tapi senang cerita, aku dah pun mengalah.
Dan kalah.
Itu sisi aku sebagai pelaku.

***

Jadinya apabila aku ditempat sebaliknya, aku cuba untuk masuk ke dalam kasut mereka.
Cuba untuk jangka tapi sungguh uncertainty dan silent treatment ini betul-betul telah membunuh aku berkali-kali.
Segala apa yang tampak logik juga sukar untuk aku relevankan.
Tapi untuk dia, aku berasa sebenarnya aku pentingkan diri.
Dia dah jelaskan dengan simple.
'Tak ada ruang untuk jalankan tanggungjawab orang bercinta'
Apa yang aku tak faham?
Kenapa aku tak boleh faham?
Kenapa aku tak nak faham dia?
Dia tak nak aku rasa terabai.
Dia tak nak aku kecil hati bila lewat beri perhatian.
Dia tak nak sakiti aku.
Yes, dia tak nak sakiti aku.
Kenapa aku tak faham tu?
Kenapa aku tetap dengan rasa sendu, rasa tertolak, rasa tertipu dan rasa kecewa?
Atau sebenarnya ego aku tercalar?
Sebab tu aku tak boleh terima kenyataan?
Atau sebab aku rasa aku bukanlah perempuan yang tak faham bahasa.
Aku bukanlah perempuan yang tak reti sabar.
Aku bukanlah perempuan yang needy, kuat merajuk dan sentiasa nak berkepit 24/7.
Jadi bila aku berada dalam keadaan ini, aku rasa seolah-olah aku adalah perempuan yang sebaliknya. Disebabkan 'salahfaham' ini, aku rasa terguris. Kot?

Selain itu, aku berfikiran mungkin kerana ada atau tidak ada aku, dia tidak apa-apa.
Pendek kata, aku tidak menawarkan apa-apa.
Atau, aku telah menakutkan dia?
Atau pujian aku telah memberatkan dia?
Buat dia cemas kalau-kalau dia tidak mampu tampil seperti yang aku mahu, yang aku bayangkan, yang aku sangkakan?
Aku pun tak tahu.
Yang aku tahu, pada saat aku membuka pintu hati dan menerima dia, aku dah bersedia jika anggapanku tidak cocok dengan realitinya.
Aku dah bersedia untuk mengenali dia.
Dari sisi manapun, aku teruja nak kenal dia.
Nak tahu apa yang boleh buat dia marah.
Ketakutan dia.
Perkara yang dia suka dan tidak.
Warna kegemaran dia.
Makanan kesukaan dia.
Apa dia suka buat bila marah, sedih, kusut, gembira.
Semua tentang dia.
Tahun-tahun sepi tanpa cinta telah aku gunakan untuk belajar atasi ketakutan aku dan prasangka aku. Aku nak belajar mencintai orang tanpa rasa pessimis. Aku nak atasi isu dalaman aku.
Jadi kali ini, aku buka pintu hati aku dengan keyakinan dan keberanian.

Tapi ini yang terjadi.
Mungkin aku tercakap perkara yang tak patut.
Atau keterlaluan.
Aku janggal sebenarnya.
Suka tapi malu.
Jadi akalku pendek.
Hanya usai perbuatan barulah aku terfikir.
Mungkin aku kelihatan tak memaknakan.
Perasaan sayang ini sulit untuk aku persembahkan. Aku cuba.
Mungkin terlihat keterlaluan, atau canggung?
Mungkin suara aku kasar?
Percakapan aku keras dan membosankan?
Atau aku terlalu gemuk?
Tak cantik?
Tak..ah..peritnya rasa sedar diri ni.

Entahlah.
Yang aku tahu, aku sayang dia.
Kalau boleh aku nak bantah kata putus dia, aku nak yakinkan dia, tapi aku tak terbuat.
Sebab aku terlalu takut kalau kalau tindakan aku akan memberatkan dia.
Aku tak nak dia terganggu.
Aku tak nak dia kusut.
Aku tak nak dia rasa bersalah.
Sebab tu aku tak tulis semua ini secara direct pada dia.
Aku takut.
Tahu tak perasaan nak menjerit jelaskan semua tapi kau memegang diri daripada.
Sebab waktu tu dalam fikiran kau cuma ada dia.
Kau tak nak sakiti dia.
Kau tak nak persoalkan supaya tak terbit rasa bersalah dia.
Kau tak nak.
Hakikatnya semua tu memakan diri sebagaimana masa mendera.
Sepatutnya aku bersuara.
Sekurang-kurangnya tunjukkan yang aku peduli.
Yang aku nak pertahankan.
Yang aku betul-betul memang sayang kat dia.
Kalau dia masih menolak pun sekurang-kurangnya dia tahu perasaan dari sebelah aku.

***

Aku tak rasa dia baca.
Aku tulis supaya manalah tahu kalau satu hari nanti dia terbaca, aku nak dia tahu - aku sayang dan perlukan dia. Maafkan aku sebab mementingkan diri dan tak sedar diri.

Dan kalau dia tak baca sampai bila-bila pun..sebenarnya aku mengharap dia baca.
Mementingkan diri sungguh kan aku?