" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Kelakar habis.

1.
Katakan kita pertikai isu A.
Tiba-tiba orang boleh kona baring pertahankan diri dengan cerita perihal B ke Z ke 1 ke infiniti.
- Balik ke topik A boleh tak?
Kalau iya pun rasa nak meloncat, jangan tonjolkan sangat kebodohan itu.

2.
Sibuk canang aib orang.
Bila orang buka cerita siapa sebenarnya dia, dia boleh guna ayat 'Jangan aibkan orang,berdosa'.
- Oh. Malaikat hitung dosa aku je ke?

3.
Buat baik.
Tersangat baik.
Bila orang tak credit kat dia, dia ungkit.
- Ungkit tu boleh. Tapi kalau nak ungkit biarlah kena pada tajuk.
Ni orang tanya benda lain, yang kau nak ungkit semua jasa kau dah kenapa? Nak trofi ke?
Ke kau nak aku ingatkan semua kebaikan dan pengorbanan aku pada kau?
Kau nak bertanding ke siapa paling banyak berjasa?

4.
Mengapi-apikan.
Ada orang dia boleh berselindung disebalik wajah cantik dan muka innocent dia.
Lepas dah api-apikan, dan orang tu bergaduh, dia boleh buat muka as if dia tak buat apa-apa.
- Kau jangan main-main dengan dosa mengadu domba. Tu je aku nak pesan.


5.
Ada orang boleh buat jahat dan kemudian berlagak mangsa.
Sumpah kau kalau tolol tak perasan permainan makhluk puaka macam ni, bangsa jenis dengar sebelah pihak yang kuat berkokok sahaja, kau akan terpedaya dengan lakonan mereka.
Kau akan membenci orang yang diburuk-burukkan, walaupun kau tak bersabit langsung dengan dia.
Si puaka pula akan terus terusan berlakon mangsa.
- Dunia ni bulat. Allah boleh terbalikkan hidup kau dan kau rasalah semua perbuatan kau berbalik.

6.
Sesetengah orang boleh rasa diri tak berdosa, tak apa-apa sebab Allah tak balas perbuatan mereka.
Dia akan pusing dan buat orang yang dianiaya rasa macam loser sebab Allah bagi life macam tu padanya.
Sementara si puaka lompat bintang gembira kerana berasa Allah membilang dosanya tak apa-apa.
-Kau tahu tak istidraj?
Kalau kau tak tahu pi google. Jangan sibuk nak menjalang je.

7.
Ada orang mencabar kesabaran orang lain berkali-kali.
Dia provok dan provok dan provok.
Sekali orang meletus dia lagi suka.
Habis buruk orang tu dijajanya.
Dia tak rasa berdosa atau rasa diri dia ada isu pun.
- Tapi sebenarnya dah terserlah hidup kau sedeh! Hanya dengan membuatkan orang teruk, baru kau rasa kau okay. Hanya dengan tekan orang sampai down, kau baru nak rasa puas.
Sedeh! Sedeh! Sedeh!

8.
Ada orang dia boleh serap apa sahaja yang orang cakap.
Dia tak nak siasat.
Dia tak nak dengar pun apa orang sebelah kata.
Pada dia yang paling banyak bercakap tu yang betul.
- Secara logiknya cuba kau fikir kalau orang tu sering bercerita buruk tentang orang kepada sesiapa sahaja, berkali-kali dan berulang-ulang tanpa sedikit pun rasa bersalah, tu kenapa?
- Kau tak boleh fikir ke cemana?
Kalau pihak yang lagi sebelah punya kesempata  yang sama tapi dia sikit pun tak cerita tentang orang yang lagi satu, kau tak nampak ke siapa jembalang sekarang ni? Masa aku kerja dulu, ada seorang staff ni confessed. Dia kata selama ni si polan tu buruk-burukkan aku. Setiap hari. Pada setiap orang. Tak ada yang baik tentang aku. Mula-mula dia terhasut juga. Tapi bila dia perhatikan aku tak ada pun jaja buruk orang, aku buat hal aku dan tak mengadu domba, dia sendiri nampak apa sebenarnya si polan tu cuba lakukan. Alhamdulillah budak ni ada otak.
Sebab yang lain tu aku tak dapat maafkan.
Sampai sekarang aku tak boleh maafkan.
Peritnya sampai sekarang bila aku kenang, sakit sangat.
Tapi aku masih terfikir, serius ke korang ignorant macam tu sampai boleh percaya semua kata orang?
Kau ni span basuh pinggan ke?
Habis semua kau serap?

9.
Ada sesetengah orang kuat ketawa.
Dipersenda pun dia chill saja.
Nampak mudah diperbodohkan.
Dibodohkan berkali-kali.
Tapi hakikatnya orang itu memerhati.
Dan tak putus doa.
Doa orang yang dizalimi pasti didengari Allah.
- Dan sekarang kau jangan tanya apa yang kelakarnya. Yang ini serius. Okay bye.