" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Kau dah lama mampos 4

Dia sakit sekarang.
Sakit tuan. 
Punca tak tahu. 
Doktor pun kata tak tahu.
Nak kata angin pasang, bukan.
Nak kata kencing kotor, bukan.
Jadi sekarang ni memang nampak keinsafan dia.
Yela sebelum ni mak aku tengah tidur sebab sakit dia boleh campak barang sebelah kepala mak aku dan paksa mak aku bangun.
Sampai kecik hati orang tua tu.
Ni bila sakit pandai pulak dia kata 'Macam ni rupanya rasa sakit..'

***

Aku takde terniat nak kata padan muka. 
Nak kata kesian pun dah tak ada rasa.
Cuma aku terkenang-kenang perbuatan dia.
Macam mana dia pukul aku.
Macam mana dia jerkah aku.
Ugut aku.
Angkat pisau.
Angkat parang.
Angkat tong gas.
Banyak lagi. 
Beza aku dengan orang yang kena dera ialah aku berani melawan. 
Aku berani pukul balik.
Aku berani jerkah balik.
Itupun aku tetap terasa sakit luar dalam. 

***

Aku teringat masa mak aku sentap gile.
Mak aku angkat tangan dan berdoa sambil nangis.
Ish takut kalau aku ingat doa mak aku.
Aku pun adalah juga doa.
Tapi aku tak ingat.
Haha! Lemahnya ingatan aku.
Nampak sangat time tu je aku ingat. 
Tapi harap doa kami ni tak memudaratkan dia.
Cukuplah untuk beri pengajaran. 

***

Mak selalu cakap.
Jangan aniaya orang.
Jangan zalim.

***

Aku tak tipu.
Apa mak cakap betul.
Aku dah tengok banyak dah.
Yang menipu, Allah togelkan dia.
Sampai tak ada apa.
Yang suka fitnah, suka mengadu domba, Allah buka aib dia.
Sampai tak tahu mana nak sorok muka.
Selama ni sedap busukkan orang.
Orang diam je.
Sekali Allah balas..hah..

***

Jangan main-main dengan doa.
Dulu adik aku kategori jahat. Sekarang pun tapi tak kantoi lagi takpe. Tak reti serik. 
Masa dekat Mekah aku doakan dia. 
Ustaz kata kalau orang buat jahat kat kita, kita doa macamni je "Ya Allah, berikanlah taufik dan hidayah kepadanya."

Dengan cara apa? Terserah pada Allah.
Dengan tersentak atau perlahan-lahan,
Dengan cara baik atau keras, 
Terpulang pada Allah. 
Allah Maha Mengetahui.

Pada hari kami pulang ke Malaysia, adik eksiden. Hikmahnya baru tahu selama ni dia menipu ada lesen. Beriya dia bodohkan mak aku. Menipuuuu je kerjanya. 

Teruk jugak. Aku ingat lagi melolong dia menangis setiap kali cuci luka. Duduk depan kipas terkinja-kinja tahan pedih. Bengkak mata menangis. 

Aku nasihat dia. Aku cakap ni baru sikit balasan dunia. Itupun kita dah melompat-lompat tak tahan. 
Aku pesan jangan biasakan menipu. 
Jangan ingat Allah tak nampak.
Jangan ingat Allah tak balas.
Ni Allah balas sebab nak bagi hidayah. 
Bila sakit baru kita ingat Allah.
Fikirlah. 
Lepastu dia mula jaga solat.
Tapi sekejap je.

Alahai budak...

***

Banyak benda jadi dalam hidup aku.
Kadang-kadang bila dianiaya, doa sajalah penguat. 
Minta sungguh-sungguh.
Sabar walaupun rasa terdesak.
Allah lagi tahu bila dan apa yang baik.
Sangka baik dengan Allah.
Yakin Allah akan perkenankan. 
Masa berdoa kena rendahkan diri. Kita nak meminta ni, kena rasa hina sangat diri. Ada sesetengah orang bila berdoa dia buat sistem barter dengan Allah.
Contohnya, Ya Allah, aku kuat solat, aku kuat sedekah, tunaikanlah impian aku.
Berdoa macam tu sombong. 
Mana boleh sombong dengan Allah. 
Haritu dekat IKIM.fm, ustaz ni ajar cara berdoa.
Gunakan ayat seperti ini "Ya Allah dengan rahmat dan kasih sayangMu, jadikan aku dan keluargaku penghuni syurgaMu".
Kasih sayang Allah terlalu besar.
Allah berbuat apa sahaja semahuNya.
Kita yakin ke amal ibadah kita boleh digunakan untuk minta sesuatu? Alahai sombong sangat kita kan? 
Aku tak tahu dulu. Sekarang dah tahu, jom amalkan. 
Bila nak minta apa-apa, puji Allah sungguh-sungguh. Biar terasa lemah sendi badan. Biar nangis sampai tak boleh bernafas hingus terlalu banyak. 

In shaa Allah, Allah dengar. 

***

Lepasni aku kena tukar tajuk post.
Melainkan kalau dia buat perangai lagi. Haha!