" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Apa aku nak, aku akan dapat.

Aku tulis post ni dalam keadaan aku tengah buat plank (workout). Sumpah menggigil hahaha!


*rebah*

*Sambung*

Kalau kau ada attitude seperti tajuk diatas, sila jangan keterlaluan. Secara positif, ye sangat bagus kalau kau ada perasaan macam tu. Boleh pacu kau capai apa kau nak. Tapi kau kena ingat, kau manusia je pun. 

Ada waktu kau takkan dapat apa kau nak. 

Kalau kau masih teruskan attitude tu, kau akan terabak oleh perasaan 'tak dapat'. Kau akan rasa seperti dihempas dan dipijak. Kau akan remuk seremuk-remuknya. Kau akan hancur. 

Hancur..hancur..hancur... *Lagu Estranged dengan Fazura tetiba menyemak sebagai lagu latar*

Dulu aku macamni. Aku jenis nak jadi yang paling bagus. Paling pandai. Paling terer. Paling mahir. Paling paling. 

Akibat ketidaksedaran diri aku, aku telah mengalami kemurungan apabila aku tak live up to my expectations. MY tau. MY. 

Bayangkan hidup dengan sebelah jiwa yang rabak. Merangkak kutip sisa kekuatan dan cuba yakinkan diri - Aku takdelah teruk sangat.

Bunyinya mudah. Percayalah bila aku ingat, aku rasa bangang pada skala 10 per 10.

Tapi untuk sesetengah keadaan, kau mesti ada attitude ni. Usaha satu hal. Mental satu hal. Rapatnya sandaran kau pada Allah satu hal.
Ketiga-tiga ini kau kena pastikan pada level paling ultimate.

Percayalah weh.
Benda yang mustahil pun kau boleh buat.

Meh aku bagi contoh.
Contohnya aku. Dekat sangat tak? HARHAR.

Masa aku sekolah dulu, aku suka join sukan. Asyik muka aku jeee. Bila aku masuk apa-apa acara, aku target - MENANG. Ye, aku sentiasa bawa balik medal dan trofi. Seronok weh jadi atlet. Orang semua kenal. Cehh. Tapi ada 1 acara ni, aku pilih untuk jadi goal keeper. Main bola baling. Masalahnya dalam team aku ada keeper yang lebih senior. Maknanya....

Aku banyak panaskan bangku simpanan. Pernah pergi tournament aku macam pi berkelah. Macam mana cantik rambut aku dandan (masa ni aku terlebih bangang. Aku boleh free hair. Bangang abadi sampai malam tu mimpi kena botak kepala hahaha), balik tournament tu masih maintain lagi. Orang lain dah makan rumput dah sememeh habis tapi aku tak. Dan team kami kalah. Kau tahu tak betapa aku terkesan daripada peristiwa tu? 

Hey ni akulah! Aku tak balik tangan kosong.
Aku tak suka kalah. Aku tak suka bazir masa for nothing! 

Kemudian, keputusan PMR aku straight A's. Aku dapat tawaran sekolah sains,  aku pun pindah. Ni pun ada storynya nantilah sembang satu-satu. Kepohnya kau perempuan *kutuk diri*

Bila masuk situ, aku masih hantu sukan. Aku main bola keranjang, bola jaring, bola baling, lari pecut, lompat jauh dan lontar peluru. Coach aku sampai saiko aku suruh fokus satu sukan, tapi aku boleh buat semua dengan baik, kenapa aku nak ikut? Aku pulak bagi dia pilihan samada nak aku stay atau aku blah. Pandai pun minta aku stay haha! 

Aku sentiasa jadi top player. Jadi kapten. Jadi pengerusi. Siap aku jadi coach lagi untuk team netball. Tu dah makanan aku. Tapi handball? 

Aku mulakan hidup baru. Aku saiko mental aku. Aku cuba ingat macam mana senior aku dulu beraksi terbang untuk shoot bola. Tak semua orang boleh buat. Dan siapa yang dapat buat, kau nadi team.

Aku punya saiko tu sampai aku boleh keluar dari comfort zone aku as goal keeper. Aku jadi pemain utama. Aku jadi striker. Kiterang selalu training dengan team lelaki and surprisingly, dorang pun respect kat aku. Aku tak tahu macam mana aku boleh buat, yang aku ingat ialah aku saiko mental aku gila-gila dan cuba.

Cuba.
Sentiasa mencuba.
Kaki lebam, luka, ligamen koyak, sampaikan otot bahu aku koyak tak boleh angkat tangan kena pakai anduh pun iya. 
Semua tu harga untuk jadikan diri aku player lain daripada yang lain. 
Aku terpilih wakil negeri. 

Peh, itu adalah saat paling menggembirakan dalam hidup aku. Sampailah masa masuk universiti, aku tetap nak main handball walaupun aku main netball. Di universiti pun sama, training dengan lelaki. Akulah paling selalu kena hambat masuk. Kadang-kadang sorang-sorang perempuan dalam padang tu. Pernah coach aku (bergurau) suruh aku tanggal tudung, potong rambut pendek dan masuk team lelaki.

Weh, tu compliment weh.
Aku dah capai apa aku nak. Aku tak nak medal.
Aku tak nak menang pun kali ni.
Aku nak orang tahu aku terbaik.
Bak kata coach aku - Star.
And I did.

Tapi aku cakap terus terang, bila kau ada kemahuan yang begitu mendesak, kau akan berusaha diluar comfort zone. Aku tak suka berlari jarak jauh, tapi coach aku suka suruh lari 10 round untuk endurance.

Menyampah nak mampos tau. Aku memang tak suka. Aku suka lari pecut. Jarak jauh tu pi mati lah aku memamg selalu jalan hahaha.
Pernah tu coach aku lari seiring aku.
SEIRING. Imagine macam mana ego aku mula menendang. Dalam fikiran aku - 'Aku tak boleh stop. Aku kena lari. Aku tak boleh lower kan standard aku. Not now. Not with my coach running beside me.' 

Aku teruskan berlari.
Aku kekalkan rhythm.
Coach aku dah mencungap.
Aku pun sebenarnya dah tak tahan tapi aku kawal pernafasan aku sambil saiko fikiran.
Aku baka perempuan yang tak suka kalah dengan lelaki weh.
10 round aku lari selaju team lelaki.
10 round coach aku lari sama-sama aku.
Ada waktu nafas aku dah berat, tapi aku tahan sebab aku tak nak dia tahu aku dah tak larat HAHAHA!
Ni semua sebab attitude seperti pada tajuk dan ego lah ni.
Tapi at least, aku berjayaaaa!

Pernah ada tournament, aku kapten.
Aku injured ni. Tapi aku tetap nak main.
Aku telan painkiller.
Aku sapu analgesic cream dekat peha. Pehhh bila berpeluh aku rasa macam kena salai. Panas nak mampos! Bff aku jadi saksi macam mana aku jalan terdengkut-dengkut, lepastu aku pi tandas, sapu ubat dan bandage kaki ketat-ketat supaya muscle aku tak kembang (jangan tiru). Supaya aku boleh fake aku tak sakit. Keluar tandas aku macam tak apa-apa. Masuk padang. Main. Dapat medal. Dapat hitam. Tak sempat salam sesama player aku terus lari pi tandas.
Aku dah tak tahan dah.

Sakit weh.
Bila dah habis baru aku perasan aku sakit.
Masa aku main tu aku tak fikir apa dah.
Terlalu sakit, lama jugaklah aku nak recovery.
Oh so much untuk apa yang aku nak.

Gila betul.

Tapi sekarang aku dah tak ego sangat.
Aku dah reti cakap sorry.
Dah reti mengaku salah.
Dah reti cakap terima kasih.
Dah reti dan faham 'Tak semua yang aku nak, aku akan dapat'.
Masa akan mengajar kau.
Harapnya sikap kau takdelah extreme sangat, boleh gila kau nanti bila tak dapat.

Apapun, buat masa ini aku boleh bertenang.
Aku dah tak nak jadi yang paling bagus, yang sentiasa bagus. Aku tak nak dan aku tak mampu punnn. Buat apa nak seksa diri?

Hanya untuk perkara dan orang terbaik sahaja aku akan usaha sungguh-sungguh.
Sampailah aku dapat.
Buat masa ni aku belum ada rasa nak mengalah.
Not now.

Bak kata Faizal Tahir dalam lagu Sejati - Biar mati kumencuba demi bahagia.

Ish macam takut pulak, siapa yang type ni?