" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Aku tak ada perasaan.

Sudah berbulan aku batuk.
Kadang aku demam seminggu.
Sihat sehari.
Dan sambung demam lagi.
Aku mula batuk berdarah.
Tapi macam biasalah aku tetap ketawa bila mak marah-marah suruh ke hospital.

***

Aku tak ada rasa nak makan ubat.
Atau nak ke hospital.
Aku tak tahu kenapa.
Bila batuk keluar darah aku tak rasa takut.
Padahal aku ni penakut darah.
Orang yang kena duduk kat belakang masa dalam makmal sebab nak pitam tengok orang main darah, aku lah.
Okay aku serius.
Aku rasa aku tak apa-apa.
Batuk pun takdelah rasa azab sangat pun.
Aku pernah batuk lagi teruk dari ini tapi..
Tak ada darah.
Bila bangun pagi, aku masuk jamban.
Aku batuk.
Dan yang keluar adalah gumpal darah.
Ah, perkataan gumpal tu melewah.
Tak ada apapun.
Tak ada apa apalah.

***

Aku kena ganggu.
Baru nak lelap ada suara jerkah.
Terjaga.
Baru nak lelap ada orang goncang tangan.
Terjaga.
Baru nak lelap kali yang ketiga ada jerkahan lagi.
Terjaga. Menung. Capai handphone. Membaca.
Sampai benar letih dan tidur.
Itupun jam sudah hampir benar dengan azan Subuh.
Kadang-kadang aku rasa ada benda naik katil.
Pegang kaki aku.
Aku selalu cakap pada diri mungkin aku terlalu banyak fikir.
Tak kuasa aku nak fikirkan kebarangkalian lain.

***

Mak bincang dengan aku.
Mak cakap mak rasa tak kena dan sering ternampak wajah itu.
Mak takut kalau aku batuk-batuk tu sebab kena tuju.

***

Aku tak ada perasaan.
Semacam kosong rasa hati nak berfikir pun rasa tak reti.

***

Ya Allah,
Jika ada sesiapa yang berniat tidak baik dan menzalimi diri dan keluargaku, kau batalkanlah.
Wahai tuhan yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa.

***

Doa ini telah termakbul sebelum ini.
Orang yang menganiaya aku telah Allah tunjuk siapa mereka.
Telah Allah buka aib mereka.
Telah jelas siapa mereka selama ini.
Aku sungguh yakin akan doa ini.
Bacalah pada saat kau benar berasa sedih, berasa teraniaya.
In shaa Allah, Dia Maha Mendengar.

***

Jika Allah izinkan terjadi,
Perkara yang paling aku ingin ialah meminta maaf dan halal.
Dari sisi terbaik dan tanpa ego, aku mohon maaf dan halalkan segalanya.
Mati itu pasti.

***

Jika bukan esok, pasti pada hari lain.
Jadi aku mohon bila-bila pun, lembutkanlah hatimu memaafkan dan menghalalkan segala buatku.
Semoga syurga sahaja tempat damaimu.