" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Aku cakap je, tapi aku tak maknakan.

Ayah aku baru balik berjalan.
Dia pi Muar carikan adik beradik lelaki aku baju Melayu. Ada 2 benda yang aku nak bincangkan disini:

1. Kenapa sampai nak ke Muar? Macamlah sini tak ada.
2. Kenapa belikan lagi? Budak-budak tu semua dah ada baju dahhh. Dah beli dah.


Lagi 1 persoalan,

Aku punya tak ada ke?
Aku anak perempuan seorang kot.
Duit pun tak dapat.
Baju pun tak dapat.

Aku tak sentap pun.
Sebab dah biasa bela diri sendiri.
Seronoknya hidup macam abang aku. Tak payah kerja, tapi ada duit, apa nak dapat, tidur je. Bapak aku bawak motor jauh-jauh balik kejutkan dia sambil acukan baju Melayu John Master.

Aku tak ada baju raya pun. Dah berapa tahun aku tak nak beli. Sayang duit. Penat aku cari duit tau. Kuih aku sponsor. Makan rumah aku sponsor. Mana mampu nak beraya sangat?
Haritu beli jubah sehelai pun sebab mak paksa.
Tu pun bayar pakai duit sendiri. Dalam kereta mak marah ayah. Ayah pulak sibuk cerita pasal duit tak ada. Aku pun tak faham, kalau duit tak ada, membelikan adik beradik aku yang lain, ada pulak?

Tak apalah.

Aku tak sentap pun.
Aku tak harap pun.
Aku dah biasa.
Dulu masa aku belajar pun aku tanggung diri.
Duit PTPTN dapat, tapi esoknya aku keluarkan semua tinggalkan RM600-RM300 cemtu untuk survive 1 semester. Bagi mak,bagi ayah, bagi adik beradik, belikan makanan untuk rumah,untuk kucing,tolong bayar duit kereta dan lain-lain.
Bila tak cukup, aku kerja sambil belajar.
Allah je yang tahu hidup aku macam mana. Nama je budak sekolah Sains, tapi masa kat U aku tak perform pun. Ada certain subjects je aku top. Dan 1 pencapaian aku ialah aku tak kerap jumpa supervisor pun untuk Final Year Project. Macam 3,4 kali je? Tapi masa submit (aku kena brainwash haha), report aku tak perlu dibetulkan walaupun 1 perkataan. Terkejut betul semua orang masa tu. Terus dapat tandatangan dan aku pun balik hostel bersedia untuk ke konsert Jason Mraz. HAHAHA. Allah mudahkan urusan aku bukan sebab aku pandai, atau particular bila buat kerja, tapi aku yakin sebab berkat jaga mak aku yang sakit. Aku terpaksa skip test sebab mak aku jatuh tandas. Aku kena balik Rawang tolong mak aku siapkan thesis dia. Aku tak pandai dan subject dia takde kena mengena pun dengan aku tapi entahlah,Allah permudahkan semua. Tapi aku nak cakap, ada bahagian semuanya nampak mudah. Ada bahagian tidak. Dan selalunya tidak. Ada bahagian kau boleh nampak hikmahnya, ada bahagian sampai sekarang kau tak tahu apa hikmahnya.
Kenapa aku cerita semua ni? Sebab aku tengah merelevankan tindakan orang pada aku.
Aku tak sentap. Aku tak marah ayah aku pun. Ayah aku baik, cuma mungkin pada dia, aku boleh tanggung diri sendiri kot? Entahlah.
Tapi aku tak sentap pun.
Ye, aku tak sentap.

Aku cuma tertanya-tanya.

Kenapa aku?