" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Sepotong doa.

Hari itu aku serba tak kena.
Tercelik je mata, tersebat dada aku.
Susah nak terima tapi aku cuba.
Ada 1 doa ni aku baca.
Sambil tangan aku lalukan didahi.
Dan membuat perumpamaan seolah 'membuang'.

Aku terlelap.
Terjaga pun sebab hujan terlalu lebat.
Dalam mamai aku langsung berdoa.
Kemudian aku terlelap lagi dalam tangis.

Pagi esoknya aku bangun.
Aku mencari-cari perasaan semalam.
Tak sesakit semalam.
Ya, tak sesakit semalam.
Aku dah berhenti menangis.

Terima kasih Allah kerana mengizinkan.
Hari ini aku lalu dengan kekuatan.

Betul kata orang, bila sendu baru pandai tulus dengan tuhan. Baru reti rapat denganNya. Baru terhegeh merayuNya.

Padan muka aku. Haha!