" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Semut.

Berniaga ni memang sedikit sebanyak taking its toll on me (orang lain pun sama kot?).
Berniaga online penat.
Berniaga tak online pun penat.
Berniaga online buat kau kena korbankan waktu tidur. Customer suka sembang dan shopping malam. Lepastu kau nak respond tiap soalan, kadang-kadang customer ni semua dah lengkap, tapi dia tak mau baca. Gambar dah ada tapi tak mau tengok. Dia nak kita send balik semuaaaa gambar dan terangkan semula. Memang meletihkan.
Dua hari lepas kot, aku tak tenang nak tidur.
Pasal esok tu nak kena bangun awal nak kejar trip poslaju pagi sebelum poslaju cuti.
Pagi-pagi check order, layan customer, packing barang, check payment, rasa kelam kabut gila buat semua sorang-sorang. Lepastu terus ke pejabat pos besar.

Jauh tau. Semua sebab nak barang segera sampai tak perlu tunggu nak hantar ke point A, pastu B, pastu baru nak sampai kat customer.

Dah sudah, aku pun update tracking number ke semua customer. Hari pun masih pagi, aku pun pi shopping mall nak cari kasut. Kasut All Star aku dah rabak teruk. Ingat nak beli yang serupa. Sekali harga dah naik RM239 cemtu. Pehh..
Aku fikir alang-alang baik beli yang baru new arrival. Saiz pulak takde. Last kopek tu saiz 10. Hampa.

Aku pun keluar kedai tu dan cari sunblock. Tengah syok memilih, Whatsapp tak berhenti masuk. Siap ada call lagi dari customer. Omegoddd...

Last minute punya order, der! Ikut hati malas nak layan tapi mengenangkan ni rejeki aku pun terus balik rumah kensel menyopping (rosak bahasa).

Aku pun bungkuslah mana patut. Ada customer masih tak boleh buat keputusan. Kita nak kejar masa ni. Apa lagi aku hangkut semua stok masuk kereta. Dalam kereta boleh pulak bateri tinggal 6%. Peh Allah je yang tahu hati punya berdebar tu cemana. Berkejar balik ke pejabat pos besaq tu. Macam pak pandir dah ulang 2 kali. Tapi customer mana tau kepayahan seorang seller. Aku cukup kagum bila ada customer yang boleh tolerate dengan seller. Aku ramai je customer baik hati paham bahasa ni. Happy jugaklah walaupun ada tersangkut customer pelik seorang dua. Adatlah kalau tak meniaga pun memang kau akan jumpa makhluk pelik dalam hidup. Tabahlah, nak.

Kemudian..malasnya nak cerita. Pendek kata aku memang penat sangat, dengan urusan nak raya lagi, dengan nak masak buka, dengan kuih, dengan emosi tak berapa bagus, lalu aku pun jatuh sakit lagi. Fragile sungguh diri ini. Tadi aku dah kebah dah, tiba-tiba seram sejuk balik. Ni demam balik. Apahal ni wei.. banyak kerja tak siap lagi ni wei..

Eh. Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal demam. Aku heran ni. Macam mana ada makhluk boleh duduk rumah/menumpang kemudian tidur je, kerja tidak dan hanya mengharapkan  orang bela dia? Serius ko tak ada perasaan malu ke? Ko tak malu ke makan duit aku yang susah payah cari ni? Ko tak malu ke susahkan bapak aku yang sakit tu? Ko tak malu ke dengan mak aku yang sakit kronik tu? Walaupun dorang dah pencen, dorang bukan pencen suka-suka tau. Atas sebab penyakit. Kau ingat duit pencen dia berjuta ke? Parent aku tak ada duit tahu tak? Aku rasa korang mesti ingat orang pencen kaya raya tu korang sedap tarah tu. Aku rasa marah sangat bila ingat. Aku tak boleh tidur fikir nak cari duit, tapi orang lain boleh lena. Dulu seorang, sekarang dah tambah dua. Dua-dua dah besar, takkan secebis rasa malu dan bertanggungjawab pun kau tak ada?

Aku rasa macam nak pergi cari kerja tetap. Tapi aku terikat dengan keadaan parents aku yang tak sihat tu. Mak aku berkali-kali minta maaf kat aku sebab dia susahkan aku. Adik dia susahkan aku. Adik beradik dia banyak susahkan aku. Aku tak marah mak aku. Aku sedih sebab adik beradik dia pergunakan kebaikan dia. Bila aku cakap aku nak pi merantau cari kerja bagus, mak aku mulalah buat muka. Adik beradik aku yang lain bukan tak baik, tapi masih belum cukup rasa bertanggungjawab pada keluarga. Banyak besarkan diri sendiri. Mak aku merayu aku tak tinggalkan rumah.

Bila kita terkepit macam ni..susah nak ada pertimbangan. Sedikit sebanyak akan memberontak dalam diri. Tapi aku cuba fikir positif.

Allah uji aku hebat sebab sayang aku.

Doakan aku tabah. Aku tak kuat mana pun. Kalau aku kuat aku tak menangis malam-malam. Aku tak marah-marah bad mood berdiam diri.
Aku masih cuba pujuk diri.
Like everyday kena pujuk diri kentalkan hati hadap hidup.
Selalu aku tertanya, aku jahat ke. Apa yang tak kena dengan aku. Apa yang aku sepatutnya lakukan. Kenapa ujian Allah bertalu-talu. Kadang aku cemburu tengok orang yang hidup dia smooth je. Kau memang tak reti sedih dan kecewa ke?
Entahlah. Aku cuba ni baik sangka dengan Allah.
Tapi aku tak kuat (kenapa aku ulang ayat ni?)
Sungguh ni.


Berbalik kepada tajuk.
Bila aku marah sangat, aku tak tunjuk, aku cuma bayangkan kau seekor semut.
Aku boleh kutip kau dan picit kau sampai mati.
Aku boleh sembur Ridsect.
Aku boleh cabut sebelah kaki kau dan biarkan kau terus hidup.
Aku boleh letak kau dalam balang kaca dan tutup. Kau akan mati perlahan-lahan bila kehabisan oksigen.
Aku boleh ambil kau campak dalam baldi berisi air.
Aku boleh tengok kau terkapai-kapai mencungap mencari tepian.
Aku boleh sakitkan kau.
Sungguh aku boleh.
Tapi aku tak buat just because I can.
Aku tertanya macam mana kau boleh tergamak buat.