" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Lelaki tak guuuuuna.

Yuna yang cakap tau.
(Walaupun hakikatnya lirik sebenar 'Lelaki tak guna kau berikan semua'. Aku nak petik separuh je.)

***

Kau takut tak kalau lelaki yang kau kenal baik, budiman , lemah gemalai persis octopus tatkala melayan kerenah kau rupa-rupanya..

Ikan bilis.

Eh,iblis.

Janggut sejemput konon ikut sunnah.
Bercakap hal agama kemaen lagi halilintar pun tewas.
Lagak lembut gile dengan kau.
Acah acah Mr Perfect 10.

Tapi kat belakang dok balun adik perempuan.
Dok sergah mak guna parang.
Dok angkat tong gas nak baling kat adik perempuan.
Dok lempang, dok tinju muka adik perempuan.
Dok saiko macam jantan gila.

Ironinya dengan yang lemah lemah (perempuan) dia beranilah. Balik je adik beradik laki laki terus berlakon macam takde apa apa terjadi. Takut kena hayunlah tu.

Hah kau takut tak?

***

Aku pun takut.
Kena balun fizikal,emosi dan mental bertahun tahun ni buat aku susah nak sangka baik berlama lama dengan lelaki.
Ayah aku pun tak pernah jentik aku.
Naik suara pun tak pernah.
Menangis dia bila tengok aku kena balun dia tak sempat nak tolong.
Ish.
Tapi makhluk ni sedap je buat aku. Buat mak aku.
Mentang mentang ayah aku lembut orangnya, berani ler.
Tapi tak apalah,Allah ada.

***

Cuma aku risau kalau ada perempuan yang terpedaya dengan dia.

Aku harap perempuan tu ada tali pinggang hitam. Kau belangkung je dia sampai cacat weh!

***

Aku harap aku tak sangkut dengan lelaki naik tangan,pemarah,saiko,suka maki hamun,panas baran dan seangkatan dengannya.

***

Aku rasa ayah aku ada perangai lelaki ideal (walaupun sekarang dia sakit). Ayah aku bukan jenis lelaki gatal. Bukan seorang dua perempuan melekit kat dia tapi ayah aku tak layan pun. Sikit tak layan. Aku seram bila bff tunjuk mesej lelaki umur 58 tahun dah kahwin, orang atasan dia pulak tu boleh hantar mesej hanky panky. Someone's husband,someone's father boleh hilang maruah buat macam tu pada someone's daughter..omaigod senipis kain kafan imanmu..

Ayah aku jenis tak banyak cakap (until lately ni. Dia suka benar bercakap non stop. Its okay ayah, I still love you!). Bila mak aku masak walaupun tak sedap, ayah aku tak akan komplen. Tak pernah. Dia makan je. Ada masak dia makan, takde dia pi cari makanan. Itu ayah aku.

Ayah jenis tak naik suara. Tak pernah aku dengar dia cakap hatta 'Bodoh'. Macam mana marahnya dia,dia tetap akan diam dan sabar. Sumpah penyabar gile.

Kalau dah tak reti naik suara, naik tangan pun dia tak reti walaupun anak laki gila dia pernah tumbuk dia. YES YOU READ IT RIGHT. Peh penyabar gile bapak aku.

Ayah aku jenis kalau sebut 'Ayah jom teman adik beli barang' dia takkan say no. Mintaklah tolong dia macam mana pun, walaupun tadi dia penat ataupun tengah demam, ayah tak akan kata tidak.

Memang dia ada kelemahan (nak nak bila dia sakit ni) tapi aku tetap nampak kebaikan dia, sebab aku rasa susah gila nak cari spesis macam ni di dunia ini.

Orang perempuan suka membesar besarkan kebaikan orang lelaki bila dah sayang. Sampaikan macam mana kau robek hati pun kami tetap cuba pujuk diri dengan kenang kebaikan  kau walaupun sekecil kuman.

Hanya setelah kami tawar hati, barulah kami lupa semua kebaikan hahahahaha!

***

Dan yang aku pelik..
Kenapa anak anak (lelaki) dia tak ada pun menurut macam ayah.
Ada pun sipi sipi je lah.
Betullah cakap Raihan, 'Iman tak dapat diwarisi,dari seorang ayah yang bertakwa'.

***

Kalau ayah aku dah tak ada..
Sungguh aku akan rasa kehilangan yang sangat sangat besar.
Walaupun Allah uji hidup kami teruk tapi bila aku duduk membilang nikmat Allah..aku tak boleh nafikan, banyak nikmat Allah bagi kat aku antaranya aku ada ayah yang baik. Aku nampak depan mata contoh lelaki yang layak aku hormati. Aku rasalah ramai orang tak dapat rasa ada ayah macam aku. Ramai yang takut dengan ayah, yang menyampah dengan ayah dia. Nampak ayah dia macam nampak malaikat maut. Aku umur besar gajah ni tidur di antara mak dan ayah. Pergi makan berdua. Share minyak wangi, share baju. Mengadakan? Hahaha!

***

Buat lelaki diluar sana,
Ada sebab kenapa Allah petik kau jadi lelaki.
Jadilah lelaki sebenar benar lelaki.
Tak minta jadi sebaik malaikat pun.
Cukuplah kau jadi lelaki.
Which is dalam zaman ni, cukup payah nak jumpa lelaki yang boleh dihormati.

***

Aku harap aku dah jumpa.

***

In shaa Allah.