" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Kau dah lama mampos.

Sejak dia lempang muka aku guna objek (tupperware) dan tumbuk kepala aku kiri kanan, lepastu dia boleh berlakon (as always, selalu rasa diri betul, sumpah dia ni mental) -
aku dah tak tegur dia dah.

Aku anggap dia invisible. Hari tu memang dah sampai limit aku. Aku tengah tonggeng periuk besar ada tom yam. Dia dah nampak aku tengah menuang boleh jerit suruh aku cepat dia nak lalu. Semua tu alasan je sebab pagi tu dia dah panas hati dengan aku. Kau kerja dengan aku, dapat gaji, duduk rumah free, kau boleh nak berlagak? Hari tu ada staff cuti kecemasan. Malam tu aku dah bincang dengan dia. Dia setuju. Elok je malam tu..

Tup tap pagi tu dia boleh bising- bising. Kau agak? Sekali aku cakap elok lagi. Kalau dah ulang berkali-kali?

Suara aku tinggi sikit je. Dia boleh kata aku nak malukan dia depan staff lain. Oooo apasal? Kau malu orang tahu perangai kau?

Kau nampak tak permainan dia? Depan orang memang pandai berlakon. Ish meluat aku.

Jadi dia saja cari point petang tu. Aku dahlah tengah penat gila, dia boleh sound aku. Aku pun jawablah 'Kau tak nampak ke aku tengah buat apa?'

Pang dia lempang aku kuat gile guna tupperware. Telinga aku sakit dan pipi aku bengkak seminggu. Tu belum lagi dia tinju kepala aku. Aku hempas periuk, memang aku dah fikir nak bergumpal je.

Mak aku terus datang peluk aku. Menggigil aku tahan marah weh. Menggigil gile. Ni bukan sekali dua, ni dah bertahun-tahun!

Dan lepas tu sampailah hari ini, aku anggap dia dah mampos. Aku benci gila kat dia. Sumpah aku benci gila kat dia. Kau tak tahu macam mana saikonya dia, macam mana dia boleh rasa diri dia betul, diri dia yang paling-paling (kalau paling bangang, yes. Kau memang bangang!) - kau mesti rasa ada something tak betul dalam otak dia. Ibu aku sendiri sampai boleh benci kat dia, peh kalau aku ingat balik ibu aku pernah doakan dia sesuatu dengan bersungguh-sungguh, menangis-nangis sebab terlalu terlalu terlalu terluka dan marah dengan kebiadapan dia, seram aku nak bayangkan kalau Allah perkenankan doa ibu aku tu.

Yang hairan tu, kalau bercakap bab agama pehhhh! Mengaji pehhhhh! Solat pehhhhh!

Aku tak suka nak judge orang. Apatahlagi nak pertikai amal ibadah orang. Cumanya aku terpesona.

- Macam mana ada orang boleh ada 2 sikap yang extreme, yang bercanggah. Macam kuat beribadah tapi derhaka pada mak bapak tahap angkat parang tu.