" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Kau dah lama mampos 2

Tiba-tiba dia ketuk bilik.
Aku buat pekak. Buat-buat tidur.
Esoknya dia ketuk lagi.
Tanya 6 patah perkataan.
Jawab aku cuma sepatah.

Aku tak reti berdendam.
Marah-marah aku pun, waktu keluar cari baju raya, aku tetap mau pilih yang bagus-bagus untuk dia.
Mak pun perli 'Aik sayang jugak..'
Tak sayang, tapi tak tergamak.
Waktu berbuka dia masih mengurung diri.
Semua tak kuasa nak panggil, aku juga yang gagahkan bontot bangun nak ketuk pintu bilik tanpa sebarang suara dan terus turun ke bawah.
Bukan sebab sayang,
Tapi rasa tanggungjawab membelakangkan rasa benci.
Itulah aku.

Dia cuba nak tegur aku.
Aku buat bodoh je.
Macam dia tak wujud.
Hati aku dah tawar dah.
Kosong.
Aku rasa macam dia dah tak wujud dah pun.
Kalau wujud pun dia serupa tiang.
Tahu ada, tapi tak pernah lagilah aku bercakap dengan tiang.
Aku tengah fikir.
Kalau tiba-tiba dia minta maaf?
Aku nak respond apa?
Kalau dia ulang lagi? (aku dah muak)

Aku tak tahu.
Alangkah mudahnya kalau hati aku sampai.