" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

JANGGAL.

Antara perasaan yang paling aku tak suka ialah rasa janggal.

Aku pernah tumpang senior naik kereta dari Melaka ke Kuantan (universiti). Faktanya aku tak kenal sangat pun senior ni. Kenal bodoh bodoh je.
Lepastu aku seorang je perempuan. Terpaksa tumpang share duit minyak sebab nak save duit tiket bas. Pastu dia bawa aku pergi kutip member dia kat rumah. Peh. Masa tu emak member hidang nasi lemak, aku ingat lagi betapa kekoknya aku terkepit disitu sampaikan telan nasi pun aku rasa batu.

Serius weh. Rasa batu.
Aku rasa serba tak kena, berpeluh peluh. Peh. Tobat aku serik.

Tu je aku nak cerita.