" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Hidup dengannya.

Aku tak sihat. Demam.
Batuk. Selesema.
Sakit dada. Tengah tidur boleh tersedak muntah. Dada rasa banyak lendir. Nak mati ke aku ni?
Alaaa tak maulah. Masih mau hidup lagi.

Wah.

Betapa banyak aku dah berubah.

***

Bertahun dulu, dalam fikiran aku hanya ada mati. Aku fikir mati boleh selesai masalah.
Tapi Allah tetap bagi aku hidup.
Dan tempoh itu telah banyak mengajar aku.
Jadi sekarang, apapun berlaku aku dah tak ada rasa nak mati.
Mungkin juga faktor umur.
Orang kata the older the wiser.
May be.

***
Sepanjang usia berlangsung, banyak kesilapan aku buat. Dan aku kena hidup dengannya.
Aku rasa, itulah hidup.
Yang pasti aku kena bersedia ambil pengajaran daripada setiap pengalaman.
Kalau ditoleh-toleh masa lalu, malu juga aku.

Kadang tertulis perkara bangang.
Yang kelakarnya aku rasa tu lah picisan paling hebat diseantero dunia. Karya agung gitteww.
Kadang make up over gila. Like pakai lipstick so bright tak kena kulit, foundation terlalu tebal dan nampak cakey, dan paling bangang, kening macam Shin Can. Omegoddd, apalah yang ada dalam otak aku waktu tu???
Hahahahahaha!

Sekarang aku jadi sedikit simple.
Bersiap pun sekejap.
Lain jugalah dengan diri aku yang dulu.
Mungkin sebab aku dah belajar terima diri.
Kurang atau lebih aku hargai.
Kenapalah dulu aku hard sangat dengan diri?
Alahai.

***

Aku nak sambung sembang.
Tapi nanti-nantilah.