" She knows that our ears are stopped; but the misery is there inside her, like a stone, and there’s no room for any other thoughts. She isn’t trying to make an appeal to our sympathies — she’s just shifting this big weight inside her from one place to another." Henry Miller, Tropic of Cancer, pg. 141.

Entah.

Kadang kadang aku rasa funny.
Bila orang mula nak matchkan aku dengan saudara, abang, pak cik, kawan, anak angkat, kenalan mereka.

Yang buat aku tertawa habis apabila mereka ini berkirim salam denganku, menunjukkan minat terhadapku, sentiasa bercakap tentangku, pantang diusikkan tentangku pasti merah muka.

Bagaimana mereka boleh menyukai seseorang tanpa kenal siapapun aku? Hanya sekadar dengan sekeping gambar sudah cukup membuat kau merasakan aku adalah jodohmu? 

Sekeping gambar.

Alahai. Jangan menipu dirimu.
Sesiapa boleh nampak diinginkan dalam gambar. Mekap elok, angle cun, pencahayaan cantik - snap.

***

Diri aku tak seelok yang kau bayangkan.
Tidak semanis senyum dibuat buatku.
Kau perlu bersedia jiwa raga untuk menanganiku.
Aku rumit.
Degil.
Cakap pun pelat.
Dengan kasar.
Dengan badan besar badak.
Dengan kaki gajah.
Kuat marah-marah.
Suka merajuk.
Banyak berahsia sebaik sahaja aku mula sayang. 
Banyak menyimpan sebaik sahaja mula rapat.
Kadang mulut kata tak mahu tapi hati nak.
Kemudian merajuk kerana kata hati tidak didengari.
Alahai.
Meletihkan,bukan?

***

Keluargaku tidak seperti keluarga orang lain.
Mampukah kau tanganinya?
Bolehkah kau terima aku setiap hari akan bercakap tentang  ragam keluargaku?
Bolehkah kau bersabar dan menenangkanku dalam waktu aku sendiri hilang kawalan?

***

Aku mencari orang yang boleh menerima kekuranganku. Kekurangan keluargaku.
Nampaknya seperti mudah, tetapi ramai yang tersungkur disitu.

Ralat.

***

Sebagai timbal balas, aku akan cuba menyayangi sekuat habis.
Itupun aku rasa aku tak mampu.

Entahlah.

Aku pun tak tahu apa yang aku boleh tawarkan.
Kurang dari biasa biasa sahaja diri ini.
Manalah aku tidak tergelak apabila dimahukan.

Mungkin benar kata teman.
Aku terlalu memperlekeh diri.
Entah.
Aku berharap begitu tapi jauh disudut hati aku tahu siapa diriku.

Sekadar ini aku hanya tertawa.
Kerana aku sendiri tak reti sayangkan diri aku,macam manalah kau boleh sayang aku?